Resident Evil

Resident Evil

Download Malay Subtitle

Season 1

Release info

Resident Evil S01 COMPLETE 720p NF WEBRip x264-GalaxyTV
A Commentary by ShasyaLala
Netflix Retail.

Tags

webrip
web
x264
720p
720
BRip
Published on: 2022-07-14
Downloads: 18
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

SEBUAH SIRI NETFLIX

Menurut saintis, dunia akan berakhir pada 2036.

Perubahan cuaca, pencemaran.

Lautan akan mendidih.

Udara sampai tak boleh dihirup.

Berbilion orang akan mati.

Tapi mereka silap.

Dunia dah lama berakhir.

EMPAT BELAS TAHUN SELEPAS PENAMAT

Tiga, dua, satu.

- Selamat hari jadi! - Selamat hari jadi!

Seronok tak hari ini?

Ayah cuba buatkan wafel.

- Cuba? - Ya, ada insiden sikit.

- Keluar api. - Kebakaran kecil.

Api besar.

Mak ingat lagi masa kecil. Mak dan adik mak…

pergi ke Disneyland.

Apa itu?

Itu…

- Tempat yang seronok. - Saya nak pergi, boleh tak?

Bea, apa kata kamu ambil hadiah dan tunjuk kepada mak?

Hadiah.

- Buku. - Okey.

- Tunggu sekejap! - Buku apa?

Shakespeare.

- Karya Lengkap. - Sekejap.

Masa saya pergi, dia masih baca Wrinkle in Time.

Ya, dah enam bulan. Semua benda berubah.

- Hei, saya tak maksudkan… - Tak apa.

Saya tahu saya dah pergi lama. Saya sangat rindukan kamu berdua.

Jade…

hati-hati.

KAWANAN 181

KAWANAN 421

BAWAH TANAH

Cepatlah. Tunjuklah sesuatu.

Pemerhatian hari ke-167.

Kawanan 2426 masih tak menunjukkan struktur kepimpinan

atau fungsi otak yang tinggi.

Tidak.

Tak guna.

Bazir enam bulan.

Bodoh betul!

BANDAR RACCOON BARU - 2022 TIGA BULAN SEBELUM PENAMAT

JADE SAYA RASA NAK MATI

BILLIE TAKLAH TERUK SANGAT

Janganlah.

Ayah rasa tentu kamu suka tempat ini.

Sekolah kamu nanti ada program STEM yang hebat.

Mereka menang Codefest tahun lepas dan…

ada teh kombucha percuma.

Hati-hati.

Satu balingan lagi.

Hei, nampak tak orang gila di taman itu?

Maksud awak, orang normal itu? Yang berkeliaran itu?

Ya, nampak. Mereka nampak okey.

- Terlalu okey. - "Terlalu okey"?

Kita di Afrika Selatan, tapi ada lima orang kulit Hitam saja?

Tempat ini pelik.

- Tapi rumahnya cantik. - Ya.

Kalau saya bakar, kita dapat balik tak?

Albert.

- Awak dah sampai. - Carol, gembira dapat jumpa lagi.

Jade, Billie, akhirnya saya dapat jumpa kamu.

- Pelik betul. - Saya juga.

Tentu kamu suka tinggal di sini.

Apabila dah siap kemas, saya akan bawa kamu jalan-jalan di pusat bandar.

Saya harap kamu suka kek cawan. Ada lima kedai, dua kedai vegan.

- Baguslah. - Baguslah.

Rumah ini lebih kecil daripada rumah lama,

tapi Cape Town cuma sejam dari sini.

Tahun lepas, kami diundi tempat terbaik di dunia untuk tinggal.

Siapa yang undi?

Peminat Lulu Lemon?

Orang yang tengok CrossFit?

Elon Musk?

- Saya tak… - Dia bergurau.

Jade fikir dia lawak.

Okey. Mari masuk.

- Boleh tak jangan buat begitu? - Tak boleh.

Bagi pihak Perbadanan Umbrella, selamat kembali.

- Wah, buruknya. - Rumah ini sangat cantik.

Dulu, Bandar Raccoon Baru adalah pekan kilang lama.

Semasa Umbrella beli, kawasan ini hampir sunyi,

tapi dengan sedikit inspirasi dan usaha yang keras, jadilah.

Tempat ini sangat istimewa.

Cahaya matahari lebih cerah, udara lebih bersih.

Rumah ini mungkin memiliki semua kelengkapan

dan banyak ruang untuk bermain.

Okey.

Tapi saya selalu baca majalah lucah Zootopia saja.

Maafkan saya.

Orang pentinglah katakan.

Wesker.

Ya, saya memang nak cuba kerja.

Selalunya pada hari Sabtu saya tak diet, tapi…

Tak kisahlah. Hari ini kita meraikan, betul tak, anak-anak?

Oh, Tuhan. Tijuana? Apa yang jadi?

Siapa nak sepotong…

Sudahlah.

- Tak payah berlakon kurang ajar. - Saya tak berlakon.

Awak ingat saya suka pindah?

Awak tak sukakah?

Awak tak kisah pun apabila kena pindah.

Tak ada pilihan, bukan?

Awak nak saya buat apa?

Menjerit-jerit, pecahkan pinggan?

- Cara itu berkesan untuk saya. - Tak, tak berkesan.

Setidaknya saya cuba. Awak…

Ke mana pergi budak yang curi bir itu?

Masuk makmal biologi dan lepaskan katak?

- Budak itu hampir dibuang sekolah. - Budak itu dah jadi membosankan.

Kadangkala, tak salah kalau kita berbaik-baik.

Dengan Carol?

Cuba sajalah.

Setidaknya, budak-budak lelaki itu kacak.

- Jom jumpa mereka. - Tak nak. Saya terlalu membosankan.

- Billie, maaflah okey? Jomlah. - Tak nak. Saya nak kemas barang.

Okey. Suka hati awaklah.

Hei.

- Hai. - Saya baru pindah ke sini.

- Saya cuma nak berkenalan. - Okey.

- Saya Jade. - Simon.

Hai, selamat berkenalan.

Aduhai.

- Besarnya binatang ini. - Periksa kem ini. Perempuan itu.

Tentu ada dalam 40 sifar.

Semua hangus,

tapi apabila meletup, tentu mengejutkan binatang itu.

- Macam mana? - Dia masih bernafas.

Mungkin dia mengalami pendarahan dalaman.

Yang pasti, ada konkusi.

Alamak.

Dia seorang pemandiri.

DAGING IALAH MEMBUNUH

Dia bencikan ayah sangatkah?

Tak ada siapa benci ayah.

Ayah tahu bukan mudah nak pindah, tapi…

Ayah tak ada pilihan.

Apa yang Umbrella mahu, Umbrella dapat.

Maaf.

Dah.

Kamu macam mana?

- Ayah tak perlu angkat. - Kalau tak angkat, ayah akan stres.

Wesker.

Jangan beri alasan. Kita ada protokol.

- Ayah lupa sampel saya. - Sekejap.

- Kamu ambil sendiri? - Saya tahu guna jarum.

Tentu saya boleh suntik heroin.

Ayah risaukan awak.

Banyak benda yang ayah risaukan.

Kita tak pernah sakit langsung,

tapi setiap dua minggu…

- kena buat ujian darah. - Dia…

- Ini untuk kebaikan kita. - Yakah?

Atau dia puntianak.

Betullah.

Rugi awak tak ikut saya tadi.

Budak-budak itu kacak.

- Bodoh, tapi kacak. - Yalah.

- Okey. - Saya tahu saya jahat.

Memang pun.

Awak risau tentang esok?

- Sekolah baru. - Semua benda baru.

Jadi? Kita pun baru.

Kita akan kuasai budak-budak di pekan bodoh ini.

Tak nak. Saya tak nak orang nampak saya.

- Kenapa? - Macamlah awak tak tahu.

Sebab kes katak itukah?

Tak, kes satu lagi.

Satu, waktu itu awak baru sepuluh tahun.

Dua, Alex Ingles sepak budak gred satu. Sebab itu awak patahkan kakinya.

- Adillah. - Saya kena pergi kaunseling.

Semua orang ingat saya gila.

Termasuk saya.

Saya mesti berhenti naik angin kemudian buat benda bodoh.

Hei.

Pandang saya.

Awak tak bodoh.

Awak Billie Wesker.

Awak baik dan hebat.

Awak cantik, markah PSAT sampai 1520.

Awak juga ada kakak yang terbaik.

Ingat semua itu dan abaikan saja benda lain, okey?

Mari sini.

DIKUASAKAN OLEH TUMBUHAN

Hei, kawan-kawan.

Maaf.

- Hai. - Hai.

SEKOLAH TINGGI RACCOON

- Hei. - Hei.

- Saya… - Billie!

Siapa itu?

Kakak saya. Kakak kembar.

Kembar?

Satu ayah, lain mak, maknanya penderma telur yang berbeza,

tapi ibu tumpang bersalin serentak.

Jadi secara teknikalnya, kami kembar.

Belajarlah sains.

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left