The first 200 lines.
Okey, selamat kembali.
Ini Artie Decker, pengacara untuk Fresno Grizzlies.
Kita ada permainan yang hebat.
Permulaan pusingan ke-9 di Taman Chukchansi.
Kita boleh rasa musim luruh dah bermula.
Cuaca cerah dengan 107 suhu darjah, tapi kering.
Kita ada 15,000 orang berpeluh yang kenyang dengan Churro ,...
...menyokong pasukan Fresno Grizzlies kita.
Ini sebabnya saya suka mengulas Besbol Liga Bawah,...
...sebab saya boleh sebut nama seperti "River Cats" atau,...
"...Rancho Cucamonga Quakes".
Saya tak perlu sebut nama bosan,...
...seperti "Tigers," atau "Red Sox," atau "Cubs."
Baiklah, kita berehat seketika,...
...sebab para pemain sedang bermesyuarat di atas padang.
Artie, awak tahu sekarang waktu apa?
Dah tentu. Waktu untuk Kamera Cumbuan Artie.
Terima kasih, Gwen.
Mari lihat pasangan muda yang ada di stadium malam ini.
Baiklah, itu satu cumbuan.
Cumbuan seperti itu,...
...bermakna mereka dah berkahwin.
Kejap, ada orang melamar.
"Sudikah awak mengahwini saya, Clara? Sayang, Nate."
Itupun Romeo kita. Wah! Dia berjaya!
Itu wanita yang sangat menawan.
Teman wanitanya mirip Britney Spears,...
...dan dia berikan cincin,...
...kepada wanita di sebelah yang lain!
Sungguh tak percaya,...
...saya pasti dia wanita yang baik, tapi, aduhai.
Saya ingat Jerry Garcia dah mati.
Apa yang dia buat di sana mengahwini lelaki itu?
Di Taman Chukchansi, cinta itu buta,...
...dan begitu juga Nate.
Baiklah, mari kembali semula pada perlawanan.
Ini keadaannya. Pelari pertama dan ketiga, kedua dah terkeluar.
Dan ini lontarannya.
Mengayun dan terlepas. Diaz lontar ke tapak ketiga.
Mereka mengeluarkannya!
- Awak keluar! - Permainan tamat!
Myers dimarahi dengan teruk,...
...bak kata mak saya, "Tiada ubat untuk kebodohan."
Gwen! Kita dah menang.
Berakhirlah perlawanan terakhir bagi musim ini.
Grizzlies mengalahkan Sacramento River Cats,...
...dengan markah tiga berbalas satu.
Kami akan kembali nanti untuk ulang tayangan.
Itu cara yang teruk untuk menamatkan permainan.
Artie. En. Decker.
Saya nak ucapkan terima kasih atas penggal yang menakjubkan.
Awak banyak mengajar saya dan saya ingin berikan hadiah ini.
Apa awak buat, Brad?
Ia ada semua siaran terkenal yang awak beritahu saya.
Harwell, Red Barber, Scully, Russ Hodges.
Hebat sekali, Brad. Terima kasih.
Bak kata Yogi Berra, "Ia belum berakhir sehingga ia berakhir."
Musim Fresno Grizzlies kini dah tamat.
Saya Artie Decker, Suara Fresno Grizzlies.
Jadi, bagi pihak Brad Zolick,...
...dan Gwen Foster yang memainkan alat muzik organ,...
...selamat malam, terima kasih dan tutup lampu, Alice.
Saya suka kerja ini.
Saya dipecat?
Maaf, Artie. Saya nak ubah segalanya.
Logo baru, seragam baru, muzik baru.
Semua yang tak berguna akan dibuang.
Saya tak berguna?
Awak bergaya lama. Awak mengenang dan bercerita.
Semua penaja kita adalah untuk alat pendengar,...
...katil boleh laras dan skuter.
Bukan skuter yang hebat, tapi yang untuk orang tua.
Kami nak orang yang ada hubungan.
Dengan apa?
Facebook.
- Berapa kawan awak ada? - Saya tak ada kawan.
- Awak ada ciapan baru? - Tak.
- Bila kemaskini terakhir awak? - Apa?
- Awak ada poke sesiapa? - Tak!
- Ada orang poke awak? - Tak.
Begini, Artie, walaupun awak berhubungan,...
...saya tak rasa saya nak awak poke saya.
- Berapa aplikasi awak ada? - Tak ada.
- Awak tak ada aplikasi? - Tak.
- Semua orang ada aplikasi. - Saya tak ada.
- Awak main Angry Birds? - Angry Birds?
- Siapa Angry Bird kesukaan awak? - Tak ada!
- Semua orang ada. - Saya tak ada.
Tanda pagar.
Bila kali terakhir awak guna tanda pagar?
Awak dah gila? Apa yang awak merepek ni?
Kami nak pengacara yang boleh tweet .
Saya akan "mencicit". Saya akan buat bunyi apa saja.
Maaf, Artie, saya dah buat keputusan.
Rasakan lemak terbakar, semua.
Satu, dua, tiga, empat.
Baiklah.
Bagaimana dengan awak, Diane?
Oh, belakang saya.
Oh, belakang saya lagi.
Cuma sepuluh minit saja lagi untuk dapat kek keju.
Itu dia. Bagus.
Hai, Artie.
Hai, puan-puan.
Saya dengar penghujung perlawanan.
"Tiada ubat untuk kebodohan." Kelakar.
- Ya. - Kelakar.
Jangan jatuh, sayang.
Saya okey.
Baiklah, semua, tahan teras perut awak.
Saya tak ada teras.
Kerjakan otot abdomen.
Ini mungkin sesuatu yang baik.
Kita ada lebih banyak masa bersama.
Maksud awak saya pakai topi kapten mengikuti awak ke Costco?
Awak tak nak bersara? Baiklah.
Awak ditawarkan kerja mengajar pengacaraan di Fresno State.
Awak boleh ajar orang muda.
Tapi mengapa mereka harus tahu apa yang saya tahu?
Awak sangat mulia.
Saya tak nak mengajar, saya nak buat. Saya masih ada impian itu.
Pasukan Giants?
Ya, pasukan Giants. Dah 35 tahun saya mengejar kerja ini.
Jika kita lupakan impian kita, kita putus asa.
Saya takkan putus asa.
Saya rasa 10 tahun lebih muda, dan rupa saya lagi muda dari itu.
Jadi, awak ibarat menyuruh saya bersara pada 38 tahun.
Awak berumur 38 tahun? Pergilah cat rumah.
Awak pengacara paling bagus di dunia.
Awak patut jadi pengacara untuk Giants.
Tapi selepas sekian lama,...
...saya rasa mereka tak perlukan awak pun.
- Semuanya akan okey. - Maaf.
R-life bangun.
Garaj diaktifkan. Kenderaan sedang dicas.
Panel suria diaktifkan.
Selamat pagi, Harper, Turner dan Barker.
Wafel dah siap.
Kopi dah siap.
Masa untuk bersarapan.
Tapi, Mak.
Kejap, sayang.
Saya akan siapkan untuk awak dalam 3 jam.
Ya, satu jam, itu maksud saya. Ya, saya boleh tunggu.
Tak guna!
- Kenapa, sayang? - Saya terlepas satu not.
Mari sarapan. Kamu akan dapatkannya.
Kamu pun tahu.
Ya, saya masih di sini.
Baiklah. Bila?
Begitu cepat? Biar betul.
Ayah! Ayah.
Saya punya Soysages , Turner punya adalah Wheatie-O's .
Baiklah. Sayang, boleh awak ambil alih?
- Saya sedang cakap di telefon. - Saya sedang cakap di telefon.
Terima kasih.
Tapi, Mak! Budak-budak lain menontonnya.
Mak tak rasa kamu akan suka filem-filem Saw.
Ingat tak masa kita tonton Avatar ,...
...dan kamu habiskan 2 jam sorok muka kamu dalam beg Mak?
Saya mencari gula-gula getah.
Saya di sini.
Tak sangka betul. Komputer saya baru saja rosak.
Saya akan telefon awak balik.
Boleh kita bincangkan kemungkinan lain,...
...untuk pakaian hari ini, termasuk memakai seluar?
Boleh saya cakap dengan awak sekejap?
Ya. Saya ada banyak sangat masa.
Ayah? Boleh saya lihat filem Saw?
Ya.
Hebat!
Kejap. Ia tak sesuai langsung.
Kenapa?
Hebat. Macam janji temu kecil.
Tahun yang sibuk, kan?
Maksud saya, segalanya. Berpindah ke Atlanta untuk kerja saya.
Ya, ia satu cabaran.
Itu adalah bos saya di telefon tadi,...
...dan R-life telah dicalonkan sebagai "Produk Baru Tahunan."
Hebatnya!
Saya tahu! Syarikat adakan jemputan minggu depan.
Untuk bersosial dan berdua-duaan.
Sabtu uji bakat Harper.
Ya, tapi pada waktu malam.
Kita balik awal. Tentu sempat.
Turner juga ada terapi pertuturan.
Saya kena beli gaun untuk uji bakat Harper.
Kita kena bawa anak-anak ke simfoni...
Kita tak pergi bercuti sejak Barker lahir.
Dah lima tahun.
Ini perbualan terpanjang kita dalam beberapa bulan.
Hebat. Saya akan telefon ibu bapa saya, mereka akan datang.
Mereka akan jaga anak-anak masa kita tiada.
Pelayaran? Pelayaran apa?
Yang kita belikan untuk ulang tahun ke-40 mereka.
Saya kata belikan mereka baju senam sepadan saja.
Kita akan fikirkan sesuatu, okey?
Kita boleh telefon ibu bapa awak.
Awak serius.
Ya. Dah setahun mereka tak jumpa anak-anak?
No comments yet. Be the first to leave one.