The first 200 lines.
Berhenti.
KAWALAN POLIS
Okey!
Apa khabar?
Baik. Encik apa khabar?
Berikan kad pengenalan.
Baik.
Beri ayah bola itu.
Dah berapa kali ayah kata, jangan baling bola ke sana?
Kamu nak takutkan adik kamu?
- Dia menangis. - Memanglah dia menangis.
Bukankah dia masih kecil?
Kamu dulu pun kecil juga.
Baik, ayah.
- Kenapa? - Tak ada apa.
Kenapa, Juan Pablo?
Saya nak dia mati.
Jangan cakap begitu.
Kita satu keluarga
dan kita mesti jaga satu sama lain sepanjang masa.
Faham?
Helo.
Pablo, Poison baru tembak polis.
Ya, teruskan. Berapa orang?
Dua.
Yalah, dua apa? Sarjan atau polis biasa?
Polis biasa. Awak tahulah Poison itu.
Kalau polis, seorang satu juta dolar.
Okey, jadi dua juta dolar?
- Ya, saya dah tulis. - Okey, nanti kita jumpa.
Okey.
Ayah cakap tentang apa?
Soal perniagaan.
Saya nak jadi ahli perniagaan macam ayah.
Jalan yang Pablo pilih ialah perang.
POLIS
Dia mewujudkan sistem ganjaran untuk membunuh polis
lebih 200 orang terbunuh.
Polis terpaksa membina bilik mayat khas
untuk menyimpan mayat.
Polis membalas dendam.
Nama saya Alba Borraga, lahir tahun 1962 di Popayán.
Ayah Sandoval, ibu María. Kami memiliki ladang tembakau.
Tamat belajar di Universiti Cauca dalam pengkhususan kejuruteraan kimia.
Okey, buat lagi dan pandang saya.
Saya dah berlatih 17 kali.
Awak melibatkan kami dalam hal ini.
Sekarang, duduk dan buat semula sampai betul.
Nama saya Alba Borraga, lahir tahun 1962 di Popayán.
Ayah Sandoval, ibu María. Kami memiliki ladang tembakau.
Tamat belajar di Universiti Cauca dalam pengkhususan kejuruteraan kimia.
Macam mana kalau mereka tanya saya tentang kimia?
- Saya harap awak pandai menipu. - Okey...
Duduk. Ulang semula.
Dah makin bagus.
Kami melindungi Elisa
sebab dia boleh mengaitkan Escobar dengan rampasan Istana Kehakiman...
tapi dengan melindungi komunis, kami jadi pengkhianat.
Fikirlah sendiri.
Ayuh.
- Dah sedia? - Ya.
Sayang, terima kasih.
- Awak mesti tolong tangkap Escobar. - Saya pun nak dia mati.
Ya, tapi kami bukan skuad bunuh, okey?
Nampaknya awak tak tahu sejarah negara awak di Amerika Latin.
- Maaf, saya tak dengar... - Sayang, sabarlah.
Steve, saya tahu awak marah, tapi ini tindakan yang betul.
Tindakan yang betul? Macamlah saya ada pilihan, bukan?
Ini saja pilihan yang ada.
Baik awak fikir semula nak balik ke Miami atau tak.
Mereka ada dalam kereta.
Tunggu.
Wah.
Mungkin saya patut balik.
Masuklah kereta cepat.
Okey, mereka dah bergerak. Jalan.
Saya tak patut bawa Connie ke sini.
Dia tak sesuai hidup di sini.
Komunis itu ada dengan dia.
Jangan buat benda bodoh.
Tundukkan kepala, kejap lagi semua ini akan berakhir.
Kita akan pintas dia di sebelah kiri.
Keluar dari kereta, Murphy!
Keluar!
- Jauhi kenderaan itu. - Awak mengekori saya?
- Bawa dia ke tepi. - Bertenang.
- Bertenang. - Belakang!
- Cepat. Ke belakang! - Jangan pegang...
- Jangan pegang saya! - Hei!
- Awak intip saya? - Relaks, Murphy!
Awak bercakap dengan siapa?
Mana dia?
Berundur.
Awak bercakap dengan siapa?
Peña.
Isteri saya buat hal.
- Masalah dengan isteri? - Ya.
Suami awak bijak, dia buat mereka mengekori dia.
Saya harap dia okey.
Alamak.
Selamat pagi, puan. Nak ke mana?
Maaf, encik. Saya orang Amerika.
Saya tak tahu bahasa Sepanyol.
TENTERA
Puan tahu bahasa Sepanyol?
Ya.
Saya tanya, puan nak ke mana.
- Popayán. - Popayán?
Saya nak tengok kad pengenalan.
Dokumen.
Cik Connie Murphy.
Alba Borraga.
Semoga selamat sampai.
- Terima kasih. - Jaga diri.
Terima kasih, encik.
Helo?
Hai.
Okey, ya.
Bagus, awak dah sampai di rumah anak yatim.
Elisa selamat.
Oh Tuhan. Tak, saya lega awak selamat.
Awak mesti bertindak bijak, okey?
Telefon saya setiap dua jam dalam perjalanan.
Baik awak telefon saya setiap jam.
Ya.
Ya, saya tahu.
Saya pun cintakan awak.
Saya bangga dengan awak. Okey.
Setelah memastikan Connie selamat, saya boleh fokus pada César Gaviria.
Pada waktu itu, benda lain yang bahaya selain jadi polis Colombia...
PRESIDEN
...ialah menjadi calon presiden Colombia.
Gaviria terang-terang menyokong ekstradisi pengedar dadah
ke Amerika Syarikat
dan sudah tentu pihak kami mahu dia menang pilihan raya presiden.
- Tapi untuk menang, - Terima kasih.
dia perlu hidup sehingga hari pilihan raya.
Tuan Gaviria?
Ikut sana.
- Jadi, awak Ejen Murphy. - Helo.
- Selamat bertemu. - Saya juga.
Saya Eduardo Sandoval, ketua sekuriti Dr. Gaviria.
Apa yang boleh kami bantu?
Agensi kami mahu beri bantuan dan sumber
kepada Tn. Gaviria dan kempennya.
Saya ingat DEA sepatutnya keluar cari pengedar dadah?
Saya rasa kedua-duanya berkaitan.
Ejen Murphy.
- Selamat bertemu, tuan. - Saya juga.
Sila duduk.
Khidmat Rahsia awak dah terangkan tentang langkah-langkah keselamatan.
Tak boleh berucap secara terbuka,
ikut jalan balik berbeza setiap hari.
Lepas kematian Lara dan Galán, seolah-olah kami perlu diajar tentang ini.
- Tolonglah. - Memang pun.
Mereka takkan berhenti selagi tak bunuh tuan.
Saya tahu dan kami ambil semua langkah pencegahan.
Malah kerajaan awak menawarkan limousin kebal Cadillac...
yang dibina untuk presiden awak.
Cuma masalahnya, bergerak dengan kereta kebal Amerika di Bogotá
takkan disenangi pengundi kami.
Sejujurnya...
kami tak tahu macam mana nak jawab.
Kalau ada orang nak beri Cadillac baru, saya ucap terima kasih.
Baik, terima kasih.
Ini pula?
Kami nak buat apa dengan benda ini?
Seluar kalis peluru.
Saya mencadangkan agar tuan pakai.
Ejen Murphy, terima kasih sebab mengambil berat.
Kami akan ingat nasihat awak.
Terima kasih sebab meluangkan masa.
ADA MASA DEPAN DENGAN GAVIRIA
César Gaviria dapat sokongan meluas daripada rakyat
tentang pendiriannya terhadap ekstradisi.
Ini menjadikan dia sasaran.
Tapi kami ada sasaran sendiri.
José Rodríguez Gacha,
kami menjejaki dia hingga ke Cartagena melalui salah seorang pemberi maklumat.
Kamu pernah dengar tentang komputer?
Ada orang nak jual komputer pada ayah. Manalah ayah tahu apa benda itu.
Itu jenis teknologi...
yang baru keluar.
- Baru keluar? - Ya, ayah.
Hai, sayang.
Awak nampak cantik hari ini.
Relakslah, sayang. Kami takkan gigit.
Tuan perlu apa-apa lagi?
Saya nak awak.
Tak ada, terima kasih.
Baik, tuan.
Saya mahukan dia.
Ada benda lain yang lebih penting kita perlu fikirkan sekarang, nak.
Faham?
Cakap. Apa yang awak dapat tahu?
Don Gonzalo, orang-orang kita berkawal di seluruh kawasan.
Rumah ini selamat.
Kita juga menempatkan orang di bandar.
Okey, bagaimana pula di Medellín?
Sama saja, bos.
No comments yet. Be the first to leave one.