ആദ്യത്തെ 200 വരികൾ.
Kami khuatir sekiranya ada sesuatu yang tak kena.
Pihak berkuasa Austria sangat bimbang.
Perampas telah menurunkan bidai pesawat…
Belum ada sebarang berita sejak hubungan pertama tadi.
Kami tahu seorang pramugari telah dibunuh…
Menurut pakar keganasan, ini mungkin
angkara sekumpulan pejuang agama.
Tunduk!
Semua tunduk!
Tunduk!
Diam!
CIA - STESEN VIENNA
…adalah perkembangan paling tragik dalam situasi ini.
Penumpang telah dibunuh…
Mereka hantar video ke Internet dari dalam pesawat.
Inilah masa kami sampaikan pesanan.
Kamulah punca semua ini.
Kami mewakili semua mangsa di seluruh dunia.
Kami mewakili mereka yang tak terdaya.
Seperti peluru berpandu kamu yang membedil orang kami,
kami akan serang balas.
Pihak Austria kata mereka dah mati.
Perampas, penumpang, kru kapal.
Semua orang.
Celia!
8 TAHUN KEMUDIAN
Mereka dah buka semula kes Penerbangan 127 di Langley.
Tiada sesiapa mahu buka kes bermasalah itu.
Lapan tahun dah berlalu.
Ibu pejabat tak rasa begitu.
Kita dah kaji.
Kesilapan kita, tindakan yang sepatutnya diambil.
Kita salahkan diri kita sejak itu.
Mereka dah tangkap Ilyas Shishani.
Tiga minggu lepas di Afghanistan.
Katanya, perampas ada orang dalam di stesen kita di Vienna.
Pihak kita percayakah?
Ibu pejabat percaya.
Itu saja yang penting.
Hantarlah saya.
Saya saja yang boleh buat Ilyas berterus terang.
Dia dah mati, Henry.
Keadaannya teruk dan ada orang buat silap.
Kita ada dapat nama daripadanya?
Kita perlu tutup terus kes Penerbangan 127.
Siasat sama ada kita ada musuh dalam selimut.
Itu nombor telefon Tehran…
…daripada telefon Bill.
Bukan Bill saja yang guna nombor sambungan itu.
Hai.
Hai, jejaka kacak.
Jika dia orangnya,
awak masih menaruh cinta terhadap Celia Harrison?
Kini, namanya Celia Favreau.
Bersuami dengan dua anak.
Lagipun, dah lapan tahun cinta saya tak berbalas.
Hai Ce, Hadiri persidangan di California. Makan malam?
Salam sayang, Henry
Mahukah dia layan awak? Kita boleh hantar Mack.
Semuanya okey?
Mack takkan tahu jika dia tipu.
Saya dah lambat ke kelas.
Awak boleh tahu?
Bukankah itu sebabnya awak hantar saya?
Bill di London, bukan?
Ya.
Saya akan jumpa dia dulu sebelum pergi ke California.
SEMUA PISAU LAMA
CELIA - RESTORAN VIN DE VIE 26 JALAN PANTAI
SAYA TAK SABAR BERTEMU AWAK
Kalau ia benar,
apa saya patut buat?
Kita tak boleh tanggung malu kerana didapati bersalah.
Saya perlu hantar orang yang boleh jalankan tugasnya.
Boleh sebut tugasnya?
Tidak, Henry.
Treble.
Piccolo, apa khabar?
Kita akan jumpa?
Carmel-by-the-Sea. Saya di sini.
Itu mungkin tak perlu.
Saya akan tanya awak dulu.
Awak cuma perlu jawab ya atau tidak.
-Ada tempahan? -Ya, tapi saya datang awal.
-Nama? -Favreau.
-Encik boleh duduk. -Saya nak tunggu di bar.
Martini vodka. Ada jenama Tito?
Maaf, kami cuma ada wain.
Biar betul?
-Wilayah wain. -Yalah.
Bagi saya sesuatu yang sejuk.
Wain putih atau merah pucat?
Tanpa gula.
Henry.
Celia.
Dah lama kita tak jumpa.
Betul.
Awak ada uban.
Memang ada.
-Ia nampak elok. -Awak nampak…
sama macam dulu.
Mari sini.
Baguslah awak datang.
Mari.
Cantiknya tempat ini.
Ya. Restoran ini penuh pada hujung minggu.
Tapi pada hari bekerja, ia kosong.
Bagaimana Carmel-by-the-Sea?
Seronok hidup bersama orang tua?
Awak berjaya.
Awak tinggalkan segalanya.
Ya. Ini bukan Vienna.
Saya perasan juga.
Rasanya lain macam.
-Ini susu soya, bukan? -Ia arsenik.
Awak sibuk hari ini?
Alamak. Ya.
Vick...
Vick suruh saya siasat kes pengubahan wang haram.
Jurubank.
Biasalah.
Boleh kita bersarapan?
Jurubank bangun awal.
Nampaknya saya perlu pergi juga.
Untuk apa?
Untuk kawan lama.
Takkan setakat itu saja.
Okey.
Untuk bekas kekasih.
Bagaimana pejabat itu?
Sama macam dulu.
Vick mengawalnya macam raja. Biasalah.
Awak masih kerja di luar.
Tidak. Saya kerja di pejabat sekarang.
Tak sangka. Henry Pelham, paling pemalas.
Vick suruh saya siasat kes Penerbangan 127.
Kenapa?
Terlalu banyak percanggahan.
Jadi, ini soal siasat.
Kebetulan saya di Santa Clara
dan semasa lalu di sini…
Saya nak jumpa awak.
Tapi saya juga perlu selesaikan kes ini.
Saya ingat awak nak pastikan sama ada kita masih saling mencintai.
LONDON 2 MINGGU SEBELUMNYA
Bill Compton.
Biar betul.
Henry.
Apa awak buat di sini?
Awak dipindahkan?
Tidak. Boleh saya duduk?
Ya. Duduklah.
Mereka suruh saya siasat kes Penerbangan 127.
Ia dah lama berlalu. Lupakan saja.
Ia belum selesai.
Jadi ini…
Vick yang suruh?
Ibu pejabat.
Yalah.
Mereka dah tahan Ilyas Shishani.
Tak sangka.
-Ya. -Baguslah. Tak begitu?
-Memang bagus. -Ya.
Kita patut pesan champagne.
Katanya, dia ada orang dalam di stesen kita, Bill.
Stesen kita?
Dia tipu.
Awak nak pesan apa?
Wiski malt tunggal.
Saya pun sama.
-Nak pesan benda lain? -Tidak.
Ilyas mati sebelum kami dapat apa-apa.
Sekarang, ada juruanalisis di ibu pejabat yang mahu menyiasatnya,
dan mahu kita kaji diri.
Kita dah kaji diri dengan agak serius dulu.
Macam inilah. Saya akan tulis laporan
berdasarkan analisis Rococo tentang kegagalan dan kejayaan.
Penuh dengan perspektif.
Biar dia pening. Nanti dia mengalahlah.
Saya sedia membantu.
Awak fikirkanlah idea cerita rekaan yang sesuai.
Mak!
Ya?
Ce?
Siapa ini?
Ce, ini Bill.
Bill?
Ya Tuhan. Semua okey?
Semuanya baik. Awak kedengaran sihat.
Saya kedengaran bingung.
Ya.
-Awak di mana? -London. Kami pindah setahun yang lalu.
Awak benci London.
Ya, memang pun.
Ya, tapi Sally suka. Kami…
Oh, Bill.
Dengar sini, awak…
-Awak ada masa? -Sudah tentu.
Saya dah lama tinggalkan kerja itu,
tapi saya mungkin patut hubungi awak.
No comments yet. Be the first to leave one.