Release info

여신강림 True Beauty E07 210106-NEXT-VIU
여신강림 True Beauty E08 210107-NEXT-VIU
A Commentary by RuoXi
Ep. 7

Tags

other
Published on: 2021-01-08
Downloads: 15
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Ryu Hyung Jin, pelempar terbaik untuk Sekolah Tinggi Seonil.

Rekod menang-kalah musim ini adalah enam kepada kosong...

dan dia ada purata larian diperoleh terendah musim ini.

Tangkapan satu.

Dua bola, dua tangkapan.

Pematian tangkapan!

- Apakah status semasa? - Dua keluar di bawah sembilan.

Pasukan seri lima sama.

Ryu Hyung Jin melempar bola...

Sekejap.

Ada sesuatu yang tidak kena dengan dia?

Skrin tidak jeda, bukan?

Kenapa dengan dia?

Tangkapan.

Terus ke hati saya.

- Hai. - Helo.

- Helo. - Encik Han!

Awak nampak kacak hari ini, Encik Han.

- Awak berseri-seri. - Awak nampak sangat hebat.

Awak nampak kacak seperti biasa.

Kelas kalian arah sana.

Kami tahu.

- Apa pun... - Awak nampak hebat hari ini.

Semoga hari awak baik!

Semuanya sebab ibu Hee Kyung.

Maksud saya, ibu Ju Kyung.

Kenapa dia tidak hubungi saya sepanjang masa...

sebelum kening saya siap?

Adakah ciuman itu gurauan pada awak?

- Bibir saya, helo? - Hai, Encik Han.

Ya, hai. Ya, ini Han Joon Woo.

Saya cakap, rendah lagi. Bertinggung rendah lagi.

- Buat dengan betul. - Selamat pagi.

Jika pemilik karaoke hubungi,

awak pasti akan belajar di sekolah lain sekarang.

- Faham? - Bukan kami, cikgu.

Siapa lagi dari sekolah ini...

akan terlibat dalam pergaduhan?

Saya cabar kalian bawa mereka kepada saya.

Memang bukan kami, cikgu.

- Bukan kami. - Bukan kami.

Kalian memaki saya?

Saya yang lakukannya!

Saya yang terlibat dalam pergaduhan itu.

Seo Jun?

Saya baru mahu panggil awak.

Berdiri di sebelah mereka. Awak pasti...

bergurau. Bertinggung.

- Seo Jun... - Memang awak?

Senyap!

- Pergaduhan itu... - Kami juga turut serta.

- Apa? - Kalian?

Nampak sangat baik dan tidak bersalah.

Bertinggung sebelah mereka. Sekarang!

Berdiri di sebelah mereka dan bertinggung.

Bertinggung! Sukar dipercayai.

Kalian mahu jadi apa?

Saya juga ada di sana.

Nampaknya ia kekacauan teruk.

Sukar dipercayai.

Saya yang memulakan pergaduhan itu.

Baguslah. Bagus untuk awak.

Oh Tuhan!

Kalian tidak guna!

Oh Tuhan.

Pelajar terbaik kami cedera?

Apa yang kalian buat ini...

sehingga buat Soo Ho terlibat dalam pergaduhan?

Encik Han Joon Woo?

- Ya, itu saya. - Bagus.

Semua bunga ini untuk awak.

- Dia dapat bunga! - Oh Tuhan!

- Bunga? - Ya.

- Siapa... - Ia dihantar oleh Lim Hee...

Apa?

Saya minta maaf.

Tiada apa-apa. Saya kenal dia.

- Rasanya saya kenal pengirimnya. - Okey.

Saya mahu kalian pergi pejabat kaunseling.

- Awak... - Ya?

Semuanya.

Pergi ke pejabat kaunseling.

Kami?

Awak dapat bunga itu?

Cik Lim, kenapa awak hantar bunga kepada saya?

Wanita tidak boleh hantar bunga kepada lelaki?

Lagipun, kita sudah bercium.

- Cik Lim. - Ia Reeves spirea.

Reeves apa?

Reeves spirea.

Begitu rupanya.

Nama bunga itu tidak penting.

Awak tahu maksud bunga itu?

"Saya akan buat yang terbaik untuk awak."

Saya buat yang terbaik untuk jadikan awak milik saya.

Jadi, fikirkan tentang saya setiap kali melihat bunga itu.

Saya ada lawatan kerja esok. Awak ada masa malam ini?

Tidak, saya sibuk.

Ia musim peperiksaan, jadi banyak yang perlu dibuat.

Rasanya saya saja yang tidak boleh berhenti memikirkan awak.

Awak masih tidak mahu membeli kasut?

Fikirkanlah dengan teliti.

Kalian Han Seok Bong atau apa?

Kalian menulis seperti kaligrafi.

Kenapa awak tidak kisar dakwat?

Bila kita akan selesai menulis sepuluh halaman?

Di sini. Lihatlah.

Lihat ini. Apa pendapat awak?

Saya selalu lakukannya hingga saya boleh menulis guna dua tangan.

Apa pendapat awak?

Sayang, jelas sekali mereka...

tidak pernah menulis begini sebelum ini.

Lihatlah.

Awak mesti bangga.

Maaf, kawan-kawan.

Semuanya kerana saya.

Kenapa awak minta maaf?

Seo Jun.

Awak patut minta maaf kepada Ju Kyung.

Ia berlaku kerana mereka sangka dia ialah teman wanita awak.

Dia nampak okey saja.

Awak tidak ada kaki?

Kenapa awak tidak lari?

Awak tidak boleh bercakap dengan baik?

Apa-apa sajalah.

Mereka tidak akan ganggu awak lagi,

jadi jangan risau.

Awak bergaduh dengan mereka lagi?

Kenapa saya mahu bergaduh?

Awak fikir mereka cukup bagus untuk bergaduh dengan saya?

Saya akan pukul mereka dengan teruk.

- Pukul mereka dengan teruk? - Pukul mereka dengan teruk?

Dia sangat menakutkan.

Mari siapkan cepat.

Saya juga takut.

Dia sangat menakutkan.

Soo Ho.

Tidak kira keadaan kita,

apa yang awak buat untuk ibu saya adalah perkara yang berbeza.

Saya tetap harus berterima kasih atas apa yang awak buat.

Tetapi mulai sekarang, jangan libatkan diri...

dalam urusan saya.

Apa? Apa yang awak buat?

Saya terlelap.

Awak terlelap?

Apa masalah dia?

Oh Tuhan.

Mengaum!

Hei.

- Apa? - Cuba buat begitu.

- Buat apa? - Cuba mengaum lagi.

Apa? Kenapa awak mahu saya buat begitu?

Mengaum!

Saya takut awak mungkin muncul dalam mimpi saya.

Awak seperti raksasa.

Apa masalah dia?

Ia memang tidak masuk akal.

Kalian belajar bersungguh-sungguh untuk peperiksaan?

Encik Han, boleh kurangkan bab yang kami perlu belajar?

Sedikit saja?

- Dia betul. - Tolonglah, Encik Han.

Sebahagian daripada kalian tidak tahu apa kalian mahukan.

Ada yang tahu, tetapi teragak-agak.

Tetapi peluang datang tanpa amaran,

dan kalian mesti bersedia untuk memanfaatkannya.

Jadi untuk merebut peluang...

- apabila kalian melihatnya... - Encik Han.

Terima kasih atas kata-kata hebat awak.

Awak yang terbaik. Jumpa lagi.

- Mari pergi. - Hebat.

Siapa mahu makan tteokbokki?

- Ayuh. - Mari pergi.

Kalian perlu belajar bersungguh-sungguh...

untuk peperiksaan pertengahan semester.

Itulah yang saya mahu sampaikan.

Itu saja.

- Soo Ho. - Ya?

"Senario Misteri" baru keluarkan buku baru.

Awak mahu pergi ke Komik Putera dengan saya?

- Tidak. - Okey.

Kenapa dia sibuk sangat?

- Ju Kyung. - Ya?

Tetapi bas akan sampai sekejap lagi.

Saya bukan suruh awak "masuk".

Awak beritahu saya yang awak perlu dapatkan gred lebih bagus.

Jumpa saya di kafe belajar esok supaya kita boleh belajar bersama.

Dia mahu belajar dengan saya?

Kenapa?

Sebab saya mahu bersama awak.

Oh Tuhan.

Saya akan berjumpa dengan awak esok.

Selamat malam.

Selamat malam.

"Selamat malam"?

Masih awal, tetapi awak sudah mahu tidur?

Kenapa awak berfikir untuk tidur sedangkan awak perlu belajar?

Saya sedang belajar.

Jika awak tidak dapat gred yang bagus,

saya akan buang semua alat solek awak.

Baiklah, saya faham.

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left