The first 200 lines.
Alamak!
Maaf. Maafkan saya.
Maafkan saya.
Jangan dekat!
Saya suka filem ini. Ia difilemkan di Pulau Staten.
- Oh, Tuhan! - Ganasnya.
- Saya sukakannya. - Filem ini tak masuk akal.
Kenapa kerajaan benarkan pembunuhan sewenang-wenangnya?
- Untuk melegakan tekanan. - Ya.
- Kenapa tak pergi spa saja? - Ya, atau jumpa pakar terapi.
- Atau buat rias kuku. - Atau...
Bunuh orang pun boleh, bukan?
Tapi saya bawa Tara ke sini...
supaya kita boleh keluar dari ruang bawah tanah ini.
Mari kita keluar. Kita keluar menari.
- Saya suka menari. - Ayuh kita buat sesuatu.
- Kami tak suka keluar. - Kami tak suka menari.
- The Purge tak cukup menyeronokkan? - Tak.
Tiada sesiapa pun suka menari?
- Saya suka. - Ya, saya!
- Yakah? - Saya suka menari.
Ya, dia suka. Dia memang pandai menari.
Apa gerakan kesukaan awak?
Saya cuma bergoyang.
- Bergoyang? Apa... - Saya pun tak tahu.
Saya hanya bergerak ikut muzik saja.
Kelab macam itu penuh dengan orang dungu saja.
- Saya suka di sini. Rasa selamat. - Ya, tapi tolonglah.
Awak semua hanya melepak di sini sepanjang hari.
- Hisap ganja dan kacau kawan. - Ya.
- Tapi itu seronok. - Kawan saya tak pernah kacau saya.
Saya pun.
Saya suka tatu awak.
- Saya tahu. - Itu...
- Oh Tuhan, itu... - Jangan cakap dengan dia.
- Dia ada penyakit kelamin. - Itu dulu.
- Oh, Tuhan. - Itu dulu.
- Ia boleh sembuh. - Lagipun awak yang kenalkan saya...
dengan gadis yang jangkitkan itu kepada saya.
Jadi awak sebenarnya yang beri saya penyakit itu.
- Awak pengantara penyakit kelamin. - Dia tiada insurans.
Dia tak dapat beli ubatnya.
- Saya yang buat tatu itu. - Yakah?
Ini identiti pulau ini.
- Pulau Staten. - Staten.
- Ya, S.I. - Ya.
- Cantik. - Terima kasih.
- Awak ada banyak tatu juga. - Ya.
Itu tarikh apa?
Itu tarikh kematian ayah saya.
Oh Tuhan, ayah awak dah meninggal? Saya tumpang simpati.
Tak apa. Saya tak kisah pun.
Macam mana dia meninggal?
- Awak tak perlu tanya. - Tak.
- Tidak. - Jangan tanya itu.
Soalan itu tak patut.
Dia dulu bomba.
- Jadi dia meninggal dalam kebakaran. - Oh, Tuhan.
- Ya, kami tahu. - Ya, kami tahu.
- Kami tak suka cakap tentangnya. - Kami tahu.
Sebab itu kami tak sebut pun.
- Minta maaf kepada Scott. - Itu yang sepatutnya.
- Awak mesti minta maaf. - Kalau tak, awak keluar.
Itu tak patut.
Scott, saya benar-benar minta maaf...
- sebab tanya tentang tatu awak. - Ya.
Apa?
Dia tak kisah pun. Tak apalah.
- Dia tak kisah pun. - Tengoklah dia.
- Dia gelak saja. - Saya tak kisah pun.
Kami selalu cakap tentang mendiang ayah dia.
- Ketuk. - Siapa itu?
Bukan ayah awak.
Itu memang lawak.
Oh, Tuhan. Kelakarnya.
Kami selalu buat lawak tentang dia.
Oh, Tuhan. Saya tak rindukan dia pun.
- Kelakarnya. - Ya.
Ya, macam itu. Teruskan!
Awak suka ini?
Ya, sangat suka! Teruskan!
Nanti, tunggu. Jangan berhenti!
Awak puas?
Mestilah. Awak tak dengar?
Mestilah puas.
- Dalam enam kali. - Baguslah.
- Baguslah. - Memang hebat.
- Awak puas? - Tak.
Tapi tak apa. Saya seronok.
Saya seronok tadi.
Ya.
Saya rasa bersalah sebab awak tak pernah puas.
Tak apa. Saya selalu dapat.
Cuma saya tak buat kecoh macam awak.
Saya senyap saja.
Saya macam Charlie Chaplin.
- Macam filem bisu. - Filem bisu.
Awak rasa mungkin sebab ubat antimurung itu?
Mestilah sebab ubat itu.
Ya, kalau saya tak makan ubat antimurung...
saya akan puas cepat.
Tapi awak pula takkan puas. Selepas itu awak yang murung.
Awak pula kena ambil ubat antimurung.
- Boleh saya cakap sesuatu? - Ya.
Saya tak faham kenapa kita kena rahsiakan semua ini.
Awak pun tahu sebabnya. Sebab ini istimewa.
Ini rahsia antara kita.
Kalau semua orang tahu, ia takkan jadi istimewa lagi.
Ya, tapi saya tak nak buat setakat ini saja.
Ya, saya faham. Jadi kita patut berhenti?
Bukan, saya...
Entahlah. Jadi kita berdua ini apa?
- Saya tak tahu kenapa... - Kita berdua?
- Kita... - Saya nak buat macam orang lain.
Ya, saya tahu. Cuma awak tahulah...
Mungkin pelik jadinya nanti. Kita dah lama kenal.
Sejak gred empat.
Rasa macam sumbang mahram pula.
- Mana ada. - Cuba fikir.
Kita kawan baik dan saya tak nak rosakkan persahabatan kita.
Atau hubungan kita hanya kerana sesuatu.
Ini bukan benda dungu. Tapi risikonya besar.
Tapi kita dah berasmara.
- Nak tunggu sampai apa lagi? - "Berasmara"?
- Entahlah. - Saya cuma fikir...
- awak patut dapat lelaki lebih baik. - Apa?
Awak lelaki yang baik.
Awak baik. Saya suka awak.
Kenapa awak kata begitu?
Saya suka awak juga, cuma...
Okey, boleh saya beritahu sesuatu?
Tapi janji takkan beritahu sesiapa?
Mungkin orang lain dah tahu tapi...
Ada sesuatu yang tak kena dengan saya.
- Daripada segi mental... - Apa?
Kepala saya macam tak betul sikit.
Awak faham? Macam...
Saya akan tiba-tiba berkelakuan tak keruan...
dan saya buat keputusan mendadak tanpa berfikir panjang.
Saya juga akan...
Saya pun takut...
dengan diri sendiri dan saya...
Saya tak nak buat awak takut atau cederakan sesiapa, okey?
Sebab itu saya rasa lebih baik...
kalau saya bertanggungjawab dan tak libatkan diri.
Saya tak nak awak rasa begitu tentang diri awak.
Bukan, ini...
Saya cuma tak nak menyinggung awak.
Awak memang terbaik. Awak sangat baik.
Saya tahu awak rasa saya terbaik. Saya memang hebat pun.
Tapi saya kasihan sebab awak tak rasa begitu tentang awak.
Hei, sayang.
Mak buatkan telur dadar.
Kamu nak pakai apa ke majlis tamat sekolah adik kamu?
Apa kata kamu pakai sut ayah kamu?
Entahlah. Saya rasa saya tak sesuai pakai sut.
Lagipun, semua suit itu tentu dah ketinggalan zaman.
Mak ingatkan ia dah kembali bergaya.
Satu lagi, tolong jangan hisap ganja sebelum majlis itu.
- Kenapa? - Sebab busuk dan kamu berbau.
Jangan hisap rokok elektronik juga, nanti mereka ingat itu ganja.
Pak cik mereka polis. Kita tak perlu masalah begitu.
Dia boleh pergi mati.
Saya benci keluarga itu.
Mereka berlagak hanya sebab mereka kaya.
Mereka layan Claire dengan baik.
Mak belikan kotak plastik.
Saya cuma perlukan kotak kadbod supaya boleh buang terus.
Tapi kotak plastik boleh simpan barang lain.
Ya, tapi nak simpan di mana?
Almari saya dalam dua kaki saja.
Claire, kamu nak abang pergi majlis tamat sekolah kamu?
Saya nak abang datang atau tidak? Saya tak kisah.
Cuma tak manis kalau abang tiada.
Macam tak ikhlas saja.
Saya pun tak ikhlas nak pergi. Tapi saya nak abang ada di sana.
- Dia nak kamu pergi. - Tak, dia cakap dia tak nak.
- Saya tak nak abang pergi. - Dia mesti pergi.
Tapi jangan duduk saja atas sofa. Macam peliklah.
Apa masalahnya kalau abang duduk saja atas sofa?
Ada orang yang suka pergi parti dan menari.
Ada pula yang suka duduk saja di satu sudut.
Abang suka duduk di sudut.
Terima sajalah abang kamu ini.
Satu lagi, jangan cuba pikat Layla.
- Dia dah kata dia tak berminat. - Apa kamu cakap ini?
Abang tak pernah pikat dia.
Dia yang terhegeh-hegehkan abang dan abang yang kena mengelak...
dengan sedaya upaya, hanya kerana hormatkan kamu.
Abang hanya rasa dia cantik pakai seluar itu.
- Oh, Tuhan. - Jadi abang puji sajalah.
- Jangan buat begitu. - Tak sangka itu pun dah jadi dosa.
Sut ayah kamu dalam bekas kedap udara dalam garaj.
- Ya? - Pilih salah satu yang cantik.
Kamu mesti nampak kemas. Kita nak raikan adik kamu.
Kamu tentu rindukan dia bila dia dah pergi nanti.
Ya, raikan saya.
Begitu cepat masa berlalu.
Tak sangka kamu sudah tamat sekolah tinggi.
Abang akan rindukan kamu.
No comments yet. Be the first to leave one.