Munafik

Munafik

Malay സബ്ടൈറ്റിൽ ഡൗൺലോഡ് ചെയ്യുക

റിലീസ് വിവരങ്ങൾ

Munafik (2016) (NetFlix, MS)
കമന്ററി എഴുതിയത് petala
Munafik (2016) Netflix, hearing impaired in bracket; kawan dah buang melainkan bracket untuk watak yg tiada dalam shot, terjemahan,

ടാഗുകൾ

other
പ്രസിദ്ധീകരിച്ചത്: 2022-02-14
ഡൗൺലോഡുകൾ: 53
ശ്രവണ വൈകല്യമുള്ളവർക്ക്: Yes

Malay സബ്ടൈറ്റിൽ പ്രിവ്യൂ

ആദ്യത്തെ 200 വരികൾ.

Zulaikha.

Abang.

Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah.

Tiada Tuhan yang disembah...

melainkan Allah...

Dan Muhammad itu pesuruh Allah.

Dan Muhammad itu...

pesuruh...

Allah...

Kenapa, ya Allah?

Kenapa?

Allah!

AL-QURAN

Cepat sedikit, Maria.

Lama sangat di dapur.

Susah sangat nak buat air, ya?

Kalau susah, tak apalah. Lain kali aku buat sendiri saja, ya?

Perkara kecil macam itu tak perlulah sampai marah-marah dia, Zati.

Maria anak tiri awak.

Saya tak nak nanti dia terasa pula.

Ini bukan soal anak tiri, abang.

Walaupun saya dengan Maria umur hampir sebaya, tapi saya sayangkan dia.

Macam anak saya sendiri.

Betulkah awak sayangkan anak saya itu?

Maria.

Kau buka benda ini?

Mari duduk dengan ayah.

Amir dah besar.

Mana boleh main benda-benda macam ini lagi.

Ayah, Amir mimpi ibu.

Ibu cakap, tak lama lagi dia akan balik.

Amir pun macam ayah juga?

Selalu fikir tentang ibu?

Selalu.

Ayah, bila ibu nak balik, ayah?

Ibu milik Allah, Amir.

Ayah, Amir, semua orang di luar itu milik Allah.

Satu hari nanti,

kita akan kembali kepada Allah macam ibu juga.

Amir tahu.

- Tapi ibu selalu... - Amir.

Ibu dah tak ada lagi.

Ibu dah pergi buat selama-lamanya.

Ayah bolehkah terima ibu kembali kepada Allah dulu?

Ayah memang tak sayangkan ibu, bukan?

Amir, bukan ayah tak sayangkan ibu...

Amir!

Amin.

Apabila Amir dah besar nanti,

mungkin masa itu ayah pun dah tak ada.

Amir jangan lupa untuk ziarah kubur.

Sebab dengan ziarah kubur ini boleh mengingatkan kita tentang kematian

dan tentang akhirat.

Ingat pesan ayah.

Nak jumpa saya, nak cakap apa?

Kalau tentang hal peribadi, saya tak nak cakap di sini.

Sebagai bos awak,

saya ada hak untuk ambil tahu tentang hal peribadi awak

dan saya ada hak nak tanya awak, awak ada masalahkah?

Masalah apa?

UBAT KEMURUNGAN

Mana awak jumpa pil ini?

- Awak selongkar barang saya, ya? - Dulu awak tak macam ini, Maria.

Apa masalah awak sampai tertekan sangat nak guna ubat itu?

Awak ada masalah, beritahu saya.

Cuba awak kongsi dengan saya. Saya boleh tolong awak.

Awak tak perlu tahulah!

Maria.

Awak tahu saya risau tentang awak, bukan?

Kenapa awak tak layan saya macam dulu?

Saya rindukan Maria yang dulu.

Saya nak Maria yang dulu.

Tolonglah, Maria.

Saya nak keluar.

Tolonglah.

Beri aku keluar.

Ustaz.

Assalamualaikum, Shah.

Waalaikumussalam.

- Ustaz apa khabar sekarang? - Alhamdulillah.

Shah, isteri kamu macam mana? Dah sihatkah?

Selepas ustaz ubatkan isteri saya dulu,

terus dia beransur pulih. Dah tak meracau-racau macam dulu dah.

Isteri kamu pulih, Shah, bukan sebab saya.

Saya cuma bantu apa yang mampu.

Segalanya atas izin Allah.

Sekarang ini, saya dengar ustaz dah tak sembuhkan orang.

Betulkah ustaz dah berhenti ubatkan orang kampung?

Kenapa, ayah?

Minum ini.

Sampai bila kau nak macam ini, Adam?

Sampai bila kau nak terperap saja dalam rumah ini?

Imam Ali, orang-orang surau, semua tanya tentang kau.

Bila kau nak mula kerja?

Ladang dan kebun kau itu terbiar macam itu saja.

Kau kena ingat, Adam. Kerja satu ibadah juga.

Macam mana dengan kes langgar lari itu?

Takkan sampai sekarang polis tak habis siasat lagi?

Tak tahu lagi siapa yang sebabkan kemalangan itu?

Kita berserah kepada Allah saja, Adam.

Aku tahu aku tak berada di tempat kau

dan aku faham apa yang kau hadapi sekarang ini.

Cuma satu saja aku nak pesan dengan kau.

Tolong jangan tinggalkan masjid, Adam, sebab...

Tak ada tempat lain yang menjanjikan ketenangan melainkan rumah Allah.

Aku tahu itu, Azman.

Aku tahu semua itu, tapi...

Hei, Adam.

Kuatkan iman kau!

Sejak aku kenal kau, kau bukan jenis...

pemarah dan pendendam.

Apa ini, Adam?

Aku kawan rapat kau, aku sayangkan kau, Adam.

Kau pun tahu, bukan?

Hati kita ini berbolak-balik.

Iman kita kadang-kadang turun, kadang-kadang naik.

Kita kena berjaga-jaga! Kena berhati-hati!

Buangkan sifat dendam dan marah.

Maafkan sudahlah, Adam.

Tak, aku takkan maafkan, Man.

Aku takkan maafkan

siapa yang dah sebabkan kematian isteri aku.

Zulaikha, Man. Isteri aku!

Jangan kau nak salahkan aku apabila aku jadi macam ini.

Kau salahkan orang yang dah rampas kebahagiaan aku, Man.

Pada aku, dia dah bunuh isteri aku, Man!

Adam.

Sesungguhnya, syaitan adalah musuh bagi kamu,

maka jadikanlah dia sebagai musuh.

Sebenarnya dia mengajak golongannya untuk menjadi penghuni Neraka.

Bukankah Aku telah perintahkan kamu, wahai anak Adam,

supaya kamu jangan menyembah syaitan.

Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu.

Allah Maha Besar!

Buka lampu!

Ampunkan kami, ya Allah.

Kenapa ini? Ada masalahkah?

Saya nampak awak lari keluar lif. Ada orang kacau awak?

Hidup dalam dunia ini,

kita mesti hadapi dua perkara, Adam.

Yang pertama itu, musibah

dan yang kedua, nikmat.

Sebagai manusia, kita mesti reda.

Mudah bagi siapa pun untuk cakap macam itu, imam.

Sebab mungkin belum pernah kena ujian seberat saya ini.

Saya tahu yang syurga itu bukannya murah,

tapi kadang-kadang, hati saya terdetik, imam.

Kenapa, imam? Kenapa seberat ini ujian yang Allah turun kepada saya?

Segala jawapan kehidupan, ada dalam Al-Quran

dan Allah telah beri jawapan kepada soalan kamu tadi, Adam.

Allah berfirman yang Dia tidak akan bebankan seseorang itu

melainkan sesuai dengan kesanggupannya.

Minta pertolongan daripada Allah

untuk lapangkan dada dan tenangkan hati.

Betapa mulianya kamu kalau kamu maafkan orang yang sebabkan kematian isteri.

Tak. Susah, imam.

Berat saya nak maafkan orang itu.

Adam.

Allah itu Maha Mengetahui.

Mungkin selagi kita tidak memaafkan orang,

selagi itu kita tidak akan dapat ketenangan.

Macam mana kita nak dapat kebenaran kalau itu sikap kita?

Insya-Allah,

selepas kamu maafkan orang itu,

Allah akan beri kamu petunjuk.

Allah akan bukakan pintu hati kamu,

buka mata kamu.

Allah Maha Besar.

Allah Maha Besar.

Saya tak tahu apa yang tak kena dengan anak abang.

Sepatutnya orang yang mendalami ilmu agama ini

lebih banyakkan solat, jiwanya lebih tenang.

Tapi saya tengok dia semakin tertekan.

Walaupun dia macam itu, saya bersyukur.

Iman tak datang tanpa ujian.

Tapi sebenarnya, apa masalah dia, abang?

Maria macam pendamkan sesuatu.

Sebab sayakah dia jadi murung macam itu?

Saya jadi semakin tak selesa dengan dia. Kami dah macam orang asing.

Mungkin dia ada masalah lain.

Nantilah saya sendiri akan tanya dia.

Yang saya pelik,

kenapa Maria sibuk sangat dengan hadis ayat Al-Quran tentang syaitan?

Sedangkan banyak ayat suci yang lain.

Al-Quran bukan hanya ceritakan tentang jin, iblis dan syaitan semata-mata.

Aduhai.

Apa hal ini?

Terima kasih banyaklah, Fazli,

kerana tolong Maria malam tadi.

Tolong uruskan kereta dia

dan tolong hantar dia balik.

Tak apa, Zati, kebetulan saya ada di situ.

Kalau saya tak ada di situ, tak tahulah apa jadi dengan Maria.

Awak tahu ada orang boleh jaga awak, bukan?

Dengan keadaan awak macam ini.

Keadaan apa?

Apa yang tak kena dengan aku?

Aku minta maaflah kalau aku susahkan orang.

Tak apalah, Zati.

Awak dah bincang dengan Maria tentang saya nak kahwin dengan dia?

More Malay subtitles for Munafik

അഭിപ്രായങ്ങൾ

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left