The first 200 lines.
=Episod Sebelum Ini=-
Jangan pandang rendah kuasanya.
Ini batu bertuah yang boleh buat orang jatuh cinta.
Awak nampak orang yang sama macam saya?
Saya patung awak ke?
Betul. Awak patung saya.
Sebaik saja awak jual maruah awak yang terakhir,
awak akan betul-betul jadi patung.
Yi Gyeong!
Hari perjumpaan dah dekat.
Kalau kita tak jumpa dia sebelum hari itu...
Kita bukannya dah kehabisan pilihan.
Untuk jadi tunang.
Tunang?
Kepada pewaris Kumpulan Taeyang, Choe Gang Ju.
Selamat sejahtera, saya Na Du Rim.
Budak ini bukan tunang Gang Ju!
No. 3 sedang menyumbatnya!
Siapa awak sebenarnya? Adakah awak selalu begini?
Keledek patut dimakan semasa ianya panas dan lembut.
Nah.
Ini batu bertuah yang boleh buatkan orang jatuh cinta.
Berani awak cakap...
Apa gunanya ada semua duit itu?
Apa gunanya pakai pakaian yang berjenama?
Orang didalamnya yang patut dipandang tinggi, kan?
Awak pun tak ada bezanya!
Awak semua sama.
Saya pewaris Kumpulan Taeyang.
Awak bukannya nak jadi wanita milik Choe Gang Ju,
tapi menantu Kumpulan Taeyang.
Walaupun saya tahu ianya tak akan berlaku,
kalau awak tak jumpa Yi Gyeong sebelum hari perkahwinan...
Kalau itu berlaku, apa yang awak nak buat?
Buang atau pakai?
Jadi apa saja yang berlaku mulai sekarang, awak kena hadapinya.
Tolong ingat semua yang kita cakap di sini tak boleh cerita kepada orang lain.
Sebab ada sumpahan keatas keluarga ini,
pengantin pertama anak sulung adalah korbannya.
Ya.
Jadi awak cakap yang Puan Kumpulan Taeyang juga...
Sudah tentu. Dia dah tahu semuanya lama dulu.
Mak pasti akan jadikan kamu menantu Kumpulan Taeyang.
Walaupun mak kena curi nyawa orang lain untuk lakukannya.
Hal ini adalah rahsia antara kamu dan mak dan kita akan simpan sampai mati.
Kalau awak ada rancangan begitu kepada Yi Gyeong, saya tak akan maafkan awak.
Ianya tak betul, kan?
Itu cuma lagenda.
Bukankah itu apa yang mak cakap? Ianya cuma khabar angin?
Saya tak pernah tahu saya ada hati.
Saya tak pernah nak berikan hati saya.
Tapi untuk kali pertama dalam hidup saya, saya dah berikan hati saya kepada seseorang.
Mak di mana?
Ayah! Ayah!
Mana awak? Mak! Ayah!
Awak nak tahu siapa saya?
Bila kamu besar, kamu akan jadi ketua rumah ini.
Saya orang yang melindungi ketua rumah ini.
Ianya tak betul, kan? Ianya tak mungkin, kan?
Kenapa awak rasa ianya tak betul?
Setiap kali saya dalam bahaya,
awak selamatkan saya dan lindungi saya.
Setiap kali saya dalam kesusahan,
awak pegang saya dan tenangkan saya.
Awak selalu dipihak saya.
Jadi saya tak rasa... Awak akan buat begitu.
Orang selalu percaya apa yang mereka nak.
Awak pun sama.
Untuk menjadi ketua rumah ini, ada harga yang awak kena bayar.
Cuma dengan kelukaan dan pengorbanan barulah awak boleh jadi ketua rumah ini.
Sama juga untuk awak.
Tanpa kelukaan dan pengorbanan, awak tak akan dapat apa-apa.
Saya tak boleh biarkan dia mati.
Kunci kepada penyelesaian masalah ini ada dalam tangan awak.
Pilihan yang awak buat akan menentukan hasilnya.
Nenek awak cakap begitu?
Baik. Baguslah begitu.
Mak saya juga akan gembira mendengarnya.
Saya akan ambil awak di hentian bas esok.
Baik. Jadi saya akan jumpa awak esok.
Apa? Bila dia dengar awak nak ke Seoul, dia sangat gembira?
Ya, dia gembira.
Dia akan ambil saya di hentian bas esok.
Tapi nenek, nenek tak ada masalah ke?
Nenek pasti nenek tak akan menyesal pergi ke Seoul?
Menyesal apa?
Du Rim, selepas habis belajar, semua kawan kamu berpindah ke bandar.
Kamu seorang saja yang tinggal di sini macam anak anjing yang hilang.
Tapi sekarang terima kasih kepada kamu,
nenek boleh tengok Seoul yang besar dan berjumpa orang baru.
Itu sangat seronok!
Nenek, bila kita pergi ke Seoul, mari kita buat banyak duit.
Selepas kita buat banyak duit, kita beli rumah dan kereta.
Kemudian kita pergi bercuti.
Nenek selalu nak ke Hawaii, kan?
Kan!
Nenek si kembar pergi berjalan ke Hawaii.
Dia banyak menunjuk-nunjuk bila dia balik.
Aigoo. Macam pergi ke negara lain untuk beberapa hari adalah perkara besar!
Aigoo. Nenek tak tahan betul!
Nenek fikir walaupun nenek kena pinjam duit, nenek akan pergi juga.
Baik. Kita akan ke Hawaii,
ke Amerika, ke Europe.
Nenek, ke mana-mana yang nenek nak pergi, kita akan pergi.
Baik, baik.
Selepas itu, nenek boleh pandang rendah nenek si kembar!
Kita akan berjaga sepanjang malam kalau begini.
Kalau kamu nak naik bas pertama esok, kamu kena bangun awal.
Cepat tidur.
Baik, nenek.
Tidur lena.
Selamat malam, nenek!
Baik.
Gang Ju?
Du Rim nak datang ke Seoul?
Bagus sangat didengar.
Ya.
Selepas Du Rim sampai sini, kami akan pergi tengok restoran.
Bagus. Yi Hyeon, kamu dah buat banyak.
Kalau dia nak berpindah ke Seoul, banyak persediaan kena dibuat.
Ya, saya akan uruskannya.
Jadi, saya akan pergi sekarang.
Baik.
Oppa, benda bagus berlaku ke hari ini?
Bolehlah begitu.
Bila abang nak kenalkan kepada teman wanita abang?
Dia tak tahu lagi.
Apa? Ini semua cinta sebelah pihak?
Mak mungkin dengar.
Abang perlukan masa.
Sampai masa itu, jangan beritahu mak.
Baik.
Istimewa macam mana dia,
sampai dia ambil masa begitu lama?
Yi Gyeong.
Oh, Mak.
Kamu nak tengok baju pengantin hari ini, kan?
Ya. Memikirkan yang saya nak pilih baju perkahwinan,
itu pun dah buat saya menggeletar.
Jangan rasa begitu.
Du Rim dah buat keputusan nak datang ke Seoul.
Betulkah?
Mula-mula kita buat dia semakin rapat dengan kita, kemudian kita tunggu peluang kita.
Pastikan kamu pilih baju yang cantik.
Bukan kamu yang akan pakai, tapi Du Rim yang akan pakai.
Dia akan jadi watak utama yang tragik pada hari itu.
Bukankah dia sepatutnya pakai baju yang cantik?
Macam mana? Awak suka?
Ya! Sudah tentu saya suka!
Kedai ini betul-betul akan jadi milik saya?
Itu buat awak gembira?
Ya! Macam mimpi!
Ianya dah restoran, jadi ianya tak perlukan banyak perubahan.
Tak perlu buat apa-apa perubahan.
Semua alatan dapur nampak sempurna.
Ianya akan elok kalau kita letakkan tanda baru dan cat semula.
Oppa, ianya memang hebat!
Awak dah sampai?
Macam mana dengan yang ini?
Jangan beli. Awak tak perlukan baju itu.
Apa maksud awak?
Awak tak boleh faham ke?
Saya cakap awak tak perlukan baju pengantin.
Kenapa saya tak perlukan baju pengantin?
Adakah awak cuba katakan yang awak nak batalkan perkahwinan?
Jadi awak faham apa saya cakap.
Ya, betul.
Saya beritahu awak sekarang yang saya putuskan pertunangan kita.
Atas sebab apa? Kenapa tiba-tiba?
Pada mulanya, kita berdua tak inginkannya, kan? Bukan awak atau saya.
Saya tak nak kita dipaksa kepada perkahwinan yang tak bahagia.
Keluarga saya memaksa perkahwinan ini tanpa keinginan saya,
jadi dah jelas apa hasilnya.
Tak boleh. Awak tak boleh buat begitu.
Tolong jangan buat begini.
Kalau saya dah buat yang awak tak suka, saya boleh berubah.
Perkahwinan ini semuanya satu kesilapan.
Awak pun tak boleh mengubahnya.
Jadi...
Bermula saat ini, awak dan saya tak ada hubungan.
Apa saya nak buat sekarang?
Awak tak boleh buat begini kepada saya.
Walaupun sekarang awak mungkin tak faham dan membenci saya,
satu hari awak akan berterima kasih saya buat keputusan ini.
Tak boleh. Saya tak boleh menerimanya.
Tak kisah kalau awak terima atau tidak. Keputusan saya tak akan berubah.
Hari ini saya akan beritahu ibu bapa saya.
Saya akan buat pengumuman forman tentangnya tak lama lagi.
Kalau awak nak tuntut kerosakan emosi, duit dan tekanan mental,
atau apa-apa yang awak nak,
saya sedia beri pampasan.
Itu saja yang saya boleh buat untuk awak.
Gang Ju! Gang Ju!
Apa? Dia putuskan tunang?
Kamu ada buat salah ke? Kamu mesti ada buat sesuatu!
Tak! Saya tak buat apa-apa!
Jadi kenapa dia tiba-tiba putuskan pertunangan?
Untuk dia buat begini secara tiba-tiba, mesti ada sebab!
Saya pun tak tahu!
Mungkin bukan saya, tapi Du Rim yang buat kesilapan.
No comments yet. Be the first to leave one.