ആദ്യത്തെ 200 വരികൾ.
SUDAH DIVAKSIN? DAPATKAN PENGGALAK
14 DISEMBER 1974
Pn. Baldwin? Dr. Josephson.
Hai, Karen Baldwin. Ibu Shane. Bagaimana keadaan dia?
En. Baldwin ada?
Ya. Tapi dia tiada di sini sekarang ini.
Dia berada di bulan.
Dia ada di... Suami awak ialah Ed Baldwin?
Ya. Boleh awak beritahu saya bagaimana keadaan anak saya?
- Sila duduk. - Tak apa.
Saya tak mahu duduk. Saya ingin tahu apa yang terjadi kepada anak saya.
Paramedik melaporkan kemalangan antara kenderaan bermotor dan basikal.
Siapa yang melanggar dia?
Kami tak tahu. Pemandunya telah lari.
Seorang jiran menemuinya di jalan dan menghubungi ambulans.
Dia memakai pakaian seragam bola keranjang.
Pakaian seragam bola keranjang?
Baiklah, apa yang patah?
Anak awak mengalami kecederaan di kepala yang serius.
Tengkoraknya retak dan ada pendarahan dalam otak.
Tunggu.
Tunggu.
Dia apa?
Kami cuba yang terbaik untuk bantu dia. Dia sedang dibedah untuk keluarkan darah
dan untuk mengurangkan tekanan kepada otaknya.
Tak, dia sedang dibedah?
Dia sedang...
Tiada siapa tanya saya tentang pembedahan. Shane tak pernah diberi anestesia.
Ia campur tangan untuk selamatkan nyawa, Pn. Baldwin. Kami tiada pilihan.
Maaf. Menyelamatkan nyawa?
Apa yang berlaku sekarang ini? Tak. Saya ingat tulangnya saja yang patah.
Saya tahu. Tak mengapa.
- Tak, ini tak okey. - Cuba bertenang.
Jika pembedahan dapat membantu seperti kebanyakan masanya, ia tanda yang baik.
Shane masih muda dan usia yang muda satu kelebihan.
Okey.
Ya.
Shane seorang yang kuat.
Saya tak meraguinya.
Dia akan okey.
Mari ikut saya. Kami ada ruang menunggu peribadi untuk ahli keluarga.
Okey. Ya.
BILIK MENUNGGU KELUARGA
Tak, dia akan okey.
- Kami akan cuba sedaya upaya. - Okey.
- Saya akan beritahu perkembangannya. - Terima kasih.
PECAH
DEMI UMAT MANUSIA
Selamat pagi.
Selamat pagi, Dani.
Apa sarapan untuk pagi ini? Telur, bakon, penkek?
Akhirnya saya berpeluang untuk rasa sedikit ketenangan.
Kemudian mereka letakkan awak dan Gordo di CAPCOM.
Tolonglah, Ed. Awak rindukan saya.
Steelers mengalahkan Oilers lagi. Dua puluh empat kepada sepuluh.
Sesetengah perkara memang tak berubah.
Pastorini nampak kurang yakin di luar sana.
Baiklah, jangan lupa,
doktor mahu awak memasang biopenderia lagi hari ini
dan pastikan awak baiki penyambung tangki tambahan itu.
Ya, puan.
Semuanya ada dalam bacaan itu.
Ya, puan.
Berseronoklah.
Gordon "Gordo" Stevens yang telah memandu kapsul
lebih daripada 321,868 kilometer kembali ke Bumi,
di mana dia dan Pn. Poole mendarat dengan selamat di lautan Pasifik minggu lepas.
Gordo Stevens, wira Amerika sejati.
Sementara itu, Ed Baldwin kekal di Jamestown,
rakyat Amerika yang keseorangan di bulan.
Kita di sini bersama kru Apollo 24,
angkasawan yang telah ditugaskan untuk membawa dia pulang dengan selamat.
Harrison Liu, Deke Slayton
dan komander misi Ellen Waverly.
Maafkan saya, Ellen Wilson.
Tahniah di atas perkahwinan awak baru-baru ini.
Terima kasih.
Bagi mereka yang tidak tahu,
Deke, awak salah seorang ahli Mercury yang asal, betul?
Betul. Lebih sepuluh tahun yang lalu.
Tapi ini kali pertama awak ke angkasa lepas.
Awak tak boleh terbang atas sebab kesihatan, betul?
Sebaliknya, awak menjadi orang penting di NASA.
Tapi sekarang awak dibenarkan terbang
dan saya perlu tanya, kenapa awak bukan komander untuk misi ini?
Ellen Wilson ialah komander yang baik.
Saya tahu. Saya yang melatih dia dan menjadikan dia ketua misi ini.
Sudah pasti.
Tapi ada orang rasa kemalangan Danielle Poole di Jamestown
menimbulkan persoalan tentang kewajaran wanita tinggal di bulan
di dalam keadaan yang teruk.
Kemalangan berlaku dan ia tak mengikut jantina.
Danielle Poole ialah angkasawan yang baik dan dia uruskan dirinya dengan baik.
Mula-mula, kematian Patty Doyle. Sekarang, kecederaan wanita ini.
Persoalannya, adakah kita terlalu cepat memasukkan wanita ke dalam program?
En. Newsome, ia dah terlalu lewat sebenarnya.
Saya percaya wanita patut sertai program angkasa lepas sejak dari awal lagi.
Awak rasa begitu, Deke?
Awak percaya wanita patut jadi sebahagian daripada Mercury 7 yang asal?
Saya percaya...
komander misi sentiasa betul.
Harrison, awak akan ada di bulan bersama Ellen selama berminggu, mungkin berbulan.
Awak ada sebarang kebimbangan tentang kesihatan fizikalnya
untuk hidup di bulan?
Pertama, saya lebih suka dipanggil "Harry."
Kedua, saya cuma ingin kata yang kami bertiga
dah berlatih bersama-sama sebagai kru selama berbulan-bulan.
Saya bekerja bersama Ellen sebelum ini di Apollo 19.
Saya bukan saja menghormati,
tapi mengagumi Ellen sebagai komander misi dan sebagai angkasawan.
Saya tak risau untuk berkhidmat di bawahnya.
Itu dia. Perpaduan di angkasa lepas.
PENGGABUNGAN CSM-LSAM
Semasa Grumman mereka LEM yang telah ditambah baik untuk digunakan semula,
sistem kawalan autonomi tak boleh digunakan untuk operasi yang jauh.
Sebaik saja awak bergabung dengan LSAM, awak akan lakukan ujian sistem
untuk komunikasi satelit bulan.
Okey.
Awak dah buat keputusan tentang muatan kargo kami?
Kami masih sedang memikirkannya.
Apa yang susahnya?
Ia hanya 9,000 kilogram makanan dan gas, bukan?
Sebenarnya 10,886 kilogram.
Maaf jika kargo bukan dalam senarai keutamaan kami
semasa kami cuba mengesahkan Saturn V boleh diterbangkan.
Beralih kepada sistem pengawalan alam sekitar...
Cuba terangkan bagaimana saya menyertai dua misi Gemini
dan sekarang saya pengganti seorang wanita, orang tua dan orang Korea?
Dia orang Cina.
Harrison. Keluarga dia dari China.
Itu lebih bagus.
Ingat lagi semasa merit diutamakan di sini?
Betapa bagusnya awak.
Sekarang ia tentang bangsa atau jantina.
NEWSWEEK WIRA-WIRA KEMBALI
- Bagaimana rasanya kembali bekerja? - Bagus. Sangat bagus.
Saya ditugaskan di CAPCOM untuk Jamestown.
Danielle juga.
Supaya kami dapat mengekalkan semangat Ed,
memandangkan kami lebih tahu apa yang dia lalui berbanding orang lain.
Ya, keadaan agak baik.
Semasa awak mula-mula datang ke sini, Gordo, awak ingat apa yang saya kata?
Ini hanya akan berkesan jika awak benar-benar jujur dengan saya.
Okey, salah satunya, saya risau tentang isteri saya.
Okey. Apa yang awak risaukan?
Entahlah. Kebelakangan ini, kelakuannya dengan saya berbeza.
Awak maksudkan Tracy?
Ya, Tracy.
Saya dah kata yang dia angkasawan juga, bukan?
Ya, awak dah beritahu.
Ya.
Ya.
Awak kata kelakuan Tracy berbeza. Berbeza dari segi apa?
Berbeza.
Seperti...
semasa saya tiada, dia menyewa sebuah pangsapuri untuk saya dah menghiasnya.
Apabila saya buat salah, begitu kerap kebelakangan ini,
dia menyuruh saya pergi ke pangsapuri itu.
- Dia mahu bercerai? - Tak. Bukan sesuatu seperti itu.
Tak. Mungkin dia hanya mahukan sedikit ruang.
Apa perasaan awak tentang berpindah keluar dari rumah awak sendiri?
Apa perasaan saya?
Tak bagus. Itulah yang saya rasa.
Saya tak mahu keluar dari rumah saya. Saya mahu bersama keluarga saya.
Bagaimana perasaan dia tentang ini?
Awak fikir bagaimana? Dia sangat bangga dengan saya.
Berapa lama awak di sana?
Seratus empat puluh lima hari.
Tracy...
Dia akan ke angkasa lepas tak lama lagi bersama Molly Cobb.
Ya, wanita Amerika pertama ke angkasa lepas.
Ya.
Satu penghormatan dapat terbang bersama dia.
Ya, Trace tak rasa begitu.
Ia kali pertama dia ke angkasa lepas.
Hubungannya dengan Molly tak berapa baik.
Mereka akan membaiki sebuah satelit di orbit Bumi.
Berapa lama dia pergi?
Empat belas hari jika semuanya berjalan lancar.
Awak boleh merancang benda ini,
selama bertahun-tahun
tapi apabila awak ada di sana...
Sesuatu boleh...
Ia boleh gagal begitu saja.
Apa yang berlaku di sana, Gordo?
Bukankah patut ada sofa di sini?
Saya tak mahu bermain dengan Sidney lagi. Dia kejam dan teruk.
Apa benda teruk yang Sidney dah buat?
- Fotosintesis. - Dia kata Santa Claus tak wujud.
Sebab itu awak suka coklat.
- Walaupun saya kata kita kenal Santa... - Tolonglah. Fokus, Anthony.
Peristiwa Pengoksidaan Besar ialah apabila atmosfera pertama kali menjadi...
beroksigen?
Betul. Bila ia berlaku?
Dua bilion tahun yang lalu.
Awak perlu sebut nombor yang tepat.
Maaf, mak, tapi itu...
Ia adalah 2,500,000,000.
Tiga ratus.
Semua orang boleh percayakan apa yang mereka mahu.
No comments yet. Be the first to leave one.