Release info

Another Oh Hae Young E12 160607
A Commentary by ilovemassu
Manually translated Eng-Malay by me. Maaf kalau ada kesilapan kecil.

Tags

other
Published on: 2016-12-11
Downloads: 43
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Kau sakit atau apa?

Kalau sakit, beritahu aku. Aku akan pergi ambil ubat.

Masih pagi ni!

Aku rasa dia dah hilang akal lagi.

Aku tak tahu apa yang tak kena kali ini.

[Episod 12: Harap Kau Menderita Setelah Kau Tinggalkan Aku]

Semasa drift , cuba buat bunyi yang lebih kuat.

Baiklah.

Semasa drift , tolong buat bunyi yang lebih kuat.

Ki Tae. Ki Tae!

Kau tahu yang Do Kyung sedang bersedih kebelakangan ini, kan?

Ceritakan perkara lucu yang klise padanya.

Dia sebenarnya sukakan cerita lucu yang lapuk.

Berikan padaku.

Bos. Ini Ki Tae. Dengar tak?

Cakap.

Aku berikan banyak makanan pada anjingku semalam.

Jadi kau tahu apa yang jadi padanya?

3. 2. 1. Masa dah tamat!

Dia jadi gemuk!

- Kelakar tak? - Tumpukan perhatian pada kerja.

Baik.

Jangan suruh aku buat perkara macam ni lagi.

Cerita lucu patut diceritakan pada orang yang ada perasaan.

Malu betul aku. Ambil ni!

Tak. Tak. Do Kyung sedang ketawa sekarang ni. Ketawanya akan datang lambat.

Dia sedang ketawa terbahak-bahak di dalam. Kita sudah hampir berjaya.

Bos. Ini Sang Suk.

Apa nama ramen paling sedap di dunia?

Hentikan cerita lucu itu semua.

Ramen bersama Bos!

Aku akan ikut kau sampai ke hujung dunia! Bersemangatlah!

- Sudahlah tu. Pasang pemercik air. - Baiklah. Faham.

Adakah anda sedang rasa sangat kecewa?

Segmen radio kita hari ini akan cuba hilangkan rasa kecewa anda.

Tolong jaga semua mereka yang sedang kecewa!

Walaupun Confucius dan Mencius, yang sedang menikmati hidup mereka di dunia yang lain

akan segera bangun bila mendengarkan kata-kata mutiara daripada lelaki ini.

Dia seorang yang akan dapat hilangkan semua rasa kecewa anda.

Lelaki yang sangat bijaksana.

Kalau anda ingin dapatkan kaunseling daripada Lee Byung Joon

sila telefon kami sekarang.

- Helo? - Helo?

Hey. Anda sudah berjaya hubungi kami. Hai.

Seronok dapat bercakap dengan anda. Anda boleh bercerita tanpa rasa takut.

Betul aku sudah disambungkan? Wow. Ini sungguh menarik.

Aku sudah minta supaya suaraku ditukar.

Ya. Ia sudah pun ditukar sekrang ni, jadi anda tak perlu lagi menutup hidung

Ianya sudah ditukar. Jangan risau. Anda boleh bercakap dengan tenang.

Aku juga tak mahu namaku disiarkan.

Jangan cuba siarkan namaku, cakap nak beri hadiah atau apa-apa.

Saya faham.

Jadi apa masalah anda?

Sewaktu di sekolah dulu, ada seorang budak perempuan yang namanya sama denganku.

- Ya. - Disebabkan dia terlalu hebat...

Aku bukan cakap aku tak hebat.

Tapi kerana dia tersangat hebat, aku selalu dibandingkan dengannya.

Dan aku selalu dikasari kerana dia.

Ada banyak perkara yang terjadi.

Secara ringkas, hidupku sangat memenatkan kerana dia.

Tapi...

Aku...

Lelaki yang aku pernah sayangi...

dulu adalah tunangnya. Tapi pernikahan mereka tidak jadi.

Jadi lelaki itu mahu balas dendam dengan perempuan itu

tapi dengan tidak sengaja, hidupku yang musnah kerananya.

Tanpa mengetahui semua ini...

Helo? Helo?

Boleh anda beritahu semula cerita anda dengan lebih detail?

Apa yang terjadi ialah...

Oleh kerana dia tak dapat terima apa yang terjadi

dia musnahkan perkahwinan aku, sebab dia fikir adalah perkahwinan perempuan itu.

Tunggu. Sekejap. Sekejap.

Bagaimana dia boleh salah sangka yang perkahwinan anda adalah perempuan itu yang punya?

Sebab nama kami sama! Kami ada nama yang sama.

Jadi lelaki itu fikir perempuan itu akan berkahwin

dan hancurkan perkahwinan aku.

Aku dapat rasa. Rasa ini...

Tapi tanpa mengetahui apa-apa

aku jatuh cinta dengan lelaki itu.

Sekejap. Sekejap.

Jadi, anda tidak kenal siapa musuh anda dan jatuh cinta dengannya?

Apa masalah anda sekarang?

Aku tak tahu apa nak dilakukan.

Sekejap,aku rasa nak bunuh lelaki itu kerana terlalu marah.

Tapi kemudian...

- Tapi... - Pergi tidur sajalah.

Jangan bersedih dan murung. Jangan hadiri blind dates yang tak berguna. Pergi tidur.

Setelah bangun, kau akan rasa lapar.

Jadi makanlah. Kemudian tidur semula.

Setelah bangun, kau akan rasa lapar lagi Jadi, makan lagi.

Hey...

Aku memberanikan diri untuk telefon kamu bukan untuk ini.

- Jadi lahirlah semula. - Kau fikir itu masuk akal?

Kau cakap yang hidup aku dah musnah jadi aku perlu pergi mati dan lahir semula?

Bunyinya seperti kau amat marah.

Tolong bertenang. Itu bukanlah apa yang kami maksudkan.

Apa yang susah dengan lahir semula?

Jika kau lupakan semua kisah silammu, itu maksudnya kau telah lahir semula.

Pernah kau jumpa bayi yang ada ingatan masa silamnya?

"Aku ada pengalaman begini. Jadi, aku orangnya begini."

Jika kau ada pemikiran seperti itu dan lupakan masa silammu, kau boleh lahir semula.

Kau fikir perkara itu semudah yang kau cakap?

Bagaimana aku nak berpura-pura macam tak ada apa yang terjadi?

"Baiklah. Mari kita padamkan masa silammu. Hapuskan semua ingatanmu."

Buat begitu, semua akan hilang?

Jika kau nak menderita, teruskan mengingati masa lalumu.

Keputusan di tangan anda.

Begitulah hidup ini.

Siapa yang boleh tahan orang lain yang keras mahu terus bersedih?

Kejam betul.

Kau sepatutnya berikan aku nasihat yang realistik.

Kau tahu betapa sakitnya aku sekarang ni?

Kalau boleh, lelaki itu dan Oh Hae Young

aku nak bunuh keduanya!

Maafkan saya, tapi bukankah anda cakap anda tidak mahu siarkan nama anda?

- Oh tuhan ku. - Ya. Aku dah cakap nama perempuan itu. Bukan namaku!

Tapi tadi anda cakap yang kamu berdua mempunyai nama yang sama.

Helo?

Helo? - Dia dah gila ke?!

Helo?

Helo?

Wah. Ada ramai orang yang bernama Oh Hae Young.

Nama anda tidak bermakna apa-apa.

Nama aku, Lee Byung Joo, tidak ada makna.

Jadi kenapa terlalu fikirkannya?

Cik Oh Hae Young?

Nampaknys nama kau ada perkataan "Oh".

Nama kau tak ada makna.

Nama seorang lagi Oh Hae Young juga tidak membawa apa-apa makna.

Nama DJ Shin Young juga tiada makna.

Tuan, kau dah sebut namanya beberapa kali. Dia tidak mahu namanya disiarkan.

Yeke? Okey. Aku tak akan siarkan lagi.

Baiklah.

- Oh Hae Young yang tak mahu disiarkan. - Tuan.

- Kau sebut nama Oh Hae Young lagi. - Yeke?

Semua orang dalam kelas kita bercerita tentang kau. Apa kau nak buat?

Kau keluar saja daripada group chat sekarang.

Jangan tengok pun. Padamkannya. Dan tutup telefon kau.

Ya.

Hentikannya! Boleh tak kamu semua lupakannya?

Kalau kamu semua masih hubungi Hae Young

aku tak akan biarkan kamu semua!

Jadi perkahwinan Hae Young dibatalkan

adalah disebabkan perkara itu?

Deok Hee!

Deok Hee!

Hae Young tak ada maruahkah? Bagaimana dia boleh jatuh cinta dengan lelaki begitu?

- Dia sudah gila? - Dia sukakannya sebab dia tak tahu!

Wah!

Dengarkannya. Dia sudah pun minta suaranya diubah kerana tak mahu dikenali

tapi dia yang sebut namanya sendiri.

Bagaimana Pen Pungurus Oh nak datang kerja sekarang? Sudah tentu dia sangat malu!

Sedutan perbualan ini dah tersebar sepanjang hari sebagai sedutan paling kelakar!

Apabila aku cakap yang aku bekerja dengannya, mereka nak datang tengok mukanya!

Jadi itulah sebabnya dia pukul Ketua Oh hari itu dan buat kecoh.

Lepas dia tahu yang perkahwinannya musnah disebabkan oleh Ketua Oh.

Ya. Dan dia masih lagi cakap, "Aku yang batalkan perkahwinan itu."

Cukuplah tu!

- Seronok ke? - Apa masalahnya? Ini sangat kelakar.

Apa kau rasa kalau dia adik kau?

- Masih kelakar? - Kau nak jaga ahli kumpulan kau?

Maaf. Dia buat aku nampak seperti orang jahat.

Kau memang jahat! Semua apa yang kau cakap!

Bayangkan kalau perkahwinan adik perempuanmu sendiri

yang musnah disebabkan seorang yang tak dikenali. Apa kau rasa?

- Kau akan cakap perkara yang sama? - Cukup. Sudahlah tu.

Kenapa kita nak peduli? Kau semua bukan rakan sekumpulannya?

- Aku minta maaf. - Jom. Cepat.

- Ianya untuk suka-suka saja. - Cepat pergi. Jom. Maaf.

Ketua Oh.

Lelaki itu pasti sangat sayangkan kau.

Kau dah dengarnya? Rakaman suara Cik Oh sudah tersebar di Internet.

Mari kita buat kerja semula.

Aku baru dapat tahu beberapa hari lepas.

Semua ini terjadi

sejak hari kau menghilang.

- Kau tahu itu, kan? - Ya.

Fikirlah apa kesan tindakan kau.

Kau dengarnya di radio? Aku sangat terkejut!

Sudah tentulah aku dengar! Sangat lucu.

Perutku sakit sebab terlalu banyak ketawa.

Jadi sebelum Hae Young buat apa-apa, kita perlu lakukan sesuatu.

Walau bagaimana gila pun dia

Hae Young bukanlah orang yang akan apa-apakan orang lain.

Kalau betul dia nak bunuh orang, adakah dia akan umumkan di radio?

Dia bukannya bodoh.

- Betul juga katanya. - Apa maksud kau? Dia tetap juga...

Kejap. Ada orang telefon. Helo?

Tolong beritahu orang lain ianya bukan Oh Hae Young! Itu orang lain!

Aku rasa bunyinya seperti Hae Young kami.

Tapi mungkin juga orang lain. Itu hanya--

Kenapa kau nak tahu?

Walaupun kau fikir ianya Hae Young kami

kenapa kau telefon ke rumah kami dan tanya perkara sebegini?

Tengokkan perangai kau ni, aku boleh agak bagaimana teruknya manusia seperti kau!

Tunggu dan lihat apa kesusahan yang anak-anak kau akan dapat nanti!

Kenapa jawab panggilan seperti ni?

Itu emak aku.

Apa Hae Young sedang buat?

More Malay subtitles for Another Miss Oh

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left