The first 200 lines.
Terjemahan sari kata oleh ERIKA & Art.rigato
Olahan oleh Art.rigato
SUATU TEMPAT DI BUMI BERONGGA
Dalam sejarah manusia,
kita percaya yang kitalah Spesies paling dominan di bumi.
Kita percaya yang kehidupan
hanya wujud di permukaan planet.
Tapi pada satu ketika, anda mesti tertanya-tanya...
apa lagi yang kita silap?
VORTEKS TERAS BUMI BERONGGA
Kami dah memetakan
kurang daripada lima peratus Bumi Berongga.
Ekosistem kita dihubungkan dengan cara yang tak pernah kita bayangkan.
Kita bukan dunia yang berasingan.
Kita adalah satu.
MEREKA MENEMUI PORTAL KE BUMI BERONGGA
Kong telah menetap di Bumi Berongga.
Dan ia sukakan rumah barunya.
Mungkinlah.
Spesiesnya sangat bersosial.
Bukan perkara biasa bagi Kong untuk bersendirian.
Ia spesies yang terakhir.
Setiap hari ia mencari
keluarga yang ia takkan temui.
Bagaimana dengan Godzilla?
Godzilla tinggal di permukaan, Kong tinggal di bawah.
Selagi mereka kekal di sana,
kita tak perlu bimbangkan apa-apa.
Manusia bertuah kerana Godzilla melawan pertempuran yang kita tak mampu.
ROM ITALI
Dengan beberapa pengkritik
mengecam Monarch kerana
berjuta-juta wang pembayar cukai
dilaburkan pada Bumi Berongga dan teknologi rahsia
seperti Projek Powerhouse yang misteri.
Bersama kita hari ini,
pekerja Monarch, Dr. Ilene Andrews.
Mari mulakan dengan Godzilla. Ia menghentikan serangan di Rom,
tapi ia masih berada di bandar. Patutkah kita risau?
Sudah terang lagi bersuluh,
Godzilla adalah Titan yang melindungi
kita daripada kejahatan ancaman Titan lain.
Kong akan pergi berehat malam ini.
Nampaknya itu hari yang sukar lagi.
Itu tempat paling jauh ia pergi.
Mungkin ia sedang mencari pasangan.
Semoga berjaya.
Mungkin ia mahukan percintaan antara spesies.
Lubang benam dikesan di Sektor Lima.
Itu tempat Kong memburu.
KAWASAN BELUM DITEROKAI DIKESAN!!
Wah. Ia tak berhenti.
Mungkin itu anomali elektrik?
Tak mungkin, kawan. Saya tak pernah melihat sesuatu macam ini.
Kita patut beritahu Pengarah Hampton.
Saya akan pergi memeriksa.
Seluruh tempat ini adalah anomali.
Sangat pelik.
PINTU MASUK BUMI BERONGGA MONARCH - BARBADOS
Maklumkan tentera Itali yang Rom akan hilang jika bukan kerana Godzilla.
Mereka boleh mengancam.
Suruh mereka mencari kambing hitam yang lain.
Pengarah Hampton, apa berlaku?
Pos Satu masih menjadi mimpi ngeri, dan mereka menghantar ini.
Awak mungkin mahu melihatnya.
Ini dari susunan sensor?
Ya, kita menerima kenaikan yang agak pelik.
Mungkin ini cuma gangguan biasa.
Ya, tapi ia terus berlaku.
Sediakan saja pasukan tinjauan.
Baik.
Bagaimana dengan Godzilla?
Oh, ia masih tidur. Seperti bayi besar yang merengus.
Harap-harap ia kekal begitu.
SEKOLAH KHAS MONARCH BARBADOS
Murid-murid, fokus pada kertas ujian.
Pastikan kamu bulatkan jawapan dengan jelas.
Jia!
MONARCH SEKOLAH KHAS K-12
Anak awak bijak, tapi dia tak beri perhatian.
Gred dia merosot,
dia tak bergaul dengan kawan-kawannya.
Dan masalah ini takkan hilang, Dr. Andrews.
Ianya semakin teruk.
Okey, saya minta maaf.
Dia masih menyesuaikan diri dalam dunia kita.
Saya faham,
kami juga ada pelajar yang berpindah dari segi budaya dan...
Ya, tapi budayanya tak berpindah, sebab dialah budayanya.
Dia suku kaum Iwi yang terakhir.
Kami cuma berinteraksi dengannya.
Saya tahu. Saya juga begitu.
Apa yang berlaku?
Tiada apa.
Saya risaukan Kong.
Mengapa kamu melukis ini?
Boleh kita pergi?
Pandang mak.
Saya bukan tergolong di sini!
Saya bukan tergolong di mana-mana.
Kamu milik mak.
Dan mak milik kamu.
Jom.
Selama berabad-abad, suku puak Iwi
adalah penjaga Pulau Tengkorak, rumah nenek moyang Kong yang Perkasa.
Tapi bila ribut yang kerap melanda
memusnahkan pulau itu, puak Iwi telah tiada,
cuma seorang saja ahli puak yang terselamat.
Seorang gadis muda
ditemui dan diselamatkan di tengah-tengah ribut yang dahsyat.
Puaknya telah hilang.
Mereka menjadi sejarah, sama seperti Kong yang Perkasa.
Biar betul.
Puak Iwi yang unik...
mereka tiada bahasa pertuturan.
Ramai percaya yang ahli puak mengembangkan keupayaan berkomunikasi...
TIADA ISYARAT
SENSOR JARAK DEKAT AKTIF PENGESANAN AKTIVITI!
Saya takut ada sesuatu yang tak kena dengan saya.
Kamu baik-baik saja.
Kamu sempurna.
Saya rasa macam nak gila.
Kita akan melaluinya.
Di mana anda akan berada bila Titan seterusnya menyerang?
Bagaimana anda akan melindungi sesuatu dan orang yang anda sayangi?
Siniar hari ini dibawakan oleh insurans Gargantua,
satu-satunya syarikat insurans yang menyediakan perlindungan
untuk rumah dan barangan peribadi anda.
Kerana Godzilla mungkin tak pedulikan harapan dan impian anda,
tapi Gargantua pedulikannya.
Okey, konspirasi Titan!
Oh, banyak benda untuk kita bongkarkan pada rancangan hari ini.
Rakaman sedang berlangsung. Pergilah!
Eh, ya. Saya nak beritahu semua orang...
Saya akan bunuh...
Biar betul! Apa?
Hai, Bernie.
Saya Ilene Andrews, kita pernah bertemu di Hong Kong.
Ya.
Hong Kong. Ya, itu sudah lama.
Jadi, aduhai. Ya.
- Masa itu rambut saya panjang. - Awak potong rambut.
Awak warnakan juga, cantik.
Tolong bantu saya dengan sesuatu.
- Bantuan Saya? - Ya.
Eh, baiklah.
Baiklah, ya. Masuklah, Dr. Andrews.
- Baik. - Ya.
Lalu saja di sana.
Ke kiri. Baik.
Duduklah. Apa boleh saya bantu?
Rumah saya juga adalah rumah awak.
Baik. Jadi susunan di sebelah kanan,
ianya isyarat yang mengganggu peralatan kami di Bumi Berongga.
- Baik. - Dan...
Dan ini lukisan anak perempuan saya, Jia.
Dan awak akan anggap yang saya gila.
Tidak, polanya sama di bahagian tengah.
Ya. Tepat sekali.
Terima kasih.
Dengar, penganalisis kami tak tahu apa yang perlu disimpulkan.
Mereka mengatakan perkara sama,
ianya kerana gangguan radio, satu kebetulan tapi saya...
Saya tahu awak akan berfikir di luar kotak.
Saya tak tahu nak berpaling kepada siapa lagi.
Dan mereka hantar awak kerana...
Tiada siapa hantar saya. Saya...
Itu yang ironisnya.
Monarch takkan mengesahkan
peranan utama saya dalam membunuh Mechagodzilla,
itu menyebabkan beribu-ribu...
Beratus pelanggan di blog saya.
Oh, dan penghasut...
Penghasut maya mempersoalkan setiap apa yang saya siarkan.
Terutama sekali seorang penghasut ini.
Penghasut yang bernama ghidorastan64.
Pernah dengar tentang dia?
- Tak pernah. - Bagus, sebab dia teruk.
Saya lebih layak daripada separuh pekerja awak di sana.
Saya tahu apa Godzilla akan buat
sebelum sesiapa pun di Monarch...
Sebab itu saya di sini, Bernie.
Saya di sini. Baik?
Boleh awak membantu saya?
Bergantung.
Awak bos baru di SMBB?
Apa?
Stesen Monarch Bumi Berongga.
SMBB.
Tiada siapa memanggilnya begitu.
Saya menjalankan penyelidikan Kong.
Asasnya, Pengarah Hampton bertanggungjawab
ke atas operasi am.
Pengarah Hampton tiada anak yang boleh bercakap dengan Kong.
Awak mahu pergi ke Bumi Berongga.
Saya lega tak perlu menyebutnya. Ingat awak takkan bertanya.
- Saya tak bertanya. - Tapi saya memerlukan bukti.
Ia akan membantu blog saya.
Dan saya tahu awaklah orang yang akan membantu saya.
Baik. Jikalah ianya berlaku, Monarch akan memanggil awak.
No comments yet. Be the first to leave one.