ആദ്യത്തെ 200 വരികൾ.
PEGUAM JACQUELINE LOMBRIDAS
Annulment.
Kontroversial.
Berbelit-belit.
Rumit.
Ejaannya pun dah cukup mengelirukan.
Dua N, satu L?
Satu N, dua L?
Dua N, dua L?
Atau satu N?
Atau satu N dan satu L?
Adakala saya masih guna penyemak ejaan.
Di Filipina yang tiada undang-undang perceraian,
buat apa sibuk nak annulment?
Siapa boleh membatalkan perkahwinan?
Ini hanya untuk selebriti,
golongan berduit,
elit
atau untuk semua orang?
Apa langkah-langkah yang perlu dibuat?
Yang paling penting, persoalan utamanya.
Betulkah ia berbaloi?
Kita akan bincang dan kupas semua ini
dalam video hari ini.
Saya Peguam Jackie Lombridas,
dan anda sedang menonton.
Undang-Undang Tiada Cela!
Punca pembatalan perkahwinan paling kerap, mungkin anda pernah dengar,
ialah ketidakupayaan psikologi.
ADUHAI. CELINE! JAWABLAH TELEFON! AWAK BUAT SILAP BESAR!
Apabila hendak memohon pembatalan,
apa perkara pertama yang perlu dibuat?
Apa lagi?
Dapatkan peguam yang bagus.
Maaf.
Maafkan saya.
Badan saya berbau, ya?
Bau awak sama macam suami saya.
Wangi atau busuk?
Entahlah, tapi saya pening kepala.
PEJABAT GUAMAN LOMBRIDAS
Helo!
Penjaga kaunter belum sampai.
Hai! Awak datang untuk janji temu pukul 2?
Ya. Pn. Santos.
Saya dah mesej Jackie yang saya dah sampai.
Peguam Willie, kes pembatalan pukul 2 dah sampai.
Puan, ini HerbAmazing Mushroom Coffee.
Bagus untuk badan. Boleh menurunkan berat dan membantu masalah tidur.
Teh moringa pun ada. Elok untuk puan.
- Kejap. - Cubalah.
En. Buencamino.
Pn. Alcaraz.
Jackie sendiri mesej saya. Dia kata pukul 2.
Peguam Willie, saya rasa awak aturkan janji temu kita pukul 2.
Ya, pukul 2…
Peguam.
- Peguam Willie Bautista! - Ya…
Kenapa boleh begini?
- Ya, bos. Peguam. - Bertindih pula!
Ya, pukul 2.
Bukan awak urus klien? Awak tak tanya Janice?
- Ya, betul. Salah saya! - Tak profesional!
Helo?
Saya minta maaf sangat.
Ini takkan berlaku lagi.
Jadi, siapa boleh masuk dulu?
- Saya ambil anak pukul 4. - Saya ambil anak pukul 4.
Bertimbang rasalah sikit.
Saya takut kena pecat.
Semasa membuat petisyen untuk pembatalan,
anda perlu menceritakan semuanya.
Sejarah.
Dari awal sampai habis.
Macam cakap dengan Cik Charo, hos kaunselor TV itu.
Mak Cik Charo, kalau anda Gen Z.
Saya nak perniagaan saya.
Kalau tak boleh ambil semua, separuh pun boleh.
Saya nak ada kawalan.
Saya tak boleh halang Maya daripada mohon pembatalan.
Sebenarnya, saya cuma nak
kami capai persetujuan tentang anak saya.
Saya berhak dapat peluang untuk jadi ayah Elio.
Macam mana mulanya?
Saya jumpa Stephen di pesta pastri yang saya pergi dulu.
Dia cuba rasa roti keju terlaris kami,
dan dia suka.
Dia cakap nak beli semua barang kami kalau saya beri nombor telefon,
dan dia nak tolong dengan penjenamaan, pemasaran …
Saya yang bodoh pula terus setuju sebab nak jual barang.
Macam mana akhirnya?
Kenapa kamu berpisah?
Cukup tak kalau cakap saya dah tak cintakan dia?
Dia dah tak cintakan saya.
Kami mahukan butiran.
Lengkap.
Meyakinkan.
Mendorong.
Apa kerja awak, Pn. Alca…
Maksud saya, Pn. Santos?
Saya ahli perniagaan.
Rasanya.
Itu pun kalau Stephen tak ambil balik perniagaan kami.
Awak lepasan seni kulinari.
Awak cef.
Bukan lagi.
Sumpah, Peguam, saya dah ada kerja sekarang.
Awak buat apa sekarang, Ivan?
Kerja tiup kaca?
Video majlis perkahwinan?
Jangan cakap awak dah jadi jurugambar burung sekarang.
Rogue Ink.
Saya kerja di sana.
Tatu?
Lukis buku komik.
Pastikan awak tak berhenti kerja lagi.
Mestilah tak! Saya serius sekarang.
Saya pun serius.
Awak perlukan kerja yang stabil untuk menang lawan Maya.
Awak nak lawan pemberita terkemuka di Filipina.
Sebab itu awak peguam saya, bukan?
Yalah.
Terima kasih sebab percaya saya dengan kes ini, Pn. Santos.
Macam mana awak kenal saya?
Google.
Oh, ya. Kes saya yang tengah tular
melibatkan pelakon popular dengan maskot restoran makanan segera?
Ahli politik poligami dengan 9 isteri dan 43 anak?
Ahli politik dengan pusat urut?
Pakar…
Ya!
Pakar bedah plastik dengan bintang pop yang muncul semula.
Pakar bedah plastik dengan bintang seksi papan?
Pakar bedah plastik dengan penduduk Guadalupe
yang terkena papan iklan dia!
- Pakar bedah plastik… - Saya tahu.
…mak mentua saya.
Dr. Alcaraz.
Kalau awak boleh kalahkan orang yang kaya dan berpengaruh macam dia,
saya boleh menang lawan keluarga mereka.
Sebab itulah, Pn. Celine Santos,
saya peguam yang tepat untuk kes ini.
Boleh langgan saluran YouTube saya?
Supaya kami boleh baiki pintu? Ia rosak minggu lepas.
Selain menurunkan berat, ia juga melindungi daripada Wi-Fi.
Ia ada sel tenaga mitokondria.
- Ada diskaun. - Terima kasih.
- Kalau beli banyak. - Hadaplah.
Puan.
TURUN
Takkan laju pun kalau tekan kuat-kuat.
Mesti dah rosak.
Saya dah keluar dari pejabat Jackie pun awak masih ada di sini?
Awak dipaksa beli?
Tiba-tiba saja.
Apa nak buat dengan kopi cendawan?
Saya ada kafe!
Kafe mana?
Celine's.
Celine's?
Yang terkenal dengan roti keju itu?
Wah!
Bukankah awak nak cepat?
Saya kena ambil anak pukul 4.
Senang saja.
Lagipun, kita nak turun.
Pemilik Celine's,
borjuis?
Bukanlah.
Saya selalu redah banjir waktu kolej dulu.
Lagipun, suami saya yang kaya.
Bekas.
Bekas suami.
Awak yang borjuis.
Saya tahu apa awak pakai.
Beg awak. Kasut awak.
Minyak wangi awak pun.
Semuanya mahal belaka.
Isteri saya yang beli. Dia tak suka pakaian saya.
Takkan nak jumpa Jackie dengan baju T?
Jackie?
Kamu kenal rapat?
Ya, kami sepupu.
Dia ambil kes ini pro bono.
Jangan risau. Dia paling bijak antara sepupu.
Awak akan menang.
Saya tahu.
Jadi, apa awak buat?
Awak curang, ya?
Mana ada.
Saya takkan curang.
Awak pula?
Tak ada apa.
Saya tak buat apa-apa.
Dia yang buat salah, jadi saya nak bebaskan diri.
Dia tipu awak?
Tak.
Cuma dia gila.
Baiklah, berkenaan dokumen dan permohonan,
peguam yang akan uruskannya.
No comments yet. Be the first to leave one.