The Full-Time Wife Escapist

The Full-Time Wife Escapist

逃げるは恥だが役に立つ

Download Malay Subtitle

Release info

Nigeru wa Haji da ga Yaku ni Tatsu Eps 01
A Commentary by ilovemassu
Translated from English subtitle by mottofreaky @ d-addicts, manually trans to malay by me. Sync dengan jdramacity's raws. Jika anda mahu saya sambung episod seterusnya, sila tinggalkan komen. TQ

Tags

TS
Published on: 2017-01-04
Downloads: 43
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Maksud kau yang ini?

Ini semua adalah transaksi.

Saya disuruh mengumpulkan data.

Sesuatu yang sering diingati?

Ketepatan dan kecepatan.

Walaupun dibayar,

saya cuba untuk memberikan persembahan yang terbaik dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Moriyama Mikuri, 25 tahun.

Dia belajar bidang psikologi semasa di universiti.

Kenapa dia sekarang bekerja sebagai pekerja sementara,

membuat kerja pengkeranian?

Pada mulanya, saya mencari kerja yang terlibat dengan perancangan atau rekaan produk baru.

Tapi saya mengalah.

Saya menyambung pelajaran kerana fikirkan ianya lebih baik daripada menganggur.

Di universiti, dia memilih bidang psikologi klinikal.

Selepas gradusi, dia mendapat sijil untuk menjadi psikologis klinikal,

dia sekali lagi mencari pekerjaan.

Rasanya saya mengambil mudah.

Saya tak sangka yang lulusan sarjana sains sosial...

... susah untuk mendapat pekerjaan.

Selepas itu, dia mendaftarkan diri di agensi pekerjaan sementara.

Saya cuba untuk membuat graf...

Pertama, pilih bahagian yang mahu dimasukkan ke dalam bentuk graf.

Di bahagian atas kanan papan kekunci..

Pada mulanya, ia bukanlah pekerjaan yang saya mahukan,

Jadi saya fikir "Kenapa saya?"

Moriyama-san.

Ya?

Tolong basuhkan ini.

OK.

Membasuh sesuatu tidak terdapat dalam kontrak.

Tapi bergaduh kerana perkara kecil sangat menyusahkan,

jadi saya tak kisah.

Boleh kau ubahkan yang ini?

Rasanya, saya sudah tanya Bos sebelum ini, kan?

Ye ke?

Saya akan buatnya semula.

OK.

Sudah tentulah saya ada beberapa rungutan.

Contohnya, saya harap dia beritahu lebih awal.

Atau kenapa setiap permintaan sangat tidak masuk akal?

Tapi...

Saya boleh bekerja keras jika saya tahu yang setiap rungutan dibayar dengan gaji saya.

Dan mengetahui saya diperlukan oleh syarikat atau masyarakat,

memberi saya semangat setiap hari.

Saya rasa puas hati setiap hari di sini.

Moriyama-san.

Moriyama-san!

Ya?

Ketua sedang cari kau.

Saya... dipecat?

Bukan begitu...

Kami akan tamatkan kontrak kau.

Maksudnya, saya akan menganggur dalam masa sebulan lagi?

Orang atasan arahkan untuk kurangkan pekerja sementara.

Maksudnya...

Kawasaki-san, yang juga seorang pekerja sementara seperti saya, akan ditamatkan kontraknya juga?

Kontraknya akan disambung.

Ya?!

Mereka suruh kami pilih salah seorang daripada kamu berdua.

Memang satu masalah.

Aku... tak terpilih...

Aku rasa ada tempat yang lebih baik untuk kau.

Kau malah tamat peringkat sarjana dengan cemerlang.

Tolong basuhkan ini.

Kenyataan yang aku pernah menyambung pelajaran.

Aku tak sepatutnya beritahu sesiapa.

Mereka melayan aku dengan layanan yang berbeza selepas itu.

Apa nak buat lepas ini?

Pekerja sementara tak tahu bila mereka akan dibuang.

Tapi bila aku fikir tentang mengenainya, aku tertanya samada itu perkerjaan yang aku mahukan,

jika aku mahu lakukannya sepanjang hidupku.

Oleh kerana tak dapat membuat keputusan,

mulai hari ini aku -- menganggur!

Kau masih tak dapat mengatasinya lagi?

Eh?

Phobia mencari pekerjaan.

Ketakutan untuk mencari pekerjaan.

Jangan buat diagnosis sendiri.

Ah, ya, ya...

Ya, aku pergi sekarang.

Hm?

OK, OK. Dalam 20 minit.

Ya, baiklah. OK.

OK, OK.

- Kau sangat bertuah, Yuri-chan. - Hmm?

Kau ada tempat untuk bekerja keras.

Ia penuh dengan masalah.

Sepasang pekerja baru ditugaskan dibawah pengawasanku sangat tak berguna.

Disebabkan itu, aku tak dapat cuti separuh hari langsung.

Tolong aku terima penghantaran, OK?

Mereka akan hantar balik kalau aku tak terimanya hari ini.

Aku akan bersihkan tempat ini sementara di sini.

Apa ni? Tak mengapa.

Tak mengapalah. Aku boleh beri sebanyak ini untuk anak saudaraku yang comel.

Bye. Aku pergi dulu.

- Hati-hati di jalanan! - OK.

Ini menyedihkan.

Saya dapat ini daripada Yuri-chan.

Sup Harira?

Yuri-chan pergi ke Magribi pada Krismas yang lalu, kan?

Kerana dia tak mahu bersendirian di Jepun.

Sebab itu dia lari ke negara yang tak menyambut Krimas?

Ya, walaupun nampaknya gelombang perayaan Krismas juga hampir sampai ke Magribi...

Kita tak boleh mengecilkan kuasa Santa. Ia melangkau agama.

Oleh kerana dia mahu makan sup yang dia pernah rasa ketika itu, dia buat pesanan sejuk beku.

Onee-chan sangat sukakan pesanan atas talian. Onee-chan: Kakak

Kerana dia sangat sibuk, dia tiada masa.

- Mari makan. - Mari makan.

Ayah pun, lebih sukakan bilik yang kemas dan teratur, kan?

Itu sebabnya aku selalu berterima kasih kau sangat bagus dalam hal mengemas, Sakura-san.

Terima kasih, Tochio-san.

Ayah selalu cakap perkara yang tak berkaitan.

Bagi ayah mu, perkara itu berkaitan.

Dan juga,

seseorang yang Ayah kenal, namanya Tsuzaki-san. Dia seorang jurutera sistem.

Kerana dia terlalu sibuk dan tak pandai membuat kerja rumah,

aku dengar dia membayar perkhidmatan pembersihan rumah seminggu sekali.

Perkhidmatan pembersihan rumah?

Seperti orang gaji, rasanya?

Jadi kami buat keputusan supaya Mikuri akan bekerja sementara di rumah Tsuzaki-san mulai sekarang.

Oh begitu.

Setiap Jumaat selama 3 jam.

Eh?

Gajinya 2000 yen sejam.

Tawaran menarik, kan?

Sekejap.

Ini alamat rumah Tsuzaki-san, nombor telefon dan email.

Tochio-san, kau bekerja dengan pantas~

Tunggu sekejap.

- Kau akan mula mulai minggu ini. - Tunggu sekejap!

Eh?

Saya?

Akan bekerja di rumah Tsuzaki-san?

Sebagai pekerja melakukan kerja rumah?

Itulah yang Ayah cakap.

- Kau tak dengar? - Saya dengar, tapi...

Kau tak suka dengan gajinya?

Bukan begitu. Sebenarnya, saya sangat gembira, ianya sangat tinggi.

Jadi, okeylah!

Lagipun, kau menganggur.

Sebab dia tak bekerja, kan?

Kan?

Selamat menikmati sup harira.

Oh, selamat menikmati sup harira!

Salam perkenalan. Aku Moriyama.

Anak perempuan Moriyama Tochio.

Aku datang sebagai pekerja untuk kerja rumah.

Aku Tsuzaki.

Sila berikan kerjasama.

Maafkan aku.

Kau kelihatan lebih muda daripada apa yang aku sangka.

Jangan risau, dalaman ku tua.

Aku tak bermaksud apa-apa.

Aku ada bawakan peralatan pembersihan bersama.

Aku belum tahu tentang keadaan persekitaran tempat kerja.

Sila masuk.

Maaf menganggu.

Sehingga beberapa hari lalu, aku ada kontrak dengan syarikat pembersihan.

Kau ada dengar mengenai perkara itu

Aku dengar mereka memeriksa sampah yang kau nak buang.

Sampah yang sepatutnya dibuang ditinggalkan di atas meja.

Aku tak suka perkara sebegitu,

jadi jangan sentuh sampah, atau buka apa-apa tanpa kebenaran.

Baik.

Apabila aku buat aduan,

pekerja seterusnya tidak mahir.

Mereka sapu ruang empat segi seperti ianya ruangan bulat,

dan aku minta ganti pekerja lain.

Aku juga minta ganti pekerja lain selepas itu juga.

Ketika aku fikir ianya terlalu sukar, Moriyama-san cakap...

Maksud aku, ayah kau, Moriyama-san cakap...

Ya.

"Anak perempuanku bagus dalam membersih dan bersungguh-sungguh."

Dia beritahu yang kau warisinya daripada ibumu.

Ya.

Ibuku selalu melakukan kerja pembersihan...

Set alatan ini juga milik ibuku.

Tolong bersihkan tempat ini dengan teliti.

Fokus pada kawasan berair.

Tolong lapkan tingkap juga.

Ini gaji kau untuk hari ini.

Aku dibayar secara pendahuluan?

Aku akan buat keputusan samada akan terus mengaji kau minggu depan berdasarkan keadaan bilik.

Seperti ujian kelayakan bekerja.

Aku bayar dahulu,

supaya kita tak perlu bertemu lagi jika kau tak layak.

Maaf jika ia sedikit menyusahkan

Inisangat bagus dan munasabah.

Arahan kau sangat teliti. Aku sangat faham.

Apabila kau sudah selesai, tolong kunci pintu,

dan tinggalkan kunci dalam kotak surat di tingkat satu.

OK.

Aku nak ke pejabat.

OK.

Hati-hati di jalanan.

Baiklah.

Aku tak pernah terfikir atau melihat kerja rumah sebagai satu pekerjaan.

Tak ada satu pun yang dipelajari di universiti berguna...

Tapi aku akan nikmati pekerjaan ini buat masa sekarang...

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left