For All Mankind

For All Mankind

Malay സബ്ടൈറ്റിൽ ഡൗൺലോഡ് ചെയ്യുക

സീസൺ 1

റിലീസ് വിവരങ്ങൾ

For All Mankind S01E09 Bent Bird 1080p WEB-DL 6CH x265 HEVC-PSA
കമന്ററി എഴുതിയത് chargephoton88

ടാഗുകൾ

webdl
പ്രസിദ്ധീകരിച്ചത്: 2026-08-21
ഡൗൺലോഡുകൾ: 0
ശ്രവണ വൈകല്യമുള്ളവർക്ക്: No
FPS: 23.976

Malay സബ്ടൈറ്റിൽ പ്രിവ്യൂ

ആദ്യത്തെ 200 വരികൾ.

Sekarang, kembali kepada laporan kami tentang misi bermanusia pertama NASA

sejak letupan Apollo 23.

Dua jam tiga puluh minit yang lalu, Apollo 24 dilancarkan dari Cape Kennedy

untuk menggantikan Kapten Edward Baldwin,

yang telah terkandas di bulan selama 159 hari.

Kru sedang bersedia untuk menghidupkan enjin semula

untuk kapal yang dipanggil suntikan translunar atau TLI,

yang akan menghantar angkasawan Wilson, Liu dan Slayton

ke luar orbit Bumi dan menghala ke bulan.

Houston, semuanya okey. Kami dah sedia untuk suntikan translunar.

Diterima, Deke. Faham, 24 dah bersedia untuk ke bulan.

Bagaimana dengan perjalanan awak setakat ini?

Memang benar apabila Saturn ini berlepas, ia bergerak dengan sangat laju.

Dah agak awak sukakannya.

Lihatlah matahari terbit itu.

24, Houston. Bilik kawalan membenarkan awak untuk TLI.

Faham. Osprey bersedia untuk TLI.

24, Houston. Kapal di bawah kawalan awak.

Diterima, Gordo.

Okey. Kita dalam mod operasi.

Gunakan kadar bit lebih tinggi. Rekod.

Ke hadapan. Arahan disetkan semula. Mod EMS kepada normal.

Mod EMS kepada normal.

Lampu S-II SEP dah menyala.

Tepat pada masanya.

Okey. Awak dah boleh hidupkan roket. Kelihatan hebat.

Okey.

Marilah pergi ke bulan.

Lima saat untuk pencucuhan.

Lima, empat, tiga, dua, satu.

Pencucuhan.

Houston, 24. Pencucuhan kami gagal.

Lampu penggera dan amaran utama menyala dan berbunyi.

Tiada apa-apa yang tertanggal tapi nampaknya kapal ini rosak.

Okey. Kami akan lihat maklumat komputer awak dan lihat apa yang rosak.

Kita tak mati.

ROKET YANG ROSAK

DEMI UMAT MANUSIA

MODUL PERINTAH APOLLO 15 1/2 JANGAN BUKA SENDAT UDARA TANPA MENGETUK

KOMANDER SHANE BALDWIN

Saya patut pilih sut jalur kecil biru. Ia lebih menimbulkan rasa hormat.

Tak.

Awak buat pilihan yang tepat.

Ia pakaian terakhir yang saya akan beli untuknya.

Itulah dia.

Di sini.

Beginilah.

Saya akan hantar ini kepada pengurus mayat.

Tak mengapa. Saya boleh buat. Terima kasih.

Awak perlu pergi berlatih untuk 25. Saya boleh buat.

Karen...

tolonglah, biar saya buat untuk awak.

Okey?

- Baiklah. - Okey.

Aduhai.

- Siapa itu? - Ia cuma Marge...

- Trace, siapa datang? - Marge, Gloria dan Cecilia Liu.

Mereka rasa hari ini ialah hari yang bagus untuk bersama.

Deke akhirnya dapat ke bulan

dan mereka akan menggantikan Ed dalam masa beberapa hari.

Kemudian Ed akan pulang...

Tak, saya tak bersedia untuk itu.

Saya tak... Saya cuma mahu tidur.

Saya tak mahu mereka di sini. Saya mahu tidur semula.

Saya mahu bersendirian.

Saya dan Ed hanya mahu bersendirian.

Okey.

Awak tak perlu melayan mereka.

Mereka hanya mahu meluangkan masa.

Menjawab panggilan...

mungkin memasak sesuatu untuk dimakan jika awak lapar.

Awak rehat saja. Okey?

Itu saja yang awak perlu buat.

Jujukan sebelum pencucuhan kelihatan normal.

Tekanan dan suhu sejuk tangki S-IVB dalam keadaan baik.

Tapi enjin tak dihidupkan. Seperti ASI tak berfungsi.

Mungkin kerosakan sistem elektrik di luar CSM.

Kita dah lihat semua benda lain.

Kita perlu fikirkan sesuatu. Dah lama Ed terkandas di sana.

Betul.

Awak ada sesuatu untuk kami, Gordo?

Ya. Kami dah kenal pasti masalahnya.

Papan litar komputer kawalan penerbangan di bahagian litar kawalan dah rosak.

Berita buruknya ialah ia di dalam unit alatan Saturn

dan ia tak boleh dibaiki.

Tak guna!

Awak perlukan yang baru.

Jadi, hantarkan kepada kami.

Lucu apabila awak menyebutnya kerana ada orang akan menghantarnya.

Siapa?

Inilah muatan kita. Komputer kawalan penerbangan Saturn V.

Salah satu komputer di dalam kapal angkasa lepas itu.

Ia terletak di atas di dalam lingkaran alatan Saturn ini

dalam peringkat ketiga roket Saturn V.

Sebaik saja kami bertemu Apollo 24,

saya akan kekalkan stesen semasa tali penambat dan kabel diagnostik dihubungkan.

Kemudian hubungkan komputer baru kepada lingkaran alatan mereka.

Lingkaran alatan ini selebar 6.7 meter.

Unit ini 5.5 meter dari satu-satunya jalan masuk iaitu pintu ini.

Jadi kami perlu memasuki lingkaran itu, merentasinya

dan menukar FCC lama dengan yang baru.

Awak rasa awak boleh lakukannya?

Mereka pilihan terbaik kita. Mereka ada kemahiran untuk melakukannya.

Menghabiskan masa setahun berlatih EVA untuk balai cerap yang mengorbit.

Kapal kami berada di landas pelancaran 39-B sekarang ini.

Jadi kenapa kami tak hantar awak ke bulan?

Roket kami tak cukup kuat untuk menembusi orbit Bumi.

Ia Saturn IB, bukan V, tuan.

Betul.

Deke akan ada suapan video secara langsung ke MOCR jika awak semua ada soalan.

Harrison Liu di 24 akan membantu saya.

Marilah lakukannya.

Awak bertolak ke Cape esok pagi. Pelancaran dalam masa dua hari.

Terima kasih, tuan.

Awak dapat tawaran ke Sekolah Kennedy?

Ayah menyelongkar bilik saya?

Tak. Ayah cuma menyalin cadar dan ini jatuh di atas lantai.

Kenapa awak tak beritahu ayah?

Kerana saya tak pasti jika saya mahu pergi.

Apa?

Aleida, selepas semua pengorbanan yang kita buat untuk sampai ke sini...

Impian mak awak untuk awak dan usaha awak untuk belajar...

Awak mahu sia-siakannya?

Saya tak mensia-siakan apa-apa, ayah. Budak di sekolah saya masuk kolej juga.

Ia disebabkan budak lelaki ini. Anthony.

Dia memujuk awak untuk ubah fikiran.

Dia tak tahu tentangnya. Saya cuma mahu bersama kawan-kawan saya.

Tak, awak tak mahu meninggalkan dia.

Awak rasa Cik Madison berjaya dengan mengejar lelaki?

Ini bukan Mexico.

Kadangkala orang di sini berseronok.

Ayah tak faham bagaimana keadaan di Amerika.

Ayah sangat faham bagaimana keadaan di Amerika.

Awak dikurung.

Hei.

Awak baru habis kerja dan awak dah mabuk di sini?

Ini ale halia.

Baik.

Beritahu dia, Pam.

Betul.

Saya mahu beri dia Shirley Temple tapi dia mahu yang tak memabukkan.

Baiklah. Kenapa panggil saya ke sini?

Saya mahu berbincang sesuatu dengan awak.

Jangan risau. Ia berita baik. Ia sangat baik.

Saya dah ada kemajuan, Dani.

Dr. Marsten, dia...

Awak masih berjumpa pakar sakit jiwa itu?

Gordo, awak tahu jika mereka dapat tahu...

Mereka dapat tahu apa? Saya seorang penipu?

Saya memang seorang penipu.

Apa yang awak katakan?

Saya buat keputusan yang saya tak mahu berahsia lagi.

Saya mahu seluruh dunia tahu apa yang berlaku di sana.

Jadi, awak mahu menjadi jujur dengan mendedahkan yang saya penipu?

Tak.

Saya mahu beritahu perkara sebenar.

Orang ramai patut tahu awaklah wira sebenar, bukan saya.

Saya tahu kebenarannya, okey?

Itu saja yang penting.

Saya patahkan tangan saya untuk selamatkan rakan angkasawan saya yang dalam masalah.

Saya berbangga dengannya.

Ya, saya juga bangga dengan awak. Saya bersyukur.

Jadi, jangan beritahu sesiapa.

Jika awak beritahu tentang apa yang benar-benar berlaku

disebabkan rasa tidak adil,

awak tahu mereka takkan benarkan saya terbang lagi.

Saya dah bersusah payah untuk sampai ke tahap ini, Gordo.

Jangan buat saya kehilangannya.

Karen?

Sayang? Lihatlah apa yang saya bawa. Roti jagung saya.

Tolonglah. Awak perlu makan sesuatu.

Sekurang-kurangnya makanlah sedikit. Tolonglah.

Begitulah.

Karen, mungkin awak perlu mandi, keluar dan sertai kami.

Gloria dan Cecilia ada di sini. Semua orang ingin berjumpa awak.

Okey.

Panggil saja jika awak perlukan apa-apa.

Baiklah.

Awak tahu mak akan pergi selama beberapa hari saja, bukan?

Danny...

awak pasti awak tak mahu bercakap tentangnya?

Sayang, awak diam saja sejak Shane...

Adakah itu...

Dia tertinggal kereta ini di sini.

Sayang...

Mak tahu awak berdua rapat.

Tolonglah beritahu mak perasaan awak.

Awak mahu bercakap dengan Paderi Callanan?

- Tak. - Kenapa?

Bau dia seperti bawang.

Baiklah, bagaimana dengan idea ini?

Apabila mak pulang, kita pergi ke Galveston. Kita berdua saja.

Bagaimana dengan ayah dan Jimmy?

Mereka okey saja tanpa kita selama beberapa hari. Apa pendapat awak?

Ya.

Ya, okey.

Mari sini.

Mak sayangkan awak.

Saya sayang mak.

Penyelia awak, En. Reilly, rasa awak sangat bagus.

അഭിപ്രായങ്ങൾ

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left