Az első 200 sor.
Inilah parti pendedahan pembunuh dan kami akan dedahkan pembunuh Bunny.
Kami mengesyaki awak sejak tengah hari ini.
Saya nak tarik perhatian Cinda.
Dengan itu, satu lagi misteri selesai.
- Wah! Dua pembunuhan berterusan. - Ya.
Awak buat ubah suai.
Sudah tiba masanya.
Hei, Joy.
Awak bawa saya keluar berjanji temu?
Ya.
Broadway!
Saya sangat sesuai untuk itu.
Siapa bintang utamanya?
Ben! Semua orang rasa gementar pada malam pembukaan.
BILIK BERSIAP BEN GLENROY
Saya okey.
Bersedialah.
Apa yang menjadikan saya makhluk malam?
- Seseorang! Sesiapa saja! - Dia tak bergerak.
Ben! Hubungi 911.
Biar betul!
Dunia ini ialah sebuah pentas.
Teater Goosebury, Broadway, 1962
Semua celoteh tak bermakna itu, kita dah tahu pengakhirannya.
Tapi jika awak peminat teater,
ada kemungkinan awak akan meminatinya sejak kecil.
Melihat keajaiban dunia yang awak akan lalui satu hari nanti.
Dipenuhi kisah dan pengalaman
yang awak hanya dapat impikan dari baris kelapan.
Terhalang oleh dua kepala besar di baris ketujuh.
Apabila minat itu timbul, ia akan disusuli dengan usaha.
Kelas dan latihan.
Ucapan dan teknik.
Mengembangkan kemahiran agar sempurna
apabila awak mencari di seluruh Bandar New York,
untuk pelbagai uji bakat.
PEMILIHAN PELAKON CROSSTOWN
Semuanya demi mengejar detik untuk menjadi tumpuan
dengan harapan seseorang akan menyedari awak.
Menyedari kebolehan awak
dan mengatakan perkataan ajaib itu:
"Di mana awak selama ini?
Tapi bagaimana jika kata-kata ajaib itu tak kunjung tiba?
Hanya penolakan berulang kali.
Tahun demi tahun, banyak kali hampir berjaya
sehingga awak sedar "hampir berjaya" itu telah menjadi sebahagian hidup awak.
Bagaimana awak nak teruskan berharap?
TEATER GOOSEBURY
Terima kasih. Sangat bagus.
Jadi, ada orang datang yang namanya tiada dalam senarai.
Mungkin dia datang terus.
Saya kenal dia.
Dia berkebolehan, tiada ciri istimewa,
tapi kita ada masa 10 minit sebelum makan tengah hari.
Ya, sudah tentu.
- Loretta Durkin, awak masih ada di sana? - Ya.
Ya. Hai. Maafkan saya.
Saya sangka… Ejen saya yakin yang nama saya ada dalam senarai.
Tak apa. Awak bawa halaman untuk watak pengasuh?
Ya. Cuma satu babak saja?
Betul. Bila-bila masa awak bersedia.
Cukup.
Cukuplah dengan soalan awak, detektif.
Saya boleh beritahu awak siapa saya dan apa yang saya buat
tanpa desakan berterusan daripada awak.
Saya penjaga kanak-kanak yang dipertanggungjawabkan kepada saya.
Adakah saya pengganti ibu kandung kanak-kanak ini?
Ada orang lebih suka saya kata tidak, tapi saya rasa begitu.
Saya mesti jadi ibu mereka ketika saya bersendirian dengan mereka.
Sebab kanak-kanak perlu rasa selamat pada setiap masa.
Mereka perlu rasa dilindungi
dengan kebengisan yang hanya dapat dipancarkan oleh seorang ibu.
Tak penting sama ada saya sendiri melahirkan mereka.
Sanggupkah saya membunuh untuk lindungi kanak-kanak jagaan saya?
Saya andaikan itu soalan detektif?
Jawapannya, tanpa perlu berfikir panjang,
saya sanggup membunuh tanpa rasa bersalah.
Demi keselamatan mana-mana kanak-kanak dalam jagaan saya.
Sekarang awak dah dapat jawapan.
Di mana awak selama ini?
Tapi apabila awak mencapai impian, detik untuk disedari itu…
Saya kata, "Di mana awak selama ini?"
Apa yang awak sanggup buat untuk mengekalkannya?
Terima kasih. Ya Tuhan.
Episod Satu - Musim 3 Persembahan Ini Mesti…
Seseorang! Sesiapa saja!
Dia tak bergerak.
- Hubungi 911. - Saya tak rasa denyutan nadi.
Saya masih cuba memahaminya.
MALAM PEMBUKAAN! DEATH RATTLE
Tidak.
Tidak, mereka dah sahkan kematiannya.
Mereka dah sahkan kematiannya.
Ada buih di sekeliling mulutnya?
Buih menunjukkan dia diracun.
Saya cuma nampak darah.
Mabel, apa yang awak buat?
Mungkin dia mati atas sebab semula jadi atau mungkin mati mengejut.
Charles, tolonglah. Ini malam pembukaan
dan bintang terkenal di puncak kerjayanya mati di atas pentas?
Ya Tuhan.
Dia dah mati. Ben dah mati. Pelakon lelaki utama saya mati.
Hei, bukan salah awak, Oliver.
Tidak, betul. Ini bukan… Apa? Mestilah ini bukan salah saya.
Howard, pergi beritahu semua orang yang semuanya okey.
Beritahu mereka kita akan berkumpul di rumah saya
untuk parti malam pembukaan yang dirancang dan kita akan bincangkannya.
Mereka pasti tak nak berparti sekarang.
Buat saja, Howard.
- Hei, Oliver. - Awak okey, kawan?
Ya Tuhan. Ini betul-betul terjadi?
Bagaimana saya ke sini?
Empat Bulan Sebelumnya
- Adakah ini benar-benar terjadi? - Selamat Hari Pembacaan Pertama.
- Saya akan kembali ke Broadway? - Ya. Kenapa pula saya nak ke sana?
Berikan sokongan. Ambil nota. Terjemah slanga orang muda kepada Charles.
- Sebab kami dah jarang jumpa awak. - Betul. Kami gembira jumpa awak.
Kamu pun tahu kita semua sangat sibuk
dan kita hanya berjumpa jika ada pembunuhan.
Oliver, saya tahu awak gementar.
Saya tahu persembahan Broadway terakhir awak sangat teruk.
- Semua tahu. Dunia pun tahu. - Abaikan tentang itu.
Tapi awak sangat berbakat. Awak berkemahiran untuk jadi pemimpin.
Semasa awak minta saya sertai penerbitan ini,
- Saya… - Tunggu sekejap.
- Saya minta awak sertai? - Ya, betul.
- Awak tahu tak? Lupakan saja. - Tidak.
Tolong cakap dengan penuh puitis cara saya merayu kepada awak.
Walaupun awak dah lama tak sertai teater sejak lelaki bawa watak wanita.
- Awak tak perlu jelas… - Pada zaman Shakespeare,
lelaki perlu bawa watak wanita.
- Wanita tak boleh berlakon. - Itu macam jenaka zaman.
- Itu juga jenaka kerjaya. - Saya suka.
Boleh cakap tentang saya pula
dan saya tak percaya akan berada di bilik yang sama dengan Ben Glenroy.
Jatuhkan atau ikat rambut? Awak rasa dia suka tengok telinga?
Mabel, pelakon juga manusia biasa.
Ingat tak awak gementar ketika kali pertama jumpa saya?
- Saya tak ingat itu. - Ya, tapi lihatlah kita sekarang.
Hei, apabila tiba di sana, bagaimana awak nak buat perkenalan?
- Awak kenalkan saya sebelum masuk? - Kenalkan?
Ini bacaan skrip, Charles, bukan Rancangan Donna Reed.
- Donna Reed ialah… - Tak berbaloi.
Tolong jangan mulakan usaha ini dengan memulaukan ahli pasukan
dengan cubaan terdesak untuk menonjolkan diri.
Jangan menonjolkan diri.
- Oliver Putnam datang! - Ya Tuhan.
Saya ada soalan.
- Siapa nak buat persembahan di Broadway? - Saya!
Terima kasih untuk perhatian kamu.
Anekdot ringkas. Saya ingat semasa buat uji bakat
dengan En. Oliver Putnam untuk teater ini.
Betul.
Apa awak cakap kepada saya, Oliver?
Ya. Saya kata, "Apa kata awak jadi pembantu saya?"
Betul. Itulah yang awak cakap.
Sila teruskan.
Terima kasih, Howard.
Jadi, pelakon lelaki utama kita akan hadir lewat sedikit.
Tapi mari kita mulakan dulu.
Saya jemput kamu semua datang ke dunia Death Rattle.
- Wah! - Ya Tuhan.
Ya.
Kisah tentang kematian
yang berlaku di rumah api di kawasan berkabut atas Nova Scotia.
Satu-satunya orang di dalam bilik itu, semasa kematian berlaku
ialah budak kecil.
Sesetengah orang akan anggap cerita lama ini tak menarik.
Tapi terus terang, saya pernah digelar begitu beberapa kali.
Semasa penerbit hebat kita, Donna DeMeo, mula-mula hubungi saya tentang…
Dengan Clifford.
Anak saya, Cliff akan buat usaha penerbitan solo pertamanya,
tapi bersama saya.
Terima kasih, mak. Terima kasih.
Saya sangat teruja kerana
saya suka watak yang terperangkap dalam taufan di dalam rumah api bahaya.
Kita pasti akan berjaya di Broadway.
- Wah! - Bagaimana dengan itu?
Saya sangat bangga dengan dia.
Sangat…
Bangga.
Dia homoseksual, jadi saya boleh cium dia begitu.
Baiklah.
Jadi, saya fikir…
Apa?
Saya cuma suka buat begini.
Tidak. Saya akan teruskan.
Kita berada di dalam bilik yang kecil
dan saya nak cakap tentang sesuatu yang besar.
Sesuatu yang besar itu ialah saya.
- Aduhai. - Ya,
saya bawa watak Aristotle Brazzos dalam 224 episod dramatik televisyen.
- Aristotle? - Saya tak percaya ini.
Ia akan ditayangkan semula dan ia terhenti setakat ini
kerana penerbitnya hadapi tuduhan gangguan.
Saya juga membintangi tiga filem televisyen
dan beberapa siri iklan televisyen untuk Kempen Dukakis.
Saya cuma nak cakap, saya sama macam kamu. Saya bukan orang yang terkenal.
Saya tak lebih istimewa daripada kamu kerana dalam satu segi kita semua…
Saya rasa Gandhi yang berkata,
No comments yet. Be the first to leave one.