ആദ്യത്തെ 200 വരികൾ.
"Reborn Rookie."
Guna kereta elektrik buat ia lebih senyap, bukan?
Ia boleh membelok tanpa tergelincir dan pengendaliannya hebat.
Pada tahap ini, awak patut debut dalam F1, pengerusi.
Suhu sel bateri melebihi 35 darjah Celsius
mengehadkan output kuasa.
Minta Unit R&D gantikan dengan yang lebih padat.
Baik, pengerusi.
Saya tak boleh percayakan sesiapa untuk buat apa-apa dengan betul.
Matahari terbenam dan terbit tepat pada masanya
jadi kenapa orang tak boleh kawal diri selepas bekerja seumur hidup?
- Sang Jae. - Ya, pengerusi.
Kumpulkan semua presiden.
Beritahu mereka saya nak cakap sesuatu.
Ayuh!
Dah sebulan saya perhatikan awak.
Ketabahan dan etika kerja awak adalah kekuatan terbesar awak.
- Terima kasih. - Masa untuk main dalam liga utama.
Sertai kami di Choiseong.
Yakah?
Betulkah saya akan bermain untuk Choiseong?
Terima kasih. Terima kasih banyak.
Selamat datang.
"Artikel 2: Tarikh Penandatanganan Bonus dan Kontrak."
"Bonus tandatangan 500,000 dolar."
"Nama: Hwang Jun Hyeon."
Hwang Jun Hyeon, boleh kongsikan sepatah dua kata dengan kami?
Saya janji saya akan buat yang terbaik.
Dengan sepenuh hati, akan pastikan Choiseong FC menang kejohanan ini.
Tak sangka betul.
Pengerusi dah sampai.
Selamat pagi, pengerusi.
Selamat pagi, pengerusi.
"Pengerusi Kang Yong Ho dari Kumpulan Choiseong."
"Pengerusi Kang Yong Ho."
"Pengerusi Kang Yong Ho."
Duduklah.
- Selamat pagi, pengerusi. - Selamat pagi, pengerusi.
"Kang Jae Seong, Presiden Syarikat Choiseong C&T."
Park Gi Mok, Presiden Kejuruteraan dan Pembinaan Choiseong.
Ya, pengerusi.
Awak ada masa untuk keluar minum.
Pasti hidup awak bagus.
Bagaimana tuan tahu...
Awak patut kumpulkan pekerja awak
bukan biar orang belanja awak minum.
Jangan kata awak penuhkan poket awak semasa awak bekerja.
Tidak! Sudah tentu tidak, tuan.
Saya yang bayar semua minuman.
Matlamat Kumpulan Choiseong tahun ini berada di lima teratas, bukan?
Tapi kalau begini, nanti kita akan terkeluar dari sepuluh teratas.
Awak rasa kenapa saya pergi ke litar lumba setiap pagi?
Untuk menyeksa awak?
Sebab saya taasub dengan kereta? Tidak.
Saya buat begitu supaya tak hilang kelebihan saya.
Untuk mengingati prinsip asas yang membimbing Choiseong.
Jadi saya tahu apa yang membawa untung dan rugi.
Mengejar masa...
"Global..."
Saya ingatkan diri saya setiap saat.
"Park Gi Mok, Presiden Choiseong EnC."
Jadi saya dah buat keputusan.
Rasanya dah tiba masa saya berhenti bekerja dan nikmati usia emas saya.
Serahkan Choiseong kepada orang lain dengan lebih cepat.
- Tuan. - Ya.
Saya tak sebijak dulu.
Memecut dan membelok...
Ia jadi lembab dan ingatan saya semakin pudar.
Pasukan Strategi dan Perancangan akan mulakan proses pewarisan
jadi saya harapkan kerjasama penuh awak.
- Baik, pengerusi. - Baik, pengerusi.
Baik? "Baik, pengerusi"?
Zaman dulu, kalau raja kata dia akan wariskan takhta kepada pewarisnya
semua rakyatnya akan merayu supaya tak berbuat demikian.
Tapi kamu semua tak sabar tunggu saya
Kang Yong Ho, letak jawatan.
"Pengerusi Kang Yong Ho."
Tiada seorang pun yang membantah.
- Itu tak benar, pengerusi! - Tak boleh, pengerusi!
Tuan mesti terus memimpin kami!
Tuan masih bertenaga macam dulu!
Presiden Kang Jae Gyeong. Presiden Kang Jae Seong.
Awak ada masa sebulan untuk yakinkan ahli lembaga pengarah.
Saya akan buat keputusan akhir.
Itu saja.
Pengerusi.
Pengerusi. Ayah.
Jadi apa patut kita buat?
Adakah kita patut melutut dan merayu di lobi utama?
Dia patut namakan saja pewarisnya.
Sekarang kita yang perlu mengampu salah seorang kembar itu.
Mereka jadikan dia presiden CnT hanya kerana dia anak sulung
dan dia uruskan semua perniagaan yang dia sentuh.
Dia memang bagus dalam apa-apa
selain beri kerja mudah kepada kawan dan keluarga?
Presiden Kang Jae Gyeong sangat bangga
mengembangkan bahagian kimia.
Dia terkenal kerana tak layan orang bawahannya macam manusia.
Saya undi Presiden Kang Jae Gyeong.
Awak nampak dia? Kang Jae Seong nampak teruk.
Ayah.
Ayah tak cakap apa-apa tentang ini sehingga semalam
dan sekarang ayah umumkan pewarisan?
- Usah buat keputusan terburu-buru. - Buat keputusan sekarang.
- Saya yakin saya boleh buat, ayah. - Awak ingat saya tak yakin?
Sayalah definisi keyakinan.
Ikut saja tradisi dan jadikan saya pengerusi.
Bukankah tradisi Choiseong untuk anak sulung berjaya?
Ayah tak layan saya dengan berbeza hanya kerana saya wanita.
Ayah ajar saya bertinju dan tak hantar saya ke balet.
Saya masih ingat ayah bersorak setiap kali saya kalahkan lelaki.
Prinsip Choiseong ialah meritokrasi.
Apa pandang-pandang? Nak saya beritahu semua saya kalahkan awak?
Hormat sikit abang kamu atau ayah akan...
Awak lahir 50 saat sebelum saya. Abang konon.
Ayah dah sediakan pentas.
Bergaduhlah selama sebulan.
Memandangkan kamu berdua sangat yakin
kita akan lihat siapa yang korup dan siapa yang tak cekap.
Pintu ditutup.
Panggil eksekutif Bahagian CNT ke sini. Sekarang.
Pertama, saya mahu laporan prestasi untuk unit perniagaan dibuat semula.
Projek pelabuhan Bandar Yuncheon.
Bagaimana pembesaran jeti arang batu?
Kumpulan alam sekitar menentang kita.
Penduduk tempatan juga memprotes.
Jadi kita patut berdiam diri saja?
Pergi ampu mereka. Beritahu mereka kita akan berkompromi.
Tengoklah Pengarah Urusan Song kita.
Dia bina loji tenaga solar yang besar itu
- dan bina loji hidrogen. - Tentang itu...
Bandar Ohpoong tak beri kerjasama.
Saya rasa kita perlu kecilkan projek.
Kecilkan? Kita patut besarkan, bukan kecilkan!
Kos pemulihan kebakaran di pusat beli-belah Singapura
bukannya murah, presiden.
Kamu semua nak saya gagal?
Atau kamu pengintip Kang Jae Gyeong?
Sembunyikan perniagaan yang rugi
dan kembangkan apa saja angka yang boleh ke tahap maksimum.
Itu saja caranya untuk kita kalahkan Kimia Choiseong! Okey?
- Baik, tuan! - Presiden...
Daripada semua pencapaian Kimia Choiseong
- baru-baru ini... - Ini dia.
apa kejayaan terbesar awak?
Pencapaian terbaik divisyen ini semestinya, Tenaga Choiseong.
Bateri litium-ion utama kami
membolehkan kami mengetuai medan bateri.
Untuk selesaikan isu pemanasan lampau, isu utama orang awam
kami cepatkan perkembangan Bateri Keadaan Pepejal.
Lengan kimia kami memacu Choiseong. Ia teras perniagaan kami.
Ia akan jadi enjin pertumbuhan baharu Korea
yang menerajui pasaran bateri global.
- Mengawal naratif adalah kuncinya. - Suruh wartawan itu terbitkannya.
- Keluarkan artikel itu. - Semuanya bermula
dengan putar belit media.
Saya akan hantar siaran akhbar dan mula bentangkan kepada media.
Tolong hantar secepat mungkin.
Ya, saya telefon tentang siaran itu. Awak dah tengok?
Saya dah hantar siaran akhbar. Awak dah tengok?
"Presiden Kang Jae Gyeong sangat hebat..."
"Dengan bateri, Choiseong akan jadi nombor satu."
"Saham Choiseong akan melonjak naik! Ke bulan!"
"Cadangkan, sokong, sedih, mahu susulan"
"'Rekod Pertarungan'."
"Sijil kepujian, Pengerusi Kang Yong Ho."
"Sijil merit, Pengerusi Kang Yong Ho."
Betulkah tuan dah buat keputusan?
Pengerusi berusia 40-an dan 50-an adalah trend baru setiap syarikat.
Lagipun
memandangkan saya dah umumkan saya nak letak jawatan
kembar itu akan bangkit dan buat persembahan.
Orang akan mula berebut-rebut untuk memilih pihak.
Maksud tuan, tuan mahu mereka membentuk puak?
Tuan nak cetuskan perselisihan dalam syarikat?
Lebih besar konflik
lebih mudah untuk asingkan yang baik daripada yang buruk.
Memandangkan tuan tak ada pewaris yang tuan benar-benar suka
tuan akan beri jawatan pengerusi kepada yang ada puak terkuat
dan memerintah dari belakang takhta.
Lee Sang Jae, awak...
Alangkah bagus kalau awak anak saya.
Betul tak?
"Cadangan."
Awak nak ke mana?
Ingatkan saya akan balik tepat pada masanya.
Tepat pada masanya.
Pengerusi dah nak balik.
Apa status tugasan yang saya beri itu?
Apa?
Saya masak stew makanan laut istimewa, sayang.
Bagus.
Tiram ini sangat segar.
Mereka merayu supaya saya bawa mereka pulang.
- Perubahan musim memenatkan awak. - Seon Hee.
Cukuplah.
Mesej diterima. Tiada ulangan.
Kamu berdua, jangan cakap pasal kerja di meja makan.
Biar ayah kamu makan dengan tenang.
Projek bateri kedua mendapat sambutan yang baik.
No comments yet. Be the first to leave one.