لومړۍ 200 کرښې.
RUNWAY CORAK FLORA MUSIM BUNGA
berdasarkan watak ciptaan lauren weisberger.
Ya!
ANUGERAH NYPC - KEWARTAWANAN
Apa?
Dua tahun berturut-turut. Syabas.
Ya, terima kasih. Maklumkan media.
Nanti. Itu kita.
Sekarang anugerah Papan Kekunci Emas,
untuk kisah atau siri yang merupakan
laporan perusahaan atau penyiasatan yang cemerlang.
Calon pertama kita, daripada New York Vanguard ialah
Andy Sachs, untuk "Nadi Kota: Kisah-kisah Ketabahan."
Calon kedua kita, daripada Gotham Sentinel,
George Ali, "Pita Subway."
Daripada Borough Report,
Yvonne Simpson, "Kos Rawatan Perubatan Menjadi Penamat."
New York Metro Constitution,
Daniel Goldbaum, untuk "Melawan Api dengan Api."
Semua orang.
Pemenangnya ialah
Andy Sachs.
Pergi.
Pergi.
Bagus!
Bagus, Andy!
Terima kasih untuk ini.
Maaf. Ya, saya macam terkejut sedih, daripada terkejut gembira,
dan…
Itu kerana saya…
Saya dan seluruh meja dipenuhi profesional berbakat, pemenang-anugerah
daripada akhbar saya, Vanguard,
baru sahaja dipecat…
Apa?
…melalui mesej.
Kami faham kewartawanan sedang berubah,
tapi amat menyedihkan apabila perkara begini berlaku kepada kita.
Rupa-rupanya
syarikat induk kami mengalami penurunan nilai sebanyak 500 juta dolar
jadi kami…
Dari segi terma teknikalnya, habislah.
Pemecatan Staf Melalui Mesej.
Saya tak percaya mereka pecat semua orang.
Sekurang-kurangnya gambar awak cantik.
Saya kasihankan semua staf syarikat akhbar itu.
Isteri John dah nak melahirkan bayi kedua.
Allison pula baru saja beli rumah.
Ia juga sangat tak adil.
CEO syarikat pemilik akhbar itu dapat 11 juta dolar tahun lepas.
Cuba cari logiknya.
Saya tak boleh. Tapi awak akan okey.
Entahlah, Lil.
Semua orang yang saya kenal melaluinya.
Pemberhentian pekerja, pengurangan saiz, penggabungan.
Memang kejam.
Apa pun…
Saya tahu saya bernasib baik. Saya tahu ramai alami nasib lebih teruk.
Kebanyakan orang alami lebih teruk. Cuma…
Saya akan baik-baik saja.
Ia sangat tak adil.
Awak dah bekerja keras selama dua dekad,
merentasi negara dan dunia, dan awak tak pernah ambil jalan mudah.
Tak meniduri rakan sekerja.
Maksud saya, satu.
Dua.
Saya tak pernah meniduri orang yang boleh naikkan pangkat saya,
cuma yang menarik tapi tiada kuasa.
Awak pasti awak tak nak bekerja untuk saya di galeri?
Saya perlukan penulis kandungan yang bagus
dan awak perlukan kerja.
Baiknya awak.
Tidak, terima kasih. Belum lagi.
Apa saya nak beritahu dia?
Okey. Baiklah. Sebentar.
Awak pasti berita itu takkan dilaporkan malam ini?
PR kata kita ada satu atau dua hari.
Baguslah.
Saya akan beritahu dia esok. Tiada gunanya rosakkan malam ini.
- Itu Miranda. - Itu Miranda?
- Miranda! - Miranda!
Miranda!
Miranda!
MIRANDA PRIESTLY DIPERBODOHKAN:
Runway terbitkan artikel yang memuji jenama pakaian yang eksploitasi pekerja.
Adakah Runway bertanggungjawab?
Bukan malam ini.
Hai. Saya cuma nak beritahu awak
berita itu dilaporkan dalam talian
dan The Business of Fashion sudah pun melaporkannya.
- Seteruk mana? - Sangat teruk.
Ia dah tular. Awak nak tengok?
Nigel, awak rasa saya nampak?
- Saya pakai cermin mata? - Maaf.
Apa pun, awak dipersalahkan untuk segala-galanya.
Oh, Tuhan. Irv akan mengamuk.
- Ya. - Masa yang sangat tak sesuai.
Saya tahu.
Bertabahlah. Mari kita hadapinya.
Ia sebuah syarikat yang teruk bernama SpeedFash.
Mereka menipu tentang keadaan tempat kerja mereka.
Mereka perdayakan wartawan kami
dan sekarang,
kami dituduh bersubahat mempromosikan syarikat yang sangat teruk ini.
Sampai begitu sekali orang sanggup buat demi keuntungan.
Kini kita musuh terbaru yang dijadikan sasaran.
Dihidangkan panas-panas untuk tatapan ramai.
Baguslah untuk awak.
Penjahatlah yang sentiasa paling menarik.
Oh, Tuhan. Irv.
Itu isyarat saya untuk bawa anjing keluar berjalan.
Hei, Gio! Mari sudahkan ini.
Mari.
Helo, Irv.
Apa halnya ini, Miranda?
Ayah, tengok ini.
Kita dikecam teruk dalam talian.
Saya dapat emel marah-marah daripada pembeli iklan Tiffany, Fendi, Bvlgari!
- Saya… - Siapa akan bayar majalah mahal awak itu?
Saya dah hubungi para pengiklan.
Saya akan jumpa mereka esok pagi
dan akan berbual secara langsung dengan Ashley.
Jangan. Saya akan uruskan.
Ini masa yang sangat teruk.
Saya pertimbangkan naikkan pangkat awak. Ini pula berlaku.
Ayah, ini teruk.
Journal pun menghentam Runway, dan Elias-Clarke dipersalahkan.
Syarikat kita, masalah kita.
Ayah tahu.
Bagaimana nak pulihkan kredibiliti kita?
Tengok ini.
PERGI MATI, KEWARTAWANAN PENTING
Kerana ada perkara yang masih penting lebih daripada wang.
Kewartawanan masih penting!
SAHAM RUNWAY
apa yang membuatkan wanita ini bertahan??
Wah.
NAK TAMBAH SEDIKIT PENIPUAN SEKALI?
Miranda Priestly? Saya fikir dia lebih bijak daripada ini.
Dia dah tak relevan lagi.
- Ya Tuhan. - Dia macam relik.
- Dia dah mati. Dia dinosaur. - Tua, letih, ketinggalan zaman.
Betul. Dia menonton episod akhir musim Yellowstone.
Betullah.
Helo?
Andy Sachs?
Ya.
Irv Ravitz. Ucapan awak hari ini agak hebat.
- Hai. - Nampaknya awak perlukan pekerjaan.
Tak sangka saya terfikir kembali bekerja di syarikat majalah itu.
Berapa gajinya?
Dua kali ganda daripada gaji saya di Vanguard
dan Irv berjanji yang saya akan dapat bajet sebenar untuk menulis
dan upah penulis sebenar seperti kalian, jadi entahlah.
Hei. Tiada siapa di sini menghakimi awak.
Ketika ini saya mengedit memoir
salah seekor Chihuahua Paris Hilton,
anjing berkepala epal yang nakal bernama Chi-town.
Hanya sebagai sandaran, awak boleh mengupah kami.
Pengabaian sepenuhnya prinsip awak amat bermakna.
Ucap selamat untuk itu. Bayar sewa.
Awak tahu apa awak boleh buat?
Kalau ambil kerja itu, awak boleh mengarang buku.
Pendedahan Sahih Miranda Priestly.
Tak boleh buat begitu.
Buku pendedahan orang dalam tentang Miranda pastinya laris.
- Saya tanya bos. - Jangan.
- Saya cuma nak tahu. - Jangan.
- Mungkin 50 ribu. - Jangan…
Jangan buat begitu. Tidak.
Tiada majikan akan ambil saya bekerja lagi.
Betul katanya. Staf tak puas hati merungut tentang bos.
Katanya kalau usul bagus, semua tahu penulisan awak bagus,
- mungkin boleh dapat sekitar 100 ribu. - Tidak.
- Saya setuju. - Saya bukan begitu orangnya.
Mungkin saya boleh manfaatkan sesuatu.
Runway memang ada sejarah menerbitkan penulisan yang hebat.
Tidak, saya masuk ke sana esok dengan senyuman lebar di wajah saya
dan saya akan manfaatkan sesuatu daripada tugas ini. Okey?
Apa?
"Jangan risau. Saya dah uruskan. Bersedia pukul 9. Irv."
Dia nak kita berada di seberang bandar pukul 9.15 pagi.
Bagaimana nak buat kedua-duanya?
Kita tiada masa untuk ini.
Apa maksud, "Saya dah uruskan"?
Saya tak tahu.
Janji temu pukul 9 dah sampai.
Helo.
Miranda.
Nigel.
Awak pakai baju diskaun TJ Maxx ke sini.
- Helo, Six. - Helo.
Terima kasih banyak untuk peluang ini.
Saya harus akui, saya terkejut apabila Irv telefon saya.
Maksud saya, masa telah lama berlalu, tapi saya cuma…
Saya sangat gembira berpeluang untuk…
Maaf.
Siapa ini? Awak kenal dia? Saya kenal dia?
Awak mungkin ingat Andy. Dia salah seorang Emilys.
Salah seorang apa?
- Emily daripada… Ia… - Saya Andy Sachs.
No comments yet. Be the first to leave one.