ആദ്യത്തെ 200 വരികൾ.
Jodha, apa awak buat di sini?
Saya ke sini untuk berjumpa dengan awak.
Tetapi awak sedang melihat cermin.
Ke mana awak mahu pergi?
Lihatlah. Hari sudah siang.
Orang akan datang melawat makam kita.
Orang akan datang untuk memperingati cinta kita.
Ada yang akan bercerita tentang cinta kita...
...dan ada yang akan mendengarnya.
400 tahun sudah berlalu.
Sudah banyak perkara yang berubah.
Cara kehidupan sudah berubah.
Tetapi kisah cinta Jodha dan Akbar tidak berubah.
Matahari yang menjadi saksi cinta kita masih sama.
Selepas 400 tahun berlalu, orang masih memperkatakan tentang cinta kita.
Perkara sebenar yang berlaku...
...hanya kita berdua yang tahu.
Semasa kanda hanya Jalal...
...yang cuma tahu satu perkara.
Dia cuma memahami dan hanya akan mengalirkan sesuatu.
Iaitu darah.
Serang!
Cerita ini bermula apabila pedang anak muda berusia 15 tahun...
...dikeluarkan dari sarungnya.
Pedangnya bermandikan darah.
Dia belajar untuk bertarung.
Satu peluang. Hidup atau mati.
Hidup.
Ini ihsan dari beta.
Awak tersalah pilih sasaran.
Jalal tiada perasaan.
Pahlawan yang mempunyai perasaan...
...takkan menang, mahupun hidup.
Hanya ada kematian yang memalukan.
Pancung kepalanya. Hantar kepada rajanya.
Suruh rajanya melihat matanya.
Mata kanannya akan menunjukkan rasa gerun terhadap Jalal....
...dan mata kirinya menunjukkan ketidakupayaan rajanya sendiri.
Menentang Jalal itu sia-sia. Maut balasannya.
Beritahu raja awak...
...ini hadiah daripada Jalal. Inilah ketakutan yang Jalal bawa.
-Jalaluddin Akbar! -Daulat Tuanku!
-Jalaluddin Akbar! -Daulat Tuanku!
-Jalaluddin Akbar! -Daulat Tuanku!
Seluruh India menggeruni nama Jalal.
Bairam Khan mengubah seorang remaja berusia 15 tahun...
...kepada seorang pahlawan yang tiada belas kasihan.
Jalal, awak seorang pahlawan.
Tanggungjawab awak ialah mendapatkan kemenangan.
Pedang ini hamba tuanku.
Kerajaan ini, kekasih tuanku.
Tuanku akan dikenali akibat keganasan dan ketakutan yang dicetuskannya.
Takluk negara ini...
...dan ubah peta tanah Hindustan ini.
Pedang Jalal menyerang seperti yang diperintahkan oleh Bairam Khan.
Jalal melaksanakan fahaman Bairam Khan.
Bairam Khan yang mengajar Jalal bahawa...
...seorang pahlawan itu tidak ada perasaan.
Bairam Khan ibarat seorang ayah...
...yang mengajar Jalal untuk memerintah dengan kejam.
Tanpa disedari, Jalal mengikut jejak langkahnya.
Dia menakluk seluruh India.
Panglima besarnya, Bairam Khan...
...menjadi penyokong dan temannya...
...sambil mengawal pemikiran Jalal.
Apa ini, Khan Baba?
Saya akan meraikan kemenangan tuanku dengan darah saya.
Jangan, Khan Baba.
Darah awak amat berharga bagi empayar Mughal.
Beta takkan benarkan awak mengalirkannya untuk kejayaan kecil.
Jalal mempunyai impian untuk menakluki seluruh India.
Ajaran Bairam Khan sudah meracuninya...
...sehinggakan dia menjadi Raja...
...yang zalim dan tidak berhati perut.
Dia tidak menghargai manusia.
Jalal kini dikenali sebagai Jallad atau penghukum.
Semakin masa berlalu, kekejaman Jalal semakin meningkat.
Dia mencapai matlamatnya dengan mudah.
Dia ditabalkan menjadi Raja Jalaluddin Mohammed.
Jalal menjadi nama yang sering didengari.
Banyak cerita mengenai Jalal diperkatakan.
Lelaki yang gemar membela gajah ini, menjadi semakin kuat hari demi hari.
Sementara itu, ada kekecohan berlaku dalam negara.
Di bahagian barat, konflik dalaman...
...menyebabkan keretakan berlaku pada perpaduan kaum Rajput.
Matahari terbit di suatu tempat, di tempat lainnya...
...matahari mula terbenam.
Cadangan bertukar menjadi perbalahan.
Perbalahan berakhir dengan ugutan keganasan.
Persoalan dijawab dengan persoalan.
Apabila berdepan dengan konflik, kaum Rajput yang berani...
...ambil keputusan untuk berperang.
Tetapi kaum Rajput yang pengecut...
...tidak tahu bahawa mereka ada satu senjata...
...yang dapat menembusi hati Akbar.
Senjata itu ialah Jodha.
Jodha ibarat puisi yang ditulis di padang pasir Amer.
Sesetengah orang mengenalinya sebagai Harkabai...
...dan ada juga yang mengenalinya sebagai seorang puteri Kachwaha.
Dalam cerita kita, dia akan dikenali sebagai Jodha.
Biarpun wujud kekejaman dan ketajaman pedang,...
...kebaikan hati dan cahaya cinta juga wujud.
-Jodha, awak nak lari ke mana? -Jodha, berhenti!
-Jodha, berhenti! -Berhenti!
Jodha, berhenti!
Kakak, berhenti!
Awak nak ke mana?
-Jodha, berhenti! -Kakak.
Jodha, berhenti!
-Jodha, berhenti! -Kakak, berhenti.
-Jodha, berhenti! -Kakak, berhenti.
-Kakak, berhenti. -Jodha, awak nak lari ke mana?
Jodha!
Jodha!
-Jodha, berhenti! -Kakak!
Jodha, tunggu.
-Kakak, berhenti! -Ke mana awak nak pergi?
-Jodha, berhenti! -Kakanda!
Jodha, berhenti!
Tutup pintu gerbang!
Jodha!
Nak, jangan pergi.
-Jodha, berhenti! -Jodha.
Jodha, apa yang kamu dah lakukan?
Kamu tahu tak? Belum ada puteri yang boleh keluar dari istana...
...tanpa kebenaran!
Kamu tak sepatutnya keluar dari istana seperti ini.
Kamu berdepan dengan sebegitu ramai lelaki tanpa memakai selendang.
Salah jika...
...anak Raja Bharmal berdiam diri sementara ada kematian berlaku.
Jodha, jangan lupa bahawa kamu keturunan pahlawan Rajput.
Pahlawan tak boleh ada perasaan?
Tak boleh. Dia takkan berfikir sebelum membunuh musuhnya.
Kenapa ayah membunuh musuh?
-Kerana ayah nak selamatkan Amer. -Kenapa?
Kerana ayah sayangkan Amer.
Tapi ayah, hanya orang yang ada perasaan boleh berkasih sayang.
Jadi jangan kata seorang pahlawan itu tak mempunyai perasaan.
Mak ajar saya bahawa raja yang memerintah kerajaan...
...akan jadi debu satu hari nanti.
Tapi raja yang menawan hati rakyatnya...
...akan hidup selamanya.
Mari lepaskan kemarahan ayah!
Mak!
Apa yang dah berlaku?
Tengok!
Tengok apa yang anak kesayangan mak dah buat.
Apa yang dia buat?
Saya yang memilih barang kemas ini, tapi dia pula yang memakainya.
Saya tak tahu Sukanya dah memilih barang kemas ini.
Saya akan membukanya sekarang.
Tidak! Saya tak mahu perhiasan yang dah awak pakai.
Sukanya, ia diletakkan bersama pakaian...
...jadi saya ingat ia untuk saya.
Hari ini hari jadinya.
Biarlah dia memakainya.
Mak selalu begitu.
Dia yang lebih tua, jadi barangan yang cantik semua miliknya.
Hanya kerana saya lebih muda...
Bukan hanya lebih muda, awak juga orang luar.
Sukanya, sebenarnya kami menemui awak...
...di tangga kuil.
Jadi mestilah ada bezanya...
...layanan untuk orang muda yang juga bukan kerabat sendiri.
Bukankah begitu, mak?
Mak, tengoklah! Mak selalu menyebelahinya.
Selepas ini saya takkan dengar lagi cakap mak.
Baiklah.
Mak akan buatkan barang kemas lebih cantik untuk kamu, ya?
Kalau kamu dah habis bergaduh, bersiap dan turun.
Sudah tiba masanya untuk upacara bermula.
Saya akan berdoa kepada Tuhan supaya selepas upacara ini,...
...awak akan dikahwinkan. Biar awak pergi dari sini.
Saya doakan yang sama untuk awak.
Bakal suami awak bukan seorang pahlawan.
Dia gemuk! Gemuk bulat seperti kubis bunga.
Bakal suami awak pula kurus seperti lidi.
Saya harap tentera Mughal akan datang menculik awak.
Sukanya, jangan cakap begitu.
Saya akan tetap katakannya. Berhenti berlagak!
Jodha, kenapa kamu tak pakai pakaian yang mak berikan?
Sukanya tak menyukainya.
Sukanya, kenapa kamu suka menyusahkan Jodha?
Jangan risau, mak. Biar kami adik-beradik selesaikannya.
Marilah.
Anak kesayangan kita.
Mak cuma nak pendermaan emas dilakukan.
Mainavati, mak rasa amat takut...
...kerana mak dengar dia akan datang.
Mainavati, siapa yang akan datang?
Shagunibai.
Bukankah dia perempuan yang menilik nasib?
Ya, dialah orangnya.
Siapa yang menjemput dia ke sini?
Dia tak datang atas jemputan sesiapa.
Dia juga takkan dapat dihalang.
Katanya dia telah menilik masa depan Jodha...
...dan dia akan berkahwin dengan seseorang daripada keluarga Rajput.
Menantu mak, hanya tanyakan perkara itu kepadanya.
Jangan biarkan dia bercakap tentang perkara lain atau perempuan itu...
No comments yet. Be the first to leave one.