The first 200 lines.
SELAMAT DATANG! KELAS 2006
ZOE MAJLIS PERJUMPAAN 15 TAHUN
HEI! HARAP DAPAT JUMPA AWAK DI MAJLIS PERJUMPAAN SABTU NANTI!
TAK SABAR NAK JUMPA… ZOË
Dia nak jumpa awak. Awak nak jumpa dia.
Tiada apa-apa yang boleh rosakkan malam ini.
Tidak!
Xavier!
Hei, kapten.
Danner, awak buat apa di rumah Xavier?
Okey, awak dapat tahu.
Saya dengar dalam radio. Saya ambil Culp.
- Biar saya ketuai. - Hei, kapten.
Tak boleh, okey? Awak tak layak.
- Tolonglah, Greg. Saya boleh lakukannya. - Tengoklah rumah ini.
Saya tak nak ambil risiko, Danner. Ia kes berprofil tinggi.
Ketua sudah pun panggil seorang pengganti dari LA.
- Pengganti? Siapa? - Pengganti?
Detektif Germain. Dia tangkap Tar Pits Strangler.
Oh, saya kenal dia. Dia teruk, tolonglah.
Tak kisahlah. Dia akan berlepas awal pagi esok.
Dia akan jadi ketua detektif.
Bagaimana kalau saya dapat selesaikan kes sebelum dia tiba?
Dengar. Mangsa adakan parti selepas majlis perjumpaan sekolah tingginya.
Tetamu masih ada di dalam rumah.
Awak boleh ambil keterangan ringkas, itu saja. Ini bukan kes awak.
- Faham? - Baiklah.
Dia cakap apa?
Baiklah, semua. Saya ketua penyiasat kes ini.
Ketua penyiasat kes!
Kapten nak kes ini selesai pada esok pagi.
Dia ketua, begitu juga saya. Kami berdua uruskan kes ini.
- Baiklah. - Oh Tuhan!
Memang betul dia. Dia Xavier.
Saya nak tenangkan diri sekejap.
Okey, jadi mangsa nampaknya jatuh dari rumahnya.
Mungkin kemalangan atau bunuh diri.
Tanpa baju? Mmm. Jaketnya basah.
Awak nak hidu dia begitu?
Ya. Wiski dan ale halia.
Oh Tuhan.
Ada udang di merata tempat. Udang yang dah dimasak, bukan udang hidup.
Ada rambut palsu perang muda di sana.
Ada orang bermain "pakai kostum dan bunuh bintang rock?"
Ada sesuatu di bawahnya. Hmm.
Okey. Ada topi.
Boleh beri saya penanda kuning? Terima kasih.
Bagaimana ini kes bunuh diri kalau dia terbaring di atas topi itu?
Topi itu mungkin tertanggal dari kepalanya dan terapung. Topi itu jatuh dulu.
Okey, mungkin bukan bunuh diri. Mungkin kemalangan?
Mungkin dia lihat pemandangan dari balkoni?
Hidangan koktel udang. Dia pandang ke bawah. "Saya tak pakai baju."
Itu mungkin kali pertama pada malam itu dia menyedarinya.
Dia terkejut kemudian topinya tertanggal. Ia jatuh dari balkoni.
- Dia nak ambil topi itu. - Tak mungkin.
- Sebab ada lebam pada hidungnya. - Hidungnya ditumbuk.
Ini pembunuhan.
Bagaimana semua ini berlaku?
Saya tak lakukannya.
Tak apa, kawan. Tiada orang fikir begitu.
Cuma...
Saya cuma... saya tak boleh.
Saya tak boleh. Saya cuma...
Ya. Ya, saya dapat teka kata laluan Wi-Fi.
Kalau sesiapa nak, ia "xavier", semua huruf kecil.
"xavier." Tak mahu?
Lebih banyak lebar jalur untuk saya.
Helo, semua. Saya Detek...
Tak guna.
Tergelincir di sana. Pelik.
Saya Detektif Danner. Dia...
Kenapa ada anak panah di...
Aduhai, pokok renek berbentuk X?
Apa yang berlaku...
Culp. Saya Detektif Culp.
Orang kaya suka main ski. Tak perlu salji pun.
Kamu orang berkulit putih yang pelik. Itu memang betul. Hei.
Sekejap lagi kami akan ambil keterangan.
Selesakan diri, semua. Tapi jangan terlalu selesa.
Seperti pijama bulu biri.
Ya. Jangan hebohkan di media sosial. Kami tak nak ia jadi seperti sarkas.
Walaupun nampak seperti
rumah ini sangat kucar-kacir.
- Xavier dalam TV. Kuatkan bunyi TV. - …sumber di media sosial
mengesahkan bintang pop, pelakon
- dan humanis selebriti, Xavier… - Tak guna.
…ditemui mati malam ini,
mayatnya ditemui di tebing di bawah rumah keduanya di Belvedere
ketika parti selepas majlis perjumpaan sekolah tingginya.
Kita bersama Linda Dela Rosa.
Linda, boleh beri kami maklumat menarik?
BINTANG MEGA POP, XAVIER, 33, DITEMUI MATI
Saya berada di halaman rumah Xavier di Marin County
dan masih belum ada kenyataan daripada polis
jika tragedi ini adalah kes bunuh.
Xavier atau Eugene Xavier Duckworth Jr. ialah warga Bay Area,
anak pemilik rantaian kedai kopi, Gene's Beans.
Pada 21 tahun, Xavier mendapat platinum dengan lagu "X Marks the G-Spot"
- daripada albumnya, Somebody Xave Me. - Dia kata cari G-spot
Untuk kepuasannya Gadis itu, dia luar biasa
Dia beralih ke bidang lakonan,
berlakon dalam filem aksi Hungry Hungry Hippos,
dan mendapat pencalonan Anugerah People's Choice
untuk wataknya sebagai Daryl Hall bersama Channing Tatum sebagai Oates
dalam biopik muzikal, Private Eyes.
Nampak tak? Itulah yang kita perlukan.
- Piring hitam yang pecah? - Bukan, lagu popular!
Bandar ini akan buat awak sibuk, letih dan beremosi.
Ia menguasai manusia.
Sekejap.
Apa awak cakap?
- Ambil gitar awak. Mari cipta lagu hebat. - Mari cipta lagu hebat.
Ayuh. Cepat.
- Okey. Awak naikkan nada. Saya ikut. - Okey.
Satu, dan...
- Tutup siaran itu. - Ya, baiklah.
Sekarang, semua orang beri perhatian.
Awak basah.
Basah kuyup.
Kami akan kembali. Jangan ke mana-mana.
Brett.
Dah berapa kali saya beritahu saya tak nak cakap dengan awak?
- Tiga kali. - Jadi kenapa bercakap dengan saya?
Sebab saya tahu benda yang awak sorokkan dalam kereta awak.
Saya tahu kata-kata awak kepada saya di majlis perjumpaan.
- Jadi... - Jadi kita diam saja.
Tentang apa-apa saja.
- Bagus. - Perbualan yang bagus.
Itu saja yang perlu dikatakan.
- Jadi kenapa kita masih bercakap? - Tak.
Awak baru saja bercakap.
Awak nak beri kata-kata terakhir dan ia buat saya meluat.
- Sekarang dah habis. - Bagus.
Ada kesan calar pada susur.
- Mungkin tanda pergelutan. - Tak dengar.
- Dah selesai. - Ya.
Satu, dua, tiga...
- Saya tak nak buat satu, dua, tiga. - Oh Tuhan!
Bagus.
Jadi, kita ada En. Baran dan si masalah.
Bersedia.
Ia semakin menarik.
Ada titisan darah di lantai balkoni,
mungkin dari hidung Xavier yang ditumbuk.
Saya tak nampak kamera keselamatan.
Beep boop boop beep ba bap beep boop...
Saya boleh cakap apa-apa saja sebab awak tak mendengar.
Oh Tuhan.
Awak tak peduli tentang...
Darah di lantai? Saya peduli.
Tapi saya lebih peduli tentang
lelaki nerda yang memerhatikan pelukis wanita yang gelisah.
Okey. Lelaki itu memang nerda tapi bagaimana awak tahu gadis itu pelukis?
Dakwat di tangannya.
Fokus, Culp. Kita sedang siasat kes pembunuhan.
Okey. Kamu terlalu ramai untuk dibawa ke balai polis.
Saya akan menemu bual kamu di sini.
Saya nak bercakap dengan kamu semua.
Sebab hakikatnya, mungkin ada pembunuh dalam kalangan kamu.
Kamu semua hadiri majlis perjumpaan sekolah tinggi kamu malam ini.
Untuk apa, peluang kedua?
Dalam kehidupan?
Cinta?
Perkara lain?
Emosi tegang pada masa ini.
Jika ada orang buat awak marah, tiba-tiba...
habislah!
Kamu hilang kawalan!
Ia ambil masa beberapa jam.
- Biar betul? - Beberapa jam? Kenapa?
Kamu ada urusan lain pada tengah malam?
Kenapa? Kita semua tahu Aniq yang bunuh dia.
Oh Tuhan. Tidak!
- Awak Aniq? - Dia hebat.
Awak memang nampak dia bunuh Xavier?
- Tak tapi saya... - Duduk.
Awak tak patut pakai kasut tinggi semasa sarat hamil.
Ia tak bagus untuk belakang awak.
Jadi, ada sesiapa yang menyaksikan Xavier dibunuh?
- Tiada, puan... Pegawai. - Tiada.
- Tiada. - Pembunuh itu saksikan.
Semua orang tak tahu perkara yang berlaku,
sebab kita semua melihat perkara dari perspektif sendiri.
Perkara sama mungkin berlaku tapi kamu melihatnya dengan cara berbeza.
Sebahagian daripada kerja saya ialah bercakap dengan setiap orang.
Saya nak dengar cerita dan pandangan kamu.
- Pandangan? - Kumpulkan semuanya,
- barulah kebenaran akan diketahui. - Setuju.
Kebenarannya ialah Indigo nampak Aniq di lokasi kejadian.
Indigo, cakaplah.
Sayang, saya berbesar hati.
Saya berada di balkoni bawah bersama adik-beradik Jennifer
sementara Ned membuat projek seni berasaskan ski
pada Aniq yang dah pitam.
Ned. Mari sertai saya di sini dan berhenti usik Aniq.
Ini bukan sekadar usikan.
Ini metafora untuk ilusi masyarakat tentang kestabilan.
Apa? Okey, kawan, saya tak faham maksudnya.
Saya di sana membuat usikan semasa awak tumpahkan bir pada seorang lelaki.
Kelakar betul.
No comments yet. Be the first to leave one.