For All Mankind

For All Mankind

Malay സബ്ടൈറ്റിൽ ഡൗൺലോഡ് ചെയ്യുക

സീസൺ 1

റിലീസ് വിവരങ്ങൾ

For All Mankind S01E05 Into the Abyss 1080p WEB-DL 6CH x265 HEVC-PSA
കമന്ററി എഴുതിയത് chargephoton88

ടാഗുകൾ

webdl
പ്രസിദ്ധീകരിച്ചത്: 2026-08-21
ഡൗൺലോഡുകൾ: 0
ശ്രവണ വൈകല്യമുള്ളവർക്ക്: No
FPS: 23.976

Malay സബ്ടൈറ്റിൽ പ്രിവ്യൂ

ആദ്യത്തെ 200 വരികൾ.

APOLLO 15 -

4 HARI, 3 JAM, 46 MINIT

Warren, saya ada cetakan untuk semua koordinat.

Terima kasih.

Okey, Endeavour, dapat hubungi awak. Molly, awak bersiaran secara langsung.

Saya di TV? Benarkah?

Awak patut beritahu lebih awal. Bolehlah saya kemaskan rambut.

Saya suka gaya ini. Awak nampak cantik, sayang. Ya Tuhan. Itu isteri saya.

Kenapa semuanya tentang dia?

Kerana dia istimewa. Angkasawan wanita yang pertama.

Ya, tapi ayah bos dia.

Okey. Makan bijirin awak.

Molly, berjuta orang di seluruh dunia ingin dengar pendapat awak

kerana awak sekarang berada di orbit bulan.

Ia membuat saya rasa rendah diri.

Awak boleh lihat seluruh dunia dari tingkap ini.

Sukar untuk dipercayai yang setiap orang yang saya kenal,

setiap negara, setiap tamadun,

berada di dalam bola kecil berwarna biru dan putih itu.

Molly, kami dapat beribu surat dari wanita yang diilhamkan awak.

Ini surat daripada Abigail Crouse, lapan tahun dari Solvang, California.

Saya bacakan untuk awak.

"Kepada Molly. Saya sangat sukakan angkasa lepas.

Abang saya ada semua model kapal angkasa Apollo,

dan saya selalu mendapat masalah kerana bermain dengannya.

Selepas awak dipilih untuk Apollo 15,

ayah saya belikan satu model untuk saya.

Saya namakan modul perintahnya Cobb

dan LEM sebagai Molly sempena nama awak.

Ada budak di sekolah kata tiada air di bulan

dan misi awak sia-sia.

Tapi saya percayakan awak dan saya tahu awak akan menemuinya.

Sahabat awak, Abigail."

Ada apa-apa yang awak mahu katakan kepada Abby? Dia pasti sedang menonton.

Abigail, saya akan cuba tak mengecewakan awak.

Sudah tamat. Kita dah tak bersiaran. Syabas.

Selebriti dah muncul.

Jangan lupakan orang yang membantu awak.

Saya cuba lupakan sepantas yang boleh.

Endeavour. Sebelum Molly mengupah ejen,

kami ada berita baik untuk awak.

Ray dan kumpulan geologi

telah memeriksa spektroskopi daripada orbit peninjauan awak,

dan mereka rasa mereka ada menemui ais.

Dengan banyak.

Beritahu kami di mana dan kami akan bawa pulang kon ais.

Tidak, Endeavour.

Pasukan geo akan gunakan data itu untuk memilih tempat untuk misi seterusnya,

kerana ais itu jauh daripada tapak pendaratan awak di Mare Frigoris.

Di mana?

Ia di kutub selatan. Kawah Shackleton.

Marilah pergi. Ubah rancangan. Kita mendarat di Shackleton.

Itu perubahan yang besar, Ed.

Sebanyak 4,000 kilometer.

Tidak.

Pengarah tak bersetuju.

Risikonya terlalu besar dan awak tak ada peralatan untuk penjelajahan seperti itu.

Awak akan mendarat di Frigoris seperti yang dirancang.

Kami akan menugaskan semula Apollo 16 untuk Shackleton.

Sebelum kami berlepas, saintis beritahu yang kepadatan ais di Frigoris

lebih kurang 250 bahagian per sejuta.

Apakah bacaan di Shackleton?

Selepas tinjauan awak, ia mungkin 500 kali lebih baik.

Jadi saya cadangkan awak semua pertimbangkan semula.

Kami tak datang sejauh ini untuk menggali lubang yang kering.

Houston, putuskan hubungan untuk sementara.

Diterima, Endeavour.

Beritahu kami, Mol.

Bagaimana dengan "mengikut rancangan, walau apa pun terjadi"?

Misinya ialah mencari ais.

Kita melintasi Shackleton pada mulanya

untuk mendapatkan data yang mereka inginkan.

- Awak setuju? - Mengubah pendaratan semasa penerbangan?

Ia berbahaya dan bodoh. Saya sukakannya.

Sudah tentu awak suka. Bukan awak yang turun ke bawah.

- Awak mahu tukar? - Hei.

CIA bimbang Soviet akan meletakkan misil di bulan.

Kenapa mereka mahu letakkan misil di bulan?

Apa yang saya tahu presiden mahukan pangkalan itu.

Kita perlukan benteng menentang Soviet.

Shackleton kelihatan sesuai,

jadi jika kita boleh bawa Apollo 15 ke sana dulu, kita patut buat.

Kru saya yang membuat keputusan.

Bincang dengan mereka.

Kita berlatih untuk Frigoris.

Tiada siapa tahu bagaimana permukaan Shackleton.

Kita takkan dipuji jika kita gagal dengan pendekatan tanpa persediaan di saat akhir.

Kelakar, kerana "tak bersedia dan saat akhir"

ialah pendekatan awak ketika latihan.

Itu dahulu.

Kadangkala awak perlu mengambil risiko.

Apa maksud awak?

Ia bermaksud jika tiada risiko, tiada air dari bulan.

Jika bergantung kepada saya saja, saya sanggup buat.

Tapi jika kita gagal, ia takkan jadi, "Baldwin buat kesilapan."

Ia akan jadi, "Wanita tak cukup bagus untuk ke angkasa lepas."

Apa mereka akan kata jika kita pulang tanpa apa-apa?

Apa yang wartawan katakan selama ini.

Misi ini hanya daya penarik publisiti.

Tepat sekali.

Endeavour, Houston.

Kami dah pertimbangkan semula pendaratan Shackleton.

Kumpulan dinamik penerbangan dah ada DOI untuk ke sana,

tapi kami tak tahu apa yang ada di tapak pendaratan di situ.

Ia berisiko tinggi, jadi... Ia keputusan awak.

Awak mahu melakukannya?

Terpulang kepada awak, Cobb. Tak boleh teruskan melainkan awak setuju.

Ya. Marilah lakukannya.

Begitulah. Bagus.

Houston, ini ialah Endeavour. Kami akan teruskan dengan Shackleton.

Awak ingat apa yang awak kata sebelum pelancaran?

Ya, sekarang awak benar-benar akan buat sesuatu.

KE DALAM JURANG

DEMI UMAT MANUSIA

BERITA KSQT SALURAN 6

Modul bulan Seahawk telah meninggalkan orbit paling jauh dari Bumi

dan mereka bersedia untuk memulakan pendaratan di Kawah Shackleton.

Itu kemajuan besar bagi Angkasawan Cobb

dalam misinya menjadi wanita Amerika pertama di bulan.

Tumpang lalu, awak semua.

Misi bersejarah ini juga diharap dapat menjawab persoalan

sama ada terdapat ais pada permukaan bulan.

Menurut saintis, kemungkinan besar ia di bahagian kawah paling dalam

yang jarang disinari oleh cahaya matahari.

Penemuan ais dan juga air membolehkan pangkalan bulan AS kekal...

Hai, Karen. Maaf, saya terlewat...

Tak, awak sampai sebelum mereka mendarat.

Ya. Dengar,

saya tahu awak semua suka minum, jadi saya harap awak suka mezcal.

Saya tak pernah minumnya.

Awak pasti sukakannya.

Ini disulingkan di Oaxaca.

Ia minuman konsul dalam Under the Volcano.

Adakah itu sebuah filem?

Bukan. Ia novel hebat tentang seorang kaki botol.

Tapi dia ada ciri-ciri yang baik juga.

Dia seperti wira tragik dengan caranya yang tak betul, jadi...

- awak patut membacanya. - Okey. Ya.

Masuklah kerana mereka dah bersedia untuk mendarat.

Seahawk, lima saat sebelum mendarat ke bulan.

Diterima. Sembilan puluh sembilan. Teruskan.

Jangan buat kesilapan, Cobb. Okey?

Pertaruhannya sangat tinggi.

Seahawk sekarang sejauh lapan minit

dari pendaratan berbahaya di rupa bumi yang tak pernah dicartakan.

Pengkritik menggelar perubahan rancangan saat terakhir NASA

"tindakan berani paling bodoh yang agensi itu pernah cuba untuk lakukan...

Mari sini.

...dan risiko tak wajar kepada nyawa

wanita Amerika pertama yang mengembara ke bulan."

Marilah berharap yang mereka salah.

Kurangkan minyak.

Tiada amaran. Kelihatan baik.

Altitud 1219 meter. Fasa membrek dah selesai.

Kelajuan ke hadapan baik, sedikit penurunan.

Pengoksida beroperasi lebih kurang satu peratus lebih rendah.

Okey.

Houston, Seahawk. Kami akan membawanya secara mendatar untuk seketika.

Diterima, Seahawk.

PNGCS dan AGS baik.

Inilah jarak terdekat saya ketika di Apollo 10.

Kekal bersama saya, budak. Saya akan bawa awak mendarat kali ini.

Itulah Cobb yang saya mahu.

RCS okey. Tiada amaran.

Kedudukan sama dengan julat jarak. Kurang 27780 meter.

Tekanan DPS masih baik.

Menghampiri Shackleton.

Sangat gelap di bawah sana.

Masih di atas kawah, lebih kurang 7408 meter dari lingkaran,

jadi bacaan altitud tinggi.

Minyak tujuh belas peratus.

Itu mungkin bermasalah, Pengarah.

Ayuh, Ed.

PNGCS dan AGS dibandingkan.

Minyak dan pengoksida dalam satu peratus. Kelihatan baik.

Okey, bos. Masa untuk cari tempat yang sesuai untuk mendarat.

Okey. Houston, saya dah memilih tempat yang rata dan baik,

lebih kurang suku batu dari Shackleton sebagai tempat pendaratan.

Ini akan jadi satu pendaratan yang sukar.

Sebab itu mereka mengupah saya.

610 meter, 42.

Okey.

Ini lokasi yang baik.

244 meter. Empat puluh empat. Empat puluh lima.

Seahawk, Houston. Teruskan pendaratan.

Okey. Ini dia.

Empat puluh empat, 122 meter. 6.1 meter sesaat.

Okey. Saya di P66.

Lima belas meter pada tiga minit.

Penunjuk silang kelihatan baik. Minyak tujuh peratus.

Okey, banyak habuk berterbangan.

Lima meter pada satu. Satu minit. Minyak enam peratus.

Dua meter. Satu minit.

- Mendarat. - Matikan enjin.

Houston, Pangkalan Shackleton. Seahawk dah mendarat.

Wah.

Kita benar-benar di sini.

Saya tak pernah rasa ingin merokok seperti ini sepanjang hidup saya.

Awak dah mencapai kemajuan, sayang.

Okey, kita tanya semua orang di sini. Teruskan atau tak untuk T-1.

അഭിപ്രായങ്ങൾ

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left