ആദ്യത്തെ 200 വരികൾ.
"Reborn Rookie."
Jadi, awak percayakan saya sekarang?
Saya takut.
Saya tengok dengan mata sendiri tapi saya masih tak percaya.
Macam mana semua ini boleh berlaku?
Kenapa dengan awak? Kita baru saja bermula.
Awak perlu tunaikan janji awak kepada ayah awak.
Daripada Kang Jae Gyeong dan Kang Jae Seong
mari rampas semula Choiseong bersama-sama.
Biar saya pegang ini.
Setiap pasukan perlukan bendahari.
Jadi kita di pihak yang sama sekarang?
Saya akan perhatikan awak. Jangan leka.
Dia penuh rasa curiga. Dia mewarisi sifat saya.
Pesuruhjaya Ahn melaporkan mayat Pengarah Song
tak ditemui di dalam kereta
dan mereka telah menemui peranti letupan.
Jadi mereka simpulkan ia kemalangan akibat kerosakan kenderaan.
Song Nam Hun, lelaki tak guna itu.
Berani dia tipu saya?
Saya akan siasat.
Saya akan siasat jika Pengarah Song bertindak sendirian
atau Jae Seong terlibat sama.
Anjing dalam sangkar, walaupun dibebaskan, takkan lari jauh.
Jadi jangan pandang rendah pada dia. Melainkan dia jumpa tuan baru.
Suami kamu mungkin nampak naif, tapi dia ada darah Kang Yong Ho.
Pengurus Park, kita ada buku untuk ditutup dan pekerja baru cuti.
Seriuslah, kita bekerja keras. Kenapa mereka dapat cuti?
- Betul tak? - Cakaplah dengan mereka.
- Pengurus Park. - Pengurus Park.
- Tolonglah. - Pengurus Park.
Baiklah.
Si tak guna itu, Hwang Jun Hyeon...
Saya terlalu berlembut dengannya dan lihatlah.
Dia juga beri pengaruh buruk kepada Casey.
- Betul. - Betul.
- Menyakitkan hati betul. - Betul, bukan?
- Betul. - Apa semua ini?
Selamat tengah hari, tuan.
Pengarah Urusan Kwon, kenapa tuan ke sini?
Menguruskan subkontraktor kita...
Bahagian Sokongan kita akan menguruskannya!
Awak juga akan dapat lebih ramai kakitangan.
Syabas, Pasukan Bahan!
- Terima kasih! - Terima kasih!
- Awak bekerja keras, Pengurus Park. - Ya. Terima kasih, tuan.
Dah lama kamu tak makan daging untuk makan malam pasukan, bukan?
Boleh juga. Dah lama sangat.
- Hebat. - Tapi mana orang yang diraikan?
- Dia baru saja ke tandas. - Pastikan dia datang nanti.
- Sudah tentu. - Dia memang sukar dijangka.
Tingkatkan bakatnya dan jangan biar sesiapa rampas dia. Faham?
Hwang Jun Hyeon. Dia dengar setiap kata-kata saya.
- Baiklah, jumpa lagi. - Ya, jaga diri, tuan.
- Jaga diri, tuan. - Okey, saya akan... Baiklah, ya.
- Pengurus Park. - Ini keterlaluan.
- Angin saya tak baik. - Perlukah kita pergi?
Ini parti barbeku!
Bila dia dapat tahu duit yang dicuri dengan susah payah dah hilang
riak wajah Na Byeong Mo akan jadi tak ternilai.
"Pengurus Park Bong Gi."
Apa pula sekarang?
"Pengurus Park Bong Gi."
- Ada apa? Hari ini hari cuti saya. - Pergi mati dengan hari cuti awak!
- Datang untuk makan malam pasukan. - Apa? Saya tak tahu nak ke mana...
Helo?
Helo...
Aduhai.
- Hei, di sini. - Hei, awak dah sampai.
Hei, mari sini.
Baiklah.
Saya belanja, jadi makanlah banyak-banyak.
- Terima kasih sebab belanja makan! - Terima kasih sebab belanja makan!
Daging lembu di sini!
Bawakan kami perut khinzir berkualiti tinggi.
Ya, bawalah! Saya tak sabar nak makan.
- Perut khinzir sesedap daging... - Perut khinzir lagi?
Saya betul-betul benci makan malam pasukan yang wajib ini.
Kamu semua bekerja keras mengosongkan gudang itu.
- Tunggu apa lagi? Tuanglah. - Ya, saya...
Biar saya buat.
Pakar so-maek kita, Kang.
Saya dengar awak pandai buat.
Saya memang pandai buat campuran.
Aduhai.
Tengoklah itu.
Dia memang hebat.
Sekali lagi.
- Minum! - Minum!
Ini satu penghormatan untuk keluarga kita.
- Tambah campuran soju dan bir! - Okey. Tunggu sekejap.
Soju! Cepat.
Teruskan saja. Saya akan bawa awak ke puncak dengan cepat.
Nah.
Kenapa awak tercegat? Lenguh tangan dia nanti.
Saya juga pakar memanggang daging.
Sedap sungguh campuran soju dan bir ini.
Hei, pengadun, gelas saya kosong.
Makan malam syarikat sama macam kerja, faham?
Jangan curi tulang hanya kerana awak pekerja tetap sekarang.
Baik, tuan. Saya akan ingat.
Laju lagi! Kalau terus begini, kita akan terlepas pusingan kedua.
- Laju lagi! - Baiklah, tingkatkan...
Laju lagi! - Kelajuan!
Baiklah.
Hei, apa kata kita tuang minuman sendiri?
Apa? Kamu tiada tangan?
Kamu ingat dia tukang masak dan pelayan bar peribadi kamu?
Ada sesiapa di sini mahu tuangkan minuman untuk Casey?
Kenapa dengan awak?
Awak mabuk, kan, Jun Hyeon?
Apa yang berlaku antara kamu berdua?
Kamu berdua tak patut bermain cinta ketika bekerja.
Dia cuma bersikap dramatik sebab kami bermula bersama.
Biar betul, sudahlah.
- Pengarah Urusan Kwon. - Ya?
Makan malam ini semakin membosankan. Apa kata buat pertandingan minum?
Pemenang boleh buat satu hajat.
Hajat? Saya suka bunyinya.
Baiklah. Apa racun kita untuk pertandingan itu?
Baiklah, di sebelah sini, Pengarah Urusan Kwon Beom Sik!
Pencabar kita, Hwang Jun Hyeon!
Mari mulakan permainan minum tunaikan hajat!
Betul!
Bagus!
Jadi apa hajat pengarah urusan kita?
Kalau saya menang
mulai sekarang, kamu semua kena minum tiga pusingan di sini!
Tiga pusingan! Seronoknya!
Hebatnya!
Macam mana dengan pencabar kita? Apa hajat awak?
Larangan semua makan malam syarikat di masa akan datang.
Apa?
Apa awak cakap?
Sejam makan perut khinzir murah dan dengar awak membebel tentang golf.
Kalau begini keadaannya, saya rasa kita patut hentikan makan malam ini.
Lebih baik awak beri saja kami duit itu.
Tak sangka betul.
Budak Gen-Z memang berani. Mereka cakap main lepas saja.
Semua, berdiri di belakang orang yang kamu rasa akan menang.
Saya akan beri hadiah wang tunai kepada pihak yang menang.
Pengarah kita memang hebat! Dengar tak? Masa untuk memilih.
Ya, berdiri di belakang pilihan kamu. Ayuh, bergerak!
Berdiri di belakang orang yang kamu rasa akan menang
dan berdiri di sana.
Pengarah boleh minum lebih banyak daripada sesiapa.
Tiada siapa boleh kalahkan dia.
Aduhai, dia habiskan satu botol begitu saja.
- Ayuh, Kwon Beom Sik! - Ayuh, Kwon Beom Sik!
- Kwon Beom Sik. - Awak pasti awak boleh hadapinya?
Tengoklah dia.
Nampaknya Beom Sik kita dah besar.
- Awak Kwon Beom Sik? - Ya, pengerusi!
Dia pengarah urusan baru CnT, ayah.
Maksud saya, pengerusi.
Ambil gelas saya. Biar saya tuangkan.
Ini satu penghormatan, pengerusi.
Susah nak cari orang yang berbaloi di sini.
Kenapa dengan dia? Dia langsung tak gentar.
Dia sungguh luar biasa.
Ini kali pertama saya nampak Pengarah Urusan Kwon mabuk.
- Sebotol lagi? - Hwang Jun Hyeon...
Tak guna.
- Hei, apa yang berlaku? - Hei.
- Hwang Jun Hyeon. - Hwang Jun Hyeon.
Sesiapa yang mahu terus minum boleh terus minum
dan yang lain boleh pulang. Okey? Mari pulang.
- Betulkah kita boleh pergi? - Ya, sudah tentu. Pergilah.
- Dia kata kita boleh pergi. Mari. - Ya, keluar.
Itu dia, itu dah memadai.
- Pengarah Urusan Kwon tak apa-apa? - Tuan.
Kalau awak cuba lagi, saya akan bunuh awak.
Jaga-jaga kepalanya.
Aduhai.
- Bawa dia pulang dengan selamat. - Jaga-jaga kaki dia.
- Hati-hati balik, tuan. - Mari.
- Syabas untuk malam ini. - Hati-hati balik.
- Aduhai, malam yang hebat... - Selamat malam.
Hei.
Pengurus Park! Sedarlah diri!
- Pengurus Park! - Ya?
Mari, cuba bangun. Awak boleh bersandar pada saya.
- Cuba berdiri. - Saya tak apa-apa.
Di mana dia tinggal?
- Manalah saya tahu. - Hubungi isterinya.
Isteri dan anak-anak dia ada di luar negara.
Kalau begitu, kita tinggalkan saja dia di sini.
Kalau tinggal dia di sini, matilah dia nanti.
Pengurus Park! Oh, Tuhan.
Jun Hyeon.
Awak dah sedar?
Ya. Apa yang berlaku?
Tempat apa ini? Hebatnya. Di mana kita?
Saya tak tahu di mana awak tinggal, jadi saya bawa awak ke rumah saya.
Rumah awak?
Awak tinggal di sini?
Betulkah?
Jun Hyeon. Awak tak boleh buat begini.
Saya tak tahu berapa banyak pampasan yang awak dapat dari Choiseong
tapi kalau bazirkan duit begini, sekelip mata duit akan habis.
No comments yet. Be the first to leave one.