Peddi

Peddi (పెద్ది)

Malay സബ്ടൈറ്റിൽ ഡൗൺലോഡ് ചെയ്യുക

റിലീസ് വിവരങ്ങൾ

[𝗖𝗼𝗳𝗳𝗲𝗲𝗣𝗿𝗶𝘀𝗼𝗻] 𝗣𝗘𝗗𝗗𝗜 (𝟮𝟬𝟮𝟲) 𝗧𝗘𝗟𝗨𝗚𝗨 𝗡𝗙𝗫 𝗪𝗘𝗕
കമന്ററി എഴുതിയത് Coffee_Prison
𝐑𝐄𝐓𝐀𝐈𝐋 𝐍𝐄𝐓𝐅𝐋𝐈𝐗 >> 𝟎𝟑:𝟎𝟓:𝟐𝟖 *𝘛𝘦𝘳𝘫𝘦𝘮𝘢𝘩𝘢𝘯 𝘴𝘢𝘳𝘪 𝘬𝘢𝘵𝘢 𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘕𝘢𝘫𝘢𝘩𝘞 𝘡𝘏

ടാഗുകൾ

webdl
പ്രസിദ്ധീകരിച്ചത്: 2026-08-02
ഡൗൺലോഡുകൾ: 5
ശ്രവണ വൈകല്യമുള്ളവർക്ക്: No

Malay സബ്ടൈറ്റിൽ പ്രിവ്യൂ

ആദ്യത്തെ 200 വരികൾ.

LEBUH RAYA KOLKATA KE VIZAG

Sesudah Olimpik ke-31 di Brazil melabuhkan tirai,

Menteri Kesatuan Sukan Vishnu Kant Tiwari

meluahkan kekecewaan terhadap pungutan pingat India.

Semasa mesyuarat peringkat tertinggi bersama Pegawai-Pegawai Olimpik India

di Ibu Pejabat Sukan Kolkata,

menteri menyeru pembaharuan ketara dalam pemilihan atlet dan latihan mereka.

VISHNU KANT TIWARI ULAS PRESTASI OLIMPIK 2016

MESYUARAT ULASAN PERSATUAN OLIMPIK INDIA 2016, KOLKATA

Duduk.

Tahniah, tuan.

Kali ini kami menang dua pingat!

Duduk!

Awak patut malu.

Kita kena tundukkan kepala untuk cari India dalam senarai pungutan pingat.

Bila agaknya…

Kita boleh dongakkan kepala?

VISHNU KANT TIWARI MENTERI HAL EHWAL BELIA DAN SUKAN

Populasi negara kita 1,300 juta orang.

Tapi meraih dua pingat saja?

Segala macam usaha kita dah buat…

Untuk hasilkan dua juara.

Jutaan rupee dah dilaburkan untuk sukan.

Begitu banyak akademi sukan kita dah bina.

Jadi apa masalahnya?

Tuan…

Kami dah beri para atlet di akademi latihan yang terbaik.

Tempat tinggal terbaik.

Tapi budak-budak generasi sekarang langsung tak minat sukan.

Tanyalah mereka sukan kegemaran mereka,

seorang kata, "Temple Run".

Seorang lagi kata, "Candy Crush".

Taman permainan…

Ada di tapak tangan,

siapa yang nak keluar berlatih, tuan?

Anak awak buat apa, En. Baiswal?

Dia pelajar tahun akhir jurusan Elektronik di IIT Bombay.

Anak-anak awak pula?

Anak perempuann MBBS di AIIMS, Delhi.

Anak lelaki pula ambil sarjana di AS.

Kita sendiri pun tak main sukan.

Malah tak galakkan anak bersukan.

Tapi, kita

nak menentukan takdir sukan dan atlet kita.

Amboi!

Saya tak nak semua orang membisu.

Kalau anda tak datang ke mesyuarat seterusnya dengan penyelesaian ampuh,

semua akademi di negara ini akan ditutup.

Tanahnya akan dipajakkan kepada syarikat besar.

Peruntukan sukan pula

akan disalurkan kepada pertahanan dan pertanian.

En. Baiswal. Kekalahan di padang

bukan sekadar kekalahan bagi pemain,

tapi ia kekalahan negara.

Inikah orang yang bakal menang di Olimpik?

Satu, dua, tiga, empat…

Setahu saya, warga India cemerlang dalam satu sukan saja…

Ia itu sukan menambahkan populasi.

Pandai awak!

Apa, tuan?

- Pandai awak main. - Yakah?

- Ekori bas itu. - Baik, tuan.

PERTANDINGAN SUKAN KE-76 DAERAH VIZIANAGARAM

Apa ini?

Pertandingan sukan, tuan.

Ramai sungguh orang!

PADANG PERBANDARAN VIZIANAGARAM PERTANDINGAN GRIG 2016.

Belia di sini gila sukan, tuan.

Pemilihan Kabaddi sedang dijalankan.

Ini pemilihan pasukan kriket bawah 19.

- Nama? - Shiva.

- Umur? - Saya 19.

Okey.

- Nama? - Appanna Tendulkar.

- Umur? - Saya 19.

Appanna, awak minat Tendulkar?

Ya. Sebab itulah saya ambil namanya.

Bagus.

- Nama? - Venkat.

- Umur? - Saya 16.

Saya pula minat Dhoni.

- Nama? - Govind.

- Umur? - Saya 17.

Okey.

- Govind. - Tuan?

Awak tak ada pemain kegemaran?

Ada, tuan!

Pemain kriket kegemaran saya…

Ialah Peddi!

- Peddi? - Ya, tuan. Peddi!

- Nama? - Saya Viswak.

Pemain kegemaran saya ialah Dara Singh.

- Nama? - Saya Vasu.

Ahli gusti kegemaran saya…

- Ialah Peddi! - Wah!

Peddi lagi?

- Peddi! - Peddi!

- Peddi! - Peddi!

- Peddi! - Peddi, tuan!

Peddi.

Saya Arun Kumar. Pelari kegemaran saya ialah Peddi.

Peddi.

Pelari kegemaran saya ialah Peddi!

Peddi.

Pemain kegemaran saya ialah Peddi.

- Peddi. - Peddi.

- Peddi, tuan. - Peddi, tuan.

- Peddi… - Peddi, tuan!

Salam sejahtera, tuan. Minumlah.

Tak kira siapa saya tanya,

jenis sukan berubah, tapi pemain kegemaran tak berubah.

Peddi.

Itu nama Tuhan di sinikah?

Batu yang tuan duduk itu pun dinamakan Peddi.

Betul.

Semasa Peddi pukul enam mata,

bola jatuh di sini, jadi kami namakan.

Bola dipukul memanglah jatuh ke sini, kan?

Tuan! Dia tak pukul di sini…

Tanah di sana itu.

Yang itu!

Nun jauh di sana!

Dia pukul dari tiga tapak jauhnya.

Saya dah tengok banyak sukan…

Tapi tak pernah tengok orang main sebanyak ini.

Seorang lelaki…

Main semua sukan ini?

Di kampung macam ini?

Kenapa?

Keterdesakan memaksa dia jadi atlet.

Bagi belia di sini, Peddi bukan Dewa di kuil,

tapi dia Dewa di padang.

Saya nak…

Tahu lebih lanjut tentang Peddi.

Kalau nak tahu pasal Peddi, tak boleh naik kereta.

Perlu jalan kaki, tuan.

Ayuh.

Kita perlu rentasi bukit-bukit itu.

Di tanah Vizianagaram, tempat kelahiran Kodi Rammurthy Naidu,

gusti mula hilang pengaruh,

kriket pula secara perlahan-lahan mula bertapak.

AWAL 1990-AN VIZIANAGARAM

KODI RAMMURTHY NAIDU (1885 - 1942) "HERCULES iNDIA".

Di kampung sekitar, kriket dimainkan macam sabung ayam,

dengan pertaruhan besar.

Taruh sikit, menang. Taruh lagi, kalah.

Hei, Rambujji!

Kau tukar "Royal" dalam "Royal Enfield" dengan "Rambujji"?

Sebelum aku beli, itu nama mereka,

sebaik saja aku bayar, ia jadi milik aku.

Berambus.

Itu bukan nama aku.

Nama keluarga aku Loud, aku Sesh.

Macam kau cakap…

Anda mungkin selalu lihat banyak barang dilelong!

Tapi di sini,

lelongan diadakan untuk pemain upahan!

Untuk pemain upahan!

Harga permulaan ialah 10 paise.

Rambujji dari Vizianagaram bida satu rupee!

Seratus rupee.

- Seratus satu rupee! - Dua ratus.

Enam ratus!

- Bobbili! Enam ratus! - Abang, kita bida tinggi sangat.

Rambujji dari Vizianagaram bida enam ratus satu rupee!

Sekali! Dua kali! Dijual!

Mereka berjaya mendapatkan pemain upahan, Peddi pada harga 601 rupee!

Pemain upahan kita, Peddi dibeli oleh Vizianagaram.

Kenapa bertaruh atas Bobbili?

Kita bertaruh pada Vizianagaram.

Vizianagaram menang cabutan dan dipilih untuk membaling,

Pembaling pantas Rambujji sedang membaling.

Habislah kau kali ini.

Wah, sengit betul perlawanan ini!

Dulu, Vizianagaram dan Bobbili bersaing merebut tanah jajahan.

Hari ini, mereka berlawan kerana permainan.

BOBBILI 109

Mengejar 125, Vizianagaram melangkah keluar untuk memukul.

Masa rehat untuk minum.

Mereka ada pemain upahan yang boleh pukul enam keenam satu over,

kita ada pembaling baru, Talari Ambrose.

Tak guna!

Tak boleh hadapi balingan kencang Talari Ambrose,

pemukul Vizianagaram alami kecederaan

tanpa kehilangan wiket mereka.

Kena!

VIZIANAGARAM 16, OVER: 2

Hei, Bujji!

Jampi Ambrose buat Dorabujji berpusing kekeliruan.

Perlawanan ini berpihak pada Bobbili.

Vizianagaram pula dalam masalah serius.

- Kita mungkin kalah. - Kau punca kita tewas!

Di mana buruh upahan itu?

Mana Peddi si tukang masak itu?

Gula tebu sedang mendidih.

Sudahlah tak jaga api, ke mana dia menghilang?

Dia pergi ke perlawanan, tuan.

Seluruh adunan ini akan musnah.

Sementara itu boleh saya kacau?

Hei! Tunggu dia balik.

അഭിപ്രായങ്ങൾ

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left