The first 200 lines.
Apa yang kita akan buat, sayang?
Apa yang akan berlaku kepada kita?
Bagaimana jika kita memang muflis?
Ibu, diam.
Bagaimana saya boleh berdiam diri sekarang?
Oh Tuhan, saya pasti dirasuk sesuatu.
Kenapa di usia begini saya nak terlibat perniagaan pembinaan?
Ki Chul.
- Apa? - Sebanyak mana berita yang betul?
Dan sebanyak mana pembohongan dari berita itu?
Apa?
Saya perlu tahu untuk fikirkan langkah atau bersiap sedia.
Awak memang buat dana haram untuk menaja An Sang Tae?
Saya...
Itu...
Hei.
Seseorang yang tamak macam An Sang Tae...
takkan mengambil daripada kita saja.
- Apa? - Saya tak pasti,
tapi saya pasti dia ambil duit daripada semua jenis orang.
Tapi jika mereka sasarkan kita dan tuding jari pada kita,
itu bermakna mereka nak memusnahkan kita!
Sumbangan politik?
Itu hanya alasan!
Siapa yang cuba bunuh kita?
Kenapa?
Saya tahu!
- Jang Tae Jin! - Ibu.
Apa?
Apa yang awak cakap ini?
Jang Tae Jin cakap saya akan terima padah...
kerana menarik rambut Darli.
Dialah dalang sebenar di sebalik ini.
Apa? Awak serius?
Dan baru sekarang awak beritahu saya ini?
Tak selalunya mudah nak mencari jawapannya.
Apalah nasib!
- Sayang. - Tengok awak!
Tolong bertenang, tuan.
Oh Tuhan. Oh tak! Bertahan!
- Helo? - Awak tak apa-apa?
- Oh Tuhan! - Oh sayang.
Tolong bertenang.
Bagaimana keadaannya?
Pihak polis belum memanggil awak lagi, bukan?
Jang Tae Jin merancang semua ini...
untuk membunuh saya.
Awak mesti berpura tak tahu apa-apa pun.
Jangan lupa itu.
Jumpa awak di tempat lain.
Tunggu sekejap, tuan.
Apa itu?
Boleh awak berikan nombornya?
Jika awak tak nak menjelaskan tentang apa yang awak cakap,
awak harus pergi.
Saya ini seorang yang sibuk.
Ini Jang Tae Jin.
Saya ada hantar video pada awak. Apa kata awak periksa itu?
Tak.
Saya tak boleh sembunyikan kebenaran.
Ada sesuatu terjadi.
Awak patut pergi.
Apakah itu?
- Apa maksud awak? - Saya percaya itu suara ayah saya.
Jangan mengarut.
Adakah saya salah?
Awak salah.
Rakaman mesyuarat kakitangan kami dah bocor.
Ini menyakitkan kepala.
Saya perlu mengadakan mesyuarat tindakan balas.
Bila awak akan pergi ke balai polis?
- Apa? - Awak tak dapat dokumen?
- Dokumen apa? - Si Hyung sedang mencari awak.
Dia tak nak berjumpa peguamnya atau ayahnya sendiri,
tapi dia nak berjumpa awak. Bukankah itu pelik?
Ada sesuatu yang awak tahu?
Apa yang mesti saya tahu?
Dia burukkan nama mendiang ayah awak semata-mata untuk lari dari masalah.
Awak rasa saya nak membantu dia?
Awak memang percayakan dia kerana menganggapnya keluarga?
Saya tiada kaitan dengan penagih dadah itu,
jadi kenapa saya akan menerima dokumen rasmi?
Ini mesti agak serius.
Rakaman yang bocor.
Awak jarang meninggikan suara.
Macam mana ini tak serius...
apabila maklumat sensitif mengenai syarikat kami dah dibocorkan?
Darli.
Saya minta maaf, tapi saya tiada masa nak bergurau.
Awak patut pergi. Saya akan hubungi nanti.
Tak.
Saya tak boleh sembunyikan kebenaran.
Jika ada yang reput, ia mesti dibuang.
Jika ada kesilapan, saya mesti membetulkannya.
Dengan itu, awak boleh bangkit semula.
Saya takkan memaafkan awak hanya kerana awak anak saudara saya.
Awak akan dapat menangani ini?
Jadi, macam mana?
Siapa awak?
Kita patut berjumpa, bukan?
Jawab soalan saya!
Oh Tuhan, awak sakiti perasaan saya.
Kita kena bertegur sapa sesekali.
Siapa saya?
Saya Jin Ki Chul dari Dondon F dan B.
Apa?
Dondon?
Oh Tuhan, biadab betul.
Jangan ambil hati.
Dia hanya seorang yang bodoh.
Adakah kita saling mengenali?
Kita ada bertegur sapa tadi bila Wakil Rakyat An kenalkan kita.
Saya tak pasti. Saya terlupa.
Saya dari Dondon F dan B.
Matlamat utama kami ialah berurusan dengan francais sekarang ini.
Tapi kami akan menjalankan perniagaan tak lama lagi.
Saya Jin Ki Chul.
Oh, begitu.
Baiklah.
Kenapa awak bergurau dengan saya?
Bergurau?
Saya faham. Gurauan.
Biar betul awak fikir saya bergurau sekarang?
Mereka sedang menyita dokumen di syarikat saya. Awak rasa apa?
Adakah saya perlu serahkan video itu juga?
Atau patutkah saya memuat naiknya di Internet?
Patutkah saya buat begitu?
Awak nak lihat kejatuhan awak sendiri?
Saya tak fikir awak ada pemahaman yang kukuh tentang situasi ini.
Patutkah saya beritahu dunia tentang apa yang awak buat...
kepada Pengarah Kim Nak Chun?
Sayalah...
talian hayat awak.
Saya, Jin Ki Chul, adalah talian hayat...
Jang Tae Jin yang mulia dan perkasa.
Jangan cuba buat sesuatu kepada saya.
Diam dan tunggu panggilan saya.
Tak guna betul.
Ki Chul.
Tak guna!
Hei, Moo Hak.
Kenapa ini?
Apa maksud awak?
Kenapa awak marah?
Awak bercakap dengan Jang Tae Jin?
Apa?
Awak baru sebut namanya.
Jangan mengarut.
Jang Hae Jin. Itu adalah Hae Jin.
Macam mana saya tahu nombor Jang Tae Jin?
Kami bekas kawan sekolah.
Dia sangat biadab bila saya dah melayannya dengan baik.
Awak nak ke mana?
Awak rasa?
Kita perlu adakan mesyuarat.
Mesyuarat? Untuk apa?
Kita perlu mengeluarkan kenyataan kepada akhbar.
Dan kita perlu menjelaskan keadaan kepada pemegang francais.
Mereka akan mula menyiasat segera. Kita harus bersedia juga.
Pasukan undang-undang, perakaunan, dan PR semuanya sedang menunggu.
- Awak tak masuk ke? - Awak tak perlukan saya di sana.
Awak boleh uruskan.
Apa?
Oh Tuhan.
Saya pasti tiada apa yang akan berlaku.
Jangan risau sangat. Ya?
Semoga hari awak indah.
Saya pasti saya dengar dia cakap...
yang nyawa Jang Tae Jin ada di tangannya atau sesuatu.
Saya akan menghadiri mesyuarat itu seorang diri.
Saya perlukan awak lakukan sesuatu yang lain.
Tuan!
Hei.
Perhatikan Jin Ki Chul dari Dondon F dan B.
Jin Ki Chul, bukan Jin Moo Hak?
Siasat tentang pilihan, personaliti, kawan-kawan dan gadis-gadisnya!
Segala-galanya tentang dia.
Dapatkan semua yang awak boleh jumpa tentang lelaki ini.
Baik, tuan.
Satu perkara lagi.
Saya sedang mendengar, tuan.
Saya perlu panggil Encik Ha dan orang-orangnya kembali.
Oh Tuhan.
Saya tertanya jika dia akan muncul hari ini.
Won Tak, awak nak makan malam apa?
Burger?
Dia mati kerana saya.
Bila dia meninggal dunia, saya...
Saya...
Tak makan burger hari ini?
Hei, awak pun dengar, bukan?
Apa?
Kim Si Hyung cakap yang Pengarah Kim mati kerana dia.
Apa maksud dia?
Dia mungkin maksudkannya secara kiasan.
Saya dengar dia menyebabkan banyak masalah...
semasa mendiang pengarah masih hidup.
Bila ibu bapa meninggal dunia, anak-anak selalu rasa bersalah.
Mendiang pengarah adalah seperti ayah kepada Kim Si Hyung.
Ini Jang Tae Jin.
No comments yet. Be the first to leave one.