ആദ്യത്തെ 200 വരികൾ.
DITULIS OLEH HYUGA NATSU
KISAH INI FIKSYEN DAN SEMUA NAMA TOKOH DAN ORGANISASI IALAH REKAAN.
SELAIN ITU, KISAH INI TIADA KAITAN DENGAN INSIDEN DAN PERISTIWA HIDUP SEBENAR.
Ibu.
Kenapa wajah ibu begitu?
Kembali ke bilik awak.
Lelaki tua itu...
Perempuan tua itu...
Siapa mereka?
Saya tak boleh ingat dengan jelas.
Buruknya mimpi itu.
Siapa orang-orang tua itu?
Ketika itu, saya memang tak tahu.
Tapi selepas itu, saya diberitahu.
Lelaki tua itu ayah saya dan perempuan tua itu nenek saya.
Malah,
lelaki yang saya selama ini ingat ayah saya,
rupa-rupanya abang saya.
Wanita istana lembap itu juga
pasti dah tahu sekarang.
Atau dia sudah pun tahu.
Jika begitu, lega rasanya.
Saya tak boleh diam selamanya.
"Suatu ketika dulu, di negeri ini,
ada orang lain tinggal di sini.
Mereka tiada pemerintah.
Tapi suatu hari, seorang wanita bangsawan tiba dari tempat jauh,
bersama anak kandungan dari syurga.
Anak itu menjadi pemerintah pertama Negara Li.
Wanita yang tetap boleh melihat pada malam tanpa bulan,
telah digelar sebagai Wang Mu.
Dia juga dikatakan sebagai dewi abadi yang turun dari alam cakerawala."
Legenda pengasas negara ini, ya?
Apa pendapat awak, Apotekari?
Tuan Jinshi, wajah awak boleh dilihat.
Saya sedang belajar dengan tekun di sini, tapi
kalau makhluk ini merayap ke sini, bagaimana saya nak tumpukan perhatian?
Ada dalam 20 orang pelajar, bukan?
Saya ingat akan lebih ramai...
Ia bermula dengan sepuluh orang, jadi dah semakin ramai.
Memang begini. Namun begitu,
kalau rancangan Tuan Jinshi berjaya,
dan kadar celik huruf pembantu bertambah baik,
ia boleh mengubah suasana semasa di istana belakang.
Malah, Xiolan sekarang
sudah maju ke tahap
di mana dia boleh baca cerita ringkas.
- Tuan, dah tiba masanya. - Ya.
Bagaimana dengan awak?
Saya nak kekal di sini dan perhatikan lebih lama.
Begitu. Kalau ada apa-apa menarik perhatian awak, laporkan kepada saya.
Faham.
Xiaolan.
Maomao, awak datang?
Bagaimana? Awak ada belajar karakter baharu?
Masih banyak saya perlu belajar.
Saya nak tanya sesuatu lagi pada cikgu.
- Maomao, mari ikut saya. - Oh.
Cikgu berada di bangunan sebelah.
Kadangkala saya ke sana untuk tanya soalan.
Kuil lama?
Maafkan saya.
- Maaf mengganggu. - Saya datang.
Gadis muda itu wajah baharu, bukan?
Struktur pelik panjang dan sempit yang nampak memanjang jauh di dalam.
Tiang-tiang itu telah dibina rapat.
Bilik-biliknya pasti dibahagi kepada bahagian sangat kecil.
Awak nak tahu tentang kuil itu?
Ya, saya dapati seni binanya agak luar biasa.
Kuil itu dibina oleh orang
yang pada asalnya tinggal di negeri ini.
Semasa Permaisuri Wang Mu mengambil alih kawasan ini,
baginda tidak menolak kepercayaan lama.
Adakah Permaisuri Wang Mu ibu maharaja pertama yang kita belajar tadi?
Ya. Permaisuri Wang Mu beritahu anaknya ini,
"Sesiapa yang memerintah negeri ini
perlu melalui kuil itu.
Hanya mereka yang memilih jalan benar
boleh menjadi pemerintah negeri ini."
Anak baginda berjaya melalui kuil itu dengan selamat
dan menjadi maharaja.
Ibu kota telah dipindah ke tempat ini ialah kerana kuil itu.
Begitu!
Namun, telah berdekad ia tidak digunakan.
Tiada siapa tahu jika ia akan digunakan di masa depan.
Apa maksud awak?
Kekanda maharaja sebelum ini
semuanya mangkat kerana penyakit yang merebak.
Marahaja sebelum ini sahaja yang tinggal.
Jadi, keputusan dibuat tanpa perlu melalui ritual laluan.
Saya gembira melihat seseorang berminat dengan tempat itu.
Sudah agak lama sejak ia berlaku.
Ada juga orang lain yang berminat dengannya?
Ya.
Dulu ada seorang doktor istana yang agak unik di sini.
Bila-bila saja dia ada masa lapang, dia akan merayau di istana belakang.
Sama seperti awak, dia juga nak tahu tentang kuil itu...
- Sekejap, adakah dia Luomen? - Oh? Awak kenal dia?
Alamak, terlepas cakap.
Dia ayah angkat saya.
Selepas tinggalkan istana belakang, dia buka apotekari di daerah pelacuran.
Begitu, jadi Luomen dengan awak...
Adakah lelaki ini rapat dengan ayah saya?
Maomao!
Tengok! Saya tulis ini!
Oh!
Tiada racun.
- Saya minta diri dulu. - Sekejap, Apotekari.
Selepas ini, beta nak awak teman beta.
Ke mana?
Ke Kuil Pemilihan.
Kenapa tiba-tiba?
Baginda rancang apa sebenarnya?
Ia kuil lama yang saya nampak tadi.
Juga
cikgu di dewan belajar?
Patik menunggu tuanku.
Boleh beta laluinya sekali lagi?
Tak kira berapa kali tuanku datang, ia tak akan mengubah apa-apa.
Tapi, kalau tuanku masih mahu...
Beraninya dia cakap begitu kepada Maharaja.
Siapa akan teman tuanku?
Mereka berdua.
Apa?
Bukan wanita tak dibenarkan di tempat ini?
Kedua-dua Permaisuri Wang Mu dan Maharani Balu ialah wanita.
- Jemput masuk. - Jadi, boleh kita teruskan?
Tiga pintu?
"Jangan melalui pintu merah?"
Pintu-pintu ini ialah
biru, merah dan hijau.
Jadi, kami perlu pilih antara biru dan hijau?
Pintu mana tuanku akan pilih?
Beta akan pilih biru kali ini. Beta dah pilih hijau dulu.
Baiklah kalau begitu.
Jadi, ikut sini.
Sila pertimbangkan kami yang uruskan tempat ini.
Apabila kami fikir ia tak lagi digunakan,
tiba-tiba ada orang muncul.
Beta telah susahkan awak.
Tiga pintu lagi.
Hijau, perang dan biru muda. Seterusnya ia kata,
"Jangan melalui pintu perang."
Beta akan pilih hijau.
Tak mungkin...
Adakah ini akan
berulang selamanya?
Naik atas, turun bawah, ke belakang, patah balik...
Saya dah hilang arah sepenuhnya.
Macam kita pusing di tempat yang sama.
Kenapa Maharaja bawa saya ke sini?
Saya harap ia berakhir cepat.
Ini pintu terakhir.
Set pintu seterusnya ialah
biru, ungu dan kuning. Ia juga kata,
"Jangan melalui pintu biru."
Ada juga pintu lain yang menuju ke sini.
Adakah maksudnya ada jalan lain yang bergabung ke sini?
Beta dah putuskan.
Beta pilih kuning.
- Tuanku pasti? - Ya.
Jalan mati?
"Anak diraja, namun bukan anak Wang Mu."
Saya tak faham maksudnya, tapi ia jelas sekali penolakan.
Ia keputusan yang sama seperti sebelum ini.
Jarang tuanku nampak serius.
Adakah mustahil untuk beta tahu kehendak syurga?
Apa maksud tuanku?
Sejak kuil ini ditutup di dalam istana belakang,
saya seorang saja yang tinggal untuk menguruskannya.
Apa agaknya maksud kehendak syurga?
Sida-sida tua ini mungkin
telah uruskan kuil ini lama sebelum
istana belakang ditubuhkan.
Untuk terus mengurusnya,
dia memutuskan untuk jadi sida-sida untuk terus kekal di sini.
Jalan keluar kamu ialah di sana.
Maharaja telah mengikut arahan pada papan tanda.
Sepatutnya tiada kesilapan.
Tapi, baginda masih belum tiba pada jawapan yang betul.
Adakah maksud lain di sebalik semua itu?
Bilangan bilik?
Warna pintu yang dipilih?
Saya pasti Luomen akan tahu.
Ayah saya akan tahu?
Awak nak cakap ayah saya berjaya selesaikannya?
Siapa tahu?
Pengetahuan ayah saya sememangnya luar biasa.
Tapi diberitahu, "Awak tak akan berjaya," memang menyakitkan hati saya.
Pengetahuan ayah saya memang luar biasa, lebih-lebih lagi apabila ia tentang ubat.
Adakah ini ada kaitan dengan itu?
Tiga pintu, tiga warna...
"Anak diraja, namun bukan anak Wang Mu."
Apakah maksud sebenar di sebalik kata-kata itu?
Awak faham makna,
"Namun bukan anak Wang Mu"?
Apabila saya fikirkan semula...
Dalam kisah penubuhan negara,
hanya ibu maharaja pertama, Permaisuri Wang Mu, yang muncul.
Ayahanda baginda tidak disebut.
No comments yet. Be the first to leave one.