ആദ്യത്തെ 200 വരികൾ.
Paris 2010.
Dengan meningkatnya kadar jenayah di daerah tertentu,
Kerajaan telah menggunakan satu kaedah baru,
iaitu dengan mengasingkan daerah tersebut dengan tembok-tembok tinggi.
Diterjemah Oleh : Amir Barzagli Malaysia Subbers Crew
Tarikh Pemisahan: Oktober 2010
District 13
- Cepatlah, aku dah lapar ni. - Aku tak siap masak lagi la, kawan.
Okay, dah masak. Kau dah boleh ambil.
Hai, aku ada takutkan korang ke?
Aku baru keluar dari kereta korang dah takut.
- Kami tak nak tempat ni kotor, K2. - Kau cakap apa ni?
Ini cuma kunjungan persahabatan.
Sedap juga bau makanan ni. Makanan Amerika ke?
Sedapnya.
Korang nak?
Jadi, bos korang ada di sini?
- Kami tak nampak dia pun hari ni. - Takpa. Saya tak kisah menunggu.
Marilah. Periksa. Aku tak bersenjata. Kalau tak percaya, korang boleh periksa.
Baik kau belah, atau aku akan tembak kau.
Apa kena dengan korang ni?
Aku jarang mai sini, bila aku datang korang sambut macam ni pula.
Belahlah K2, sekarang bukan masa nak bercerita. Kau boleh datang lagi nanti.
Bila bos kami balik nanti, aku akan bagitau dia yang kau datang.
Baik sungguh korang ni. Kau ada kertas tak? Saya nak tulis nombor saya untuk dia.
Takda? Aku tulis kat dinding sajalah, tentu takkan hilang.
- Jangan tulis di dinding! - Oh, aku lupa, inikan apartement En. Bersih.
Dia seronok ke tinggal di sini?
Ya. Dan kau cuma boleh jeles sebab ini bukan wilayah kau, kan?
Tak juga. Bagi aku wilayah ini macam sampah saja.
Jadi, aku nak tulis kat mana nombor ni?
Hulur tangan kau!
Kalau aku nak potong tangan kau, dari tadi lagi aku dah potong.
Tengok, korang bersenjata tapi takut dengan orang pegang pen.
Rileklah, kawan. Aku takkan tekan kuat-kuat.
Kenapa kau nak jumpa Leito?
Dia ada barang aku punya. Aku datang cuma nak ambil saja.
Baiklah. Sekarang kau ada alasan untuk tidak mencuci tangan.
Baru seronok macam ni, kan? Kenapa kita tak berjabat tangan?
- Aku nak panggil kau apa? - Tarik.
Tarik, kita berjabat tangan. Begini lebih baik. Okay, jangan takut!
Nak kena ambil gambar ni. Kalaulah aku bawa kamera.
- Betul tak, kawan-kawan? - Senyum... senyum!
Jangan risau, mereka kawan aku.
Tiba-tiba kau nak cakap pulak? Dah terlambat.
Kau naik guna tangga, aku guna lift.
Aku suka naik dengan cara lebih cepat.
Mari sini kau!
- Bagitahu orang di bawah. Lift bergerak pula. - Kau boleh buat sendiri kan.
Tarik, siapa yang naik ke atas?
Tarik? Tak guna, benda ini tak pernah berfungsi dengan baik.
- Hei, apa yang kau buat tu? - Kejap, aku cuma tengok movie.
Tarik, apa yang berlaku?
Tarik?
Tak guna, gambar hilang pula. Cepat, pergi betulkan antena!
Hei, aku bukan budak kau! Buatlah sendiri!
Tarik, jawab!
Kau gelabah sangat, kawan. Mungkin itu cuma penghantaran makanan.
Makan malam satu jam lebih awal? Ada sesuatu yang tak kena ni.
Kau ni gelabah la.
Kami cari Leito, berapa nombor bilik dia?
- Nombor 14. - Terima kasih.
Tak guna, takda nombor pula.
Pecah semua pintu!
- Aku tengah cari Leito. - Dia takda di sini.
- Kalau begitu mana dia? - Di hujung bangunan, pintu terakhir di sebelah kiri.
Kau ikut aku agar aku tak tersesat.
Ke kanan!
Kiri!
Pintu yang paling hujung.
Apa yang kau buat? Aku nak dia hidup-hidup.
Korang semua faham tak?
Ke tepi!
Kiraan 3.
1, 2, 3.
Tangkap dia!!
Tembak!
Dia ke bawah.
Dia naik atas...
Tak guna.
Itu dia.
Tak guna...
Cuba kau bayangkan. Pukul 8, 20 kg heroin kau kena curi.
Pukul 9, kau tahu siapa yang ambil, dan kau pergi ambil semula. Korang berapa orang?
- 12 orang. - Dua belas?
Dan korang semua balik dengan tangan kosong?
- Bagaimana ini? - Kami boleh ja nak bunuh makhluk tu...
- ...tapi kau nak dia hidup-hidup. - Jadi kau nak cakap ini salah aku?
Bukan begitu maksud aku. Cuma dia sangat...
- ...licin, macam sabun. - Kau cakap licin macam sabun?
Ya.
Heroin itu harganya 50€ setiap gram, darab 20 kg, semuanya 1 juta euro.
Itu adalah salah satu sabun termahal.
Jadi, sapa-sapa ada cadangan agar aku tak bunuh korang?
Ada cadangan tak?
Takda...
Aku ada cadangan.
K2, bagus. Aku akan dengar.
Sebab Leito dah curi heroin kita, jadi dia kena bayar.
Kau bukan nak beri cadangan, tapi sesuatu yang sudah jelas.
- Tunggu, tunggu! - Aku sedang menunggu.
Adik dia, Lola. Dia bekerja di supermarket.
Kami akan tangkap dia dan bawa dia ke sini.
Itu baru cadangan yang baik. Sekarang pergi, dan bawa perempuan itu ke sini!
Kami masuk kejap saja.
Lekas, bos nak jumpa dengan kau.
Kau pekak ke? Aku cakap bos tengah tunggu, jadi cepat pergi!
- Bos aku tak masuk hari ini. - Bukan bos tempat kerja kau...
...tapi Taha. Bos aku tengah tunggu kau.
Taha bukan bos aku.
Jangan ganggu aku, bahlol.
Mulut besar.
Lekas, jalan!
- K2, kau hadiahkan dia untuk aku? - Aku akan gembira bila dia bersama aku.
- Lepaskan tangan kau. - Hei, kita kena geledah dia, kan?
- Aku dah geledah, dia bersih. - Biar aku yang ambil bahagian dalam.
Aku akan patahkan barang kau.
Kalau kau berani, cubalah.
Makan ini, bahlol.
Sudahlah. Taha tengah tunggu dia.
Kau! Jangan nak lawan mereka lagi!!
Ini aku.
K2 ada di depan pintu.
Kau kembali bawa alasan lagi?
Kau boleh masuk.
Bagitau Leito yang adik dia ada pada kita.
Aku nak tengok ekspresi muka dia bila dia dah tahu.
Sekarang aku disini. Aku akan potong leher kau dan semuanya selesai.
Jika sesuatu terjadi pada aku, kau akan dapat masalah besar.
Apa yang kau nak?
Kau tahu apa yang buat kita berbeza? Kau tak tahu apa yang aku fikir.
Dan aku tahu setiap gerak-gerik kau. Sebab itu aku selangkah lebih maju.
Bertenang, K2. Kami cuma berbual. Bertenang.
Ya. Kami cuma berbual.
Boleh tak kau lepaskan aku dan cakap kau nak apa?
- Ada dua benda. - Ya, cakaplah!
Jangan ganggu keluarga aku dan jangan berkeliaran di tempat tinggal aku.
- Setuju? - Yang kedua?
Nyawa kau ditukar dengan nyawa adik aku.
Aku akan keluar dengan adik aku. Jika takda apa-apa, kau aku lepaskan.
- Kau sepatutnya join bisnes ini. - Jawab "ya" atau "tidak"?
- Baiklah. Aku setuju. - Boleh aku pegang janji kau?
- Ya. - Sekarang lakukan!
K2, lepaskan dia.
K2, lepas ja, jangan fikir banyak.
Duduk! Atau kau takkan boleh berdiri lagi.
Aku dah ikut apa yang kau suruh. Dia dah bebas.
- Sekarang lepaskan aku. - Jangan risau, Taha.
Kau ingat kau boleh keluar dari sini dengan mudah?
Kenapa kau tak beritahu pada mereka supaya jangan tembak.
Dengar sini semua! Biarkan kami pergi!
Orang ini akan pergi dan takkan datang lagi ke sini.
Jangan ada yang menembak. Aku akan kembali.
Tunggu!
Buka mulut kau!
Sekarang kunyah!
Aku suka gaya adik kau.
Diamlah!
Buang benda itu!!
Bertenang. Kami cuma bawa seorang pelanggan.
Kami nak jumpa dengan Inspektor.
Biarkan kami masuk!!
Tak guna.
Kenapa korang datang? Kami tengah bersiap nak belah dari sini.
Ini Taha. Taha Ben Mahmoud. Aku pasti korang tengah cari dia.
Aku kenal dia, tapi kes dia dah ditutup.
Ini arahan dari kerajaan. Tambahan pula kami takda bukti kukuh.
5 kilo heroin di pejabat dia dan 2 saksi, tak cukup ke?
Inspektor, jumlah mereka ramai sangat. Mereka tiga kali lebih kuat dari kita.
Baiklah. Kami akan bawa dia ke muka pengadilan. Sekarang, serahkan senjata korang.
Korang, jaga si Taha itu.
Leito, kau ni bebal sangatlah. Kau ingat kau boleh mengubah semuanya?
Ini akan jadi pelajaran untuk kau.
Taha tak perlu ke muka pengadilan. Kau masuk ke dalam sel. Dan kau Taha, pergi dari sini.
Jangan lepaskan dia atau keadaan akan semakin buruk.
Aku takkan peduli dengan apa yang akan terjadi sebab kami akan pergi dari sini.
Ini tugas kau untuk mengakhiri mimpi buruk kami dalam tembok ini.
Kau tak faham lagi ke? Daerah ini dikelilingi oleh dinding dan kawat berduri.
Sekejap lagi kerajaan akan menghancurkannya dan mimpi buruk korang akan berakhir.
Jadi, berseronoklah dalam sel ini, sebab jika kau keluar, mereka akan bunuh kau.
Taha, kenapa kau masih di sini?
Aku nak beberapa perkara lagi dari kau, Inspektor.
Sudahlah Taha. Kau dah bebas, kau nak apa lagi?
- Perempuan itu. - Tidak!!
- Bawalah dia! - Tidak!!!
Jangan sentuh aku!!
- Lola! Lola! - Jangan risau, aku akan jaga dia.
Tuan-tuan, gembira berurusan dengan korang.
Selamat tinggal.
Tidak...!!! Tidak...!!!!
Bawa dia ke pejabat aku, suntikkan dia ubat penenang.
Lekas, kembali bekerja.
Aku tidak ada pilihan.
Aku dah habiskan 15 tahun dalam tembok ini.
Aku akan pencen dan mengakhiri semua ini.
Aku nak sesuatu yang berbeza.
Maafkan aku beb.
Kau dah serahkan adik aku, dan kau dah mati sebenarnya.
6 bulan kemudian
Cakap Pedro, kenapa kau langgar pintu kereta aku?
No comments yet. Be the first to leave one.