The first 200 lines.
Awak sungguh angkuh. Awak ingat saya akan terima?
Saya tahu awak akan menerimanya.
SEBELUM INI DALAM THE MORNING SHOW
Kita biar dia anggap dirinya menang tapi kita akan gunakan "orang tak penting" ini
dan akhirnya memecat Alex
apabila kita tak kelihatan seperti orang jahat.
Kita akan lakukan mengikut cara saya.
Sejujurnya, dah cukup lama saya biarkan awak semua uruskannya.
Ini bukan permintaan maaf yang awak harapkan?
Kita ada 48 jam untuk tentukan imej Bradley Jackson.
Awak semua serius? Ini sangat teruk.
Saya tak panggil mak saya, "Mama," dan dia tak pandai memasak.
"Cuba jangan jadi terlalu agresif. Lelaki tak mahu meniduri awak.
Janganlah marah. Wanita rasa dikritik."
Tapi di sini saya akan jadi wanita bermoral baik untuk berita pagi.
Saya dah curi penuduh Mitch daripada YDA .
Marilah ke The Morning Show.
Tunjukkan kepada semua orang yang awak berani, terutama sekali kepada dia.
- Awak akan menemu bual Ashley. - Apa?
Kenapa saya yang menemu bual?
Kerana ia lebih baik untuk rancangan.
Kenapa awak buat begini kepada saya?
Bradley, saya tak tahu apa yang saya buat.
- Awak tak tahu? - Saya tak tahu kenapa saya pilih awak.
- Tapi saya rasa saya sukakan awak. - Tapi saya rasa saya sukakan awak.
Jangan buat silap.
Pihak Rusia menghantar manusia pertama ke bulan.
Saya ingat ia tentang menjadi yang pertama.
DARIPADA PENERBIT EKSEKUTIF BATTLESTAR GALACTICA DAN OUTLANDER
BULAN MERAH
Rupa-rupanya ia lebih besar daripada itu.
APA YANG KITA HILANG PADA HARI ITU
Sekarang kita boleh kembali bekerja.
Tiga, dua...
Pencucuhan.
MEMBANTU KITA MENCARI MASA DEPAN KITA
Awak ialah calon angkasawan.
- Ia berbahaya. - Saya mahukannya.
Kita akan ke angkasa lepas bagi pihak umat manusia.
DEMI UMAT MANUSIA
Selamat pagi. Bertemu kembali dan terima kasih kerana menyertai kami.
Walaupun kita sedang pulih daripada kejutan minggu lepas,
hari ini sangat istimewa di The Morning Show
disebabkan wanita yang duduk di sebelah saya ini.
PERMULAAN BARU! - TMS
Tunggu sebentar. Di mana dia? Bradley?
Suruh dia masuk. Ambilan keempat.
Sekarang. Pergi.
- Sedia, kamera satu. Teruskan. - Bradley Jackson.
Awak takkan diserang sakit jantung. Tidak.
Saya rasa berkuasa. Saya nampak begitu?
- Saya berkuasa. - Awak nampak hebat.
- Helo, Bradley. - Hei.
"Tuhan berikan saya ketenangan untuk terima sesuatu yang saya tak boleh ubah."
- Aduhai. - Marilah duduk di kerusi awak.
PENGACARA TMS YANG BARU
Ini memang hebat. Okey.
Suara Kelly membuatkan awak rasa awak boleh buat segalanya. Betul?
Betul kata awak. Saya sukakan lagu Kelly.
Tapi, Cik Bradley, sekarang ini tentang awak.
Awak dah tiba. Selamat datang, Bradley Jackson.
Terima kasih banyak, Alex.
Saya tak boleh katakan
betapa terujanya saya dapat duduk di sebelah awak dalam studio ikonik ini.
Seperti impian menjadi kenyataan.
Sayalah bukti yang ia bukan sekadar klise.
Saya telah menonton rancangan ini sejak kecil lagi.
Aduhai.
Dapat duduk di sebelah awak, tak dapat dipercayai.
Saya pun rasa begitu.
Ketika temu bual kita minggu lepas, saya dapat rasakan keserasian.
Perempuan tak guna.
- Ya, saya juga sama. - Ya.
Takdir kewartawanan atau sesuatu seperti itu.
Saya suka itu. Ya.
Seperti janji temu pertama awak dan ia berjalan dengan lancar...
Awak rasa ini sangat mengarut?
Awak maksudkan rancangan itu? Ya.
Masih bujang.
Untuk sementara saja.
Jadi kita akan anggap ini sebagai apa?
Nampaknya kita... Ini janji temu kita yang kedua?
Saya tak mahu menakutkan awak, Alex, tapi kita dah begitu rapat.
Itu memang cepat.
Harap awak berdua akan tidur bersama segera.
Kami ada kejutan untuk awak, Bradley.
- Yakah? - Ya.
- Suapan dah bersedia? - Dah bersedia.
Untuk penonton kita...
ibu Bradley menghubungi kami dari Virgina Barat.
MELAWAT BERSAMA IBU BRADLEY
Sandy Jackson, awak ada di sana?
NEW YORK - VIRGINIA BARAT
Hai. Helo semua.
Helo, Sandy.
Hai, mak. Saya di The Morning Show. Apa perasaan mak?
Mak rasa bangga.
Awak patut rasa begitu.
Bradley memang luar biasa.
Bagaimana keadaannya ketika dia membesar?
Ia memang indah.
Dia sungguh bijak, nakal, kelakar dan sangat menyeronokkan.
Waktu yang istimewa bagi keluarga kami, penuh dengan kasih sayang dan kegembiraan.
Kami tahu Bradley memang istimewa.
Mak memang ibu yang hebat.
Sandy, bilakah awak mula nampak potensi Bradley?
Sejak awal lagi.
Dia paling bijak di dalam kelasnya dan bersungguh-sungguh dalam semua benda.
Dia menulis untuk akhbar sekolah. Memenangi setiap pertandingan ejaan.
Membantu di dapur umum dan sentiasa bersedia untuk membantu saya.
Kami memasak bersama setiap malam.
Waktu yang menggembirakan bagi keluarga kami.
Lebih baik awak kawal hidup awak
atau awak akan menjadi pelacur.
Keluarga ialah segalanya. Betul, Sandy?
Keluarga lebih daripada segalanya.
Saya dengar awak ada membuat slaid
semasa Bradley membesar yang awak ingin kongsikan.
Ya. Saya membuatnya lewat malam tadi.
- Bersedia X. - Boleh kita mainkan?
Marilah, Amerika.
- Mainkan X, ambilan X. - Mainkannya.
Saya rasa seperti di majlis pengebumian saya.
Penerbit menulis skrip ini dengan baik.
Mereka mengubah skrip tentang mak saya.
Yakah?
Ya. Skrip mereka tunjukkan kepada saya ada yang benar.
Ini hanya berdasarkan fantasi.
Ia kekurangan emosi.
- Jangan marah. Ikut skrip saja. - Kita kembali.
- Lima, empat... - Awak akan biasa nanti.
Tiga, dua...
Gembira dapat bertemu ibu awak, Bradley. Tempat awak membesar memang hebat.
Ya, Virgina Barat memang hebat.
Tapi ia tak sempurna seperti yang dilihat.
Dia tak mengikut skrip.
Itulah yang Amerika sukakan tentang awak, Bradley.
Awak jujur.
Ya, sejujurnya,
saya tak mahu gadis muda yang menonton rancangan ini rasa
awak perlu ada zaman kanak-kanak yang sempurna untuk berjaya.
Betul.
Ada waktu yang sukar dan saya buat banyak kesilapan.
Sudah tentu. Kita semua sama.
Tak. Saya bukan bercakap tentang
menerima cabaran melompat dari bumbung bangsal kerana saya dah lakukannya.
Banyak kali saya digantung sekolah.
Pasukan trek sekolah tinggi saya kalah dalam kejohanan
kerana saya minum arak.
Saya menggugurkan anak ketika berumur 15 tahun.
- Dia tak kata begitu. - Ya Tuhanku.
Tak guna!
Ya.
Bradley menggugurkan anaknya?
Ya Tuhan.
Itu amat sukar bagi gadis berumur 15 tahun.
Ya. Itulah maksud saya.
Kehidupan ini sukar dan kita mengharunginya dan...
Beralih ke laporan cuaca. Tinggalkan masalah ini.
Suruh Yanko naik ke pentas sekarang.
Ia bukannya mudah.
Hubungi Cory Ellison dan Charlie Black sekarang!
Tapi awak boleh menjadi matang.
- Twitter dah meletus. - Potong suapan Pantai Barat?
Tak boleh. Kumpulan wanita akan mengamuk jika kita memotongnya.
Apa patut kita buat?
Biarkannya.
Pergi ke Yanko sekarang.
Apa yang membentuk saya dan membuka pandangan saya terhadap dunia.
Kerana inilah hari saya kenalkan diri kepada Amerika, betul?
Ya.
Saya cuma ingin berterus terang dengan awak semua.
Awak dah lakukannya.
Terima kasih kerana bersikap jujur, Bradley.
Yanko. Pergi! Okey, beralih ke Yanko.
Baiklah, beritahu kami perkembangan tentang cuaca, Yanko.
Bagaimana cuaca hari ini?
Hebat.
Bawa anak-anak ke taman minggu ini. Cuaca diramalkan cerah.
Cuaca yang cantik. Jangan lupa pakaikan topi pada bayi, okey?
Lumurkan krim pelindung matahari.
SPF 30 dan ke atas, terutama sekali untuk anak kecil.
Beritahu Yanko jangan sebut tentang kanak-kanak lagi.
Sepanjang hujung minggu.
Jika anda tiada anak, anda juga patut memakai krim pelindung matahari.
Boleh kita gantikan dan isi masa dengan topik hari lain?
Masukkan segmen memasak Alison dan Marcus Samuelsson bersama Alex,
dan awak uruskannya.
Jadikannya lebih menarik.
Chip, mungkin dia tersilap. Ini hari pertamanya.
Itu bukan kesilapan. Itu disengajakan.
Kurangkan dia untuk rancangan yang selebihnya. Tiada risiko.
Saya tak mahu Bradley Jackson kata apa-apa
tentang apa saja yang boleh dirosakkan!
- Chip! - Apa?
Fred di talian dan dia mahu bercakap...
Suruh Fred berambus! Terima kasih!
Seperti penduduk DC tahu.
Tahun ini, festival itu akan berjalan tanpa hujan.
Kepada semua sahabat kelasi saya di Norfolk,
No comments yet. Be the first to leave one.