Release info

출사표-Into-the-Ring E27-E28 NEXT VIU
A Commentary by ANANG2196

Tags

other
Published on: 2020-08-16
Downloads: 14
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Subtitle bY VIU Resynced == ANANG KASWANDI ==

(Drama ini memenangi pertandingan menulis skrip drama ke 10,)

("Mencari Bintang Jatuh di Tengah Padang Pasir".)

(Semua watak, organisasi, tempat, dan peristiwa adalah rekaan.)

(Tugu Peringatan Mangsa Kebakaran Resort Sarang)

(Kim Geun Tae, Park Hong Sub, Ha Ji Woon)

(Kim Won Oh, Cho Jeong Dae, Han Song)

Kenapa awak buat perkara begini?

Dengan niat apa awak berani...

Saya tiada niat.

Pekerja Bandar Smart One telah membuat aduan,

jadi saya menyelinap masuk untuk memeriksa.

Saya lari dan bersembunyi untuk mengelak tertangkap oleh pengurus.

Ini berada di sebelah timbunan sampah.

Saya tidak boleh tinggalkannya di sana.

Jadi saya mengeluarkannya.

Awak bawa ia keluar?

Ya.

Tidak guna.

Kenapa ini jatuh saja?

Saya lambat dengar tentang anak bongsu awak.

Awak sepatutnya hubungi saya.

Saya harus balas semua pertolongan awak dengan menolong awak.

Tidak, tuan.

Saya kenal CEO Resort Sarang,

dan dia lelaki yang baik.

Dia mahu buat tugu peringatan...

dan menguruskan kejadian selepas itu.

Setiap orang rasa berbeza mengenainya.

Beberapa keluarga yang berkabung tidak mahu bekerjasama.

Kebanyakan dari mereka akan beri kerjasama.

Itulah sebabnya saya mencadangkan...

awak tampil ke depan dan menjadi contoh.

Jika keadaan berjalan lancar...

Awak berminat menceburkan diri dalam politik.

Ini boleh jadi peluang untuk awak membina...

kehadiran di kawasan pilihan raya awak.

Saya minta maaf kerana hubungi awak hanya bila saya perlukan awak.

Keluarga awak akan risau bila awak pulang lewat.

Tidak juga. Jangan cakap begitu.

Ia sebaliknya.

Isteri saya telah keluar bekerja, jadi dia dapat menjana duit...

untuk beberapa makanan.

Tapi saya risau dia mungkin tidak dapat mengawal diri...

dan akhirnya ditipu.

Dan saya risaukan Se Ra kerana dia adalah Se Ra.

Awak juga kenal dia.

Awak menghabiskan masa...

dengan Gong Myung, bukan?

Anak sulung saya ikut perangai ibunya bukan saya...

sejak dia masih muda.

Jika anak kedua saya masih ada,

saya tertanya-tanya adakah dia akan ikut perangai saya.

Ya, itu betul.

Dia lebih seperti saya.

Dia mengekori Gong Myung.

Dan dia suka susu pisang.

Saya tidak ingat banyak,

tapi jika dia masih hidup,

dia akan ikut perangai saya.

Awak sudah pulang.

Hei. Bawakan saya secawan air madu.

Tiada madu. Kita sudah habiskan semuanya.

Oh Tuhan. Encik Dungu.

Siapa kawan minum awak hari ini?

Maeng Duk.

Dia bercakap mengenai Jeong Dae.

Apa yang dia cakap?

Dia tertanya-tanya adakah Jeong Dae akan ikut perangainya...

jika masih hidup.

Dan saya rasa Jeong Dae suka susu pisang.

Jadi dia ingat itu.

Dia tidak akan tahu...

kegembiraan membawa pulang...

snek dan ais krim...

yang anak-anak awak suka selepas minum.

Awak kata awak tidak mahu tinggalkan Gong Myung sendirian.

Boleh awak cakap dengan dia?

Saya tidak dapat...

beritahu dia yang Gong Myung tinggal bersama kita.

Alangkah baiknya jika seorang ayah dan anak dapat tinggal...

di rumah yang sama dan saling bergantung antara satu sama lain.

Saya tidak dapat membayangkannya.

Oh Tuhan. Apa yang awak beli?

Sumpah saya nampak madu di situ.

Mari makan ais krim.

Sedapnya.

(Kim Geun Tae, Park Hong Sub, Ha Ji Woon)

(Kim Won Oh, Cho Jeong Dae, Han Song)

("Tugu Peringatan Mangsa Kebakaran Resort Sarang...")

Awak sudah membacanya?

(Tugu Peringatan Kebakaran Resort Sarang?)

(Wakil Goo meletakkannya di atas bumbung.)

Adakah itu benar?

Saya tidak percaya dia akan lakukan perkara seperti itu.

- Saya tidak boleh mempercayainya. - Bagaimana dia boleh lakukannya?

- Dialah yang mencurinya. - Oh Tuhan.

(Sebab itulah dia kehilangan jawatan pengerusi.)

Tugu peringatan dari kebakaran di Resort Sarang?

Tepat sekali. Saya tidak faham.

Terima kasih di atas maklumat.

Saya akan pastikan saya merahsiakan identiti awak.

Tunggu.

Apa pun, hingga Ketua Won diusir...

dan Pengerusi Goo digulingkan,

tiada siapa yang tahu mengenainya, bukan?

Tiada siapa yang tahu mengenai tugu peringatan di atas bumbung itu.

Saya tidak percaya ini.

Tapi Wakil Cho dapat tahu mengenainya.

Bila Wakil Goo perlu bercakap dengan wakil lain,

dia biasanya memanggil mereka ke atas bumbung.

Sebenarnya,

saya tertanya-tanya bagaimana Wakil Goo...

memindahkan tugu peringatan itu sendiri?

Ya. Saya menolongnya.

Oh, betul. Encik Seo.

Tapi kenapa dia saja yang disoal oleh polis?

- Disoal oleh polis? - Ya.

- Adakah itu tuduhan kecurian? - Ya.

Oleh kerana dia keluarkannya dari tapak binaan, itu adalah kecurian.

Konstruksi Q mendakwa dia.

Kenapa awak baru beritahu saya sekarang?

Kita baru saja mula cakap mengenainya.

Hei.

Awak menceroboh tapak pembinaan...

dan mengambil sesuatu. Jadi, ia adalah kecurian.

Awak terus-terusan cakap saya mencurinya dan itu adalah kecurian.

Lalu, siapa pemilik tugu peringatan itu?

Pemilik Resort Sarang?

Atau Konstruksi Q kerana mereka membina Bandar Smart One?

Siapa lelaki yang menolak kereta sorong ini?

Apa yang awak buat?

Saya memohon untuk menolak menjawab soalan.

Saya mewakili Cik Goo Se Ra.

Nama saya Yoon Hee Su.

(Firma Guaman Taekang, Peguam Yoon Hee Su)

Ada orang mungkin menganggap saya telah dikurung dalam penjara.

Makan saja.

Semasa saya diserahkan dengan saman dari Ketua Won,

awak tidak berminat untuk menolong saya.

Ketika itu, saya ingatkan bekas ketua akan menang...

pilihan raya daerah yang seterusnya...

dan menjadi wakil rakyat selepas menang pilihan raya umum.

Keadaan sudah berubah.

Begitu juga kedudukan saya.

Awak luar biasa.

Saya sudah lama tidak dapat bercakap dengan Wakil Bong.

Saya harus berterima kasih kepadanya kerana mengundi...

untuk menentang memecat saya dari jawatan.

Saya orang yang mengundi menentangnya.

- Apa? - Awak mesti fikir dia sukakan awak.

Dan...

jangan berlebihan atau fikir ia lebih dari yang sebenarnya.

Saya hanya mengundi menentangnya...

kerana saya rasa ia tidak adil untuk pecat awak.

Wakil Cho...

Tidak, Pengerusi Cho akan menyusahkan awak.

Sekarang parti lawannya sudah disingkirkan,

bukankah dia akan halau awak dengan kejadian tugu peringatan itu?

Dia takkan membawanya lebih jauh.

Awak sangat yakin.

Saya ada satu lagi temu janji.

Awak berdua harus luangkan masa dan menikmati janji temu awak.

Saya belanja.

Terima kasih untuk makanan ini, Hee Su.

Kenapa tiba-tiba?

Saya baik pada orang yang belikan saya makanan.

Terima kasih.

Terima kasih untuk makanan ini, Hee Su.

Oh Tuhan.

Bagus.

Ini.

Minumlah.

Kembali bekerja untuk saya.

Saya tidak rasa awak ada tawaran pekerjaan...

selepas lihat apa yang berlaku kepada Ketua Won.

Saya tiada sebarang tawaran,

tapi saya tidak merancang untuk kembali.

Awak tidak perlu berputus asa...

hanya kerana awak dilemparkan kesusahan.

Saya berikan awak tawaran ini...

kerana saya perlukan awak untuk...

rancangan masa depan saya.

Jika awak memerlukan masa untuk memikirkannya,

awak boleh ambil masa yang awak perlukan.

("Tugu Peringatan Mangsa Kebakaran Resort Sarang...")

Saya betul-betul tiada niat...

atau bermaksud untuk menyusahkan awak.

Awak kata awak tidak boleh tinggalkannya di sana,

jadi awak mengeluarkannya.

Itu meyakinkan saya.

Tapi...

awak tidak akan menyimpannya selamanya, bukan?

Salah lakukan itu.

Malah sehingga hari ini,

ia ditinggalkan, tanpa ada yang ingat atau menjaganya.

Sudah sekian lama berlalu malah saya juga lupa tentangnya.

Sekarang semua orang tahu mengenainya.

Perkara itu harus berubah.

Setiap tahun pada 1 April,

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left