The first 200 lines.
Lahela!
Ayah suka meluncur pada hari jadi.
Kamu mulakan usia 16 tahun dengan betul, sayang.
Ayah masih ingat ketika ayah pegang kamu
-guna tapak tangan ayah -Ayah
Jejaka kacak di depan.
Hei, Walter.
Teruja untuk tarian pada hari Jumaat?
Ya, saya. Sebab saya akan pergi dengan awak.
Jangan buat isyarat tangan, kawan. Saya ada di sini.
Kita patut pergi.
Saya tak nak terlambat untuk ujian memandu.
Saya dah besar.
Bukankah ayah teruja?
Saya rasa awak boleh pandu lebih laju.
Ini kali kedua dia melepasi kita.
Baiklah.
Hei, awak dari bahagian pulau yang mana?
Bahagian pulau yang dipanggil, "Jangan menyibuklah."
Awak tak sepatutnya berada di sini, ayah.
Okey.
Nampaknya ada kemalangan teruk di sana.
Perlahan-lahan, okey? Hei. Kita agak laju, bukan? Perlahan sikit!
Awak dah gilakah?
Lahela!
Hei, kembali ke kereta!
Awak nak ke mana?
-Maafkan saya. Hei. -Tolong hantar ambulans.
-Lelaki. Penunggang basikal. -Pergi dari sini.
Dewasa. Mari kita percepatkan bantuan.
Biar saya periksa dia.
Macam mana prestasi dia setakat ini?
Awak siapa? Pergi dari sini.
Maafkan saya, budak.
Mungkin konkusi.
-Marilah. -Lepaskan saya.
-Awak nak masuk penjara? -Awak akan masuk penjara
untuk kecuaian jenayah.
Pinggang lelaki ini mengalami keretakan dan terkehel
dan dia akan kehilangan kakinya kecuali jika saya betulkannya sekarang.
Pegang pinggulnya supaya saya boleh pusingkan kaki dia.
Apa?
Tiada nadi yang dirasai di kakinya,
dan dia akan kehilangannya kerana peredaran darah tersumbat.
-Saya takkan... -Pegang dia sekarang.
Awak, pegang leher dia.
Sedia?
Pegang dia kuat-kuat, okey? Saya akan mulakan.
Saya boleh rasakan nadi.
Peredaran darah dah dipulihkan.
Sekarang, cari sesuatu yang saya boleh gunakan sebagai pendakap.
-Ya, doktor. -Pergi.
Dan sesuatu yang kita boleh guna untuk tekan luka ini dan hentikan pendarahan.
Awak hutang saya pengikat rambut.
Siapa budak ini?
Anak saya.
Seorang doktor.
Baik.
BUDAK BERUSIA ENAM TAHUN DAPAT MARKAH PENUH DALAM UJIAN SAT
BUDAK GENIUS TAMATKAN SEKOLAH TINGGI DALAM TEMPOH 9 MINGGU
BUDAK BERBAKAT LUAR BIASA BERUSIA 10 TAHUN TAMATKAN PENGAJIAN DI UNIBERSITI HAWAII
BUDAK GENIUS TAMATKAN SEKOLAH PERUBATAN PADA USIA 14 TAHUN
BERDASARKAN SIRI TV, DOOGIE HOWSER M.D. .
Kopi latte labu pedas dengan bayam?
-Peliknya. -Hei, awak dapat sayur sekali.
Ia bagus.
Helo, Encik Lim.
Saya Dr. Nakayama dan ini Dr. Zeller.
Hai. Kami berdua adalah doktor pelatih.
Dr. Kamealoha akan jaga awak.
Aloha, Encik Lim.
Ini satu gurauankah?
Dia mungkin berumur 16 tahun, tapi dia seorang doktor.
Awak tahu dia macam siapa?
Ini dia.
Masih ingat Doogie Howser ?
Rancangan dari tahun 90-an?
Dia seperti Doogie Howser yang sebenar.
Sebab itulah kami panggil dia Doogie.
Oh, saya tak tahu pun.
Kenapa awak fikir kita panggil dia Doogie?
Dia impian setiap ibu orang Asia.
Bagi mereka,
apa yang lebih baik daripada jadi doktor ialah jadi doktor lebih cepat.
Ada ibu yang suka berlagak sebab anak mereka doktor,
tapi mereka seperti 27... orang yang kalah.
Sudahkah luka dibiuskan,
-dibersihkan, dicuci? -Ya, doktor.
Bagus. Encik Lim, jangan bergerak.
Awak yang takkan bergerak disebabkan saman mahkamah persekutuan.
Hanya 16 tahun?
Saya akan tambah kiraan kerana mengakibatkan gangguan emosi.
Saya minta maaf encik rasa begitu.
Saya boleh tahu yang awak seorang peguam,
jadi awak mesti tahu yang hospital tak bertanggungjawab
ke atas umur doktor.
Mahupun alasan terdekat yang mengaitkan usia saya dengan kecederaan yang dialami.
Dan sekalipun awak boleh buat kes prima facie akibat kecuaian,
awak tiada kepelbagaian kehakiman
untuk bawa kes ini ke mahkamah persekutuan.
Lagipun, saya dah siap.
-Awak dah selesai? -Cantik dan kemas.
Sepatutnya tiada banyak parut.
Mungkin saya takkan saman.
Kalau awak ubah fikiran,
had statut untuk kes salah amalan ialah selama tiga tahun.
Saya ingat nak pergi sekolah undang-undang ketika saya berusia sembilan tahun,
tapi saya betul-betul sukakan Rainbow Loom.
Terima kasih... Doogie.
Doktor-doktor pelatih, saya perlukan laporan pesakit kamu.
Dr. Kamealoha, boleh saya bercakap dengan awak?
Ya, doktor.
Kali terakhir dia cakap begitu pada saya, saya termuntah dalam mulut.
Saya tahu, bukan?
Dia pernah hantar e-mel kepada saya dan saya terpaksa bukanya dengan pakar terapi.
Hei.
Semuanya okey, doktor?
Ya. Sehinggalah pagi tadi apabila mak jumpa video TikTok baru kamu.
Mak.
Kita di tempat kerja, panggil mak Dr. Hannon.
Mak tahu hari ini hari jadi kamu, tapi tarian kamu terlalu menjolok mata.
-Kamu boleh buat dab saja. -Saya hanya menari.
-Terlalu menjolok mata -Okey.
Jadi, saya perlu panggil mak doktor sebab kita berada di tempat kerja,
tapi mak boleh lepaskan geram pada saya sebab saya buat begini.
Alamak. Hentikannya.
Berhenti!
Maaf, saya pandai menari dan mak pula tidak.
Mak pandai menari.
Tiada rentak yang mak tak boleh ikut.
Tengok gerakan pinggul mak, tak keterlaluan.
Jadi, ini tak mengapa.
Tapi bila saya buat tarian Magic Mike di parti Halloween kita,
dan tiba-tiba, itu "masalah" yang perlu "diuruskan"?
Terima kasih, Dr. Lee.
Ada apa-apa lagi, Dr. Hannon?
Tunggu. Ada sesuatu di bawah...
Mak. Gelinya.
Kamu lapar?
Sebab trak ais batu campur ayah kamu ada di sini hari ini,
atau ada badam dalam laci meja mak.
Okey. Mak sayang kamu, doktor...
AIS BATU CAMPUR DAN BUNGA BENNY
Ini dia.
Ais batu campur pelangi dan dua plumeria lei .
-"Mahelo"! -Mahalo.
Bagus betul.
Macam mana awak boleh terfikir idea ini?
Saya tak pernah dengar tentang trak ais batu campur dan bunga.
Trak itu yang pilih saya.
Dulu saya bekerja dalam kewangan, tapi saya nak lebih lagi.
Jadi, saya kata, apa dua benda yang paling saya suka?
Ia adalah ais batu campur dan bunga.
Jadi, inilah dia.
Saya suka anjing Shih Tzu, anak saudara saya, Kevin.
Ada apa-apa yang awak boleh fikirkan?
Sukar untuk tentukannya,
tapi jika awak berusaha betul-betul, semuanya tak mustahil.
-Hei, sayang. -Hei!
Saya kenal wajah itu.
Wajah "Saya tak okey, tak kira betapa saya kata saya okey".
Saya tak apa-apa.
Cuma saya dan Lahela bertengkar lagi.
Dia asyik jauhkan diri daripada saya.
Awak fikir saya patut risau tentang dia?
Jangan risau tentang dia.
Atau tentang dua anak kita itu.
Dapat gred C dan hanya makan bagel piza.
Hei, semua. Bagaimana dengan sekolah hari ini?
Baguslah! Saya dapat C dalam matematik,
yang cikgu kata adalah markah pertengahan.
Saya makan bagel piza untuk sarapan dan makan tengah hari.
Nampak? Semua orang buat dengan baik.
Ingat, kita akan meraikan
-hari jadi Lahela malam ini. -Betul.
Saya belikan dia semburan badan kesturi.
Saya rasa kita boleh berkongsi.
Saya tak nak berlagak, tapi saya dah hampir matang.
Ada benda baru sedang berlaku. Nak dengar lagi?
-Tidak. -Tidak.
Potret yang awak buat di kelas seni memang menceritakan kisah sebenar.
Selamat pagi, Will.
Hei, Doogie!
Awak seorang saja yang boleh panggil saya begitu.
Saya suka apa yang awak dah buat dengan tempat ini.
Ya. Anak saya datang dan buat semua ini untuk menaikkan semangat saya.
-Hebat, bukan? -Ya.
Awak suka lagu ini?
Saya rasa saya tak tahu yang ini.
Tidak? Ia lagu klasik.
Masa saya sebaya awak, saya curi-curi keluar untuk tengok persembahan Creedence.
Konsert pertama yang saya pernah pergi.
Itu kali pertama saya menari dengan seorang wanita.
Itu juga kali pertama saya...
Saya cuba beberapa perkara lain.
Awak tak pernah lupakan malam-malam pengalaman pertama.
Saya nak malam begitu.
Awak berguraukah?
Awak masih muda.
Awak akan alami malam-malam begitu sepanjang hidup awak.
No comments yet. Be the first to leave one.