The first 200 lines.
SEBUAH SIRI NETFLIX
Patutlah saya rasa ada yang tak kena.
Dia bukan seseorang yang akan mati begini.
Tapi awak masih berani tunjukkan muka di sini?
Perempuan jahat!
Awak yang bunuh dia.
Awak bunuh dia!
Kembalikan dia! Awak dah bunuh dia!
Apa yang awak buat?
Dia tak bunuh anak awak.
Apa yang awak tahu?
Saya…
suaminya.
Apa dia cakap?
Suami?
Mari.
Detektif?
Detektif itu ayah Dong-seok?
- Awak tahu? - Tak. Tak tahu langsung.
Saya dah cakap.
Kita tak tahu apa-apa tentang dia.
Pantang buka mulut, menipu saja kerjanya.
Aduhai, anggap sajalah saya digigit oleh anjing gila.
- Awak pun tak tahu? - Mestilah saya tak tahu.
Dia tak pernah beritahu saya pun.
Kita tak perlulah cakap tentang ini lagi.
Lagipun, kita pernah rapat dengan dia.
Chun-hui, tentang surat itu…
Betulkah awak dapat surat macam itu?
Tak. Saya cuma…
Yang mana? Yang ini?
Aduhai, Chun-hui.
- Betul rupanya. Betul… - Aduhai.
Aduhai, merinding bulu roma. Tengoklah ini. Tengok.
SAYA TAKKAN LUPA PERBUATAN JAHAT AWAK SAMPAI MATI
Gila betul.
Eun-pyo yang berikan surat ini kepada saya. Dia kata ada orang tersilap
masukkan dalam peti surat dia.
Peti surat dia?
Masa itu, saya pun rasa pelik
tapi saya tak endahkan.
Kami berkawan rapat jadi saya percayakan saja cakap dia.
Saya bawa surat ini sebab saya nak tanya dia malam ini.
Tapi dia datang sekejap sangat dan terus balik. Macam nak larikan diri.
Awak rasa dia yang tulis surat ini?
Entahlah. Siapa tahu?
Yalah.
Eun-pyo memang nampak macam tak senang duduk, bukan?
- Ya, betul. - Ya, dia gementar.
Mesti dia ada buat sesuatu, sebab itu kena tampar.
Mana ada orang ditampar tanpa sebab.
Betul.
Aduhai, teruk betul semua ini. Seram sejuk saya dibuatnya.
Aduhai.
Yun-ju.
- Ya? - Mari duduk sini.
Aduhai…
Aduhai.
Saya nak ke tandas sekejap.
- Pergilah. - Ya.
EPISOD 8 PENIPUAN TERANG-TERANGAN
Aduhai.
Tak apa.
Aduhai, lantaklah.
Su-in dah makankah?
Aduhai, apalah.
- Apa? - Budak-budak dah makan?
Ya.
- Makan apa? - Ayam goreng.
Dah berapa tahun awak jual ayam, ada selera lagi makan ayam?
Hei, perempuan.
Dah lama saya teringin makan ayam yang digoreng dalam minyak berkualiti.
- Kerja sekolah Su-in? - Entah.
Manalah saya tahu.
Aduhai. Beri telefon kepada Su-in.
Cik Su-in.
Mak telefon.
Hai, mak.
Su-in, dah siapkan kerja sekolah?
Dah selesaikan kertas kerja?
Saya dah siapkan. Saya dah buat kertas kerja
dan sepuluh muka surat buku teks.
Lagi satu…
Oh! Saya dah baca semua lima buah buku.
Aduh, pandai betul anak mak! Tengah buat apa itu?
Saya tengah buat origami dengan Hye-rim.
Su-in, mak akan balik sekejap lagi.
Dengar cakap mak cik, ya?
Baik.
Hei, cuba buat banyak lagi burung jenjang.
Burung jenjang nampak cantik apabila diwarnakan.
Okey.
SAYA TAKKAN LUPA PERBUATAN JAHAT AWAK
Chun-hui.
Dah gilakah?
Macam mana kalau orang nampak?
Saya terdengar orang bercakap di majlis pengebumian tadi.
Katanya awak orang terakhir yang pergi ke rumah dia.
Awak cuma ziarah dia saja, bukan?
Tak ada apa-apa yang jadi?
KALAU PERLUKAN SESUATU, BERITAHU SAYA. SAYA TAKKAN HUBUNGI AWAK DULU.
Mak, nak buat Gerbang Membaca sekarangkah?
Oh.
Ayah punya pun rosaklah.
Apa kata kita
mulakan dengan senarai membaca? Mari.
Apa?
Buat apa dalam gelap ini?
Man-su.
Anak perempuan saya paling berharga bagi saya.
Sebab itu saya akan maafkan awak kali ini.
Tapi kalau awak buat lagi,
saya betul-betul akan failkan permohonan cerai.
Kenapa dengan awak?
Ada yang tak kena?
Tak adalah.
Habis itu, kenapa muka macam itu?
Tak ada apa-apa.
Saya kasihankan anak mereka.
Tengoklah.
Mak dah cakap, bukan?
Mak tahu ada yang tak kena.
Kamu yang bunuh dia.
Kamu bunuh Jin-ha.
Mak cakap macam ini…
sebab mak rasa bersalah, betul tak?
Jin-ha selalu cakap…
yang dia berharap sangat supaya dia boleh maafkan mak.
Mak faham tak?
Maklah
yang bunuh Jin-ha.
JEM BUATAN SENDIRI DIBUAT OLEH AHLI KELAB SANGKEMO
Anak-anak mak,
kamu baik-baik saja…
kebelakangan ini?
Sae-bom
ada telefon ayah tak sekali-sekala?
Taklah. Mak bukan marah.
Bukan macam itu…
Mak cuma…
Tak apalah.
Selamat malam.
Apa khabar,
Pn. Nam?
Helo, apa khabar?
Bukankah kita dah tutup kes Sangwe?
Majlis pengebumian pun dah selesai, bukan?
Ya, mereka dah selesai pengebumian kelmarin dulu.
Saya yakin itu kes bunuh diri.
Kita tutup kes.
Kita masih tunggu laporan akhir Jabatan Forensik Negara.
Kita minta laporan itu sebab keluarga dia yang nak.
Beritahu mereka tentang laporan akhir itu nanti.
Berapa lama lagi awak nak tunggu?
Masih ada beberapa aspek kes yang belum jelas.
Contohnya, tetamu terakhir yang kononnya amat terkesan akibat kes ini
- dan suaminya yang sangat tenang… - Hei.
Awak pun tahu kenalan mangsa bunuh diri boleh terkesan teruk.
Kes keganasan seksual di Daewe-dong
dah tersebar di media. Mulakan siasatan kes itu segera.
- Baik. - Baik.
Mesyuarat tamat. Bersurai!
Buat apalah saya nak pergi jumpa isteri doktor?
Kadangkala dia datang ke bar
untuk berseronok dengan dua tiga orang lelaki. Itu saja.
Habis itu, kenapa dia mengugut hari itu?
Aduhai, abang-abang ini. Silap!
- Biadab… - Patut panggil tuan.
Tuan berdua ini penyiasat persendiriankah?
Nak pecahkan tembelang isteri kepada suaminya?
Budak ini!
Tak guna.
Awak
mencari pelanggan untuk wanita, bukan?
Mencari pelanggan cuma hobi
tapi kerja utama awak ialah bapa ayam, bukan?
Saya dah tak buat kerja itu lagi.
Semua pekerja saya dah mulakan hidup baru.
Jadi maksud awak…
awak dan Byeon Chun-hui hanya berjumpa di bar?
Aduhai.
Ada apa awak nak jumpa saya?
Ya.
Bukan apa.
Surat ini daripada awak, bukan?
Saya?
Kenapa awak mengesyaki saya?
Awak ada bukti?
Mengarut betul awak ini.
Kenapa buat macam itu? Cuba cakap.
Kenapa?
Sebab saya bekas kekasih suami awak?
Betul.
Man-su dan saya pernah bercinta sekejap.
Awak langsung tak tahu malu!
Macam mana awak boleh selamba cakap tentang itu?
Tak rasa bersalah langsung?
Kenapa nak rasa bersalah?
Bukannya saya main kayu tiga macam orang itu.
Awak pun mesti pernah bercinta dengan orang lain sebelum kahwin.
No comments yet. Be the first to leave one.