ആദ്യത്തെ 200 വരികൾ.
Mengagumkan, kan?
Air mata Tuhan.
Ya.
Ia cantik.
Yang lain pun cantik juga. Saya...
Rasanya saya cuma kena buat keputusan yang betul.
Bukan mata awak pun yang kena buat keputusan nanti.
Ya.
Rebecca telefon tak?
Ya. Dia akan tiba di restoran sejam lagi untuk bawa awak ke lapangan terbang.
Saya letak tiket, pasport dan telefon bimbit baharu dalam beg bimbit...
...dan Hong akan berada di sana dalam 10 minit.
Terima kasih. Jumpa dalam empat hari lagi.
Sebaik saja awak mendarat,...
...mereka akan mula mencucuk dan menujah untuk lihat awak dibuat daripada apa.
Awak pastikah saya orang yang sesuai, Walter?
Saya tak mahir sangat hal-hal korporat ni, saya benci naik kapal terbang...
Dan bukankah ini kerja Bob?
Bob? Sudahlah, awak takkan apa-apa.
Cuma jangan makan apa-apa yang memakai kolar,...
...dan jika awak perlukan saya, saya akan berada di pantai di Cozumel.
Dengar sini, ini peluang besar awak.
Tapi saya beri awak tugas in sebab saya rasa awak orang yang sesuai.
Lagipun, awak kan bakal jadi ahli keluarga?
Turun.
Matthew, jauhkan diri daripada gadis-gadis pemuas nafsu,...
...kalau tak, Rebecca akan kerjakan saya, tahu?
Matty.
- Matty! - Luke!
- Awak apa khabar? - Sihat. Awak pula?
Sangat, sangat baik. Gembira dapat berjumpa. Awak nampak hebat.
Terima kasih. Memang pun.
Awak masih buat kerja periklanan di New York?
Saya dah kembali ke sini.
- Bila awak balik? - Dua bulan lepas.
Dua bulan? Awak buat apa?
Awak tak telefon kawan awak? Awak patut telefon saya.
Saya tahu. Saya baru berpindah semula dengan gadis yang saya kenali di New York...
...dan saya bekerja dengan abangnya, dan ia...
Serius bunyinya.
Mungkin. Tak tahulah. Kita tengoklah nanti.
Awak nampak serius sangat. Tengoklah awak ni.
Saya tahu.
Sekejap!
Begini, saya kena pergi mesyuarat.
Ya, saya pun mungkin kena alihkan kereta saya juga.
Lepas tu, saya akan ke China malam ni.
- China? Peliknya. - Ya, saya tahu.
Biar saya telefon bila saya balik nanti. Isnin?
Ya, bagus juga. Diamlah!
Baiklah, ini kad saya. Jangan tunggu sampai dua tahun. Telefon saya!
Kedai lama tu.
- Telefon, tahu? - Baiklah.
Awak nampak segak. Tali leher tu cantik.
Gembira dapat berjumpa.
Awak dah selesaikah? Cepatlah!
Dia sangat tertarik dengan kerja awak,...
...dan dia jamin yang bila awak sampai di China,...
...awak akan disambut dengan semangat dan sokongan.
Terima kasih banyak-banyak.
Minta sedikit champagne. Maafkan saya.
Maafkan awak.
Matthew seorang jurugambar. Seorang yang sangat kreatif.
Dan ini dia adik kesayangannya.
Satu-satunya adik perempuannya.
En. Hong, Cik Chin, ini adik saya, Rebecca.
Hai, sayang. Apa khabar?
Seperti yang awak lihat,...
Matthew berjaya buat dirinya diperlukan walaupun jauh dari pejabat.
Nah, sayang. Ambil satu ubat ni. Ia bantu awak tidur dalam penerbangan.
En. Hong nak buat ucap selamat.
Oh, ya.
Untuk penyatuan yang panjang dan makmur...
...antara dua syarikat.
Awak tak apa-apa?
Ya.
Maafkan saya. Saya nak buat panggilan telefon.
Saya akan kembali.
Maafkan saya,...
Sekejap saja!
Maaf.
Tidak, dengar sini! Dan saya tak mahu bertenang.
Ia dah berakhir, okey? Sebab itulah saya nak jumpa.
Tidak, saya tak fikir yang ia tak disengajakan.
Ia keluar surat khabar!
Saya tak nak jumpa awak lagi, Daniel.
Berhenti ekori saya atau saya telefon polis!
Lisa.
Lisa!
Apa ni?
Awak tak apa-apa?
Saya buat dia marah.
Awak nak letak itu di atas kad ni?
Bodoh betul...
Awak perlukan bantuan, Mare?
- Kenapa ni? - Mengecewakan betul.
Saya tak jumpa sebab kenapa ia tak berbunyi.
Saya cuma...
Matthew? Helo?
Ada orang di rumah?
Saya akan terima yang ini, jika awak nak.
Silakanlah.
Oh, Tuhan.
Alamak.
- Mereka nak tahu berapa lama... - Mary.
- Saya akan kembali. - Matthew!
- Maaf. - Awak nak ke mana?!
Maaf!
- Hai, semua. - Hai, Lisa.
Jumpa awak di dalam.
- Masa untuk beredar agaknya, kan? - Ya.
Baiklah.
Panggilan pra-masuk untuk penerbangan 752 ke Munich.
Semua penumpang diminta masuk pada masa ini di Pintu Masuk 5-A.
Saya rasa sampai sinilah.
Awak pasti tiada apa yang tak kena?
Tidak, saya tak apa-apa.
Baiklah. Telefon saya bila dah sampai.
Baiklah. Saya akan telefon.
Saya cintakan awak.
Saya pun.
Selamat tinggal.
Selamat tinggal.
Minta perhatian.
Ini adalah panggilan masuk akhir untuk penerbangan Amerika Airlines 153...
...ke Shanghai.
Semua penumpang diminta masuk melalui pintu masuk 10-B.
Matthew Simon. S-l-M-O-N.
Alamak.
Ya.
Ya. Dia tak naik kapal terbang tu.
Dia...
Dia sakit.
Tidak, dia sakit teruk. Dia kena keracunan makanan.
Tidak, dia akan tiba di sana dua hari lagi.
Lisa?
Baiklah.
Helo?
Lisa?
Nah, sayang. Ambil satu saja untuk bantu awak tidur dalam kapal terbang.
Garisan tu. Apa kesannya pada betis awak. Itulah yang kami gelar seksi.
Nak cuba warna merah jambu?
- Baiklah. - Baik. Sila duduk.
Itu pun awak. Awak pergi mana?
Teruknya rupa awak. Harap-harap dia berbaloi.
Kita ada saiz 10 dalam warna merah jambu?
Ada, di belakang.
- Hai, Ellie. - Hai.
- Saya kena bercakap dengan awak. - Kedai Kasut Lady Dragon.
Jadi, siapa dia?
Awak takkan percaya.
Mestilah percaya. Entah-entah saya kenal. Siapa nama dia?
Itulah masalahnya.
Awak tak tahu nama dia? Alahai.
Saya tahu dia seorang penari.
Maksud awak, penari bogel?
Bukanlah. Penari yang sebenar.
Oh, Tuhan. Saya sukakan tubuh penari.
Tapi wajahnya seperti...
Matanya...
Dan kulitnya pula...
Dia buat saya rasa...
Apa benda awak cuba cakap ni? Dia buat awak lagi tak mampu bercakap.
Awak tu taksub,...
...saya tak tahu bagaimana awak buat keputusan untuk pilih satu saja.
Pelanggan saya di sana, kakinya cantik. Ellie.
Tahu? Ada sesuatu yang hangat tentang Ellie.
Si rambut perang dekat tingkap tu.
Maksud saya, sudahlah.
Awak buat apa ni?
Matty, awak tak apa-apa?
Kedai Kasut Lady Dragon. Boleh saya bantu?
Si rambut perang tu?
Awak buat apa ni?
Beri saya kasut.
- Kasut? - Ya.
Banyak kasut ni.
Maaflah sebab lama sangat. Warna merah jambu. Tinggal ini saja.
Boleh saya bantu awak?
Ya.
Kasut dalam tingkap tu.
Yang warna hitam dengan tapak merah.
Boleh saya cuba?
Yang hitam dan merah. Baiklah.
Saya akan pergi ke belakang dan ambilkan untuk awak.
Di situlah kami simpan kasut. Di belakang. Jadi...
Saya akan kembali.
Matty?
Mungkin awak nak tanya wanita tu apa saiz yang dia pakai.
- Betul. - 8 1/2.
Macam Fellini.
Ya.
Maksud saya filemnya, bukan saiz kasutnya.
8 1/2.
Aduh.
Apa benda tadi tu?
Fellini! Apa benda yang saya fikirkan?
Entahlah.
Tapi, satu perkara yang awak betul. Cantiknya dia.
Dan awak pula, seorang yang bodoh.
No comments yet. Be the first to leave one.