ആദ്യത്തെ 200 വരികൾ.
Kita tak boleh bertahan! Kita mesti berundur dari sini!
Mereka terlalu ramai!
Kau pergi dulu!
Bawa bersama anggota aku yang cedera!
Habis, bagaimana dengan kau?
Aku akan beri kau tembakan perlindungan.
Baik.
Sebaik saja aku berundur, kau mesti berundur!
Pergi!
Undur, semua!
Adnan, aku takutlah.
Janganlah takut.
Abang! Musuh!
Adnan, oh, Adnan!
Adnan, anak bertuah!
Mak suruh bawa adik kamu pergi mandi! Mana kamu pergi?
- Ramlah! Anak kau ada di sini! - Dia nampak!
Ya, Allah. Kenapa ini?
Adnan!
Mak suruh kamu bawa adik pergi mandi!
Rupanya kamu ajak dia main perang pula!
Selawat Allah ke atas Muhammad
Selawat Allah ke atas kesejahteraannya
Selawat Allah ke atas Muhammad
Selawat Allah ke atas kesejahteraannya
Tok Ketua, ada perempuan.
Orang perempuan tak boleh tengok!
- Assalamualaikum. - Waalaikumussalam. Silakan duduk.
Siapa nak mula dulu?
- Tolong! Tak nak! - Tak nak!
- Tak nak! - Cepat! Siapa nak dulu?
Adnan, kamu dulu.
Adnan.
Kelmarin, kamu acu senapang pada atuk, bukan?
Nah, minum.
Jangan takut.
Sekejap lagi, kamu akan jadi anak teruna.
Boleh jadi pahlawan negara.
Budak-budak macam kamu yang akan sambung
perjuangan datuk nenek kita.
Jangan kecewakan harapan mak ayah kamu.
Selamat pagi, tuan.
Mana Saidi?
Saidi tak datang, tuan.
Selamat pagi, tuan.
Kelmarin, tuan beri cuti kepada Pak Saidi.
Anak dia baru balik dari England.
England negara saya.
Saya sendiri susah mahu balik.
Orang kampung ini senang pergi England.
Apa dia buat di sana?
Dia sertai perbarisan, tuan.
Beri hormat kepada Sultan England, tuan.
Sultan England?
Kenapa awak berdandan depan cermin?
Pergilah keluar, layan tetamu.
Yalah. Saya sedang mencari Ahmad.
Dari tadi tak nampak batang hidung dia.
Tak apalah. Awak keluarlah dulu.
- Biar saya carikan. - Yalah.
Budak ini. Mana kamu pergi?
Pergi tolong di belakang itu cepat!
- Baik, ayah. - Cepat.
- Kenapa… - Ya, Allah.
Macam pinang dibelah dua.
Hei.
Cepat, Tumirah.
Sekarang ini sudah ada orang Melayu berjawatan tinggi dalam tentera Inggeris.
Mereka membuktikan bahawa orang Melayu boleh maju
dan setanding dengan askar-askar seantero dunia.
Inilah tujuan mesyuarat kita diadakan pada hari ini.
Kita harus bersatu, bersama-sama dengan Kesatuan Melayu Muda!
Jangan kita menjadi seperti Datuk Maharajalela,
Datuk Naning, Datuk Bahaman dan Tok Janggut.
Memang benar mereka juga turut berjuang.
Tetapi perjuangan mereka tidak mendapat sokongan daripada rakyat sendiri.
Malah, mereka dianggap sebagai pemberontak dan penjahat oleh pihak British!
Saudara sekalian.
Penjajah
tetap penjajah.
Mereka sengaja kelabukan mata kita dengan memutarbelitkan fakta sejarah.
Oleh itu, saya menyeru saudara sekalian.
Bangunlah.
Bangunlah bersama-sama dengan Kesatuan Melayu Muda.
Mari kita mengorak langkah menuju kemerdekaan dengan satu arah,
satu tujuan dan satu matlamat, iaitu perjuangan kemerdekaan!
Kita bebaskan Malaya ini daripada penjajah Inggeris!
- Hidup Kesatuan Melayu Muda! - Hidup Kesatuan Melayu Muda!
Ah Seng, cepatlah siapkan basikal saya.
Ya, sudah siap.
Berapa, Ah Seng?
Tak apa.
Rantainya lari sikit saja.
- Tak perlu kiralah. - Terima kasih, ya.
Terima kasih kerana mahu tolong Jepun, Ibrahim.
Encik Fujiwara.
Saya setuju untuk tolong awak sebab awak berjanji untuk tolong bangsa saya.
Ya.
Awak tahu bahawa maharaja Jepun
dan kerajaan Jepun telah bersetuju beri lapan belas ribu
untuk beli akhbar Warta Malaya?
Kita akan pilih orang kamu
untuk menjadi penunjuk jalan dan tukang cakap
apabila Jepun sudah datang.
Malaya akan bebas.
Raja awak akan naik.
Agama Islam,
perempuan Melayu dan harta tetap dijaga.
Saya takut. Takut dianggap menjadi barua Jepun.
Kamu jangan takut, Ibrahim.
Nanti apabila Jepun dapat tawan Malaya
dan halau orang British,
semua orang Melayu akan sedar
Ibrahim Yaacob
sangat bagus!
Awak akan jadi wira Malaya.
Apa pangkat kau sekarang, Nan?
Staf sarjan, Tok Ketua.
Berapa lama kamu di negara mereka, Nan?
Tiga minggu.
Memang tak lama,
tapi sejak dia meninggalkan kampung ini dan pergi ke sana,
saya rasa dah macam kehilangan seorang anak.
Sekali-sekala dia ada titip duit. Itu saja.
Ayah kamu sangat rindukan kamu.
Luangkanlah masa sesekali, Nan.
Tengok-tengoklah orang kampung ini.
Jangan tinggalkan begitu lama.
Apa kata kita semua bersembang di luar? Berangin sikit.
- Ya, silakan. - Betul juga.
- Adnan. - Ya?
Mari turun bawah.
Tak apalah, ayah. Biar saya di sini, tolong apa yang patut.
Tak perlu. Orang lain boleh buatkan. Mail. Awak boleh tolong.
Saya pula, Pak Saidi? Biarlah Adnan buat.
Dia dah lama tak buat kerja rumah.
Sejak bila Adnan pandai buat kerja rumah?
Dulu pun mak dia yang buatkan.
Dulu lain, sekarang lain.
Suka hati kamulah.
Cepat. Pergilah.
Tak apalah, Abang Nan. Ini kerja orang perempuan.
- Lainlah kalau… - Nah.
Safi.
Dari tadi saya nak cakap dengan Safi.
Sekarang tak boleh. Nanti apa orang kata.
Habis, bila?
Abang Nan.
Masa di England, Abang Nan tak terpikat dengan anak dara di sana?
- Aduhai. - Hei. Kenapa, Abang Nan?
Bila kau belajar bawa kereta?
Lepas saja gagal dalam pemilihan rekrut hari itu,
aku terus pergi ke Kuala Lumpur.
Di sana, aku bekerja dengan seorang tauke Cina.
Dia ajar aku bawa lori.
Apabila dah pandai, aku dengar cerita
mejar estet Sungai Ramal cari pemandu.
Aku pun bekerja dengan Tuan Smith.
Bersama ayah kau.
Apa khabar kawan kita, Malek?
Dialah satu-satunya rakan penghibur aku dalam askar.
Tapi dia tak dapat cuti lagi.
Mungkin tak lama lagi dia baliklah.
Kau nak bawa aku pergi mana?
Assalamualaikum.
Waalaikumussalam.
Lega rasanya.
Ingatkan awak dah tak nak jumpa saya lagi.
Entah-entah, awak yang tak nak jumpa saya.
Maklumlah,
baru pulang dari perantauan.
Dah puas tengok dewi-dewi jelita di negara orang.
Memang ramai dewi jelita di sana,
tapi tak sama dengan gadis di Sungai Ramal ini.
Orang lelaki memang pandai menanam tebu di tepi bibir.
Habis, awak nak saya buat macam mana?
Ada satu cara.
Apa caranya?
Fikirlah sendiri.
Takkanlah perigi mahu mencari timba.
Adik-adik kamu berminat
nak jadi askar macam kamu.
Lebih-lebih lagi Ahmad.
Ayah restu tak?
Kamu semua dah besar.
Ayah percaya
kamu sudah boleh menentukan hidup sendiri.
Cuma kamu, Nan.
Sampai bila kamu nak membujang?
Kerja ada, kedudukan ada.
Dah sampai masanya kamu berumah tangga.
Ada sesiapa yang jadi pilihan kamu?
Siapalah yang nakkan saya, ayah.
Hei, budak ini mengalahkan anak dara.
Biar ayah carikan calon untuk kamu.
Mak dan ayah
dah berpakat nak pinangkan Safiah untuk abang.
Abang Nan terkejut?
Takkan tak tahu?
Kau, Ahmad.
No comments yet. Be the first to leave one.