The first 200 lines.
- Kita dah setuju untuk tak... - Jangan cakap.
Ini
kebetulan, bukan?
Tak.
Ini takdir.
Encik, ini peluang terakhir untuk encik pesan makanan.
Encik nak pesan tak?
Encik.
Oh, ya.
Maafkan saya.
Encik tertinggal bunga ini.
Tolong buang untuk saya.
Okey.
Cik Jin.
Encik Jung.
Kenapa awak ke sini?
Ini? Sebenarnya...
Tandas wanita kosong. Mulakan kerja-kerja pembersihan.
Kita berdua ditinggalkan oleh cinta pertama.
Kita berdua keliru dengan cinta pertama yang kembali kepada kita.
Ya. Itulah takdir.
Kalau begitu awak nak kawan dengan saya?
- Kawan? - Ya.
Kawan makan.
Pelikkah?
Tak, kita hanya akan makan bersama saja.
Ya, kadangkala kita makan dengan orang asing di restoran yang sibuk.
Ya, kita boleh pesan set apabila pergi makan bersama.
Kita juga boleh pesan satu lagi pencuci mulut.
Kawan makan malam.
- "Kawan makan malam"? - Ya.
Awak setuju?
"Kawan makan malam"?
Saya setuju.
Boleh kita pergi sekarang?
Orang yang saya tunggu tak datang,
harap itu boleh menenangkan awak.
Dia tak datang langsung.
Dia menolak seratus peratus.
Tiada pengiraan jika berkenaan dengan penolakan.
Sama saja seperti ditinggalkan kekasih.
Tapi Penerbit Woo datang ke restoran.
Sekurang-kurangnya dia ada fikirkannya.
Selepas berfikir,
baru dia buat keputusan untuk pergi.
Begitukah?
Tolong jangan cakap
awak fikir dia akan terus maafkan awak.
Tak, bukan begitu.
Kalau mereka susah nak maafkan kita,
maksudnya mereka terlalu cintakan kita.
Jom.
Kita guna aplikasi pesanan untuk berhubung.
Kita jumpa untuk makan malam pada hari di mana kita berdua lapang
dan tanya satu sama lain sehari lebih awal.
Kita bergilir-gilir pilih menu.
Jangan hubungi satu sama lain melainkan tentang lokasi atau masa.
Kita tak boleh hubungi satu sama lain...
Okey, baiklah.
Ada lagi yang awak nak haramkan?
Tak boleh pinjam atau beri pinjam duit.
Awak serius?
- Dan... - Apa lagi?
Apa kata awak tulis kontrak?
Tiada janji temu.
Aduhai. Tak sangka betul.
Saya juga tak berminat.
Awak bukan jenis yang saya suka.
Apa kata kita haramkan daripada bersentuhan juga?
Sudah tentu.
Aduhai, mengarut betul.
Jangan paksa diri untuk makan makanan yang kita tak suka.
Saya suka makan makanan yang ada kelas
macam Audrey Hepburn.
Tapi apabila bersama kekasih saya,
saya paksa diri untuk berpura-pura menikmati hidangan teruk itu.
Bagus. Memang itu yang saya nak.
Saya tak nak berpura-pura lagi.
Kita akan menikmati makanan sebagai kawan.
Kita juga takkan melampaui batas sebagai seorang kawan.
Saya yang sepatutnya cakap begitu.
Aduhai.
Jadi kita akan berhubung.
Baiklah.
Dia lelaki atau perempuan?
Beri pada mak.
Sayang, beri sajalah pada dia.
- Sudahlah. - Sudahlah.
- Beri pada mak. - Suap mak.
- Mari kita lihat. - Nampak sedap.
- Ayah suap ladu pula. - Aduhai.
- Nampak sedap. - Memang terbaik!
Sedap tak?
Memang terbaik!
Kamu nak terus mengusik mak?
Sedap, bukan?
Jadi awak tertinggal beg dan telefon di restoran itu?
Saya selalu saja menyusahkan awak.
Awak boleh saja pinjamkan duit untuk saya bayar teksi.
Kenapa ke sana kalau awak tak nak masuk?
Saya memang tahu saya tak patut pergi,
tapi saya sampai di sana tanpa saya sedar.
Saya tak tahu kenapa susah sangat nak kawal hati kita.
Walaupun selepas kami berpisah, ketika hari jadinya
saya akan ingat hari itu hari jadi dia.
Memori saya bagus untuk hal-hal yang tak berguna.
Saya fikir saya dah lupakan dia.
Hati kita ini
boleh berada satu langkah di belakang otak kita.
Bertahanlah. Hari yang baik akan tiba.
Saya juga pernah berada di tempat awak.
Kenapa dia ikut saya? Tak guna.
Apa yang awak nak? Kenapa awak ikut saya?
Gelaplah.
Sebab lorong itu gelap, awak nak cuba buat sesuatu pada saya?
Tak, bukan begitu.
Lorong gelap sangat menakutkan.
Awak lebih menakutkan, jadi jangan ikut saya!
Tak. Saya yang takut.
Saya takut, jadi saya nak ikut awak.
Boleh tak kita berjalan bersama
sehingga kita tiba di jalan utama?
Terima kasih sebab hantar saya.
Saya tak berniat begitu, tapi awak dah tahu di mana saya tinggal.
Sudah lebih sebulan saya tak nampak jiran tingkat bawah saya.
Walaupun saya berjalan di sekitar kawasan ini sepanjang hari,
saya mungkin takkan terserempak dengan awak.
Awak boleh cuba teori awak dan berjalan di sini sepanjang hari.
Aduhai.
Kalau begitu, saya pergi dulu.
- Selamat tinggal. - Selamat tinggal.
Selamat malam.
Seronoknya dapat luangkan masa bersama.
Siapa itu?
Hei.
- Maaf. - Kenapa awak datang?
Saya nak minta sesuatu memandangkan saya dah buat awak tak selesa.
Boleh awak pergi?
Apa?
Dia cuma kawan saya.
Saya rasa anginnya tak baik. Hei.
Hei.
Dia tak sesuai untuk awak.
Nampak sangat awak menggelabah dalam situasi kekok ini.
Dia patut cakap dia tak kisah sebelum dia pergi.
Awak rasa awak boleh cakap begitu kalau awak di tempatnya.
Saya tunggu Hae-kyong selama tiga jam,
tapi dia tetap tak datang.
Awak tak apa-apa?
Tak okey. Awak rasa awak okey kalau awak jadi saya?
Maaf. Saya terlalu kejam, bukan?
Bukan kepada saya.
Tapi kepada Hae-kyong.
Awak layan Hae-kyong dengan kejam.
Awak baru saja kena hari ini.
Tapi Hae-kyong tunggu awak banyak kali semasa dia bersama awak.
Dia selalu menunggu awak
dan maafkan walau siapa pun awak jumpa dan setiap kali awak kembali.
Hei, Ah-yeong.
Kenapa datang pada waktu begini?
Saya...
Dia tinggalkan saya di restoran dan larikan diri.
Mula-mula saya nak letak di rumahnya.
Tapi saya risau hilang. Jadi di sini mungkin lebih selamat.
Apa ini? Adakah ini untuk memujuk saya?
Selamat hari jadi.
Ah-yeong.
Saya tak tahu yang awak ingat.
Saya suka awak berdua.
Saya kagum pada Do-hee sebab suka awak lebih daripada dirinya sendiri.
Saya juga rasa lega apabila lihat cara awak menjaga dia.
Saya ingatkan awak berdua akan berkahwin.
Awak berdua nampak macam serasi.
Kami akan kahwin.
Jadi, kenapa awak sakiti dia begitu?
Saya dah cakap. Saya tersilap.
Betulkah itu satu kesilapan?
Aduhai.
Tapi awak tak belajar di luar negara.
Apa awak cakap? Siapa yang beritahu awak?
Itu tak benar.
- Jelaskan kepada saya. - Itu satu kesilapan!
Macam mana saya nak jelaskan lebih daripada itu?
Maafkan saya, Ah-yeong. Saya pergi dulu.
Awak bukan jenis yang akan buat silap.
Tak guna. Selamat hari jadi.
[- Saya dapat kawan baru secara kebetulan. - Saya dapat kawan baru secara kebetulan.]
Ada yang tak kena.
Awak ada gincu lebih besar, bukan?
Nampak macam dia berhenti cencang.
Saya rasa ini saja tak cukup.
- Aduhai. - Betul, bukan?
Saya dah cakap ini takkan berhasil.
Inilah yang saya katakan!
Inilah dia! Tepat sekali.
Saya suka yang besar begini.
So-ra, buat dengan lebih agresif! Tumbuk lagi!
- Habiskan dengan baik. - Okey.
So-ra, pukul kuat-kuat.
Mungkin kita patut guna yang lebih besar. Ayuh, lakukannya.
No comments yet. Be the first to leave one.