Star Trek VI: The Undiscovered Country

Star Trek VI: The Undiscovered Country

Muat Turun Sari Kata Malay

Maklumat siaran

Star Trek VI The Undiscovered Country 1991 720p BluRay x264-SiNNERS
Ulasan oleh ShasyaLala
Netflix Retail.

Tag

other
Diterbitkan pada: 2022-09-04
Muat Turun: 35
Masalah Pendengaran: No

Pratonton sari kata Malay

200 baris pertama.

Tarikh angkasa 9521.6. Catatan kapten, USS Excelsior.

Hikaru Sulu memerintah.

Selepas tiga tahun, saya telah menamatkan tugasan pertama saya

sebagai ketua kapal ini,

mengkatalogkan anomali planet bergas dalam Kuadran Beta.

Kami pulang di bawah kuasa impuls sepenuhnya.

Sukacita saya laporkan yang kapal dan anak kapal berfungsi dengan baik.

Menurut ini, kita dah lengkapkan tinjauan kita ke atas seluruh sektor.

Saya ada gelombang tenaga pada pangkalan 240 darjah tanda enam.

Visual!

Ya, Tuhan!

Perisai!

- Dia tak jawab kemudinya. - Penujah kanan. Belok ke dalam gelombang.

Baik.

Suku kuasa impuls.

- Laporan kerosakan! - Memeriksa semua sistem. kapten.

- Jangan cakap itu pancuran meteor. - Negatif, tuan.

Kejutan gelombang kejutan subruang berasal pada kedudukan 323 tanda 75.

Kedudukan… Ia Praxis, tuan. Ia bulan Klingon.

Praxis ialah kemudahan penghasilan tenaga utama mereka.

Beri kepada pemerintah tertinggi Klingon. Ini Excelsior, Kapal Angkasa Persekutuan.

Kami telah memantau sebuah letupan yang besar dalam sektor awak.

- Awak perlukan bantuan? - Ya, tuan.

En. Vultane, ada data lagi?

Ya, tuan. Saya dah sahkan kedudukan Praxis, tapi…

Apa?

Saya tak boleh sahkan kewujudan Praxis.

Paparkan.

- Besarkan. - Kejelasan komputer.

- Praxis? - Sisa-sisanya, tuan.

Kapten, saya terima pesanan daripada Praxis.

Buka.

Ini Brigadier Kerla, bercakap bagi pihak pemerintah tertinggi.

Satu kejadian telah berlaku pada Praxis.

Bagaimanapun, semuanya terkawal. Kami tak perlukan bantuan.

Patuhi ketetapan perjanjian dan kekal berada di luar zon neutral.

Transmisi ini tamat sekarang.

- "Satu kejadian"? - Nak laporkan, tuan?

Awak bergurau?

IBU PEJABAT STARFLEET

Apa kita buat di sini?

Mungkin mereka adakan pesta persaraan untuk kita.

Bagus juga, Saya baru beli bot.

Harap-harap ini bagus. Saya sepatutnya

pengerusikan seminar di akademi.

Bukan ini cuma untuk pegawai tinggi?

- Jika semua di sini, di mana Sulu? - Kapten Sulu. Ada tugasan.

Di mana Spock?

Taklimat ini sulit. Para hadirin, panglima besar.

Duduk.

Untuk huraikan maklumat ini

Hayat Empayar Klingon cuma tinggal lebih kurang 50 tahun.

Untuk perincian penuh, saya serahkan taklimat ini

kepada utusan khas Persekutuan.

Selamat pagi.

Dua bulan lalu, sebuah Kapal Angkasa Persekutuan memantau letupan

di bulan Klingon, Praxis.

Mereka percaya puncanya ialah perlombongan melampau dan kurang langkah keselamatan.

Kemusnahan bulan itu bermakna pencemaran berbahaya ozon mereka.

Mereka akan kehabisan bekalan oksigen dalam 50 tahun bumi.

Disebabkan belanjawan tentera yang besar, ekonomi Klingon tidak mempunyai

sumber untuk melawan bencana ini.

Bulan lepas, atas perintah duta Vulcan,

saya mulakan dialog dengan Gorkon, canselor Majlis Tertinggi Klingon.

Dia cadangkan untuk mulakan rundingan dengan segera.

Rundingan untuk apa?

Penanggalan stesen-stesen angkasa dan pangkalan bintang sepanjang zon neutral,

pengakhiran kepada pertempuran selama hampir 70 tahun

yang Klingon tak mampu biayai lagi.

Bill, kita bercakap tentang menyimpan Starfleet?

Saya pasti yang penerokaan

dan program saintifik kita takkan terkesan, kapten, tapi…

Saya perlu membantah.

Menawarkan perlindungan kepada Klingon dalam Persekutuan membunuh diri namanya.

Bangsa Klingon akan jadi sampah makhluk asing galaksi.

Jika kita tanggalkan armada itu, kita akan lemah

di hadapan spesies agresif yang bertapak di kawasan kita.

Peluangnya ialah untuk buat mereka lemah.

Kemudian kita akan berada dalam kedudukan yang lebih baik untuk tentukan syarat,

Tuan?

Kapten Kirk.

Bangsa Klingon tak boleh dipercayai.

Saya terpaksa bersetuju dengan Laksamana Cartwright.

Ini idea yang menakutkan.

Amat penting untuk kita bertindak sekarang untuk mendukung usaha Gorkon,

jangan sampai anasir lebih konservatif yakinkan empayarnya

yang lebih baik cuba penyelesaian ketenteraan dan berlawan sampai mati.

Awak, Kapten Kirk, akan jadi tanda ingin berdamai kita yang pertama.

Kami dah tawarkan diri untuk bertemu dengan kapal Klingon

yang membawa Canselor Gorkon ke bumi

dan untuk mengiringinya dengan selamat menerusi angkasa Persekutuan.

Saya?

Ada Klingon yang rasa begitu tentang perjanjian damai itu

seperti awak dan Laksamana Cartwright,

tapi mereka akan fikir dua kali untuk serang Enterprise di bawah perintah awak.

Saya sendiri dah jamin awak dalam hal ini, kapten.

Awak sendiri jamin?

Awak akan beri layanan diplomatik penuh kepada Canselor Gorkon, Kapten Kirk.

Namun, seorang duta penuh akan dilengkapi…

Jika tiada apa-apa lagi, saya ucapkan selamat kepada awak dan anak kapal awak.

Terima kasih, semua. Saya tegaskan, mesyuarat ini sulit.

Saya tak tahu sama ada nak ucapkan tahniah atau tidak, Jim.

Saya takkan.

Kita tawarkan diri?

Ada pepatah lama Vulcan mengatakan, "Cuma Nixon boleh pergi ke China."

Bagaimana awak boleh jamin saya?

Itu anggapan yang angkuh.

Bapa saya minta saya buka rundingan…

Saya tahulah bapa awak duta Vulcan,

tapi awak tahu perasaan saya tentang ini.

- Mereka binatang… - Jim,

ada peluang bersejarah di sini.

Jangan percayakan mereka. Jangan yakini mereka.

- Mereka nazak. - Biar mereka mati.

Awak pernah terfikir yang anak kapal ini akan berundur dalam tiga bulan?

Kita dah jalankan tugas untuk raja dan negara.

Awak patut percayakan saya.

Kawalan, ini SD-103, mendekati dok angkasa. Tamat.

SD-103, awak dibenarkan untuk menghantar

Kapten Kirk dan anak kapal ke NCC-1701-Alpha. Tamat.

Kapten di anjungan.

- Duduk, Leftenan… - Valeris, tuan.

Kami diberitahu awak perlukan pengemudi, jadi saya tawarkan diri.

Leftenan, saya gembira berjumpa awak lagi.

Leftenan ialah Vulcan pertama yang lulus

- teratas dalam kelasnya di akademi. - Awak pasti bangga.

- Saya tak rasa begitu, tuan. - Dia seorang Vulcan.

Mari kita selesaikannya. Stesen pelepasan.

- Scotty. - Ya, tuan?

- Dah jumpa bilik enjin? - Di tempat saya tinggalkannya, tuan.

Bersedia. Uhura, panggilkan pengendali dok.

Bacaan menara kawalan, tuan.

Kawalan, ini Enterprise, memohon kebenaran untuk berlepas.

Ini kawalan, Enterprise.

Kebenaran berlepas diluluskan. Tiga puluh saat ke pintu pelabuhan.

Lepaskan semua tambatan.

INPUT ARAHAN MANUAL

Menunggu pintu pelabuhan dari titik ini.

- Semua tambatan dilepaskan. - Penujah buritan.

Terima kasih, leftenan. Satu suku kuasa impuls.

Kapten, boleh saya ingatkan awak

yang peraturan menetapkan penujah hanya ketika dalam dok angkasa?

Jim…

Awak dengar arahan itu, leftenan.

Baik, tuan.

Catatan kapten, tarikh angkasa 9522.6.

CATATAN KAPTEN MERAKAM

Saya tak pernah mempercayai Klingon dan takkan percaya.

Saya takkan maafkan mereka atas kematian anak saya.

Nampaknya misi kami untuk mengiringi canselor Majlis Tertinggi Klingon

ke persidangan damai sangat bermasalah.

Spock kata ini boleh jadi peristiwa bersejarah

dan saya mahu percayakan dia,

tapi bagaimana sejarah boleh terima orang macam saya?

Maaf.

- Awak patut ketuk dulu. - Kita dah nak sampai tempat pertemuan.

- Saya fikir awak nak tahu. - Ya.

Izinkan saya untuk bercakap, tuan. Saya berbesar hati berkhidmat dengan awak.

Awak memandu keluar dari dok dengan baik, leftenan.

Saya dah lama mahu mencubanya, tuan.

Syabas, Valeris.

Sebagai penaja awak di akademi,

saya berpuas hati mengikuti kerjaya awak.

Sebagai Vulcan, awak lepasi jangkaan saya.

Saya tak faham gambaran ini.

Ia gambaran mitologi bumi purba.

- Pengusiran dari syurga. - Kenapa simpan dalam kuarter awak?

Ia peringatan kepada saya yang semua perkara berakhir.

Saya nak bercakap tentang pengakhiran.

Tuan, saya panggil awak seorang yang sama-sama bijak.

Awak tak perasan…

yang satu titik perubahan telah dicapai dalam hal ehwal Persekutuan?

Sejarah penuh dengan titik perubahan, leftenan. Awak perlu yakin.

Yakin?

Yang alam akan berkembang seperti sepatutnya.

- Tapi itu logik? Tentunya kita mesti… - Logik, logik dan logik.

Logik ialah permulaan kebijaksanaan, Valeris, bukan penamatnya.

Ini akan jadi perjalanan terakhir saya dalam kapal ini sebagai anak kapalnya.

Alam bencikan kekosongan. Saya nak awak gantikan saya.

Saya tak layak gantikan awak.

Sekarang dengar sini. Semua pegawai diminta ke anjungan.

Kapal perang Klingon di luar pelabuhan. Semua pegawai diminta ke anjungan.

Kapten di anjungan.

Nak naikkan perisai, kapten?

Tak pernah sehampir ini.

Canselor itu menunggu isyarat kita.

- Uhura, dapatkan frekuensi. - Baik, tuan.

Kemudi ke kanan. Bawa kita ke tepi.

Kemudi ke kanan. "Z" tambah lima darjah.

Saluran dibuka, kapten.

Ini Kapal Angkasa Enterprise, Kapten James T. Kirk memerintah.

Ini Kronos Satu. Saya Canselor Gorkon.

Canselor, kami diarahkan untuk mengiringi awak

melalui ruang angkasa Persekutuan ke mesyuarat awak di bumi.

Terima kasih, Kapten.

Sudikah awak dan pasukan awak makan malam ini

di atas kapal Enterprise dengan para pegawai saya

sebagai tetamu Persekutuan Planet Bersatu?

Kami gembira menerima jemputan awak.

Kami akan aturkan untuk membawa awak ke kapal kami pada jam 1930.

Komen

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left