Panic

Panic

Malay സബ്ടൈറ്റിൽ ഡൗൺലോഡ് ചെയ്യുക

റിലീസ് വിവരങ്ങൾ

Panic-Malay-srt-finish
കമന്ററി എഴുതിയത് ichikahoshino
Feedback is always appreciated <3 Contact me on Instagram @coastmoker for any questions.

ടാഗുകൾ

other
പ്രസിദ്ധീകരിച്ചത്: 2023-06-06
ഡൗൺലോഡുകൾ: 44
ശ്രവണ വൈകല്യമുള്ളവർക്ക്: No

Malay സബ്ടൈറ്റിൽ പ്രിവ്യൂ

ആദ്യത്തെ 200 വരികൾ.

Pernah tak rasa macam sudah mati?

Macam anjing yang terlantar atas jalan raya...

yang dilanggar oleh kereta dan dibiarkan untuk mereput?

Saya tak tahu kenapa saya-- kenapa saya bersusah-payah bangun setiap pagi.

Kita sudah bincang akan hal ini, Alex. Awak mengalami perubahan emosi.

Awak kemurungan.

- Saya ada jumpa seseorang. - Seseorang?

Perempuan.

Awak sudah berkahwin, Alex.

Masalahnya, apabila saya tengok dia, perempuan ini,

saya sudah tak rasa murung.

- Siapa dia? - Perempuan biasa saja.

- Nama dia siapa? - Saya tak tahu.

- Bila awak jumpa dia? - Beberapa minggu lepas.

- Mana? - Sini.

Di bilik menunggu, semasa kali pertama saya datang berjumpa awak.

- Kali pertama? - Apa dia?

- Ini kali pertama awak, 'kan? - Uh, ya.

Boleh cam. Awak perlu tekan butang itu.

- Apa pula? - Tunggu.

Tak boleh merokok.

Saya rasa Dr. Leavitt mungkin terpaksa urus kes bunuh diri.

Apa dia?

Doktor yang saya tengah tunggu... Dr. Leavitt...

Dia lewat 15 minit, keluar 'kat sini dan minta maaf dia terpaksa urus kecemasan,

minta saya tunggu.

Saya bersetuju. Saya tengah baca artikel ini tentang cara memelihara rumah tangga.

Dengar ini. "Saya cadangkan makan malam bersama api pelita sekali seminggu,

boleh juga bersama juga urutan kaki...

apa-apa yang lembut dan intim yang dapat mendekatkan semula sesebuah pasangan."

Sedih, 'kan?

Orang jatuh cinta, tak boleh berhenti fikir tentang satu sama lain,

tak boleh kalau tak bersentuhan, entah apa pula yang terjadi?

- Tiba-tiba sudah tak saling menyukai? - Mungkin tak tiba-tiba pun.

Apa-apa pun, saya sudah siap baca artikel ini, sekarang tengah menunggu, macam awak.

Apa masalah awak?

Saya tak ada masalah.

Habis kenapa awak datang ke sini?

- Alex? - Saya.

Hai. Saya Doktor Parks.

Masuklah, Alex. Duduk.

- Tiada apa-apa yang tak kena dengan saya. - Apa dia?

- Saya tak sakit, atau, gila. - Saya pakar terapi, Alex.

jiwa adalah sama biasa dengan minyak kereta.

Ianya apa yang kita perlukan untuk terus maju.

Ia bukannya rumah sakit jiwa. Duduklah.

- Jadi, Sam Graylee yang suruh awak datang? - Ya.

Sam doktor yang baik. Umur awak berapa, Alex?

- Awak buat apa itu? - Catat nota.

Jangan catat nota.

Okey, jangan catat nota.

Apa pekerjaan awak?

Saya ada dua kerja.

Saya urus syarikat penghantaran kecil di luar rumah...

hiasan halaman rumah, peralatan dapur, peralatan seks, benda-benda begitu.

Selain itu?

- Saya bekerja untuk bapa saya. - Kerja apa?

Saya bunuh orang.

Siapa dia?

Entahlah.

- Awak diupah untuk membunuh orang? - Mm-hmm.

Awak bergurau. Awak menguji saya.

Tak.

- Sebab itukah awak datang? - Apa maksud awak?

Maksud saya, adakah awak mencari bantuan profesional kerana awak membunuh orang?

- Tak. - Saya keliru. Habis kenapa awak datang?

Saya-- Saya tak-- Saya tak berapa tahu.

Saya tak pernah berjumpa dengan pakar terapi sebelum ini.

Saya tak percayakan pakar terapi. Kita adalah diri kita, 'kan?

Saya patut pergi. Saya nak pergi.

Maaf. Saya membazir masa awak. Berapa bayarannya?

Setiap sesi $125.

- Aduh. - Apa perasaan awak sekarang?

Miskin. Bergurau saja.

Apa perasaan sebenar awak, Alex?

Letih. Saya rasa letih.

Deidre, kenapa anak kita mengelak saya?

Saya tak mengelak Ayah.

Sepatutnya kita makan tengah hari bersama hari ini, Encik Tak-Datang.

Saya-- Saya ada temu janji dengan doktor.

- Temu janji dengan doktor? Doktor mana? - Graylee.

- Sepatutnya ceritalah 'kat Ayah. - Ayah tinggalkan saya begitu saja.

Ayah tunggu ibarat pengantin di tepi beranda, aduhai.

Ayah, saya minta maaf, okey? Saya terlupa.

- Kau sakitkah? - Tak.

- Awak okey tak? Kenapa tak beritahu saya? - Saya tak apa-apa.

- Apa yang tak kena dengan kau? - Tak ada apa-apa yang tak kena. Saya baik saja.

Kalau kau baik saja, kenapa pergi berjumpa doktor?

Belakang saya sakit. Ingatkan ada tersalah urat.

Dr. Graylee cakap apa?

- Dia cakap ada tersalah urat. - Itu saja? Kau tersalah urat?

Dia kata, "Perlahan-lahanlah. Jangan angkat benda berat-berat, macam isteri kau."

Lucunya.

- Saya rasa nak berhenti. - Berhenti? Berhenti apa?

Kerja.

Oh! Pemalaslah kau nanti.

Mak, saya serius. Saya sudah tak boleh buat.

Apa yang kau sudah tak boleh buat sebenarnya?

Mak, tahu-tahulah.

Oh! Tiba-tiba teragak-agak.

- Saya berjumpa dengan pakar terapi. - pakar terapi?

Jangan beritahu Martha. Saya nak rahsiakan hal ini. Sama juga untuk Ayah.

Kenapa kau jumpa pakar terapi? Kau bukannya gila.

Saya buntu. Saya tak tahu nak buat apa.

Kau dengar sini.

Ayah kau bekerja keras seumur hidup dia demi membina bisnes ini.

Dia bina dengan tangan dia sendiri, dengan usaha sendiri. Tiada sesiapa yang tolong dia.

Sekarang kau nak hancurkan hati dia?

Itu balasan yang dia dapat? Tak.

Mak takkan benarkan. Tak boleh.

Nak berhenti kerja penghantaran itu? Tak apa.

Tetapi bisnes keluarga, tak, tak boleh.

Cukup tak nafkah batin kau dari Martha? Dia boleh ikut tak?

- Mak, demi Tuhan. - Jangan cakap 'demi Tuhan' 'kat Mak.

Lelaki tak cukup seks, mereka jadi bercelaru, dan kau bercakap macam bercelaru.

Ayah, macam mana rupa Tuhan?

Mm, tak ada orang betul-betul tahu.

- Ayah nak tahu tak macam mana saya rasa rupa Dia? - Ceritalah.

Saya rasa dia tinggal di langit dengan tangan yang memeluk Bumi.

- Dia ada janggut tak? - Tak ada.

- Dia pakai cermin mata tak? - Tak.

- Dia pakai topi tak? - Tak, tapi Dia ada pelindung hidung.

Yalah. Tidur.

Ayah, infiniti itu apa?

Infiniti...

adalah benda yang tak akan habis.

Mustahillah. Semua benda akan habis.

- Pejam mata. Pejam mata. - Ayah, nanti Ayah akan matikah?

- Tak mati kalau Ayah tak nak. - Tapi nanti Ayah mati 'bila Ayah tua?

Lambat-laun, ya.

Dan Mak... dan Atuk dan Nenek?

Ya, tapi lambat lagi. Kau tak perlu risau.

- Saya pun suatu hari nanti? - Sammy.

Sudah lewat. Malam ini malam sekolah, 'kan?

- Selamat malam, Ayah. - Selamat malam, sayang. Tutup mata.

Tidur lena-lena.

Jangan sampai... apa?

- Jangan sampai... - Perompak terjun melalui tingkap?

Tidurlah.

- Dia tengah jumpa pakar terapi. Anak kita. - Siapa?

- Alex jumpa pakar terapi? - Mm-hmm.

- Untuk apa? - Saya tak boleh nak bayangkan.

pakar terapi.

Mereka berbual, 'kan?

Dedah rahsia-rahsia dia?

Umur dia. Berlalulah nanti.

Tapi mungkin juga awak kehilangan dia.

Yalah itu.

Saya fikir awak patut tahu.

Tolong jangan cakap apa-apa. saya sudah berjanji tak nak beritahu awak.

Dia sangat... sensitif.

Saja rasa awak patut tahu.

Saya sudah lewat.

Saya benci memendekkan tragedi-tragedi mingguan dalam masa 50 minit.

Mungkin paling berbaloi dengan harganya. Saya tahu.

Tapi masalahnya, ini tragedi-tragedi saya.

Ini saja yang saya ada, dan saya tak nak ceritakan laju-laju.

Tak naklah untuk $130 sejam, terima kasih.

- 130? - Ya. Kenapa? Awak bayar berapa?

125.

Aduhai. Perempuan itu cas lebih.

Hai, Sarah.

Hai.

- Maaf sebab lewat. - Itu-- Itu nama awak, ya? Sarah?

- Sarah Cassidy. - Alex.

Kenapa awak datang semula, Alex?

Entahlah.

- Awak sudah berkahwinkah? - Mm-hmm.

- Apa nama isteri awak? - Martha.

- Anak-anak? - Anak lelaki... Sammy. Umur dia enam tahun.

- Martha tahu tak tentang pekerjaan awak? - Mm-mm.

- Agak-agak dia setuju tak kalau dia tahu? - Mm-mm.

Alex, kalau awak nak terus berjumpa saya,

saya perlu jelaskan peraturan-peraturannya.

Apa yang awak ceritakan tentang masa lampau akan dirahsiakan sepenuhnya

oleh undang-undang kerahsiaan doktor-pesakit,

tetapi kalau saya rasa ada jenayah yang bakal berlaku,

saya diwajibkan untuk melaporkannya kepada pihak berkuasa.

Awak faham tak?

- Saya suka perempuan. Salahkah? - Tak.

Habis kenapa awak tenung saya macam kerja saya ini membunuh orang?

Saya tengah mendengar, Sarah. Saya mendengar saja.

Nampak macam tak setuju saja.

Macam mana reaksi awak kalau saya beritahu awak saya lesbian?

- Betulkah? - Awak terima tak nasihat saya?

Mungkin. Apa-apa pun, kami minum wain.

- Di mana? - Di rumah saya, atas sofa.

Selepas itu, tiba-tiba saya terfikir saya boleh goda dia.

Kenapa tidak, 'kan? Bukan masalah besar pun. Macam saya cakap, saya pernah tidur dengan perempuan.

Awak buat apa dengan Tracy?

Saya dekatkan badan saya dan cium dia.

Dia suka juga, sebab selepas itu, saya boleh rasa lidah dia,

dia mengeram, buat bunyi macam-macam.

Tahu-tahulah selepas itu.

- Hei, Ayah. - Ayah suruh Louie bawakan kau ayam a la king.

Saya suka ayam a la king.

- Kau nampak segak. - Terima kasih. Ayah pun.

Puting ayah sudah lembik. Kau, kau muda,

kuat.

Ayah cemburu. Semasa Ayah umur kau,

അഭിപ്രായങ്ങൾ

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left