The first 200 lines.
Semoga segala makhluk bergembira dan bebas
dan semoga fikiran, lisan serta perbuatan
dalam kehidupanku memberi manfaat kepada kebahagiaan dan kebebasan buat semua,
semoga kesihatan kekal selamanya. Semoga aman.
XiaoQing.
Kakak.
Aku alami visi itu lagi.
Aku dah bertapa selama 500 tahun.
Keabadian hampir dalam genggamanku.
Tapi aku tak pernah dapat tembusi tembok itu.
Aku tahu, ia selalunya sukar dipercayai.
Ada kekosongan dalam hatiku.
Ia kehilangan sesuatu.
Kenapa bila aku semakin hampir, aku selalu dicampak semula
ke dalam huru hara itu?
Apakah yang aku masih kurang?
Pegang pin rambut ini.
Kejap, kau selalu memakainya.
Kau tak pernah benarkan aku...
Aku akan izinkannya sekarang.
Lagipun ianya memang milik kau.
Genggam dengan erat.
Ular Putih
500 Tahun Dahulu
Lewat Dinasti Tang, kekacauan bermaharajalela,
Pelesit menghantui dunia.
Si Maharaja menagih kehidupan abadi.
Jeneral Kegelapan-nya tidak dapat memenuhi keinginannya itu,
maka dia menanggung kemurkaannya.
Untuk memenangi semula hati Maharaja.
Jeneral itu mengarahkan rakyatnya untuk menangkap ular
bagi memberi makan kepada kuasa Daoist-nya.
Jeneral Kegelapan: Kuasa kegelapan, mengalirlah dan berhimpunlah.
Sebarkan kuasamu di serata negara.
Kuasa kegelapan, mengalirlah dan berhimpunlah.
Sebarkan kuasamu di serata negara.
Pembunuh upahan!
Tangkap dia! Serang dia!
Pergi ke posisi masing-masing!
Mana dia ni?
- Itupun awak. - Siapa awak?
Ini dunia yang menakutkan, awak selamat di sini.
Kita berada di mana?
Kampung Penangkap Ular.
Siapa nama awak, awak dari mana?
Nak, awak tak ingat apa-apa ke?
Oh, itu tandanya penangkap ular dah pulang.
Anak muda kampung kami, Ah Xuan yang selamatkan awak.
Ah Xuan...
Kami menangkap ular untuk menyara hidup kami dan kami bina rumah kami
seperti ini kerana pergunungan dan hutan penuh
dengan haiwan liar dan pelesit juga.
Aku pelesit!
- Hati-hati berlari, anak-anak. - Makcik!
- Hei, tunggu! - Herba yang Ah Xuan
ambil itu memang berkesan!
- Hati-hati! - Saya dah hampir sembuh!
- Menangkap ular memang bahaya! - Cantik sungguh dia.
Ah Hua, boleh awak turunkan arak itu?
Boleh, ianya barang yang bagus juga! Ia menjauhkan ular-ular!
Anak muda, marilah.
Xuan, kau yang terakhir lagi?
Kau akan tidur dengan ular-ular itu malam ni.
Lebih baik kau cepat!
Itu Xuan!
Awak dah sedar ya?
Dudou?
Macam mana kau boleh ada bawah ni?
Ah Xuan, tak dapat ular lagi?
Kau nak satu aku punya?
Penangkap ular yang takut ular.
Kalaulah herba kau tu boleh buat bayar cukai.
Siapa perlu bayar cukai bila kau boleh selamatkan nyawa?
- Xuan dah balik! - Yay, Xuan!
Apa yang awak bawa?
Marilah tengok.
Siapa nak yang ini?
- Saya nak! - Oh?
- Bagi saya. - Eh, jangan gaduh.
Tolong.
Tolong, mereka akan makan kami.
Anak muda.
Ah Xuan, dia tak ingat apa-apa langsung.
Hei, cik?
Jangan risau, saya akan bawa awak ke tempat saya jumpa awak.
Mungkin ada klu di situ.
Perangkap ular kami biasanya dipasang di bawah sana.
Kenapa awak tangkap ular?
Dunia semakin hari semakin teruk
dan cukai semakin meningkat.
Jeneral itu bagi kami bayar cukai dengan ular.
Bermakna tiada buruh paksa,
jadi kami semua buat keputusan untuk menangkap ular.
Kerjanya merbahaya, tapi kalau awak tak lakukannya,
keadaan akan menjadi lebih teruk.
Situ, di bawah air terjun itu.
Dudou, aku tahu itu jalan pintas
tapi itu jalan yang sukar walaupun bagi kita
dan jangan lupa dia ni.
Dudou!
Awak tahu magik?
Apa kata saya pergi dulu?
Awak boleh ambil masa awak.
Dudou, kita patut ikut dia, tak gitu?
Huh?
Dudou?
Baliklah kalau macam tu.
Saya harap saya pun tahu magik.
Awak ni semacam bidadari ke apa?
Saya tak boleh ingat.
Tempat apa ni?
Oh, ini sebuah pondok yang saya dirikan.
Tempat inilah biasanya saya buat itu dan ini.
Macam mengeringkan herba.
Bila saya seorang doktor, tak perlulah saya menangkap ular.
"Dewan Pertahanan"?
Kenapa awak memanggilnya begitu?
Huh, oh, ini?
Yang ini saya jumpa di tepi sungai.
Ah, betul, jadi waktu itu saya sedang membuat payung
kemudian saya terdengar Dudou menyalak.
Saya pergi tengok dan awak berada di atas batu itu,
separuh badan awak berada dalam air.
Ketua Ular: Bunuh Jeneral itu,
walaupun ianya bakal meragut nyawa kamu sendiri.
XiaoBai: Ketua, dialah musuh terbesar kita.
Ketua Ular: Kami berterima kasih.
XiaoBai: Saya belum bersedia.
Ketua Ular: Kita ada pantang larang,
kamu tak boleh bertindak sesuka hati kamu.
Awak ada ingat sesuatu ke?
Ah Xuan, ada tak perkara yang awak tak mahu lakukan
tapi awak dapati awak mesti lakukannya juga?
Mestilah, saya tak mahu buat banyak perkara,
tapi begitulah kehidupan.
Tapi saya lebih rela menjalaninya dengan sesuka hati saya.
Sebab itulah saya belajar semuanya.
Perubatan, ilmu falak dan juga seni esoterik.
Takdir awak mungkin dah tertulis, tapi cara awak menjalaninya tidak.
Sebarkan kuasamu di serata negara.
Awak tak apa-apa?
Saya terbang.
Saya boleh terbang!
Hei, lihat!
Hebatnya, angin membawa kita.
Sekarang kita memang terbang bebas!
Ah Xuan!
Saya tak apa-apa, saya pegang benda ni.
Apakah benda ini?
- Tumpukan untuk memanjat. - Baik.
Cik... Cik!
Tidak!
Nanti dulu, aku kenal dia.
Bukan ke dia ni pembunuh upahan yang Jeneral cari?
- Betul tu. - Jeneral, pembunuh upahan?
Boleh jadi ini perangkap.
Cepat, sebelum dia bangun.
Siapa di sana?
Pin rambut itu dan saya saling berkait.
Awak dah sedar.
Saya rasa ini adalah magik.
Tapi saya tak tahu macam mana nak menggunakannya.
"Precious Jade.”
Precious Jade?
Precious Jade.
Precious Jade.
Oh, bengkel itu.
Bengkel apa?
Saya dengar ia berada di hutan pokok Almond
hanya di luar Yongzhou.
Saya dengar mereka hasilkan barangan yang terbaik dari bengkel mereka itu.
Ini mesti salah satu buatan mereka, mari pergi tanya mereka tentangnya.
Terima kasih Ah Xuan.
Tapi tak perlulah susahkan diri awak.
Siapa tahu saya ni jenis orang yang macam mana.
Walaupun ia masih belum jelas lagi, saya tahu sesuatu,
awak bukan jahat.
Kami dengan Jeneral!
Buka gerbang!
Semua orang keluar sekarang.
Jeneral?
Itu sebab dua orang askar tadi, mari pergi.
Maafkan kami, ular sukar didapati pada tahun ini.
Kami dah buat yang terbaik.
Dunia dalam kekacauan dan bilangan pelesit semakin meningkat.
Jeneral sedang bekerja keras menajamkan kemahirannya
untuk selamatkan negara ini.
Betul, pelesit memakan manusia dan tiada belas kasihan.
Kami sangat bersyukur pada Jeneral.
Walaubagaimanapun, malam ini, aku di sini berhubung dengan payung ini.
Milik siapakah payung ini?
Juga ada tak seorang wanita pelik yang berpakaian putih
dalam kampung ini?
Jawab soalannya!
- Tolonglah! - Tolong jangan sakiti bayi saya!
Tenang, beritahu saja hal sebenar dan tiada apa akan berlaku.
Baik, saya akan beritahu awak.
Saya nampak dia dengan Xuan awal tadi.
Anakku!
- Geledah kampung ini. - Baik, tuan.
No comments yet. Be the first to leave one.