ആദ്യത്തെ 200 വരികൾ.
Sarikata Oleh : Amirul Hisham ( Santiago )
Kehidupan aku kelam, wawasan aku malap.
Apa yang tinggal hanyalah memori.
Aku masih ingat saat huru-hara...
...impian yang musnah, di tanah sia-sia ini.
Tapi yang aku paling ingat adalah Pahlawan Jalanan...
...lelaki yang kami panggil 'Max.'
Untuk memahami siapakah dia, anda perlu kembali ke masa lampau...
...ketika dunia dijana oleh bahan api hitam...
...dan gurun-gurun ditumbuhi bandar paip dan keluli.
Sudah tiada sekarang, lenyap.
Atas alasan yang sudah dilupakan, dua puak pahlawan berperang...
...dan menyalakan api yang menelan mereka semua.
Tanpa bahan api, mereka bukan sesiapa. Mereka boleh bina rumah straw.
Mesin-mesin gergasi menggerutup dan berhenti.
Para pemimpin mereka bercakap dan terus bercakap.
Tapi tiada apa yang mampu menahan runtuhan.
Dunia mereka hancur musnah, bandar-bandar meletup.
Puting beliung perampasan...
...ribut api ketakutan.
Manusia mula memakan manusia.
Di jalanan, ianya mimpi ngeri garisan putih.
Hanya yang bergerak untuk mencari makanan...
...dan cukup kejam untuk merampas, akan terus hidup.
Kumpulan-kumpulan mengambil alih lebuh raya.
Bersiap sedia untuk melancarkan perang untuk setangki petrol.
Dalam pergolakan ini...
...manusia biasa dianiaya dan dimusnahkan.
Manusia seperti Max. Pahlawan Max.
Dalam ngauman sebuah enjin, dia kehilangan segalanya...
...dan menjadi peluru manusia.
Orang yang terbakar dan membinasakan.
Orang yang dihantui oleh iblis-iblis masa lampaunya.
Orang yang merayau-rayau sampai ke tanah tandus.
Ia adalah di sini...
...di tempat yang rosak ini...
...dia belajar untuk hidup semula.
Jangan sakiti ular tu. Letakkannya.
Perlahan-lahan. Bagus, bagus.
Sekarang, besi tu pula.
Senapang.
Letakkan. Pusing belakang.
Nampaknya aku dapat minyak petrol.
V8?
Perangkap. Kalau sentuh tangki tu...
Perangkap, ya. Undur.
Dasar orang licik.
Awak pantas, sangat pantas.
Aku tak pernah tengok orang kalahkan ular. Siapa kau?
Tindakan refleks. Ya, itulah yang kau miliki.
Aku pula bijak.
Mungkin ada senjata di bawah tu. Kau kena letak kepala di panel.
Jangan nak memperbodohkan aku.
Bahan api, minyak petrol! Ada beribu gelen!
Sebanyak mana kau nak! - Di mana?
20 batu dari sini. Mengepam dan tapis!
Tangki besar yang penuh. - Karut
Tak, ia betul!
Ia bukan khidmat layan diri. Terlalu susah untuk aku.
Tapi orang yang bijak macam kau... - Di mana? Di mana?
Kalau kau bunuh aku, kau takkan tahu.
Baiklah, mari.
Anjing baik. Anjing baik, kan?
Anjing baik.
Itu dia.
Empat hari aku dia atas sini.
Aku dan ular-ular, bermain mahjong, minum teh...
...memerhati, berfikir...
...macam mana aku nak masuk dan dapatkan petrol tu?
Siang malam ia mengepam.
Bahan api untuk membakar.
Mereka ada banyak. Tenaga, lampu, cakap saja.
Kau boleh pertaruhkan nyawa yang mereka menyimpannya.
Ada 30 orang di sana.
Panah, penyembur api, senapang.
Tiada tempat untuk manusia atau reptilia, rasanya.
Kemudian sampah ni tiba...
...sebagai rama-rama ke dalam api. Meronda dan menyerang...
...seperti semut yang marah dengan bau minyak petrol.
Dalam tangki minyak tu. Di situlah mereka menyimpannya.
Beribu gelen. Sebanyak mana yang kau nak.
Kalau sesiapa dapat masuk ke sana, orangnya ialah kau.
Aku pula akan beri makan pada ular.
Lelaki hidup dengan kata-kata, dan aku pegang kata-kata aku.
Kita dah buat perjanjian. Aku tunjuk gas tu, kau akan lepaskan aku.
Perjanjiannya ialah aku tak bunuh kau. - Setelah apa yang aku buat...
Aku rasa kau dah dapat perjanjian, betul tak?
Terima kasih. Terima kasih.
Tak perlu. Aku cuma ke sini untuk minyak petrol.
Sebanyak mana yang kau nak. Cuma bawa aku ke sana.
Tunjukkan senjata kau dan mara ke depan!
Bawa bertenang.
Setakat itu saja.
Pusing belakang.
Nathan! Itu Nathan!
Lekas, ambil usungan!
Buka jalan masuk!
Cepatlah bawa usungan!
Nathan! - Hei, tak apa. Tunggu di sini.
Lindungi dia.
Lekas, cepat. Cepat.
Kau dan perbuatan kau! Dia menjadi mangsa!
Aku dah mengingatkan dia. Aku kata, "Kerja gila".
"Kita boleh lari, ambil minyak kita," dia kata. Aku kata, "Bagaimana?".
Derek?
Bawa mesin tu ke dalam. Tutup jalan masuk.
Baiklah, beri dia ruang.
Siapa kau? Bagaimana kau melaluinya di luar sana?
Aku mahukan jawapan. Di mana kau jumpa dia?
2-3 batu ikut jalan, ditinggalkan untuk mati. Kami buat perjanjian.
Ada tiga kenderaan lain. Kau nampak mereka?
Mereka menuju ke barat daya secara berkumpulan.
Dia kata kalau aku bawa dia balik, kau akan bagi aku petrol.
Ada seorang wanita dalam kereta tu.
Dia dah mati.
Apa mereka buat? - Ia terlalu pantas. Aku cuma nak petrol aku.
Aku nak keluar dari sini. - Dia salah seorang dari mereka.
Jangan bagi apa-apa. - Betul kata dia. Dia ni parasit.
Memperdagangkan daging manusia. Askar upahan sampah.
Kami ada perjanjian. - Apa maksud kau, perjanjian?
Kau tanyalah dia.
Tidak, tidak! Buatlah sesuatu!
Kalau kau ada perjanjian, itu cuma dengan dia.
Ia dah mati bersamanya. Singkirkan dia.
Terpaksa serahkan pada kau. Interceptors V8 terakhir.
Kepingan sejarah.
Rugilah kalau letupkannya.
Lepaskan dia!
Mereka datang! Tutup jalan masuk! Mereka datang balik!
Jangan tembak! Dia datang untuk berdamai!
Demi Tuhan, jangan tembak! - Diamlah.
Salam dari Humungus!
Lord Humungus!
Pahlawan Tanah Tandus!
Pemimpin Rock 'n' Roll!
Aku amat kecewa.
Sekali lagi kau memaksa aku melepaskan anjing-anjing perang aku.
Tengoklah apa yang tinggal dari peninjau kau yang berani.
Kenapa? Sebab kau pentingkan diri.
Kau menyimpan minyak petrol lebih dari yang diperlukan.
Tahanan aku kata...
...kau merancang untuk bawa minyak petrol kau keluar dari tanah tandus.
Kau hantar mereka pagi ni untuk cari sebuah kenderaan.
Trak yang cukup besar untuk menarik tangki minyak tu.
Rancangan yang lemah. Tengoklah sekeliling kau.
Ini Lembah Maut. - Tengok!
Tiada apa dapat larikan diri! Humungus menguasai tanah tandus!
Jangan beri mereka apa-apa! Letupkannya!
Humungus takkan melawan.
Wez, dengar cakap aku.
Aku dapat. Aku dapat.
Diam! Jangan main-main lagi.
Jangan main-main lagi. Kita datang ke sini ada tujuan.
Kita datang bersama tawaran.
Jangan bercakap lagi.
Kita masuk. Kita bunuh.
Kita akan bunuh mereka semua!
Kita akan bunuh mereka! Bunuh mereka!
Bunuh! Bunuh!
Duduk diam-diam, anjing perang ku. Aku faham kesakitan kau.
Kita semua kehilangan orang tersayang. Tapi kita lakukan dengan cara aku.
Kita lakukan dengan cara aku.
Ketakutan mereka adalah sekutu kita. Petrol tu akan jadi milik kita.
Kemudian, kau boleh balas dendam kau.
Ambil dia.
Sudah terlalu banyak keganasan, terlalu banyak kesakitan.
Tiada sesiapa di sini yang tiada dosa.
Tapi aku ada tolak ansur yang mulia.
Hanya beredar. Beri aku pam...
...dan petrol, serta seluruh kawasan. Dan aku akan biar kau hidup.
Hanya beredar. Aku akan beri kau laluan selamat di tanah tandus ni.
Hanya beredar dan akan berakhirlah kengerian ni.
Aku menunggu jawapan kau. Kau ada masa sehari.
Kami takkan beredar!
Takkan!
Kau dah dengar apa dia cakap. Bunyinya munasabah.
Kita tak perlu mati.
Kita cuma perlu beredar. - Tidak. Kita dah bekerja keras.
Kita cuma perlu tukar bahan api dan tempat ni dengan nyawa kita.
Kalau kita ke luar sana, mereka akan bunuh kita.
Mereka akan bebaskan kita dan kemudian kerat macam khinzir.
Jangan dengar cakap mereka ni. - Baiklah. Begini.
Aku akan bincang dengan Humungus.
Dia orang yang boleh diajak berunding.
Dia berjanji pada kita laluan selamat.
Kalau betullah dia pegang kata-katanya...
...dan kita akan beredar dari sini dengan nyawa. Kemudian, apa?
Tapi ingat satu perkara. Itu lebih dari sekadar setangki minyak.
Itulah tali keselamatan kita ke tempat melewati makhluk perosak tu.
Itu 2000 batu dari sini!
Kau fikir macam mana kita nak bawanya ke sana? Mengheretnya?
Kalau kita perlu kata "ya". Sentiasa ada jalan.
Tapi langkah pertama, lindungi bahan api.
Kata-kata. Cuma kata-kata!
Kau sanggup mati untuk itu! - Salah. Kita berjuang demi kepercayaan.
Aku tunggu di sini.
Aku harap ia berjaya, Pappagallo.
Kau tak boleh menandinginya.
Setiap hari, kita makin lemah sedangkan mereka makin kuat.
Ia dah berakhir. Aku minta maaf.
No comments yet. Be the first to leave one.