The first 200 lines.
Berhenti!
[ Macam mana awak boleh kehilangan Chae In-gyu? ]
[ Ini akan menentukan sama ada Joseon hidup atau mati. ]
[ Dia merancang untuk mengkhianati awak dan saya. ]
Saya akan cari jalan.
[ Awak meyakinkan dan merasuah salah seorang penganut Katolik ]
Bersumpah setia kepada saya.
Melutut dan bersumpah.
Maksud awak, Pesta Tanglung?
Kebakaran Gyeongbokgung dan serangan barat
telah menakutkan rakyat kita.
Mengadakan Pesta Tanglung secara besar-besaran
akan membantu menaikkan semangat rakyat kita.
Ya, saya akan bercakap dengan menteri pentadbiran
dan suruh mereka teruskan pesta ini.
Tapi...
apa yang ayah akan lakukan
[ Gojong Lee Jae-hwang, Raja ke-26 Dinasti Joseon ]
dengan Choi Chun-jung?
Choi Chun-jung.
Bukankah dia sudah bersumpah setia kepada ayah?
Sayanglah kalau lepaskan dia.
Dia hanya setia kepada ayah untuk selamatkan rakan-rakannya.
Tapi memang betul, sayang jika begitu.
Kalau kita nak gunakan dia, kita mesti potong tangan dan kakinya.
Berhenti.
Pergi.
Seperti yang awak minta, saya bawakan serbuk senapang.
Pasti sukar untuk awak mencurinya.
Syabas.
Pegawai yang bekerja di sana menerima rasuah dari balai perdagangan.
Dia tak boleh tolak permintaan kita.
Tentera Hullyeondogam sudah mengepung balai perdagangan.
Daewongun sedang membesar-besarkan insiden Katolik itu.
Tuan, saya dengar khabar angin yang sangat teruk.
Saya tahu.
Selepas Pesta Tanglung berakhir malam esok,
Daewongun akan tangkap semua orang kita di balai perdagangan,
menuduh kita membuat konspirasi dan bunuh kita semua.
Betulkah dia akan bunuh ramai orang kita?
Heungseon-gun cuba menangkap tiga burung dengan satu batu.
Satu, dia akan bunuh sekutu saya dan melumpuhkan saya.
Kedua, dia akan tunjukkan kuasanya kepada rakyat jelata.
Ketiga, dia beri amaran kepada parti politik yang menentangnya di dewan.
Akhirnya, selepas pesta itu berakhir,
kita semua akan mati.
Jadi kita mesti berjaya tak kira apa pun.
Untuk kehidupan kita sendiri...
Dan untuk negara kita.
Tuan.
Awak betul-betul nak buat?
Kalau kamu takut, kamu boleh pergi.
Tapi biar saya ingatkan kamu.
Tugas ini adalah mengakhiri hidup Heungseon-gun.
Kalau kamu gagal, bukan saja kamu akan mati,
tapi keluarga kamu akan dihukum dengan cara nungjechucham.
[ Nungjechucham, hukuman dengan mencarik tangan, kaki dan leher ]
Kalau kamu nak pergi,
saya takkan berdendam dengan kamu.
Dulu, saya pernah jadi hamba di kapal perang.
Mak saya dah lama meninggal dunia.
Satu-satunya keluarga saya yang tinggal ada di sini.
Saya akan lakukannya, walaupun saya mati.
Saya setuju dengan abang ipar saya.
Baiklah.
- Saya sokong awak. - Saya pun sama.
Sebaik saja ia ditetapkan, semua akan bergerak dengan cepat.
Malam Pesta Tanglung.
Malam itu
kita akan memburu harimau!
Saya cuma ada satu cara lagi
untuk tangkap Choi Chun-jung.
Berikan arahan tuan.
Ambil bayi tuan puteri dan Choi Chung-jung.
Terima kasih atas sokongan awak.
Awak betul-betul nak pergikah?
Walaupun keluarga Kim-moon
dah tak macam dulu,
kita masih ada Kim Byung-hak.
Kita masih ada cukup tenaga untuk lindungi awak dan anak awak.
Awak memang degil.
Awak ada dengar yang Chae In-gyu melarikan diri di Ganghwa?
Ya, saya tahu.
Awak mesti berhati-hati.
- Iringi tuan puteri dengan berhati-hati. - Ya, puan.
Terima kasih atas segalanya.
Selamat tinggal.
Mari, Dan-ah.
Selamat tinggal.
Dan-Ah, mari pergi, cepat!
Mari sini!
Dan-Ah, lepas tuan berjaya dalam misinya, dia akan pergi ke balai perdagangan.
Bawa anak itu dan jumpa dia di sana.
Kami mesti tunggu di sini.
Apa?
Jaga anak saya baik-baik.
- Cepat! Awak mesti pergi! - Ya.
Ikut sini.
Tuan Daewonwee nak lalu!
Ke tepi!
Tuan Daewonwee mengadakan Pesta Tanglung untuk semua orang!
Semua orang tunjukkan hormat dan berterima kasih untuk Habha kita!
Dengar sini baik-baik!
Tuan Daewonwee nak lalu!
Ke tepi!
Ke tepi!
Tuan Daewonwee nak lalu!
Ke tepi!
Tuan Daewonwee mengadakan Pesta Tanglung untuk semua orang!
Semua orang tunjukkan hormat dan berterima kasih untuk Habha kita!
Ayuh!
Tuan Daewonwee nak lalu!
Kenapa dengan alat muzik itu?
Saya belajar buat bom masa di Yeonggilly.
Saya akan gunakannya untuk singkirkan Daewongun.
Bom masa?
Kalau nak ledakkan bom, serbuk letupan mesti dinyalakan.
Chun Ha Jang Ahn akan pastikan ia berjalan lancar.
Kalau mereka nampak serbuk letupan, mereka akan bunuh awak serta-merta!
Betul.
Man-seok bawa choseok ini dari kem tentera.
[ Choseok, kalium nitrat bahan serbuk letupan ]
Ini ialah saltpeter Amerika Selatan daripada paderi Perancis.
[ Kalium nitrat Amerika Selatan, Natrium nitrat dikenali sebagai saltpeter ]
Saya akan campurkan keduanya dan sorokkannya di dalam alat muzik.
Awak nak sorokkan?
- Jika air menyentuhnya... - Apa akan berlaku?
Ia akan menyala dan meletup.
Apa? Bom yang menyala menggunakan api?
Begitu!
Air akan perlahan-lahan meresap ke dalam tali alat muzik...
Aduhai! Ini bom atau kuasa ajaib?
Macam mana? Cantik, bukan?
Jalan ini tempat orang tinggal.
Awak gembira kita menyiasat, bukan?
Siasat?
Bukankah awak
[ Yeon Chi-seong, pahlawan Kementerian Seni Bela Diri ]
cuma berseronok?
Cuba senyum.
Nikmati udara di luar yang segar.
Berhenti kerutkan muka awak yang kacak dan senyum.
Nak saya panggil Guru Choi?
Tidak.
Kami tiada apa-apa lagi untuk dibincangkan.
Saya mesti ikut jalan yang berbeza daripada dia.
Kenapa awak buat begini?
Jangan melawan, tuan puteri.
Jangan sentuh dia!
Awak siapa?
Chae In-gyu?
Bong-ryun, kita tak ada masa untuk ini.
Orang lain akan sampai sekejap lagi.
Kalau awak tunggu di sini,
awak, Chun-jung dan anak awak akan mati.
Mari.
Pemandangan yang menenangkan.
Tahniah, Habha.
Bukankah ini membuktikan raja baru kita dan Tuan Daewonwee
telah membawa kemakmuran kepada negara kita?
Ini adalah pencapaian hebat Habha!
Tahniah, Habha.
Tahniah.
Syabas kerana adakan pesta ini bersama-sama.
Terima kasih, tuan.
Dengar sini!
Semua orang, dengar!
Semua rakyat dengar baik-baik.
Pesta hari ini
bukan tentang kasih sayang raja terhadap rakyatnya.
Rakyat tak boleh lupa
untuk berterima kasih kepada raja yang hebat!
Menjunjung kasih, tuanku!
Menjunjung kasih, tuanku!
Habha, udara malam ini sejuk.
Mari kita masuk ke majlis itu, tuan.
Baiklah.
Cantiknya cahaya ini!
Terima kasih, tuan.
Mari kita pergi.
Tidak!
Tidak.
Tahniah, Habha.
Hari yang penuh peristiwa, mari kita minum!
Kenapa semua orang terkejut?
Saya juga pelayan setia raja.
Saya juga akan meraikan hari ini dengan semua orang.
Baiklah, sebagai lelaki yang setia kepada raja, kamu layak berbuat begitu.
Dulu, Habha
akan sentiasa berkongsi minuman dengan saya.
Ini Gamhongro.
Saya nak kongsikan dengan Habha
sebelum orang lain.
Baiklah.
Tuangkan minuman untuk saya.
Ayah.
[ Lee Jae-myeon (Menteri Hongmoonkwan), anak sulung Heungseon-gun ]
Biar saya rasa dulu.
Tak perlu.
Saya akan minum dulu.
No comments yet. Be the first to leave one.