Antz

Antz

Download Malay Subtitle

Release info

Antz 1998 720p BluRay X264-AMIABLE
A Commentary by ShasyaLala
Astro GO Retail.

Tags

BluRay
x264
720p
720
Published on: 2023-03-04
Downloads: 50
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Sepanjang hidup, saya tinggal dan bekerja di bandar besar.

Apabila difikirkan, itu satu masalah kerana saya...

...rasa kurang selesa di tempat sesak.

Memang betul, saya takut ruang tertutup.

Ia membuat saya rasa sentiasa terkurung.

Saya yakin ada dunia yang lebih baik di luar sana.

Mungkin saya terlalu fikir sangat.

Mungkin puncanya zaman kanak-kanak saya yang sentiasa gelisah.

Mak saya tak pernah ada masa untuk saya.

Saya anak tengah, lima juta adik-beradik.

Memang tak dapat perhatian, tak mungkin.

Emosi saya terganggu kerana ditinggalkan bapa.

Bapa saya dron.

Dia terbang pergi masa saya masih larva.

Kerja saya pun satu masalah. Saya benar-benar tak suka.

Saya tak sesuai jadi pekerja, saya cakap jujur.

Saya tak mampu dari segi fizikal.

Saya tak pernah mampu angkat 10 kali ganda berat badan saya.

Kerja menggali tanah. Itu bukan kerjaya yang baik.

Konsep organisma super ini, saya tak faham.

Saya perlu gadaikan hidup kepada koloni?

Bagaimana dengan kehendak saya?

Pasti ada dunia yang lebih elok daripada ini.

Jika tidak, saya pasti duduk menangis setiap hari.

Sistem ini membuat saya terasa kecil.

Bagus, ini satu pencapaian cemerlang.

Betul?

Ya, Z. Memang betul awak kecil.

Betul?

Tingkat bawah.

Pekerja.

Askar.

Pekerja.

Kita ulang.

Pegang kuat-kuat. Ayun laju, tegakkan badan.

Tumpukan perhatian, ulang.

Okey, aku perlu berfikiran positif walaupun aku tak penting.

Aku tak penting tapi positif.

Maaf, Z. Tak nampak awak. -Bagus, Azteca.

Ini berhasil. Saya tak penting dan tidak diperasan orang.

Sekarang awak faham.

Soalnya, bukan awak tapi pentingkan kumpulan.

Pentingkan semua ini.

Lubang pada tanah?

Okey, kita bersemangat?

Ya! -Ya!

Ya. -Bagus!

R-1734 hingga Z-7829, tugas kamu di bola besi.

Ya, tuan. -Baguslah. Ya, tuan.

Ingat, Azteca. Bayangkan bola besi.

Itu penting. Bayangkan kita ini bola besi.

Sudahlah. Saya suka kerja ini.

Awak pula terlalu memikir sangat.

Mari, Z. Kita bina koloni yang lebih besar dan kuat.

Cubalah bergembira.

Ya, boleh. Tak salah jadi bola besi.

Ingat, pekerja! -Lagi.

Jadi bola besi.

Biar tenaga bergerak melalui kamu.

Tahan sajalah. Ini demi kemajuan koloni.

Pasti ada yang akan buat dakwaan nanti.

Sekali lagi! -Kuat lagi!

Tempat tinggi buat saya rasa mual.

Jangan!

Z. -Ya, saya tahu. Salah saya.

Golongan pekerja memang lemah, tiada disiplin.

Tiada komitmen.

Jeneral, saya tahu ada sedikit kesulitan.

Tapi semua orang bekerja bersungguh-sungguh.

Bukan salah kamu. Dah memang begitu sifat kamu.

Apa-apa pun, kamu akan siapkan terowong ini mengikut jadual.

Jangan ada alasan.

Sesiapa yang lalai perlu berikan sebab kepada Kolonel Cutter.

Ingat, kolonel tidak lembut hati seperti saya.

Bersurai.

Empat hari lagi, Cutter.

Kemudian kita boleh buang mereka selama-lamanya.

Ya, tuan.

Permulaan baru. Bayangkan.

Koloni yang kuat, tuan. Koloni yang boleh dibanggakan.

Tapi matlamat kita belum tercapai.

Cutter, pasukan askar anai-anai sedang menuju ke arah kita.

Apa?

Kita perlu kerahkan pasukan untuk serang koloni mereka.

Serang koloni anai-anai? Itu bunuh diri namanya.

Betul. Ada senarai yang saya minta?

Ya, jeneral. Ini senarai mereka yang setia kepada ratu.

Kerahkan mereka. Sungguh malang, mereka ini anggota yang baik.

Tidakkah perlukan perkenan ratu untuk mengisytiharkan perang?

Mari, Cutter.

Jeneral sudah lama kita berdamai dengan koloni itu.

Kenapa mereka nak serang kita? -Mereka mahu tanah kita.

Mereka ingin mengembangkan kawasan jajahan.

Mungkin mereka sangka kita ini dah lemah.

Mengapa tidak hantar duta untuk berunding?

Janganlah korbankan askar.

Percayalah, saya sayang setiap semut koloni ini.

Itu sebab kita mesti serang sementara sempat.

Bayangkan jika askar anai-anai berjaya masuk koloni kita.

Ya, jeneral. Saya tahu padahnya.

Baiklah. -Ini keputusan yang bijak.

Awak telah menjamin masa depan koloni ini.

Helo, jeneral.

Puteri Bala, tak sangka. Awak semakin cantik setiap hari.

Terima kasih.

Saya harap awak datang bukan hanya untuk urusan kerja.

Tidak, tidak.

Pasti elok jika kita dapat duduk bersembang...

...sebelum kita kahwin.

Betul. Cutter, aturkan masa untuk saya dan Puteri Bala.

Sekarang ada masa beberapa saat, tuan.

Bagus.

Puteri.

Hanya beberapa saat, baiklah. Kita gunakan sebaik mungkin.

Bagaimana hari awak? Ada peristiwa yang menarik?

Kita telah isytiharkan perang. -Perang?

Sungguh teruk.

Maaf, ganggu. Kita sudah tiada masa.

Puteri.

Mak, cuba cerita. Kenapa saya perlu kahwin dengan dia?

Bala, janganlah melawan lagi.

Langsung tiada persamaan antara kami.

Dia sangat kaku.

Ya, sayang. Saya tahu jeneral memang agak kasar dan...

...ada kalanya tegas.

Tapi saya tahu dia sayang awak.

Cuma dia tak tunjukkan.

Berulang kali dia minta hendak mengahwini awak.

Kenapa saya?

Awak akan ganti peranan saya. Inilah tugas awak, sayang.

Bagaimana jika saya tak suka?

Setiap orang ada tugas masing-masing, Bala.

Awak, pekerja, askar.

Taklah teruk sangat jadi puteri, bukan?

Takkan awak nak bekerja menggali tanah?

Mengarutlah, mak.

Setidaknya mereka hidup seronok setiap hari.

Dua bir afid.

Kenapalah saya dilahirkan pekerja?

Kamu askar dihormati dan dapat keluar melihat dunia.

Berpeluang jumpa serangga lain dan bunuh mereka.

Ya, tapi awak yang setiap hari dapat berdampingan dengan...

...gadis-gadis pekerja jelita.

Weaver, mereka itu hanya pandai menggali.

Saya takkan kenal gadis yang sesuai untuk saya.

Untuk awak? Saya mahu gadis untuk saya?

Tak nak bir afid?

Entahlah, saya tak nak menghirup anus makhluk lain.

Suka hati awaklah.

Saya nak berhibur. Nanti ada pemeriksaan diraja.

Pemeriksaan? Ertinya awak berdiri macam bodoh dan diperiksa...

...kerabat diraja?

Entah bagaimana awak sanggup tahan, Weaver.

Z, sudah lama kita kenal.

Ya, awak lahir dua saat selepas saya.

Sejak kecil saya biasa dengar awak merungut.

Kenapa asyik merungut? Kita semut berkuasa di sini.

Kita tuan dunia.

Jangan cakap tentang dunia. Sepanjang hari saya gali tanah.

Pasti ada dunia yang lebih elok.

Ada. Saya pernah lihat.

Awak cakap dengan saya?

Ada dunia yang lebih elok. Insectopia.

Yakah?

Ada si gila di sana.

Awak takkan faham selagi tak pernah lihat.

Kamu boleh hidup bebas di sana. Semua jalan penuh dengan makanan.

Tiada sesiapa akan mengarah kamu.

Tiada perang, tiada koloni.

Saya menyesal tinggalkan tempat itu.

Yalah, menarik.

Kami keluar mengintip, saya terpisah daripada unit.

Agaknya cedera otak.

Kemudian saya nampak! Insectopia!

Ikut arah ke monolit.

10 klik selepas ngarai, tibalah ke tanah merah dan putih.

Sudahlah, awak mabuk. Jangan buat kacau pula.

Ikut arah ke monolit, ingat!

Dia memang gila.

Insectopia konon. Pasti hebat jika wujud.

Ya. Mimpilah, Z.

Pergi ke seberang tasik! Cari tanah merah dan putih.

Ini sungguh menarik.

10 minit saja, okey? Kita tak patut datang sini.

Cakap saja ini idea saya. -Memang betul idea awak.

Lagipun, tiada sesiapa akan kenal kita.

Marilah, jangan takut. Kita bergembira.

Baiklah, jam 6.15. Masa untuk menari.

Marilah, Z.

Tidak, terima kasih. Saya tak nak menari, Weaver.

Perhatikan. Saya akan ajak pekerja menari.

Semuanya bodoh.

Seperti zombi yang hanya menurut sistem zalim.

Hai, nak menari?

Sudah tentu.

Mari.

Kenapa saya tak pernah nampak awak?

Saya jarang keluar. Saya kerja di istana.

Istana, ya? Kerabat diraja hidup mewah.

Sudah jadi kebiasaan, pembiakbakaan dalam.

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left