ആദ്യത്തെ 200 വരികൾ.
Pada zaman dahulu,
leluhur kita berhijrah dari China ke Nanyang.
Mereka datang dengan impian, kemahiran,
dan set buah mahjung.
Apabila mereka tiba, mereka bekerja siang dan malam.
Hidup ketika itu sukar.
Mereka bermain mahjung untuk bersuka ria, tetapi peraturannya sukar diikuti.
Bagaimana mereka nak jadikan permainan ini cepat,
ringkas dan lebih seronok?
Ilham pun datang.
Nenek moyang mencipta empat buah mahjung haiwan.
Kucing,
tikus,
ayam jantan
dan lipan.
Dapat satu dan anda dapat mata.
Seronok, bukan?
Dapatkan pasangan yang baik.
Walaupun anda tak menang,
anda tetap merasai keseronokannya.
Sejak itu, mahjung Nanyang menemui gaya yang tersendiri.
Setiap rumah ada peraturan sendiri dan permainan ini terus berkembang.
Pemain akan tetap bergaduh selepas beratus tahun. "Adakah buah bunga dikira?"
"Apa had mata?" "Bolehkah saya menang dengan set ayam?"
Jadi,
mahjung menjadi sebahagian daripada hidup
dan sahabat dalam setiap rumah.
Setiap kali ada keraian,
hujung minggu, hari jadi nenek dan apa jua yang terlintas di hati.
Mari main satu pusingan!
Tengok!
Saya dah berjaya tangkap lipan ini.
Bertuahnya.
Lima mata.
Buah bunga. Ayuh.
Jangan biar dia ambil sendiri dan menang.
Tak mudah.
Sayang.
Ayah dah tiada bersama kita. Yang ada cuma kita berdua.
Berikan mak buah kemenangan dan serikan hari mak!
Jangan ambil sendiri.
Saya menang!
Anak yang baik lebih penting daripada suami yang baik.
Mustahil dia boleh menang.
Yalah, kami tahu awak menang.
Dramatik betul.
Dah meleleh.
Bukan, air ketuban dia dah pecah.
- Macam mana? - Panggil ambulans.
- Ya. - Tak sempat.
Dah
sampai pintu.
Cepat!
Letak dia atas meja.
Cepat.
Siap sedia.
Gunting.
Teran kuat lagi.
Bayi dah keluar.
Potong tali pusat.
Awak selalu potong reben majlis.
Itu reben, bukan daging.
Saya tak berani.
Nanti.
Biar saya buat.
Nah. Awak potong sendiri.
Satu, dua…
Saya comel, bukan?
Ramai orang bermain mahjung untuk mengisi masa lapang.
Ia juga boleh menjadi kisah hidup seseorang
sama macam
kisah hidup saya.
Selamat menonton kisah saya!
Sejak saya dilahirkan, saya memang bertuah.
Saya rasa kebal.
Saya tak akan ditimpa
nasib malang.
Bagus, nanti kita cakap.
Semua orang,
lari!
Cuba lagi.
Pak cik, bahaya betul.
Kenapa pak cik tak lari?
Macam mana pak cik nak lari?
Betul juga.
Ambil ini.
Kenapa awak beri pak cik duit?
Bukan duit saya.
Ini duit dari langit.
Terima kasih.
Sejujurnya,
sayalah orang paling bertuah di Singapura.
Tak percaya?
Memetik kata-kata Mahaguru Zhang…
Dia kata saya…
Bodoh! Awak tak tahu main mahjung?
Awak nak tukar sarung telefon?
Mahaguru Zhang ada di sini?
Ya. Imbas kod QR untuk nombor giliran.
Alamak.
Saya patut pilih buah sembilan titik.
"Tokong Rahsia."
"Ramalan nasib yang tepat sejak 18 generasi."
"Ini baru generasi ketiga."
Mahaguru Zhang?
Nombor 18.
Nama?
Nama keluarga, Zhuo.
Nama saya, Tian Cai.
Maksudnya "dilahirkan kaya dan bertuah."
Itu memang luar biasa,
bos.
Jari-jemari awak berkilau.
Hidup awak penuh dengan aura.
Tapak tangan awak menunjukkan tanda-tanda kehebatan,
macam nak dapat durian runtuh.
Awak ditakdirkan menjadi kaya
dengan kekayaan yang hanya muncul sekali dalam 100 tahun.
Diberkati dengan hidup yang lancar.
Kaya sampai awak tiada kerisauan.
Boleh tak beritahu dalam bahasa moden?
Dalam bahasa moden,
"kekayaan dan nasib baik".
Betul.
Ini memang saya dah tahu,
tapi mendengarnya daripada mulut Mahaguru Zhang sendiri
buat saya rasa seronok.
Hei, bos. Janganlah banyak sangat.
Sikit pun dah cukup.
Saya bukan saja kaya dan berbakat, saya juga ramai peminat.
Saya bertuah kerana para gadis beratur untuk mendekati saya.
Tapi saya pun ada cita rasa.
Wanita yang menjadi pilihan saya
mestilah bertaraf tinggi.
Tian Cai, sayang, cantik tak?
Ya.
Awak boleh cuba yang ini.
- Sayang, yang ini cantik? - Cantik.
Ini pun cantik. Cubalah pakai.
- Ini pula? - Lebih cantik.
Awak tak pandang pun.
Awak nak saya pandang awak tapi tak mampu belikan awak jam,
atau tak pandang awak, tapi mampu belikan ketiga-tiganya?
Tiga-tiga sekali?
Tengoklah hidup saya. Berjalan lancar dan banyak harta.
Perkara baik sentiasa mengikuti saya.
Bila kamu nak datang jenguk mak?
- Apabila saya tak sibuk. - Bila kamu tak sibuk?
Saya tak sibuk apabila saya lapang.
Nanti kita cakap lagi.
Mak awak menjengkelkan.
Setiap hari telefon.
Awak pun menjengkelkan. Hari-hari saya belanja awak.
- Awak nak saya pulangkan semua ini? - Tak.
Jomlah, sayang. Kita beli-belah lagi.
- Beli-belah lagi? - Saya cuma ada tiga gaun,
tiga rantai,
tiga jam
dan satu beg tangan.
Awak memang kenal saya.
Jomlah kita beli-belah lagi.
Saya ada segalanya, terutamanya duit.
Awak ada segalanya?
Macam mana dengan isteri?
Bukankah seronok jadi bebas?
Perkahwinan ialah perangkap. Lagi seronok saya belikan awak tiga jam.
Harganya sama dengan kondominium di Jalan Orchard.
Macam mana kalau satu hari nanti awak dah tak nak belanja lagi?
Saya dah letak nama awak dalam pelaburan saya.
Ini lebih bagus daripada berkahwin, bukan?
Bagaimana kalau satu hari nanti
awak dah tak bernasib baik?
Kalau begitu,
awak boleh tinggalkan saya.
Saya takkan salahkan awak, tapi itu tak akan berlaku.
Betul. Kalau saya tinggalkan awak, ibarat membunuh telur yang berangsa emas.
Angsa yang bertelur emaslah, si bijak.
Saya nak minum dengan kawan. Ambil gambar dan hantar kepada kawan.
- Tonjolkan kekasih awak, okey? - Mestilah!
Saya wanita paling bertuah dalam dunia.
Sayang awak, Gigi.
Saya ingat hidup saya pasti mudah.
Kemudian semuanya terhenti.
Hidup saya
berubah secara mendadak.
Tian Cai,
awak kerja apa sekarang?
Saya menganggur.
Tiada kerja? Atau diberhentikan?
Tak mungkin.
Tian Cai anak Dewa Tuah. Dia tak kerja pun, duit berkepuk-kepuk.
Senang saja nak buat duit. Laburkan, mesti duit masuk.
Nasib saya cuma lebih baik. Saya tak akan ditimpa malang.
Giliran awak.
Bidikan awak masih sempurna?
Mestilah, ada perkara yang tak berubah.
Dari sini?
Zhuo Tian Cai,
saya dah kata jangan buang sampah.
Tak faham lagi?
No comments yet. Be the first to leave one.