The first 200 lines.
DEPOSIT RUMAH PERSARAAN MAK
DENDA PONTENG TUGAS JURI ODESSA
PENYIMPANAN PIANO
PENGHANTARAN PIANO KE RUMAH PERSARAAN MAK
Hai Walter, ini padanan awak. Hasil Carian: Cheryl Melhoff
hantar kenyit mata
BANDAR New York, NY PEKERJAAN Akauntan (Penerbitan)
LELAKI IDAMAN SAYA
Suka Mengembara, Berani, Kreatif (atau bekerja)
SUKA Kakak saya Novel Misteri
TIDAK SUKA Kakak saya Temujanji Internet
ANDA PERLU TAHU
Saya ada anjing berkaki tiga ...dan seorang anak (berkaki dua)
hantar kenyit mata
hantar kenyit mata
Tidak dapat melengkapkan permintaan
Tidak dapat melengkapkan permintaan
Hai! Todd Mahar, eHarmony.
Boleh saya bantu anda?
Hai. Saya tak dapat tinggalkan kenyit mata untuk seseorang.
Adakah lelaman saya rosak?
Adakah saya mempunyai lelaman yang rosak, atau...
Saya tak pernah dengar masalah begitu, tapi tak apa.
Encik baru nak gunakan akaun eHarmony buat pertama kali?
- Ya. - Okey.
Saya sedang melihat profail encik.
Kami ada algoritma pemadanan yang agak rumit.
Itu yang membezakan kami daripada khidmat laman pacaran lain.
Ya, saya suka ciri itu.
Sebenarnya saya cuma nak tinggalkan kenyit mata untuk seseorang.
Cheryl Melhoff.
Dia bekerja di jabatan saya sebulan yang lalu...
dan saya terdengar dia bercerita bahawa dia menyertai lelaman awak.
Okey, itu agak unik.
Biar saya tanya encik.
Encik tak isi banyak maklumat...
seperti bahagian "Pernah Ke Sana, Pernah Lakukan Itu", tak diisi.
Ya, saya melangkauinya.
Encik kena bantu kami.
Jangan melangkaui apa-apa.
Lagipun saya belum pernah ke tempat yang menakjubkan.
Pernahkah encik melakukan sesuatu yang menakjubkan?
Hello, encik masih di sana?
Boleh awak tunggu sekejap?
Lari, lari! Keluar! Keluar!
Ia akan meletup! Lari!
- Chips! - Di sini!
Chips! Terima kasih!
Bagaimana awak tahu ia akan meletup?
Saya dengar bunyi menyalak, dan saya hidu bau gas.
Saya harap awak tak kisah.
Saya membina kaki palsu untuk Chips semasa saya berlari turun tangga.
Pemasangan di sendi paha dengan kekunci dan gelung pelvis depan.
Awak sangat menakjubkan.
Saya ikut prinsip ABC: Suka Mengembara, Berani, Kreatif.
Itu lelaki idaman saya.
Encik?
Encik masih di sana?
Hei.
Encik pengsan tadi atau...
Tak, saya cuma berangan-angan.
Okey. Encik selalu buat begitu?
Kekerapan yang biasa.
Saya kena pergi. Maaf.
Okey, tapi kami perlukan lebih banyak...
BANGUNAN WAKTU & HIDUP
Bukan hari yang baik untuk datang lewat.
Syarikat kita baru kena beli.
- Apa? - Ya, hujung minggu lepas.
Walter! Selamat hari jadi!
Dia dah berumur 42 tahun!
Odessa! Apa awak buat di sini?
Mak buatkan kek limau kesukaan Abang.
Abang sepatutnya berada di rumah persaraan dan membantu mak memindah piano.
Ya, saya di sana tadi. Ia dah hampir siap...
piano dah keluar dari van di atas jalan. Segalanya baik.
Tapi saya baru dapat panggilan untuk uji bakat besar, boleh Abang uruskannya?
Tak. Abang dah lambat.
Saya...
Saya rasa Abang tak faham apa yang saya nak.
Apa yang awak nak?
Saya nak jadi watak Rizzo dalam Grease.
Abang tak faham.
Uji bakat saya! Sebagai Rizzo!
Rizzo?
Rizzo! Dia garang tapi lemah lembut!
Tolong Abang sikit.
Pastikan piano Mak dipindahkan masuk. Okey?
Jangan pergi ke Rizzo!
Terima kasih, Walter. Selamat hari jadi!
Awak tahu tak, syarikat kita kena beli?
- Ya, saya baru tahu. - Ya, tentu ada banyak perubahan.
Mereka mungkin nak kurangkan pekerja dan beralih ke laman dalam talian.
Agaknya apa yang akan berlaku, bagaimana peralihan akan ditangani.
Mungkin saya boleh beritahu awak.
Saya Ted Hendricks, pengarah urusan untuk peralihan itu.
Hai. Saya Tim Naughton dari jabatan Jualan.
Saya Gary Mannheim, pereka grafik.
Dan apa kerja awak, lelaki kek?
Kek ini hanya untuk hari ini. Saya bukan lelaki kek.
Saya buat...
Saya berurusan langsing...
"Langsing?"
Langsung dengan unit foto HIDUP...
Maaf, saya suka lagu ini dan berhenti mendengar kisah awak.
Saya kata, tahu tiada siapa nampak hebat dengan janggut?
Dumbledore, bukan awak.
Awak?
Awak?
Apa kerja awak?
Saya pengurus aset negatif.
Berbaloi saya menunggu.
Minda menguasai tindakan
HIDUP
- Ted. - Donny.
- Rasa hebat? - Rasa bagus.
Kita kena buat keputusan sukar nanti.
Awak pernah berada di sini?
Jadi, inilah dia, kan?
Ya, "rumah gambar."
Hei.
Hai.
Bagaimana hujung minggu awak?
Hujung minggu saya hebat betul.
Apa yang awak buat pada hujung minggu?
Begini.
Saya mandi di dalam air gunung Artik...
sambil mendengar puisi daripada kekasih Latin saya.
- Tak senonoh betul. - Kan?
Sebenarnya saya tunggu pembaiki peti sejuk yang tak muncul.
Saya bersimpati.
Saya akan telefon awak nanti.
Okey.
Ais ini?
Bergerak seperti seorang wanita.
Saya Walter. Mitty.
Saya Cheryl. Melhoff.
Ke mana awak pergi?
Menguji ketabahan jiwa manusia.
Saya nak mendaki rambut awak untuk mengujinya.
Mungkin saya boleh menghubungi awak melalui burung puisi saya.
Burung puisi.
Saya suka.
Jika saya lontar klip kertas pada dia, adakah dia bergerak?
Entahlah.
Lakukan.
Ini dia.
Dulu saya pernah lontar kotak toner pada dia.
Yakah? Adakah dia bergerak?
Tak, saya tersasar.
Kisah yang sangat hebat.
Kawalan Bumi memanggil Major Tom.
Major Tom, awak dengar tak?
Wow.
Mari kita teruskan.
Di sini bilik persidangan, beberapa tempat kerja di sini...
di mana orang bekerja.
Bahagian reka letak di sini untuk...
Selamat pagi, Hernando!
Awak tahu tak ada orang teruk yang baru?
Ya. Saya dah jumpa dia.
Kita akan dinilai.
Mereka tak mungkin dapat menilai kita. Kerja kita sangat rumit.
Ya.
Ia sangat sukar. Dan membingungkan.
Saya patut menilai awak, dan awak menilai saya.
Mereka takkan biar kita buat begitu.
Cuma pendapat saya.
Dah berapa lama gulung negatif ini berada terdedah di sini?
Ia bertulis "Sean O'Connell."
Ia sampai pagi ini.
Ada hadiah juga. Dia hantar awak hadiah di atas meja awak.
Sean O'Connell masih bergambar dengan filem.
Itu buat saya amat mengaguminya.
Awak nak lekapkan?
Betulkah ni?
Ya.
Dengar khabar HIDUP dah tamat.
Saya nak ucapkan terima kasih.
Lihat di dalam, hadiah atas usaha awak selama bertahun-tahun.
Maaf tentang gulung negatif itu.
Saya tertumpah sedikit darah ke atasnya...
semasa menjahit luka tembakan pada perut saya...
tapi nombor 25 ialah gambar terbaik saya.
Ia contoh unggul hidup.
Saya tahu awak akan menghantarnya ke mana yang patut...
seperti biasa.
S.O. KEPADA W.M.... TERIMA KASIH ATAS KERJA HEBAT
Apa yang awak dapat?
Dompet.
Dengan ukiran cogan kata HIDUP.
UNTUK MELIHAT DUNIA, BENDA YANG BERBAHAYA UNTUK DIDEKATI
UNTUK MELIHAT DI SEBALIK TABIR, UNTUK MENGHAMPIRI,
BERTEMU ANTARA SATU SAMA LAIN DAN UNTUK MERASA. ITULAH TUJUAN HIDUP.
Ini dia.
- Di mana nombor 25? - Ia tiada di sana.
Hei, kami perlukan negatif 25.
Sean O'Connell menghantar telegram.
Telegram sebenar.
Lelaki berumur 100 tahun datang dengan topi kecil.
No comments yet. Be the first to leave one.