The first 200 lines.
Salam, para manusia.
Apa awak akan lihat ialah rekod sejarah hidup saya sebagai seorang detektif.
Faktanya telah diperiksa dengan rapi.
Ia juga sangat sulit.
Saya telah bersetuju untuk mendokumenkannya
kerana kepakaran saya adalah tak ternilai kepada sesiapa yang mahu jadi detektif.
Yang berkemungkinan adalah semua orang.
Apapun, jangan cuba lakukan apa yang awak akan lihat, di rumah.
Dunia berisiko tinggi seorang detektif profesional
adalah berbahaya, bergerak pantas dan tidak dapat diramal .
Terutamanya bahagian yang melibatkan trak, tingkap, dan beruang kutub.
Kesilapan telah dilakukan.
Sepatutnya saya berundur.
Cerita ini, bukan trak itu.
Di sinilah tempat tinggal saya.
Bukan di sana, di sini.
Di North Portland, di bawah bayang-bayang menara air ini.
Nama saya Failure, Timmy Failure.
Nama saya pernah dieja begini.
FAYLEURE
Namun seseorang telah mengubahnya.
Sekarang, ia dieja seperti ini.
Nama saya mengelirukan, kerana saya sama sekali tidak begitu.
Hanya satu perkara yang penting kepada saya
kehebatan.
Saya ialah pengasas, presiden dan CEO agensi detektif saya sendiri.
Ia adalah agensi detektif terbaik di bandar ini.
Mungkin juga, di dunia.
Ini adalah kes terbaru saya.
Mungkin kes paling besar dalam kerjaya saya.
Itu adalah rakan kongsi saya Namanya Total.
Dia adalah beruang kutub seberat 1,500 paun.
Dia diklasifikasikan sebagai spesies terancam kerana rumahnya di Artik mencair.
Dalam masa 15 tahun, ia akan berundur lebih lagi daripada 200 tahun sebelumnya.
Jadi dia merayau untuk mencari makanan.
Pada mulanya di lautan
KASTAM AS DAN PERLINDUNGAN SEMPADAN
kemudian di darat
sehinggalah beruang ini tiba di Portland.
Stumptown, bandar di hujung laluan.
-Awak nak pergi begitu saja? -Saya perlu menjalani kehidupan.
Mengapa awak tak tinggal di sini dengan kami seperti yang awak janjikan?
-Saya minta maaf, sayang. -Minta maaf, baiklah. Tak guna!
Tempat di mana keadaan jadi pelik.
Beruang itu terjumpa rumah kami
dan bijirin saya.
Kami beli bijirin yang sedap.
Pada mulanya, dia menunjukkan sikap yang rajin dan bertanggungjawab.
Maka saya ubah lesen rasmi agensi saya
dan bersetuju untuk jadikan dia seorang rakan kongsi penuh.
Ia adalah satu kesilapan.
Ketekunan dan tanggungjawab yang ditunjukkan adalah satu penipuan.
Ia sesuatu yang beruang kutub lakukan.
KEHEBATAN
Mod pengangkutan saya adalah kunci kejayaan saya.
Ia dipanggil Failure Mobile.
Ia adalah mesin mengagumkan yang memberi saya akses tanpa had ke seluruh bandar.
Semua orang hormat kepadanya.
Di jalan Portland yang berbahaya ini, penghormatan adalah penting.
Ia sebenarnya milik emak saya yang memenanginya dalam cabutan loteri gereja.
Saya menang! Akhirnya saya menang!
Dia memanggilnya penenang jiwanya.
Jadi dia menetapkan peraturan bila dan bagaimana saya boleh menggunakannya .
Jangan sekali-kali lakukannya!
Saya rasa ia kurang jelas
jadi saya gunakannya.
Hubungan saya dengan polis agak bermasalah.
POLIS PORTLAND
Mereka mengagumi bakat saya, namun membenci hakikat saya enggan bekerjasama.
Saya tak perlu melakukannya, kerana perniagaan sedang berkembang.
Portland adalah sebuah bandar yang dipenuhi jenayah, rasuah
dan orang Rusia.
Itu adalah satu kesalahan.
-Helo, Gunnar. -Hei, Timmy. Apa yang awak mahu?
Saya difahamkan ada orang curi beg galas awak.
-Betul, kenapa? -Mungkin awak hairan bagaimana saya tahu.
Saya telah menampal notis di seluruh sekolah.
Saya mahu awak tahu yang kami profesional dan sangat berhati-hati.
TOTAL FAILURE INC., AGENSI DETEKTIF
KAMI TAKKAN GAGAL, WALAUPUN NAMANYA BERMAKNA BEGITU
Kami boleh cari beg galas awak.
Siapa 'kami'?
Kita membuang masa yang berharga.
Biasanya saya simpan beg galas di sana.
Apa yang paling saya sayang adalah pisau tentera Swiss saya.
Ia berada di bahagian poket depan.
-Jadi awak orang Switzerland? -Tidak.
-Awak bergaduh menggunakan pisau? -Saya memilikinya untuk pengakap.
Saya sedang berusaha untuk dapatkan lencana kemahiran ketahanan hidup.
Saya perlu bertahan dua hari dalam hutan, dengan hanya sebilah pisau.
Bertahan apa sebenarnya?
Apa sahaja yang mendatang.
Ya, ya!
Semoga berjaya, nak.
Mungkin lebih baik awak dapatkan lencana memerhatikan burung.
Saya perlu membuat kerja rumah saya sekarang, Timmy.
Adakah ini untuk pengawasan musuh?
Ia untuk melihat bintang.
Bagus, saya rasa kita dah selesai di sini.
-Awak tak lakukan apa-apa pun. -Salah.
Saya meninjau tempat kejadian dan mendapat kesimpulan menyeluruh.
Beg galas, hilang.
Saya akan keluar sendiri.
Itu adalah almari.
Betul.
KRIB GABE, TIDAK DIBENARKAN MASUK, JANGAN SEKALI-KALI!
GABE
-Siapa awak? -Saya Timmy. Siapa awak?
Saya Gabe.
-Awak tinggal di sini? -Tidak, ada orang tulis
nama saya di atas dinding.
Kenapa dengan skarf pelik itu?
-Ia buat saya unik. -Ya, ia juga tidak normal.
Normal untuk orang biasa.
Tutup pintu itu, budak pelik.
Dengan awak di luar!
Keluar atau saya akan tumbuk awak!
Timmy, awak gila untuk masuk ke sana.
Gabe dah sekolah menengah. Dia itu kurang waras.
-Saya mencari petunjuk. -Awak jumpa apa-apa?
Sudah tentu. Gabe, sangat biadab.
Beg galas, hilang.
Gabe, sangat biadab.
Adakah saya terlepas sesuatu?
Ketika malam menjelma, saya masih bergelut dengan kerumitan kes Gunnar.
Berita baiknya ialah emak saya ada dua pekerjaan.
Bolehlah saya bersendirian untuk bekerja dengan aman dan tenang.
Berita buruknya ialah keadaan pejabat saya yang sempit.
Timmy, mak sudah pulang.
Ia tak berperikemanusiaan.
Timmy?
BAS BURGER
Saya ada rancangan untuk mengubah suai, jadi saya telah mengadakan telesidang.
-Mak. -Ya?
Ia akan membantu jika mak buang semua pakaian.
Saya perlukan ruang pejabat yang lebih luas.
Mak takkan buang pakaian.
Awak perlukan pejabat yang lebih besar, carilah di tempat lain.
Makan burger awak.
-Pelayan. -Ya?
Saya perlukan senarai hartanah.
-Awak serius? -Dia tak serius.
-Saya benar-benar mahukannya. -Tidak, terima kasih saja.
-Okey. -Makan.
Saya mungkin akan pindahkan pejabat saya ke pusat bandar. Lebih berprestij.
Kenapa hadkan diri awak ke pusat bandar?
Ia adalah ibu pejabat dunia awak, awak perlu bercita-cita lebih tinggi.
-Bercita-cita lebih tinggi? -Ya, contohnya
saya selalu mahu tinggal di Bandar New York.
Perkembangan muziknya, muzium, pertunjukan Broadway.
Awak pasti suka Broadway, kawan. Pejabat awak sepatutnya di situ.
PERSEMBAHAN SEKARANG, FAILURE! MUZIKAL SEMUA PERSEMBAHAN HABIS DIJUAL
Failure!
Saya akan tinggal di portland.
Jika awak habiskan semua makanan awak
kita akan dapatkan senarai hartanah dalam perjalanan pulang.
-Hartanah komersial? -Sudah tentu. Lebih berprestij.
Nota fail, pertimbangkan mengambil ibu untuk kedudukan perancangan global.
Terima kasih, kawan.
PORTLAND, OREGON
Pandangan tinggi saya memulakan pencarian ibu pejabat dunia
yang sesuai dengan agensi saya.
PERSYARIKATAN TOTAL FAILURE
Sewanya lebih tinggi daripada yang dijangka.
Penting untuk kita selesaikan segera kes Gunnar.
Timmy, bangun!
Apabila kami berjaya selesaikan kes Gunnar, kami akan dapat berbilion dolar.
SEBELUM SAYA MATI
Dengan semua wang yang ada, kita boleh membuka pejabat baru kita
di pusat bandar.
Kita akan pergi semula ke rumah Gunnar selepas sekolah.
Ambil cap jari dan juga sampel rambut.
Saya sayang awak!
Hei, Timmy, cepatlah, nanti awak akan lewat!
Kita akan bersidang semula pada waktu rehat.
Saya pun tak suka.
Ia adalah peraturan sekolah.
Mereka anti beruang.
SERTAI KAMI MERAIKAN BULAN KESEDARAN HAIWAN!
Hipokrit!
Awak lewat, Failure. Lagi sekali.
Encik Crocus. Dia bermasalah.
Failure, sekarang giliran awak untuk menjaga Hammy Ham.
Ambil dia di rumah Maxine esok selepas sekolah.
Saya tak boleh. Saya sibuk.
Saya tak kisah menjaga Hammy Ham untuk seminggu lagi
atau lebih lama lagi.
Tidak. Failure, awak ambil hamster itu atau awak ditahan.
-Apa kesalahan yang awak lakukan? -Membunuh. Awak?
Tidak menjaga hamster kelas saya.
-Saya akan ambil tikus itu. -Pilihan yang bagus.
Orang yang duduk dengan saya juga bermasalah.
Seperti dia.
Hai, Timmy.
Molly Moskins.
Dia senyum terlalu banyak dan berbau seperti tangerin.
Kosongkan meja awak, kita akan ada kuiz.
Dia juga, Charles Tookus.
Lebih suka dipanggil Rollo, dia bekas pekerja agensi saya.
-Adakah ini kuiz mengejut? -Awak tahu mengenainya?
No comments yet. Be the first to leave one.