ആദ്യത്തെ 200 വരികൾ.
SEBUAH SIRI NETFLIX
EPISOD 2
Kenapa awak tak tidur malam tadi?
Nenek nampak lampu bilik awak menyala.
Saya membaca sesuatu.
Saya tak mengantuk.
Biarkan daun yang kecil dan hanya petik daun yang besar.
Ya.
Nenek nampak tak sesuai bercucuk tanam.
Nenek tak lakukan kerja rumah dengan betul sepanjang hidup,
jadi ini nampak seronok sekarang.
Dulu ada kolam di sini.
Ada patung juga, bukan?
Macam mana awak tahu?
Apa?
Saya rasa mak pernah beritahu.
- Nenek. - Ya?
Dulu nenek pernah sertai kempen mengumpul emas?
Saya belajar tentang IMF di sekolah.
Sekarang semua itu ada dalam buku teks, ya?
Mestilah nenek turut serta.
Semua barang perhiasan nenek jual?
Contohnya cincin kahwin?
Nenek jual semuanya kecuali cincin kahwin.
Nenek tak jual cincin kahwin?
Sekarang ia nampak kolot,
tapi ini cincin paling moden ketika itu.
Tak kolot langsung. Ia sangat cantik.
Nenek nak pergi ke kedai runcit.
Kalau nak ikut, bersiap.
Ya.
MAK
Awak betul tak nak balik? Awak nak tinggal di sana?
Cincin kahwin tak dijual. Mak tak selidik dengan betul.
Sia-sia saja saya kasihankan dia malam tadi.
Saya sedang belek-belek cincin kahwin nenek.
Jangan kacau saya.
Apa? Mak tak jual cincin itu rupanya?
Pn. Shin Jae-kyung menjengkelkan betul.
Dia patut cakap yang dia tak jual cincin itu.
Saya pula yang serba salah sekarang.
- Mari pergi. - Ya, mari pergi.
Boleh belikan coke? Saya dah tak menari balet, saya boleh minum apa saja.
TAHUN 1998
Back Yi-jin!
Back Yi-jin!
Akhirnya saya pindah sekolah hari ini!
Ke Sekolah Tinggi Tae Yang!
Saya boleh teruskan berlawan pedang!
Apa? Awak dah pergi?
Awak tak dengarkah?
Tak mengapa.
Hari ini saya boleh maafkan semuanya.
Sebab saya sangat gembira hari ini!
Tahniah.
Awak menjerit pada siapa?
Tiada sesiapa.
Mak nak pergi kerja?
Ini hari pertama awak pindah sekolah. Mari pergi.
Ke sekolah? Tak perlu, saya pergi sendiri.
Apa yang awak boleh buat sendiri? Pergi ke kelab malam?
Aduhai.
Kenapa patung itu jadi begitu?
Awak yang buat?
Kenapa pula saya rosakkan? Mengarut betul.
Mak letak sebab tenaga yin kuat di rumah.
Yin dan yang dah tak seimbang.
Kenapa seorang pembaca berita boleh cakap begitu?
Mestilah cakap di rumah. Takkanlah masa baca berita?
Cepat sikit.
Aduhai.
Saya boleh pergi sekolah sendiri!
JANGAN HANTAR AKHBAR
- Aduhai. - Cepat sikit!
Awak lebih cantik apabila bersemuka.
Saya nampak lebih gempal dalam skrin, jadi saya agak kecewa.
- Wah, suara awak sangat lunak. - Tak adalah.
Awak sibuk, jadi saya sangka Na Hee-do akan datang sendiri.
Ini hari pertama anak saya di sini, jadi sudah tentu saya akan datang.
Dia anak yang banyak kelemahan.
Tolong bantu dia.
Aduhai, lihatlah siapa yang datang. Pn. Shin Jae-kyung?
Helo, saya pengetua Sekolah Tinggi Tae Yang.
Selamat berkenalan. Saya Shin Jae-kyung.
Mestilah saya kenal awak.
Memandangkan orang hebat seperti awak datang ke sini,
mari kita ke pejabat saya.
- Baiklah. - Silakan.
Saya…
Saya nak ke tandas sebentar.
Silakan.
Tahu tak pelajar perempuan tahun akhir panggil awak "si kacak kelas tujuh"?
Khabar angin itu dah tersebar.
Awak tahu saya dah perhatikan awak lama sebelum itu, bukan?
Macam mak yang pindah sekolah.
Ujian kemasukan tak lama lagi,
tapi susah nak fokus sebab awak.
Jom kita bercinta. Saya akan jadi kekasih yang baik.
Saya lebih suka seperti sekarang.
Awak tolak saya kerana Ji Seung-wan?
Apa hubungan awak dengan Ji Seung-wan?
Kami hanya kawan.
Lelaki dan perempuan tak boleh berkawan.
Oh, begitu?
Jadi dia bukan kawan saya. Dia idola saya.
Hei, Moon Ji-woong.
Saya tak perlukan teman wanita. Saya hanya perlukan peminat.
Saya tak bercinta dengan peminat.
Saya suka betul sekolah campuran.
Ini pelajar baharu di kelas kita. Nama dia Na Hee-do.
Dia atlet lawan pedang, jadi dia jarang ada.
Tapi bertegur sapa dan berkawan dengan dia, ya?
- Ya, cikgu. - Ya, cikgu.
Kenalkan diri.
Helo, saya Na Hee-do.
Duduk di tempat kosong di situ.
- Ketua kelas, bawa dia melawat sekolah. - Ya, cikgu.
- Siapa bertugas hari ini? - Saya.
- Nanti ambil kertas peperiksaan. - Ya.
Belajar rajin-rajin.
- Ya, cikgu. - Ya, cikgu.
Hai, budak baharu.
Awak ketua kelas?
Taklah, saya budak popular.
Apa awak selalu buat?
Benda seperti ini. Berbual dengan budak baharu.
Selain itu? Merampas wang dan membuli?
Apa? Awak budak baharu, jadi kita perlu berkawan.
Awak atlet lawan pedang? Awak rapat dengan Ko Yu-rim?
Saya baru saja pindah.
Awak akan rapat dengan Ko Yu-rim?
Saya suka dia.
Saya yang lebih sukakan dia.
Apa yang awak suka tentang Ko Yu-rim?
Kemahiran dia? Kelajuan?
Daya ketahanan dia?
Rupa paras dia.
Ya, rupa parasnya yang cantik.
Betul.
Dia memang sempurna.
Moon Ji-woong, ke tepi.
Ya.
Lawatan sekolah. Jom.
Awak ketua kelas?
Ya. Saya Ji Seung-wan. Selamat berkenalan.
Oh, kawan rapat dia.
Kenapa awak jadi ketua kelas?
Saya tak nak pun.
Biasanya pelajar yang tak suka jadi ketua kelas akan dilantik.
Maknanya awak tak suka?
Seronok jika pelajar begitu yang dilantik, bukan?
Malangnya, ketua dilantik melalui undian.
Untuk keseronokan mereka, pelajar yang enggan dipilih
perlu menderita selama setahun?
Jadi?
Walaupun susah, saya masih berseronok selama setahun.
Wah, awak sangat bertimbang rasa.
Kita patut mula dari mana?
Makmal sains dan bilik seni tak perlulah sebab awak bukan selalu masuk kelas.
Awak nak tengok tandas dan bilik sakit?
Tandas di hujung koridor
dan bilik sakit di tingkat satu.
Apa yang saya nak tahu ada di gimnasium,
jadi saya pergi dulu. Terima kasih!
Na Hee-do, awak tak tanya perkara yang paling penting.
Kafeteria di sebelah kiri sebelum sampai ke gimnasium.
Ko Yu-rim, jadi inilah dunia awak.
Sekarang ini juga dunia saya.
Saya dah beritahu semalam.
Mulai hari ini, dia…
Mana Ko Yu-rim?
Dia dipanggil oleh persatuan tiba-tiba.
Dia akan sampai nanti.
Sibuk betul atlet tersohor ini.
Ye-ji, mula perkenalkan diri.
Ya. Saya Lee Ye-ji, pelajar tahun dua.
Saya Park Han-sol, juga pelajar tahun dua.
Saya Lee Da-seul, tahun akhir.
Kang Ji-soo, tahun akhir.
Helo?
Awak tak nak kenalkan diri?
Oh ya.
Saya Na Hee-do, pelajar tahun tiga
dari Sekolah Tinggi Perempuan Seon Jung.
Maafkan saya sebab lewat.
Tak apa. awak dah minta maaf, jadi awak buat perlawanan latihan.
Perlawanan latihan apa?
Dengan pelajar baharu ini. Kita perlu lihat kebolehan dia.
Kenapa saya nak berlawan dengan orang asing?
Hee-do.
Itu nama saya.
Na Hee-do.
Saya belum perkenalkan diri pada awak.
Baiklah.
Awak boleh lawan sebab dah berkenalan.
Na Hee-do, awak ada tiga hari untuk biasakan diri.
Selepas itu, jika awak dapat kalahkan Ko Yu-rim,
saya pulangkan kasut ini.
Jurulatih pakai kasut itu?
Ini kasut mahal.
No comments yet. Be the first to leave one.