لومړۍ 200 کرښې.
Jin Woo, awak dah balik?
Peguam Lee In Ah.
(Nam Il Ho Pengerusi Kumpulan Il Ho)
Cantik dekorasi bilik ini.
Saya rasa awak kenal siapa saya...
...lebih daripada saya kenal diri saya sendiri.
Betul tak?
Kenapa awak datang ke mari?
Pejabat awak dekat saja dengan pejabat saya.
Tentu ada sebab tertentu.
- Bukan hanya kebetulan. - Betul.
Matlamat Jin Woo...
...hanya awak.
Jadi awak rasa saya akan takut kalau awak ugut saya...
...dengan video seperti tempoh hari?
Betul juga.
Apalah sangat video itu kalau nak dibandingkan dengan video...
...yang mengandungi pengakuan awak membunuh Oh Jung Ah itu.
Awak lebih tahu dari sesiapa pun...
...apa yang dah awak lakukan.
Kalau awak...
...asyik mengganggu saya...
...saya akan musnahkan hidup awak sepenuhnya.
Keluarga awak...
...dan kawan-kawan awak...
...tak akan ada satu pun yang akan terlepas.
Saya tak takut langsung dengan awak.
Sebab kami akan tewaskan awak mengikut undang-undang.
Awak lebih petah bercakap lepas menjadi peguam.
Kalau awak gunakan lebih banyak memori...
...keadaan awak akan bertambah buruk dengan lebih cepat.
Paling lama setahun...
...paling cepat dalam enam bulan.
Dalam masa itu...
...ingatan awak akan hilang sedikit demi sedikit.
Awak dah balik? Lambat awak balik hari ini?
Saya sangat penat hari ini.
Saya masuk dululah.
Tadi Nam Kyu Man datang.
Ke mari?
Dia datang...
...dan lihat bilik itu.
Tak...
...kisahlah.
Tak perlu nak bersembunyi lagi.
Mulai sekarang, perang antara kita dan Nam Kyu Man...
...sudah bermula.
Hei.
Awak ingat mereka betul-betul maksudkannyakah?
Mereka bukannya ada hubungan, buat apa nak saling membantu?
Mungkin perasaan kemanusiaan.
Pasti mereka tolong-menolong kerana simpati.
Maksud awak, memberi dan menerima?
Jadi saling membantu sebab mahukan sesuatu antara satu sama lain?
Ya, betul.
Mesti ada sesuatu yang mereka mahukan antara satu sama lain.
Patutlah, kalau tak saya hampir salah faham.
Banyak perkara yang sudah berlaku di tempat ini.
Apa lagi yang awak nak cakap?
Seo Jin Woo.
Awak tak boleh...
...lawan Nam Kyu Man seorang diri.
Jadi?
Memandangkan saya sudah menjalani siasatan...
...dan saya tak boleh bekerja sebagai detektif lagi.
Saya nak berikan awak...
...hadiah.
Hadiah?
Empat tahun lalu saya merupakan...
...pegawai penyiasat untuk kes pembunuhan pelajar Kolej Seochon.
Pada masa itu saya dan...
...Pendakwa Raya Hong Moo Suk telah menerima rasuah dari...
...Pengerusi Kumpulan Il Ho, iaitu Nam Kyu Man.
Dan menjadikan Seo Jae Hyuk yang...
...merupakan suspek kes berkenaan...
...sebagai kambing hitam kes ini.
Dalam rumah terbiar ini...
...dia telah melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang...
...selama tiga hari.
Manusia tak guna ini.
Hei, suruh Pengarah Seok...
...kumpulkan budak-budaknya.
Apa maksud awak dia berhenti sendiri?
Itulah yang saya kata.
Senang saja dia terlepas. Tak guna betul.
(Majlis Persaraan Ketua Pendakwa Raya Hong Moo Suk)
Hari ini saya berdiri di depan anda semua...
...buat kali terakhir kerana saya ingin bertanggungjawab...
...atas insiden yang memalukan.
Saya berharap tiada lagi kata-kata kejian dilemparkan...
...kepada pejabat pendakwa raya disebabkan kecuaian saya.
Mungkin hari ini...
...saya meninggalkan anda semua...
...tetapi perjuangan saya masih belum berakhir.
Saya akan bekerja keras untuk melindungi...
...masyarakat yang lemah dan...
...yang tidak mendapat perlindungan undang-undang.
Terima kasih.
Saya dah dengar...
...ucapan persaraan awak.
Rasa seperti melihat buaya sedang menangis.
Awak ingat dengan cara ini...
...semua kesalah awak boleh ditutup begitu saja?
Sebagai pendakwa raya, saya dapati bapa Oh Jung Ah membunuh diri.
Pendakwa raya juga berhak untuk menjalankan siasatan sendiri.
Jika keputusan yang saya buat itu salah...
...sewajarnya saya meletakkan jawatan.
Lepas ini kita akan selalu berjumpa.
Awak seorang sajakah di sini?
Hei.
Saya dah selamatkan awak, lepas itu awak nak tikam belakang saya?
Hei, awak nak matikah?
Tolonglah selamatkan saya.
Tolonglah biarkan saya hidup.
Saya akan lakukan apa saja yang awak suruh.
Tolonglah biarkan saya hidup.
Tolonglah biarkan saya hidup.
Tolonglah biarkan saya hidup.
Terima kasih, Pengerusi Nam.
Saya tak akan lupakan jasa awak. Terima kasih.
Terima kasih.
Awak rasa saya akan mati dalam tangan awak?
Budak yang tak tahu untung.
Habislah awak.
Hei, Detektif Gwak.
Awak masih tak sedar diri?
Awak memang nak mati di sinikah?
Awak dah lihat video saya?
Saya dah berikannya sebagai hadiah kepada Seo Jin Woo.
Awak memang berani menjolok sarang tebuan.
Pengerusi.
Apa yang kamu tunggu lagi?
Berhenti!
Cepat tangkap Detektif Gwak!
Tapi siapa kamu semua?
Saya ialah Detektif Gwak Han Soo.
Saya yang buat laporan.
Cepatlah tangkap saya.
- Tangkap dia! - Baik.
Kalau dah buat salah...
...awak mesti terima akibatnya. Betul tak budak tak guna?
Masa awak pun akan tiba tak lama lagi.
Awak tunggu sajalah.
Dan semua yang berlaku...
...telah dirancang oleh...
...Pendakwa Raya Hong dan Pengerusi Nam.
Saya telah terima video pengakuan daripada Detektif Gwak.
Kalau kita nak tumpaskan Nam Kyu Man...
...kita perlukan lebih banyak video seperti ini.
Tapi...
- ...Peguam Seo. - Ya?
Keadaan awak sekarang bertambah buruk, bukan?
Jin Woo, sudahlah.
Cukuplah sampai di sini. Awak fikirkanlah tentang kesihatan.
Tidak.
Saya tak boleh berhenti.
Macam yang ayah awak katakan...
...saya harap awak...
...hidup dengan mempunyai memori yang bahagia saja.
Awak tak mempunyai banyak masa lagi.
Saya pasti...
...tak akan kalah dengan undang-undang...
...dan Nam Kyu Man.
Sebelum ingatan...
...saya hilang.
Sebelum saya lupa...
...siapa Nam Kyu Man yang sebenarnya.
Tak sangka mereka akan siasat sedalam ini.
Tapi tuan tidak perlu risau tentang apa-apa.
Ketua Pendakwa Raya Hong...
...dah berapa lama awak bekerja sebagai pendakwa raya?
Sudah 20 tahun, tuan.
Dalam siasatan mereka...
...ada mereka sebut tentang kes pembunuhan pelajar Kolej Seochonkah?
Tuan tak perlu risau tentang itu.
Tuan tak perlu risau tentang Pengerusi Nam Kyu Man.
Terima kasih atas bantuan awak selama ini.
Bekerjalah untuk saya dan bantu saya dalam...
...merealisasikan matlamat syarikat ini.
Terima kasih, tuan.
Suruh abang awak menyerah diri.
Saya dah lihat video abang awak.
Saya dah lihat dia mengaku yang dia bunuh Jung Ah.
Apa pendapat awak tentang kes perbicaraan...
...pembunuhan pelajar Kolej Seochon empat tahun lalu?
Kes letupan ketuhar kali ini juga...
...pendawaiannya juga dibuat oleh Syarikat Elektronik Youngwon.
Produk yang dipulangkan kepada Syarikat Elektronik Il Ho...
...semua pendawaiannya dibuat oleh Syarikat Elektronik Youngwon.
Tak mungkinlah ini hanya kebetulan.
Mungkin kali ini juga cerita yang sama.
Jadi...
...kita perlu cari model ketuhar yang sama dengan yang meletup.
Lagi satu...
...Pengerusi Syarikat Elektronik Youngwon, iaitu Yang Hyun Soo...
...cuba mengelak setiap kali ternampak kita.
Mesti ada sesuatu yang disembunyikan.
Sebagai ganti duit, saya janji untuk bayar awak dengan ini.
Dalam ini ada semua maklumat tentang dana haram...
...yang diterima oleh Kumpulan Il Ho.
No comments yet. Be the first to leave one.