Our Beloved Summer

Our Beloved Summer (그 해 우리는)

Download Malay Subtitle

Release info

그-해-우리는-Our-Beloved-Summer-E14-NEXT-NF
그-해-우리는-Our-Beloved-Summer-E14-WEB-DL-NF
A Commentary by Hennessey
Netflix - NEXT

Tags

other
Published on: 2022-01-19
Downloads: 31
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Kata orang, semakin kita cuba untuk tak endahkan masa silam

semakin kita terperangkap di dalamnya.

Yeon-su tak ada ibu bapa, sebab itu nenek dia jemput dia.

Kenapa awak tak ada ibu bapa?

Awak tak boleh main jadi mak dan ayah.

Saya tak nak main pun.

Begitulah saya.

Hei, jangan pedulikan dia lagi.

Dia tak pedulikan kita dan hanya pentingkan diri.

Betul. Yeon-su tak pernah belanja kita.

Asyik kita saja.

Tapi dia tak minta kita belanja dia.

Tapi dia tak malu sebab terima saja.

Walaupun masa berlalu…

Saya harap…

kemiskinan kita takkan sampai

ke tahap melarat.

dan saya dah dewasa…

saya masih lagi budak kecil yang sama di taman permainan itu.

Begitulah kehidupan saya.

Saya…

Saya nak berpisah.

Untuk elak diri daripada dilukai…

Hubungan…

saya lukai orang yang saya sayang.

Hubungan ini

dah tak bermakna buat saya.

Perpisahan sebagai perisai kelemahan diri.

Ini pesanan encik.

- Terima kasih. - Terima kasih.

- Terima kasih. - Terima kasih.

Saya berpura-pura segalanya okey

dan berharap satu hari nanti saya akan lali.

Mungkin hari itu.

PANGGILAN MASUK CHOI UNG

Hari

yang tiada dalam ingatan Ung.

Hari Ung hubungi saya buat kali pertama selepas kami berpisah.

Saya cuma nak tahu sebab kita berpisah.

Itu saja, Yeon-su.

Jika awak tak beritahu saya,

saya tiada pilihan selain membenci diri saya.

Saya akan fikir diri saya memang layak untuk dibuang.

Hidup saya buat masa ini…

terlalu sempit.

Keluarga saya berdepan dengan masalah kewangan.

Saya tiada masa untuk bercinta.

Selain itu…

tiada sebab untuk saya libatkan awak dalam kesengsaraan saya.

Itulah sebabnya.

Itu saja?

Lebih baik jika awak cakap awak dah tawar hati dengan saya.

Jika…

itu sebabnya awak tinggalkan saya…

ia tak masuk akal.

Kenapa kita berpisah?

Begitulah masa silam.

Semakin saya cuba lepaskan diri,

semakin kuat cengkaman yang memerangkap saya.

Memaksa saya melakukan kesilapan yang sama sekali lagi.

EPISOD 14 HIDUP ITU INDAH

Kenapa tiba-tiba saja?

Saya sentiasa tertanya-tanya.

Walaupun kita bertengkar, berpisah dan bersama semula berulang kali,

tapi saya sentiasa yakin.

Saya yakin yang kita akan sentiasa kembali bersama.

Tapi pada hari itu,

saya keliru.

Kerana awak nampak begitu terdesak untuk berpisah.

Apa sebabnya?

Saya

letih.

Awak pun tahu, saya sibuk dengan kerja sambilan dan mencari kerja.

Apa gunanya ungkit hal lepas?

Saya tak nak kita ingat lagi.

Yang penting, kita bersama.

Okey.

Dah lewat. Saya patut balik.

Kebelakangan ini, nenek marah kerana saya selalu balik lewat.

- Biar saya hantar. - Tak apa. Saya ambil teksi.

Awak baru sampai. Berehatlah.

Yeon-su.

Hati-hati.

Okey.

Kamu dah balik?

Dah makan? Kamu makan di luar?

Kenapa? Ada sesuatu berlaku?

Tak. Tak ada apa.

Hei…

Budak itu datang tadi.

Saya tahu.

Sumpah, nenek tak hubungi dia.

Dia datang sendiri.

Apa nenek cakap dengan dia?

Nenek marah dia lagi, bukan?

Taklah.

Kamu fikir nenek cuma tahu marah saja?

Yeon-su, nenek nak tanya.

Ya.

Dulu, kamu berpisah dengan dia

kerana kesusahan hidup kita?

Apa?

Kamu

tinggalkan dia kerana kamu terpaksa pikul

semua bebanan sendirian?

Taklah. Kenapa nenek fikir begitu?

Kami berpisah kerana kami bertengkar teruk.

Nenek pun tahu, saya panas baran sama seperti nenek.

Jangan fikir yang bukan-bukan.

Di sini paling hangat.

Nenek, boleh saya tidur dengan nenek malam ini?

Kalau ada apa-apa, nenek boleh beritahu saya.

Tapi…

Yeon-su tak benarkan nenek beritahu kamu apa-apa.

Nenek katakan ini sebab kamu sendiri datang ke sini.

Ya.

Kamu suka cucu nenek, bukan?

Saya suka dia lebih daripada yang nenek bayangkan.

Bagus. Itu saja dah memadai.

Nenek nak kamu sentiasa di sisinya.

- Nenek tak perlu risau… - Maksud nenek,

pastikan kamu akan terus bersama dia buat masa yang lama.

Jangan tinggalkan dia.

Sejak dia kecil,

nenek satu-satunya orang dalam hidupnya.

Dia tiada kawan atau keluarga.

Apa pun halnya, dia sentiasa pikul beban seorang diri.

Ketika keluarga kami hidup melarat,

dia keluar cari rezeki seorang diri.

Apa pun, nenek percaya yang sejak dulu lagi

dia sentiasa menyukai kamu.

Jangan biarkan Yeon-su kesunyian

dan sentiasa bersama dia.

Baiklah. Jangan risau.

Nenek tahu kata-kata nenek ini

akan menjadi bebanan yang berat buat kamu.

Tapi nenek tiada pilihan.

Kerana nenek takkan dapat menemani dia buat selamanya.

Jadi, nenek minta bantuan kamu.

Nenek.

Ada sesuatu pernah menimpa keluarga ini?

Apa?

Okey.

BERSAMA UNG

Aduhai, kamu buat pak cik terkejut.

Berhenti merakam. Kamu tak patut rakam ini.

Dah lama saya tak datang. Kenalah rakam semuanya.

Kamu pun tahu tak elok untuk rakam.

Padamlah.

- Sayang, apa itu? - Apa maksud awak?

Awak ambil duit, bukan?

Saya tak ambil apa-apa. Saya cuma buat kira-kira.

Saya dah pesan, jangan beli joran lagi.

- Ya. - Dah tiada ruang.

- Betul. - Okey. Serahkan.

Hei, saya tak ambil pun.

- Serahkan. - Ini duit untuk barang dapur.

Ji-ung, biar mak cik periksa berapa banyak dia ambil.

- Ji-ung, padam. - Tunjuklah. Jangan.

- Tunjuklah. - Macam mana ini?

- Tunjuklah. - Bila nak bertolak?

Saya dah sedia.

- Chang-sik, mari sini! - Sayang! Awak nak pergi memancing lagi?

- Kita bincang dulu! - Mengarut!

- Tunggu! - Hei!

- Mari sini! - Ho!

- Mari sini. - Mari memancing.

Memancing? Awak dah gila.

Helo.

Tak, saya baru nak keluar.

Kenapa dia nak jumpa awal pagi ini?

Okey.

- Dokumentari awak dapat sambutan. - Ya.

Ramai yang suka.

- Ya. - Aduhai, menjengkelkan betul.

Serahkan Chae-ran. Saya nak guna.

Melihatkan gaya awak ini, patutlah semua rancangan TV awak gagal.

Dia bukan objek untuk awak guna sesuka hati.

Kim Ji-ung!

Helo.

Kenapa baru sampai?

Lama saya tunggu awak.

Saya keluar pejabat tak sampai beberapa jam pun.

Ji-ung, awak tak rasa amat terhutang budi pada saya?

Awak tak rasa ingin balas budi saya dan ada rasa hormat pada saya?

Saya dah kata dokumentari ini pasti berjaya.

Ini kali pertama dalam 54 minggu episod pertama kita dapat sambutan.

Kenapa muram saja? Rancangan TV kita dibatalkan?

Awak tak gembira?

Saya gembira.

Apa halnya ini?

Chae-ran, kenapa dengan Ji-ung hari ini?

Dia kurang rehat, tentu dia penat.

Dia tunjuk perasaan.

Okey.

Awak boleh buat dokumentari alam sekitar.

Awak patut nikmati saat ini.

- Saya akan makan bersama pengarah… - Tak apa.

Lupakan saja.

Biadab betul.

More Malay subtitles for Our Beloved Summer

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left