Release info

The Adventures 2023 THAI WEBRip AMZN
A Commentary by lupin86

Tags

webrip
web
BRip
Published on: 2023-12-29
Downloads: 79
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Mentari pagi perlahan-lahan menerangi bumi.

Jessica bangun dalam keadaan segar-bugar di sebuah kem di tengah Afrika.

Dia melihat sekeliling

dan rakan-rakannya masih nyenyak tidur.

Mereka penat merentas hutan semalam.

Dua orang pemandu pelancong mereka dari Afrika sedang menyediakan sarapan.

Jessica mengambil berus giginya

dan berjalan ke arah bunyi anak sungai berdekatan.

Sambil berjalan ke sana, dia mendongak ke arah pohon-pohon yang tinggi.

Dia nampak sekawan ungka bergayut.

Dia berjalan beberapa langkah

dan ternampak rama-rama hutan yang cantik tapi aneh

yang dia tidak pernah lihat sebelum ini.

Semakin jauh dia berjalan dari kem,

dia semakin menghargai keindahan hutan ini.

...Stesen Sukhumvit. Pintu akan terbuka di sebelah kanan.

Anda boleh membuat pertukaran ke stesen lain di hentian ini.

Stesen berikutnya, Sukhumvit. Pintu akan terbuka di sebelah kanan.

Penumpang boleh menukar...

Selamat pagi, En. Joe.

Dokumen dan surat pelanggan diterjemah ke bahasa Inggeris.

Di situ, encik.

Okey.

Awak dah hubungi En. Sompong?

Ya. Mesyuarat di syarikatnya akan diadakan pukul 10:00 pagi esok.

Tidak, saya minta awak aturkan

di kilang pada pukul 4:00 petang lusa.

Saya akan maklumkan perubahan masa dan tempat.

Oh, ya. Hari ini,

tolong hubungi restoran Methavalai Sorndaeng

dan buat tempahan untuk empat orang, 7:00 malam.

Tengah hari nanti, suruh Vinai hantar anjing saya balik dari klinik.

Kemudian, pergi ke rumah saya dan bawa ibu saya ke restoran.

Baik. Buat tempahan pukul 7:00 malam di Methavalai.

Suruh Vinai jemput ibu encik dari klinik

dan hantar anjing encik ke restoran.

Ya, dan biar anjing saya pesan makanan.

Maafkan saya.

Tengah hari, suruh Vinai jemput anjing dari klinik

kemudian hantar ibu encik ke restoran.

Baiklah.

Tunggu.

Ahad depan, awak perlu ikut saya ke mesyuarat di Shanghai.

Tempah tiket dan penginapan.

Kita boleh naik penerbangan sama

dan tinggal di hotel yang sama untuk memudahkan komunikasi.

Baiklah.

Pengeluar akan memenuhi spesifikasi.

Jangan risau, kuantiti pasti mencukupi.

Apa pendapat awak?

Kita boleh tandatangan kontrak minggu depan.

Rasalah ikan kukus ini.

Saya lebih suka itik.

AKU SAYANG SHANGHAI

Maaf.

Helo, En. Ma.

Helo.

Awak Ricky?

Ya.

Saya ada barang antik yang bernilai dan langka.

Awak mungkin berminat.

Pasu Dinasti Qing.

Barang purba, berusia paling kurang 250 tahun.

Dari mana awak dapat?

Pulau dekat Chengxi.

Susah payah saya dapatkannya.

Berapa harganya?

Satu juta yuan.

Susah payah awak dapatkannya?

Kenapa awak ketawa?

Saya takkan beli.

Kenapa?

Mahal sangat?

Harga boleh tawar lagi.

Kalau awak rasa mahal sangat,

boleh kurang ke 900,000.

Tak nak.

- 800,000. - Tak nak.

Tawaran akhir.

- 700,000. - Tak nak.

- 500,000. - Tak nak.

Awak main-main?

Tak nak.

- Apa? - Awak main-main?

Ini bukan soal harga.

Tapi pasu ini...

barang tiruan.

Tiruan awak kata?

- Awak sangka saya nak tipu awak? - Ya.

Sepuhnya terlalu licin.

Pasu Dinasti Qing

ada keunikan sendiri

dengan corak yang ketara.

Ini pastinya...

dibuat di Thailand.

Ia terdedah kepada cuaca buruk.

Pasu ini dah lama.

Bawahnya terlalu sempit

dan atasnya terlalu lebar.

Awak cerewet sangat.

- Dan warnanya... - ...rekaan inovatif.

Bawa barang-barang awak pergi sekarang.

Pin rambut Maharani Balu Cixi...

pastinya asli.

Harga mencecah dua juta yuan.

Saya jual

sejuta yuan saja.

Ini juga tiruan.

Kualitinya sama.

Kenapa awak cakap ini tiruan?

Pergi sekarang.

Sebelum awak diusir.

Cubalah usir.

Tiba-tiba muncul.

Nak lawan? Berlatih sepuluh tahun lagi!

Hei!

Hei!

Ingat saya takut?

Pasu ini berusia sekurang-kurangnya 250 tahun.

Saya perlukan duitnya segera.

Saya jual murah saja, pak cik.

Berapa?

- Satu juta yuan. - Mahalnya!

Jelas sekali ini barang tiruan.

- Tengok saja dah tahu? - Tengok muka awak.

Awak selalu jual barang tiruan.

Kita dah lama kenal.

Yakah?

Okey, saya beli.

Boleh jadi pasu bunga.

Dua puluh ribu yuan.

- Lima ratus! - Apa?

Mana boleh, pak cik!

Okey, saya tak beli.

Okey, bayarlah dulu.

Orang tua kedekut. Tunggulah nasib awak nanti.

Encik.

Sebenarnya, saya nak beli dua-dua.

Maaf.

Cakap bahasa Inggeris pula. Lantaklah.

Pak cik.

Tunggu!

Hei, kita bincang dulu.

Orang Thailand?

Ya.

Maaf, saya tak tahu.

Pak cik.

- Hei, saya nampak patung ini dulu. - Jadi?

Saya nak beli dua, tapi awak ambil satu.

Saya pun nak beli.

Saya nak beli dulu.

Apa? Ia ada di sana, jadi saya ambillah.

Saya ambil ini dulu. Patung ini berpasangan.

Ada dua?

- Bagus. Saya... - Tak boleh.

Saya nak beli dua-dua. Saya yang nampak dulu.

Okey, saya beli satu saja.

Tak boleh. Saya nak beli dua-dua.

Karutlah.

Pak cik, berapa?

Berapa harganya?

Ini dijual berpasangan.

- Berapa? - Dua ribu yuan.

Mahalnya.

- Seratus yuan. - Tak!

Ini dibuat dengan tangan dan tidak dijual di pasaran lagi.

Ini warisan turun-temurun selama seratus tahun.

Jangan menipulah.

Lihat warnanya.

Juga mutu ketukangannya.

Nampak macam karya seratus tahun dulu, bukan?

Betulkah?

Mohor Dinasti Qing. Milik Maharaja Guangxu.

Apa ini?

- Dibuat untuk Zhang Bao Lin. - Siapa itu?

Dengar sini.

Lebih satu abad yang lalu...

di sebuah pekan kecil di wilayah Hunan,

ada seorang penyamun terkenal yang bernama

Zhang Bao Lin.

Menurut legenda,

dia berjanggut lebat.

Dia mengetuai geng penyamun janggut hitam.

Pihak berkuasa cuba tangkap dia, tapi tak pernah berjaya.

Penduduk kampung ketakutan.

Dua buah patung ini

diwarisi daripada keluarga Zhang Bao Lin.

Bukan calang-calang.

Diwariskan dari satu generasi ke satu generasi.

- Dua ratus yuan. - Okey.

Dua 400 yuan.

Senangnya awak jual.

Saya nak separuh.

Ini bukan ikan, mana boleh potong separuh.

Kena beli dua-dua.

Empat ratus yuan.

Okey.

Satu 200 yuan, dua 400 yuan.

Saya bukan nak terus beli.

Awak tak nampak saya tawar-menawar?

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left