Dark

Dark

Download Malay Subtitle

Season 3

Release info

Dark - Third Season Netflix Complete
A Commentary by 53k54
NETFLIX

Tags

other
Published on: 2020-09-08
Downloads: 79
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

MANUSIA BOLEH MENGIKUT KEHENDAK TETAPI DIA TIDAK BOLEH MENGKEHENDAKINYA

ARTHUR SCHOPENHAUER

Sekiranya kita tahu

bagaimana semuanya akan tamat...

Ke mana hala tuju hidup kita...

Adakah kita masih akan membuat keputusan yang sama?

Atau kita akan memilih laluan yang lain?

Bolehkah kita lari dari takdir kita?

Atau mungkin jati diri kita sendiri

akan bawa kita ke pengakhiran yang sama?

Ibarat tangan halimunan?

Adakah pilihan kita membawa erti

sekiranya kita akan sampai

ke keadaan yang sama setiap kali?

SIRI ASLI NETFLIX

DÈJÀ VU

Nanti. Tak boleh, Martha. Saya...

- Saya tak faham. - Kita tak ada masa.

Awak dari zaman mana?

Bukan dari zaman mana...

Tapi dari dunia mana.

Macam mana kita tiba di sini?

Macam mana kita sampai?

Awak bukan Martha.

Siapa awak?

Hari ini semuanya bermula.

Hari kita mula-mula berjumpa.

Apa maksud awak sebenarnya?

Awak dan saya...

Dunia awak dan dunia saya...

Membentuk simpulan yang terjalin sangat utuh.

Dunia awak?

Apa maksudnya? Dunia awak?

Saya akan betulkannya.

- Saya janji. - Nanti! Awak pergi mana?

Kenapa saya ada?

4 NOVEMBER 2019

Mikkel, simpan itu.

- Selamat pagi. - Patutlah kamu susah tidur.

Kenapa dengan dia?

Dia mimpi ngeri lagi.

Mikkel, sudah.

Mungkin ia bukan mimpi.

Mungkin ia sama dengan dunia nyata. Kita tak nyata.

Kamu ada terfikir itu?

Yalah, kelakar sangatlah.

Aduh, api buat hal lagi.

Tolong beri mentega.

Cepat, Mikkel. Pergi bersiap.

Mangkuk letak mana?

Magnus dah bangun?

- Martha, Magnus dah bangun? - Entah.

- Apa ini? - Saya nak tengok kalau kakak nyata.

Magnus!

Magnus!

Kamu lambat nanti!

Helo!

Magnus, kalau kamu tak turun, mak akan naik!

Sekejap lagi, mak!

- Hei! - Kita lumba ke sekolah. Hai, mak.

- Bodohlah. - Selamat pagi.

Mahu mak hantarkan?

Petang nanti hujan.

Tak apa, saya balik lambat. Ada latihan drama.

Jangan lupa, mulai esok kamu semua dengan ayah.

Kami tak sukalah, mak.

Selamat pagi, sayang.

Saya tak dapat lena lagi.

Kenapa keluar lama sangat?

Hari pertama sekolah. Kedai roti ramai orang.

Macam dunia nak kiamat.

Duduklah dulu.

Saya dah lambat.

Kita jumpa petang nanti, okey?

Ulrich?

Saya sayang awak.

Awak sangat cantik.

HILANG ERIK OBENDORF

MINGGU DRAMA SEKOLAH

Abang menang.

Kita kembali ke neraka.

Pendidikan boleh bawa kita keluar dari sini. Abang tak faham itu.

Jangan ingat semua orang bodoh macam abang.

- Jangan lupa bernafas. - Jangan lupa guna otak.

- Hai. - Hai.

- Ada nampak Kilian? - Tak.

Buat apa susah-susah?

Sudahnya kita mati juga.

Abang ini macam anak angkat pula.

Kamu pula terlalu serius sampai muka ketat nak mati.

- Bodoh! - Kamulah bodoh.

- Hai, Martha. - Kilian.

Ada berita tentang Erik?

Tak ada.

Macam seram pun ada.

Selamat pagi.

Semua pelajar diminta berkumpul untuk perhimpunan sekolah.

Mesti sebab adik awak.

Dah dua minggu. Dia tak pernah hilang selama ini.

Dia selalu beri saya mesej kalau dia dah tak tahan lagi.

Tapi kali ini tak ada apa-apa pun.

Marilah. Nanti mak marah.

HILANG ERIK OBENDORF

Ia akan terjadi lagi.

Ia akan terjadi lagi.

HUBUNGI POLIS JIKA ADA MAKLUMAT

Ia akan terjadi lagi.

Ia akan terjadi lagi.

Ia akan terjadi lagi.

Ia akan terjadi lagi.

Ia akan terjadi lagi.

Itu saja dia cakap sejak pagi.

Ia akan terjadi lagi.

Apa doktor kata tadi?

Ia akan terjadi lagi.

Pemeriksaan biasa saja.

Ia akan terjadi lagi.

Saya mesti pergi. Dah lambat. Saya lupa sesuatu.

Ia akan terjadi lagi.

Tik tok.

Tik tok.

Tik tok.

Tik tok.

Tik tok.

Tik tok.

POLIS

Erik Obendorf

Hampir dua minggu. Tak ada petunjuk atau saksi.

Selepas menyoal jiran, kita masih tak dapat apa-apa.

Awak ada sebarang idea?

Kita masih tak dapat jadual syif loji kuasa nuklear.

Pergi minta lagi. Jumpa Tiedemann.

- Wöller, siasat bunga tayar itu lagi. - Ya.

- Jankowski, soal keluarganya. - Ya.

Mungkin dia lari dari rumah.

Dia pernah buat begitu.

Sebuah lohong hitam

terbentuk apabila sebutir bintang meledak ke dalam.

Ia mengandungi neutron.

LUBANG CACING

Maksud saya, jirim neutron.

Tapi ia tak mencukupi.

Apabila bintang yang 3 kali ganda lebih besar dari matahari mati

ia akan meletup.

Bukan, runtuh ke dalam.

Itulah lohong hitam.

Dan...

Boleh saya bantu?

Helo?

Awak murid baru?

Saya Jonas.

Awak pasti ini kelas awak?

Saya tak dimaklumkan ada murid baru.

Ada tandatangan hilang.

Okey.

Teruskan, Bartosz.

Baik.

Jadi terhasillah lohong hitam.

Tarikan gravitinya sangat kuat.

Semua benda yang berhampiran dengannya akan disedut masuk ke dalam.

Bintang lain, planet, malah cahaya juga.

Daya gravitinya sangat kuat

sehingga dapat menyedut cahaya.

Tiada apa dapat terlepas keluar lagi.

Tiada siapa tahu apa ada di sebaliknya.

Mungkin ruang kosong. Mungkin sebuah dunia baru.

Dunia yang berbeza sepenuhnya daripada dunia kita.

Saya hanya mahu tengok jadual syif semua kakitangan awak.

Erik kali terakhir dilihat di jalan hutan.

Semua jadual itu

boleh memadankan kenderaan pekerja dengan bunga tayar yang ditemui.

Awak ada perintah mahkamah?

Saya buat permintaan.

Bukan perintah.

Saya akan suruh orang cari.

Apa khabar awak?

Bolehlah.

Baiklah.

Saya mahu tanya...

Mungkinkah Erik termasuk ke dalam kawasan loji?

Gua-gua itu mengunjur sampai ke bawah loji ini.

Mustahil.

Semua pintu masuk dah ditutup bertahun lalu.

Tiada siapa boleh masuk sana.

Baiklah.

Peringatan, semua aktiviti petang

selepas pukul 4 dibatalkan untuk pertemuan ibu dan bapa.

Hanya latihan drama masih dibenarkan

tetapi mesti habis sejam lebih awal.

Akhbar sekolah akan berkumpul di kantin hari ini

bawah kelolaan Cikgu Hopf.

Katharina.

Kenapa awak datang sini?

- Saya nak jumpa awak. - Okey?

Saya tak tahu...

Awak dan Ulrich...

Anak-anak awak masih sebahagian hidup Ulrich.

Tapi saya takkan sesekali memisahkan mereka.

Mulianya hati awak.

Ulrich datang rumah awak pagi tadi?

More Malay subtitles for Dark

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left