Release info

Sensory Couple E07 150422 HDTV X264-LIMO ms
A Commentary by hyp0
By Mypandasubs (https://mypandasub.wordpress.com/). Next episode can be find in our fb

Tags

HDTV
hdtv
x264
HD
Published on: 2017-12-04
Downloads: 46
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Pegawai Choi? -=Episod 6=-

"Hai, Eun Seol. Ini Oppa."

"Bagaimana segalanya?"

"Abang tak tahu kenapa abang teringat tentang ini..."

"tapi kita patut pergi makan Gogi-guksu ketika kamu di Seoul dulu."

Maafkan saya.

Dia tak boleh tidur di sini.

Maafkan saya. Kami akan pergi.

Saya suka awak juga.

Saya kata saya suka awak juga.

Bangun, Pegawai Choi!

Saya rasa nak hujan ni. Bangun!

Di mana kita?

Awak tiba-tiba tidur dalam restoran.

Saya susah payah heret awak ke sini.

Ya. Saya rasa saya tertidur masa makan.

Maafkan saya kerana menyusahkan awak.

Maksud saya... awak tak rasa apa-apa...

jadi saya tak boleh nak salahkan awak.

Tapi macam mana awak boleh heret saya ke sini? Tak penat ke?

Beritahu saya. Macam mana ketika saya tertidur?

Adakah saya terus pengsan? Atau saya separuh tidur, separuh sedar?

Awak macam zombi.

Nampaknya akan hujan ni. Mari pergi.

Saya ada payung.

Bangun!

Saya mesti dah gila!

Awak tak apa-apa? Kenapa?

Sakit ke?

Tak apa. Aliran darah saya tak berapa bagus sejak akhir-akhir ini.

Mari pergi.

Saya pergi dulu.

Bila awak letak ini dalam baju saya?

Masa awak tidur.

Kenapa?

Saya pulangkan pada awak.

Itu kan promosi. Beli satu percuma satu.

Kenapa dengan itu?

Saya bukan jenis orang yang suka pada barang percuma.

Mana awak tahu yang mana satu percuma? Sama saja.

Jangan mengarut.

Saya boleh tahu yang mana yang dibayar dan yang mana percuma.

Saya boleh tahu sama ada awak bayar atau dapat percuma.

Kalau awak tahu, kenapa awak terima pada mulanya?

Itu...

kesimpulannya, saya tak mahu lukakan perasaan orang yang beri hadiah.

Jadi sebab bertimbang rasa, saya perlu terima hadiah itu.

Awak dah pun terima. Jadi...

buang saja.

Mana saya boleh buang ini?

Awak baru kata awak tak suka barang percuma.

Saya tak boleh terima ini sebab saya tersinggung.

Jadi awak patut bawa pulang.

Ini hentian saya. Selamat tinggal!

- Hei, Oh Cho... - "Hai, Eun Seol..."

"Ini Oppa. Bagaimana segalanya?"

Ya, Dr. Kim. Saya dah terima barang awak.

Saya dah periksa tiket kapal terbang juga.

=E-Tiket Kapal Terbang=-

Saya lupa beza masa semasa mengemas.

Saya rasa sekarang waktu siang di Senegal, bukan?

Ya, saya tahu itu akan agak sukar.

Saya akan tandatangan Borang Persetujuan Sukarela Medikal dan faks pada awak.

Ya, jumpa awak dalam 3 hari.

Ya.

-=Hospital Baekrok Jeju Choi Eun Seol=-

Eun Seol...

=Choi Eun Seol=-

Choi Eun Seol...

Awak bunuh adik saya kerana awak ingat dia saksi!

Lihat betul-betul pada adik saya yang awak bunuh.

Dia bukan saksi! Dia bukan!

Bunuh saksi yang salah...

maknanya saksi sebenar masih hidup.

Choi Eun Seol, anak pasangan nelayan...

hidup sebagai Oh Cho Rim sekarang...

Oh Cho Rim ialah saksi.

Kotak wain. Kotak kayu.

Kotak kayu seperti yang ada di kedai wain.

Betul tu. Ada dengan awak?

Legalah. Tolong asingkan.

Tolong.

Aku rasa kau ke sini sebab mahu ambil kotak berisi buku kau.

Kenapa kau tergesa-gesa? Aku agak sedih.

Kau dah hantar semua barangan kau.

Aku perlu minta maaf atas sesuatu, En. Kwon.

Kotak wain kau secara tak sengaja telah dihantar keluar sekali dengan barangan aku.

Ya, saya terdengar panggilan kau tadi. Tapi mereka sudah jumpa kan?

Sudah pasti.

Maafkan aku. Aku akan bawakan kepada kau bila aku terima dari mereka.

Mungkin aku akan terus pergi ke syarikat mereka.

Aku perlu ke sana pun untuk urusan penghantaran barang ke Afrika.

Kau akan terbang dalam masa 2 hari, kan? Ini sangat teruk.

Nampaknya kita tak akan berjumpa dalam masa 2 tahun.

Aku sangat sedih.

Cerita pada aku semasa makan malam. Jumpa kau nanti.

Sudah pasti.

Hai...

Hai, tuan!

Hai, Cho Rim.

Kenapa kamu sendiri?

Pegawai Choi tak boleh buat sketsa lagi.

Bukan ke saya dah cakap dengan jelas

saya cuma akan benarkan kamu masuk kembali kalau kamu buat sketsa dengan dia?

Saya harap kamu dapat iktiraf usaha saya sendiri, tanpa Pegawai Choi.

Kenapa dia tak mahu buat lagi?

Masalah peribadi, saya rasa.

Kamu tak boleh ikut serta persembahan kumpulan kerana kamu tak cukup bagus.

Mungkin kamu boleh bekerja dalam kumpulan sokongan.

Walaupun begitu, saya cuma boleh bayar kamu elaun pengangkutan.

Saya sanggup buat apa saja.

Saya boleh bawa barangan, pasang dan hias pentas atau jual tiket.

Saya sanggup buat apa yang saya mampu.

Baiklah, baiklah. Masuk balik dalam kumpulan.

Terima kasih, saya akan buat yang terbaik!

Kamu boleh pergi.

Selamat pagi, tuan!

Kenapa dengan dia?

Tuan jerit pada dia lagi, kan?

- Hei, Uh Woo Ya. - Ya, tuan.

Kamu fikir kamu boleh tolong Cho Rim?

Supaya dia dapat naik ke pentas?

Seperti carikan dia pasangan, atau berikan dia idea komedi.

Saya pun sibuk!

Hei, kamu jenis orang yang banyak tolong orang tapi tak dapat penghargaan.

Kamu akan buat juga, jadi kenapa mahu bising?

En. Chef!

Saya datang bekerja.

Maafkan saya, Cho Rim. Saya sedang berfikir sesuatu.

Bagaimana kerja? Awak suka?

Sudah pasti. Saya akan bekerja keras, En. Chef!

Sudah pasti. Buat perlahan-lahan.

Pengurus Kim!

Ya, tuan?

Ada perkara yang saya perlu terangkan pada awak. Mari kita ke dapur?

Ya, puan!

Maafkan saya.

Dr. Chun!

Hai.

- Maafkan saya... - Ya!

saya dapat kerja di restoran Chef Kwon. Datanglah melawat sekali-sekala!

Kepada Cik Choi Eun Seol... Tak, sekarang ini Cik Oh Cho Rim.

Saya sudah lama mahu meminta maaf pada awak sejak saya jumpa awak.

Sebab saya pernah doakan kematian awak.

Awak tiada peluang untuk hidup semasa awak dibawa ke hospital.

Dan isteri saya menunggu penderma jantung.

Saya mahu selamatkan isteri saya dengan pindahkan jantung awak pada isteri saya.

Tapi awak berjaya bertahan.

Awak perlu mati secepat mungkin untuk saya selamatkan isteri saya.

Jadi saya bawa jarum dengan tujuan mahu membunuh awak.

Tak akan ada siapa ragu jika awak mati akibat tekanan darah rendah.

Saya benar-benar minta maaf kerana ada niat yang sangat jahat.

Awak nampak sangat gembira akhir-akhir ini.

Makanan ini sedap!

Saya tak ada niat mahu musnahkan kegembiraan awak dengan beritahu cerita yang awak tak dapat ingat.

Jadi saya tak rasa saya akan hantar surat ini pada awak.

Tolong maafkan doktor bodoh ini yang hanya mampu meminta maaf dengan cara ini.

Ini dari Dr. Lim.

Tolong letakkan dalam kotak yang sama dengan buku lain.

Ya, doktor.

Awak mahu pesan apa, tuan?

Adakah ini promosi beli satu percuma satu?

Ya, tuan.

Saya mahu pesan promosi itu.

Itu saja.

Pasti.

Selamat menikmati, tuan.

Maafkan saya.

Tunggu sekejap.

Yang mana satu yang saya bayar dan mana satu yang percuma?

Kenapa saya tak terperanjat?

Yang mana satu yang saya bayar dan mana satu yang percuma?

Awak boleh tentukan sendiri.

Awak kata awak tahu.

Awak sangat cerewet.

Saya perlu layan pelanggan yang sangat tak menyenangkan hari ni!

Pelanggan yang sangat tak menyenangkan?

En. Kwon...

tak, saya hanya bergurau.

Selamat menikmati, tuan.

Saya harap pekerja saya tak berlaku kasar pada awak.

Tidak. Maafkan saya kerana hal hari itu.

Tak perlu minta maaf.

Awak dah berusaha keras membuktikan saya tak salah.

Awak mahu duduk?

Lagipun saya ada 2 gelas wain.

Pasti, kenapa tidak? Terima kasih.

Saya ke sini untuk meminta maaf di atas penyiasatan polis.

Saya minta maaf kerana ada kesalahan semasa penyiasatan.

Tak mengapa. Saya dah pun lupakannya.

Mari minum.

Terima kasih.

=Dr. Chun Baek Gyung=-

Maafkan saya.

Pasti.

Ini Choi Moo Gak.

Mahu beritahu saya sesuatu?

Malam ini jam 8 p.m. di Gereja Ilgodong.

Baik. Jumpa awak nanti.

Maafkan saya.

More Malay subtitles for The Girl Who Sees Smells

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left