ആദ്യത്തെ 200 വരികൾ.
[Menurut legenda, setiap 60 tahun membentuk satu kitaran.]
[Makam Laut Shen Wanjiu yang terpendam di dasar laut]
[Harta karun di dalam makam juga akan muncul semula.]
[Rahsia ini tersembunyi dalam dunia pendekar]
[dan turut membangkitkan keinginan orang ramai.]
Tebang ia!
Abang Lang, tak bolehlah.
Dengan adanya saya, apa yang awak takutkan?
Tak boleh tebang!
Berikan kapak itu kepada saya!
- Tak boleh tebang, Abang Lang! - Tak boleh terbang!
Hebat kemahiran dia.
Kami yang belayar di laut,
sejak dahulu lagi ada pantang larang
bahawa wanita naik kapal akan membawa malang dalam pelayaran.
Ketua lama memang ayah awak,
namun dia dah hilang selama 3 bulan.
Kita tak boleh terus tanpa ketua.
Saya sudah sudah berbincang dengan saudara-saudara.
Mulai sekarang, Kapal Yinghuo ini milik awak.
Geng kapal pula
saya ambil alih.
Chen Lang.
Geng kapal ini ditubuhkan oleh ayah saya sendiri.
Saya sama sekali takkan serahkannya kepada orang lain.
Awak nak jadi ketua?
Boleh saja.
Ikut cara lama.
Bertarung di bawah air.
Kalau awak menang, geng kapal ini jadi milik awak.
Itulah yang saya tunggu-tunggu.
Dah lama ini, mereka masih belum keluar.
Nampaknya keadaan tak baik.
Sedarkan dia, dia belum mati.
Timbalan ketua.
Timbalan ketua.
Awak baik-baik saja?
Sejak beberapa tahun ini, kehidupan geng kapal semakin susah.
Saudara-saudara tentu rasa gelisah.
Ketua lama sanggup mengambil risiko pergi ke laut
demi mencari rezeki untuk kita semua
dan sampai sekarang masih tak diketahui keberadaannya.
Saya nak tanya kamu semua.
Selama ini, macam mana ketua lama melayani kamu?
Saya rasa kamu lebih tahu daripada saya.
Sekarang kita tak tahu sama ada dia masih hidup atau tak.
Bukankah kita patut bersatu hati
untuk mencari ketua lama dan jalan untuk terus hidup?
Kenapa kita perlu saling berbunuhan di sini?
Hari ini,
kalau ada saudara yang mahu
meninggalkan geng kapal ini,
boleh saja.
Sekarang pun boleh pergi ambil wang pampasan.
Tapi kalau saudara-saudara percaya kepada saya,
tinggallah.
Saya pasti akan bawa kamu semua mengatasi rintangan ini!
Ketua!
Kami percaya kepada awak!
- Ketua, kami ikut awak! - Ketua, kami ikut awak!
Kami ikut awak!
Kami ikut awak!
Abang Lang.
Ayah saya ajar kami sejak kecil,
kalau kita bersatu hati, tiada apa yang tak mampu kita lakukan.
Kita ini satu keluarga.
Geng kapal perlukan awak.
Ketua.
Nyawa saya awak yang selamatkan.
Mulai hari ini,
demi geng kapal dan awak,
saya sanggup berkorban nyawa.
Saudara-saudara!
Mulai hari ini,
sebelum kita menemui ketua lama,
Zheng Qianqian ialah ketua baharu kita!
Mulai sekarang, sesiapa yang berani membulinya,
langkahlah mayat saya dulu!
Ketua Zheng!
Ketua Zheng!
Ketua Zheng!
Anak.
Aktiviti gunung berapi yang luar biasa
menyebabkan Meterai Fantian terpesong dari urat naga
dan mengganggu feng shui keluarga Shen.
Sebab itulah kita sukar melepaskan diri daripada status pedagang.
Awak mesti mengalihkan meterai itu,
memulihkan urat dan mengumpulkan tenaga,
barulah masalah ini dapat diselesaikan sepenuhnya.
Ketua.
Ketua.
Zheng Qianqian menang.
Rupanya Chen Lang memang tak boleh diharapkan.
Orang yang bernama Tian Ya itu
juga sudah muncul di Qinghai.
Dia pun sedang menonton pertunjukan menarik ini.
Zheng Qianqian,
seorang wanita, tetapi memang kejam.
Dia menahan nafas di bawah air
selama 15 minit penuh.
Chen Lang mungkin jauh tak setanding dia.
Adakah kali ini kita tersalah pilih orang?
Ketua Zheng sangat mahir dalam ilmu menyelinap di bawah air.
Dia mengajarkan segala ilmunya
kepada anak perempuannya, Zheng Qianqian.
Dia mustahil kalah kepada Chen Lang.
15 minit
bukan hadnya.
Saya faham dah.
Ketua sudah lama jangka dia akan menang.
Sebab itu ketua menghasut Chen Lang untuk merebut kuasa,
sebenarnya untuk membantu Zheng Qianqian membina kewibawaan, betul?
Kalau tak, macam mana dia boleh membantu saya mencapai kejayaan?
Buka gudang dan agihkan bijirin.
Kita akan memancing dia masuk ke dalam perangkap.
Berikan sedikit makanan.
Terima kasih.
Terima kasih.
Kenapa bijirin awak ini
dicampur dengan begitu banyak pasir dan sekam?
Awak si tua.
Dah bagus kami beri kamu bijirin.
Mari, heret dia keluar.
Ini...
Teruskan agihkan bijirin.
Awak baik-baik saja?
Terima kasih.
Dah habis kerja!
Dah habis kerja!
Jangan buat kerja lagi, mari pergi!
Mari pergi!
Datang lagi esok.
Kebakaran!
Cepat padamkan api!
- Cepat padamkan api! - Pergi ambil air!
Bawa dia pergi!
Tian Ya, seorang anak yatim,
dibawa oleh pakar perompak makam,
Hantu Tua mengembara dalam dunia pendekar pada usia 6 tahun.
Sejak kecil, awak sudah mahir dalam Qimen Dunjia
dan Meihua Yishu.
Memang seorang yang luar biasa.
Terima kasih atas pujian itu.
Namun pada tahun yang dilanda bencana,
awak berani mengambil kesempatan ketika keadaan huru-hara,
mencederakan pegawai kerajaan
dan membakar gudang bijirin.
Beberapa kesalahan ini cukup untuk menjatuhkan hukuman mati terhadap awak.
Kenapa saya dengar macam
kamu sengaja mahu memfitnah saya,
apa saja pun boleh dijadikan alasan?
Saksi dan bukti semua ada di sini.
Awak tak boleh berdalih lagi.
Sebenarnya, saya bukan nak cari masalah dengan awak.
Sebaliknya, saya ada sesuatu nak minta bantuan awak.
Minta bantuan saya?
Beginikah cara tuan minta bantuan orang?
Kalau tekaan saya betul,
tujuan awak datang kali ini
adalah untuk merompak Makam Laut keluarga Shen saya.
Awak keturunan keluarga Shen?
Biar saya perkenalkan diri secara rasmi.
Saya Shen Zhaowen.
Kebetulan saya juga nak pergi ke Makam Laut itu
untuk mengambil semula satu barang pusaka keluarga.
Kita boleh bekerjasama.
Masing-masing dapat apa yang diperlukan.
Asalkan awak setuju,
awak bukan saja akan mendapat banyak harta karun,
malah saya boleh jamin awak akan terlepas daripada semua hukuman.
Jadi, macam mana kita nak pergi ke sana?
Awak tak perlu risau tentang itu.
Geng Kapal Tianhai akan mengiringi dan melindungi kita.
Tuan Shen.
Ketua Zheng.
Awak dah fikir masak-masak
dan sanggup untuk belayar bersama?
Ya.
Ayah saya dah hilang selama 3 bulan,
Ttapi saya percaya dia masih hidup.
Tuan Shen mesti menepati janji.
Saya bantu awak mencari Makam Laut,
awak bantu saya mencari ayah saya.
Janji.
Baik, kita bertolak sekarang.
Jangan tergesa-gesa.
Walaupun saya ada peta pelayaran warisan keluarga,
untuk membuka Makam Laut,
kita masih perlukan janggut naga.
Janggut naga?
Menurut "Catatan Salasilah Keluarga Shen",
hanya janggut Naga Lilin yang dapat membuka Makam Laut.
Tapi awak jangan risau.
Saya dah jumpa orang
yang boleh dapatkan janggut naga itu.
Kita jumpa dia dulu.
Perlukah bawa orang seramai ini?
Kenapa? Tak percayai saya?
Naga Lilin sangat berbahaya.
Lebih ramai orang, lebih tinggi peluang kita untuk berjaya.
No comments yet. Be the first to leave one.