The first 200 lines.
Kau umumkan anak Heungseon-gun, Jae-hwang, sebagai bakal raja
dan kemudian membuat keluarga Jangdong Kim-moon marah
dan oleh itu, Heungseon-gun cuba bunuh awak. Benarkah?
Tuanku, ini salah faham.
Penjenayah mesti berdiam diri!
Jawab.
Raja menyoal awak! Jawab cepat!
Izinkan saya yang menjawab!
Heungseon-gun Lee Ha-eung tak cuba bunuh saya!
Heungseon-gun tidak melakukan apa-apa jenayah.
Tolong kasihani Heungseon-gun Lee Ha-eung, tuanku!
Apa kamu cakap?
Heungseon-gun tidak bersalah?
Heungseon-gun bertanggungjawab kerana menyakiti tuan puteri,
tapi itu tak disengajakan.
Dia cuba bunuh patik kerana fikir patik memihak
kepada keluarga Jangdong Kim-moon.
Dia cuba membunuh patik kerana setia kepada raja!
Patik akan terima apa saja hukuman.
Tapi jangan ingat patik di pihak Jangdong Kim-moon.
Ayah!
Tuanku, ampunkan ayah patik!
Tolong maafkan dia, tuanku!
Apa ini! Siapa yang benarkan budak ini masuk?
Ampun, tuanku.
Bonda ratu membenarkan dia menyertai soal siasat ayahnya.
[ Ini satu-satunya cara untuk awak terus hidup. ]
Heungseon-gun merupakan orang yang lebih tua dalam kalangan kerabat diraja.
Keluarga bangsawan kaya dapatkan kuasa,
bukankah lebih baik untuk menunjukkan belas kasihan kepada kerabat diraja?
Tapi beta tak boleh maafkan sebab dia sakiti puteri dan sembunyikan kebenaran.
Kamu dijatuhkan hukuman percubaan dan serahkan semua harta dan kekayaan kamu.
Terima kasih, tuanku.
Jika hukumannya hanya itu,
mungkin raja sudah maafkan dia.
Dalam keadaan yang berbeza, baginda akan halau dia ke kawasan teruk,
tapi kita dalam keadaan terdesak.
Raja dan Lee Ha-jeon boleh
mendapat manfaat daripada sekutu kerabat diraja yang kuat.
Kita akan buat dia merayu meminta belas kasihan daripada kamu,
jadi kamu juga mesti jaga perasaan kamu.
Tuanku panggil budak Jae-hwang itu?
Choi Chun-jung yang minta beta buat begitu.
Heungseon-gun dapat hidup
dan raja ada sebab untuk memaafkannya.
Chun-jung lebih licik daripada yang beta sangka.
Sangat berguna.
Tuan.
Saya akan datang jumpa awak nanti.
Saya nak bercakap dengan awak dan selesaikan salah faham kita.
Salah faham...
Apa pun, saya takkan lupakan hari ini.
Tuanku panggil patik?
Tuan puteri cedera sebab cuba melindungi tuanku.
Ampunkan patik, tuanku.
Tapi patik dan tuan puteri tak ada hubungan...
Beta tak nak dengar.
Beta tak panggil kamu untuk dengar alasan kamu.
Ya, tuanku.
Beta tahu kamu dan tuan puteri hampir berkahwin lima tahun lalu,
tapi masa itu dah berlalu.
Sekarang kamu hanya seorang tukang tilik yang hina.
Jangan lupa jurang perbezaan antara status kamu dan puteri.
Ya, tuanku. Patik tahu.
Beta tak nak dengar apa-apa lagi antara kamu berdua.
Jika kamu abaikan,
kamu dan tuan puteri akan dihukum.
Menjunjung perintah, tuanku.
Tuan, puteri sedang menanti awak.
Tuan puteri.
Badan awak okey?
Awak tak perlu risau tentang saya.
Macam mana keadaan puteri?
Awak risaukah?
Jangan, Tuan Heungseon-gun!
Sekarang kamu hanya seorang tukang tilik yang hina.
Jangan lupa jurang perbezaan antara status kamu dan puteri.
[ Selagi pipi awak merah dengan warna kehidupan... ]
Mulai sekarang, saya harap awak takkan berada dalam bahaya.
Seboleh-bolehnya, saya tak mahu
buat apa-apa yang cederakan awak.
Apa maksud awak? Saya betul-betul tak apa-apa.
Saya dah buat ubat, jika awak letak pada luka awak...
Puteri, awak mengkhianati saya sebelum ini
dan disebabkan itu, ayah saya mati.
Kejadian itu takkan dilupakan antara kita.
Jangan risaukan saya
dan fokus kepada diri awak sendiri.
Tuan...
Anak penjenayah negara yang keji
berjalan seperti biasa di istana raja.
Menarik betapa pantasnya masa berubah.
Gembira jumpa saya?
Sudah tentu sangat gembira
sebab saya selamatkan nyawa awak.
Awak selamatkan nyawa saya?
Itu kenyataan paling kreatif pernah saya dengar.
Kenapa awak tak setuju?
Kalau saya nak bunuh awak, awak dah lama mati.
Saya dah jejaki awak, tapi awak masih hidup selama ini
kerana saya lelaki yang berpegang kepada janji.
Saya berjanji dengan puteri.
Janji dengan tuan puteri? Apa maksudnya?
Awak tak tahu, bukan?
Awak boleh pergi.
Apa maksud awak berjanji dengan puteri?
Ia sudah berlalu, tiada guna bercakap tentangnya.
Awak patut risau tentang masa sekarang.
Kalau saya nampak awak berjalan santai seperti ini,
saya akan buat awak menyesal!
[ Yeon Chi-seong, pengawal peribadi Lee Ha-jeon ]
[ Min Ja-young, bakal Permaisuri Myeongseong ]
Tabib keluar sebentar.
Saya ada luka kecil dan saya perlukan ubat.
Boleh saya lihat luka awak?
Kenapa pula ini luka kecil saja?
Jika awak biarkannya begini, ia mungkin akan membusuk!
Kalau begitu, awak mungkin perlu memotongnya!
Awak melebih-lebih, letak saja ubat.
Tunggu di sini!
Ada yang tak kenakah?
Terima kasih.
Awak patut kembali selepas tiga hari.
Saya akan periksa luka awak lagi.
Sepuluh syiling!
Ini terlalu banyak, pahlawan!
Sudah lama saya tak duduk dengan awak.
Dengarnya banyak benda berlaku.
Awak dinaikkan pangkat jadi ketua samjungleejungchung.
[ Samjungleejungchung, jabatan siasatan sementara ]
- Tahniah! - Tahniah!
Tak ada apa nak diraikan pun!
Ia tugas yang memenatkan, banyak tugas dan tanggungjawabnya lebih berat.
Tapi tuan nampak sihat dan gembira.
Orang kata tuah nampak di muka.
Betul juga, tuan nampak kacak!
Yakah?
Saya tertanya-tanya tentang nasib dan penilikan muka saya, bagaimana agaknya?
Tuan, mata tuan sepet dan bermulut kecil,
muka yang tegas dan berbadan besar,
muka awak macam ular.
Awak ada kebijaksanaan, tapi mesti hidup dalam bayangan.
Hidup dalam bayangan? Apa maksud awak?
Kalau ular tamak dan makan haiwan besar, apa yang akan berlaku?
Badannya akan kembung.
Jadi mudah untuk mengesannya dan ia akan memakan diri sendiri.
Lelaki dengan muka ular tak patut tamak.
Kalau tak, dia akan diserang ramai orang.
Tuan mahu saya letak jawatan sebagai ketua samjungleejungchung?
Dan terus bersembunyi?
Ya, tuan.
Awak tak akan mampu menangani jawatan ini.
Mungkin bercakap dengan lebih hormat...
Awak akan diberikan peluang yang baik, tapi jangan ambil.
Awak perlu lepaskan.
Nasib awak malang tahun ini dan awak juga kurang berbakat.
Tentu saya layan awak dengan baik sampai awak jadi angkuh.
Jaga mulut awak. Kalau tak, saya akan hukum awak.
Ingat apa yang saya cakap sebelum ini.
Raja sebenar ialah orang yang terselamat.
Dia akan bayar banyak kalau awak tak biadab sangat.
Saya nak selamatkan nyawanya.
Selamatkan dia?
Ia mungkin nampak kejam,
tapi dia harus hidup untuk menjadi raja atau seumpamanya.
Siapa ini?
Dojeonggung muda membawa tenaga baru ke istana!
[ Youngcho Kim Byung-hak, gabenor Hansung-bu ]
Terima kasih, tuan.
Untuk mewujudkan ruang untuk tenaga baru, kita mesti lepaskan yang lama.
Apa?
Ayah, dia tak berniat buruk.
Jangan difikirkan sangat.
Saya nantikan sumbangan awak.
Saya dah buat ubat, jika awak letak pada luka awak...
Puteri, awak mengkhianati saya sebelum ini
dan disebabkan itu, ayah saya mati.
Kejadian itu takkan dilupakan antara kita.
Cik tak apa-apa?
Para wanita bangsawan mahu cik datang.
Saya tak rasa nak pergi hari ini.
Dia berkeras mahu cik datang.
Semua wanita bangsawan akan berkumpul.
Wanita bangsawan?
Ramalannya adalah yang terbaik?
Dia pandai ramal keputusan ujian anak-anak, kenaikan pangkat,
tapi paling penting, jika suami akan dihapuskan untuk jenayah atau tidak.
Dia sangat pandai meramalnya!
Ya, dialah pawang
yang meramalkan
[ Baek Nak-shin, dibuang negeri pada tahun 1852 ]
pengusiran keluarga Baek.
- Yakah? - Ya!
Hantu yang berada dalam diri saya akan tunjukkan segalanya.
Yakah? Cubalah.
Dia dah pergi jauh. Tuan akan pergi jauh pada musim sejuk.
Roh kanak-kanak. Hantu muda!
Pergi jauh? Apa maksudnya?
Bukankah dah jelas? Dia memeras banyak wang.
Dia akan ditangkap!
No comments yet. Be the first to leave one.