Release info

Tokyo Tarareba Musume ep07
A Commentary by ilovemassu
Translated from English subtitle by MaRGa_ps

Tags

other
Published on: 2017-03-11
Downloads: 25
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Apabila menemui jalan buntu dalam hidup, selalunya kita...

mahu pergi ke satu tempat yang jauh.

Aku selalu fikir, kalau aku jumpa lelaki yang baik,

dan jika dia sukakan aku, semua perkara akan jadi OK.

Selama ini aku hidup dengan andaian seperti itu.

Menemui seseorang yang juga sukakan aku, akhirnya peluang itu datang.

Aku sukakan kau. Sudi kau jadi teman wanita aku?

Ya!

Walaupun begitu...

Kami tidak serasi.

Aku fikir mungkin perkara lain akan OK

lepas aku boleh menyesuaikan diri dengannya,

tapi kenyataannya, citarasa kami sangat berbeza... ini semua mustahil.

Jaga diri.

Aku terpaksa lepaskan peluang itu.

Seorang wanita berumur 30 tahun...

perlu mula fikirkan tentang kehidupan dengan teliti dan cepat...

Weh, kenapa dengan kau, Rinko?

Kau buat muka seperti seorang heroine sebuah tragedi.

Bukan~ Aku sedang fikirkan tentang kehidupan...

Ah! Ikannya nampak sedap!

Sake buatan tempatan juga nampak sedap.

Betul tu!

Maaf~ Aku datang ke sini untuk buat kerja.

Jangan cakap perkara yang membosankan seperti itu.

Sebab kami datang untuk tengok laut.

Kami tak akan ganggu kerja kau.

Ah, aku datang ke sini pun hanya untuk melawat lokasi pergambaran.

Sebuah drama untuk memulihkan sebuah pekan...

Hayasaka-san sangat baik hati. Dia berikan kau kerja.

Ketika aku nampak dia depan rumah aku tempoh hari, aku ingat sesuatu telah terjadi.

Hayasaka-san?

Rinko-san.

Mengenai ini...

Sebuah drama untuk mempromosi pekan Kitaizu?

Ya, sebenarnya ini adalah kampung halamanku.

Bekas guru sekolah menengah aku, sekarang bekerja dengan persatuan pelancongan.

Dia betul-betul serius untuk menghasilkan drama ini, jadi dia tanya...

jika aku tahu mana-mana penulis skrip.

Oh begitu...

Rinko-san, kau mahu cuba?

Aku?

Walaupun tidak banyak, kau akan dibayar... Apa pendapat kau?

-OK! Kalau kau mahu aku yang buat. - Terima kasih.

Sejujurnya, aku tak berminat untuk melakukannya.

Tapi sebab aku terhutang budi dengan Hayasaka-san, aku tak boleh menolak.

Kenapa kau tak berminat dengan kerja ini?

Kerana, walaupun ini adalah sebuah drama...

Ini hanya sebuah video berdurasi 5 minit yang akan disiarkan di internet.

Ah, aku bukan merungut kerana ini kerja yang kecil.

Begini. Aku berada dalam keadaan di mana aku sedang berberfikir

samada aku mahu terus menjadi penulis skrip atau tidak. Tiba-tiba kerja ini muncul.

Perkara merepek apa yang kau cakap ini?

Betul, untuk hidup kau perlukan duit, tahu tak?

Kalau kau ada masa untuk berfikir, kau sepatutnya gunakan masa itu untuk bekerja.

Ya, kau perlu bersyukur sebab kau masih boleh makan.

Baik...

Rehat makan tengahari!

Rehat makan tengahari!

Sebuah drama untuk mempromosikan sebuah pekan?

Ianya satu kerja yang kecil, jadi aku teragak-agak pada mulanya

- jika kau patut minta tolong Rinko-san atau tidak. - Dia setuju dengan kerja itu, kan?

Aku fikir bagus jika dia mendapat kembali

keyakinannya sebagai seorang penulis skrip.

- Nah! Aku berikan kau lebih. -Ah...Terima kasih!

- Kau berdua sedang bercakap mengenai Rinko-san sebentar tadi, kan? - Ya.

Sangat mengejut, kan? Mereka sudah pun berpisah.

- Apa!? - Apa!?

P...Putus...Maksud kau... dengan lelaki yang dia akan kahwini itu?

Kau berdua bukan bercakap mengenai perkara itu?

Uh...Eh...Erm... Sudah jadi begitu...?

Ya, semalam aku mesej dia, cakap: "Kenalkan aku dengan teman lelaki kau"

dan dia tidak balas...

Yeke...

Kalau aku mahu pilih seseorang untuk aku kahwini,

orang seperti Hayasaka-san adalah sangat sesuai!

Tidak diragui, kan?

Waktu itu, kenapa kau menolak Hayasaka-san?

Jangan cakap perkara itu!

Aku juga tertanya-tanya...

selama ini tentang perkara itu...

8 tahun yang lalu, ketika aku menerima luahan perasaannya.

Kalaulah aku menjalinkan hubungan dengan Hayasaka-san...

Bagusnya kalau kita boleh putar semula masa.

Jika ada mesin masa...

- Sudikah kau jadi teman wanitaku? - Maaf.

Aku mahu kembali ke hari itu, dan beritahu aku yang berusia 22 tahun.

Dia baik orangnya, tapi...

Tunggu dulu!!!

Eh..Siapa?

Aku adalah kau dari 8 tahun akan datang.

Aku?

Kau akan menyesal menolak Hayasaka-san.

Tapi...

Hayasaka-san membosankan, dan aku baru berusia 22 tahun.

Aku pasti akan bertemu dengan orang yang lebih baik di masa akan datang...

Perempuan "Kalaulah" ini!!

Kau tak akan jumpa mana-mana lelaki yang baik!

Eh? Yeke?

Pergi masuk dan beritahu Hayasaka-san kau setuju dengan pelawaannya.

Dan kalau aku bersetuju?

Kau akan jadi gembira!

Faham! Aku akan jadi gembira!

Berjaya!!!!!

Dengan mesin masa!!

Shh! Diam!

Ah... Maaf.

Aku juga mahukan sebuah mesin masa.

Aku juga.

Kau juga setuju, kan?

Kepada semua ahli sains di seluruh dunia. Aku merayu!

Tolong cipta mesin masa untuk kami Perempuan-perempuan "Kalaulah" ini!!

Perempuan-perempuan "Kalaulah" Tokyo

Subtitles by MaRGa_ps, pinkandfluffy, sora_cantabile and Waoow @ d-addicts

- Wah! Udaranya sangat segar. - Ah..rasa sangat nyaman!

Ah Rinko, itu.

Apa?

- Itu untuk kau, kan? - Kedatangan yang sangat dialukan.

Cepat, pergilah.

Uhm.. Erm...

Maafkan saya...

- Adakah kau Kamata Rinko-sensei?? - Ah, Ya, saya Kamata.

Kami sedang menunggu kedatangan sensei.

Saya tidak ada kedudukan untuk dipanggil sensei.

Tidak, tidak. Selamat datang.

Aku Taguchi daripada Persatuan Perlancongan.

Ah! Bekas guru Hayasaka-san?

-Ya! - Aku Yoshikawa!

- Aku Hirayama! - Terima kasih atas bantuan semua.

Tapi kami tidak sangka sensei adalah seorang gadis muda!

- Jangan panggil saya gadis muda... - Maaf... Gadis muda berdua ini adalah...?

- Dia baru sahaja panggil kita "gadis muda". - Shh...!

Mereka adalah kawan rapat saya.

Mereka mahu ikut, jadi saya bawa mereka bersama.

Mereka tak akan mengganggu.

- Kami akan bersiar-siar sendiri. - Ya, jangan risau pasal kami.

Tidak, tidak! Kami mengalu-alukan kedatangan semua!

Bila orang muda dan cantik datang ke sini,

- pekan ini mula bersinar semula! - Ya!

Orang muda dan cantik!?

Sebuah pekan yang indah!

- Betul! - Ya, betul!

Bila gadis comel memuji kita, aku rasa gembira!

Co!

Gadis comel!!?

Sudah bertahun kita tidak dilayan sebagai gadis-gadis muda!

Tambahan lagi, "Muda", "Comel" dan "Cantik".

Mereka gunakan kata-kata yang terbaik!

Jika difikirkan semula, dari pandangan seorang yang berusia 60 tahun, perempuan 30 tahun adalah muda baginya.

Tak mengapa! Rasa sangat seronok!

Betul tu!!

Terima kasih kerana menghasilkan manuskrip ini!

Rasa sangat seronok dapat membacanya!

- Hasil kerja seorang yang profesional adalah berbeza! -Ah.. Tidak...

Kebelakangan ini, banyak majlis perbandaran menghasilkan video promosi untuk memulihkan bandar,

Sekarang, tujuan kami adalah...

untuk menarik kedatangan orang ramai untuk menetap disini disamping para pelancong.

Ya...

Tapi, untuk menerima sebuah manuskrip daripada seorang yang profesional...

kami betul-betul berterima kasih!

Ah tidak! Tolong berhenti! Sila duduk!

Jadi...

Ya!

Ah.. Erm... Siapa pengarahnya?

Aku akan jadi pengarahnya.

Eh? Ah... Eh? Kalau begitu... krew yang lain...?

Aku akan jadi jurukamera!

Aku akan bertanggungjawab terhadap pencahayaan.

Kalau begitu... Para pelakonnya?

Kami akan bawa seseorang dari pejabat kami untuk berlakon.

Jangan risau! Dia bekas ahli kelab teater semasa di sekolah tinggi!

B-Ba-Baik.

Ini adalah pengalaman pertama aku semumur hidup. Mungkin aku tak akan dapat tidur malam ini.

Tak, tak, tak... Aku risau.

Seorang berusia 50 tahun seperti aku akan memegang kamera sepanjang penggambaran, hehehe.

Tak perlu risau, semua akan berjalan lancar.

Kami akan bekerja keras untuk penggambaran esok.

- Tolong berikan tunjuk ajar pada kami! - Kami minta bantuan kau.

OK...

Tapi, aku tak fikir semuanya akan berjalan lancar!!

- Pemandangannya cantik~ - Aku gembira kita datang ke sini.

Bukankah kau tangkap terlalu banyak gambar?

Kalaulah Ryo-chan adalah teman lelaki aku...

Aku akan hantar mesej kepadanya seperti "lautan yang cantik"...

- dan "jom datang ke sini bersama-sama lain kali". - Kaori memang seperti seorang wanita.

Koyuki, kau tak ingin hantar mesej seperti itu?

Tidak juga...

Oh begitu.

Kau memang berterus terang seperti biasa.

Bila kami bersama, aku mahu lakukan banyak perkara,

tapi bila kami berada di tempat berbeza, aku mahu bebas, aku tak mahu terikat.

Sekejap.

Helo.

Koyuki-san? Boleh aku datang ke kedai hari ini?

Maaf, hari ini aku berada di Kitaizu bersama Rinko dan Kaori.

Yeke... Tak bolehlah kalau begitu.

- Maaf. - Tak perlu minta maaf.

Aku hanya ...mahu jumpa kau.

Aku akan belikan kau buah tangan.

OK.

More Malay subtitles for Tokyo Tarareba Girls

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left